TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, June 14, 2013

Pulau Pinang Terjejas Akibat Angin Kencang. Pemancar Telekomunikasi Di Atas Menara UMNO Jatuh Menghempap Lori.


GEORGE TOWN, 14 Jun - Seorang maut manakala lapan orang cedera, dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang semalam.

Mangsa, Jahir Hussain Sulaiman, 46, pemandu sebuah lori pikap yang sebelum ini dilaporkan cedera parah apabila sebuah pemancar telekomunikasi yang terletak di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap lori tersebut serta enam kenderaan yang diparkir di tepi jalan.
Anak saudara mangsa, Azharudeen Mohd Mohideen, 18, memberitahu pemberita di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada pukul 11.30 malam tadi bahawa bapa saudaranya disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian angin kencang itu mengakibatkan tujuh kenderaan termasuk lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu.

"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister.

"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada Bernama di tempat kejadian di Jalan Macalister di sini malam tadi.

Abdul Rahim berkata kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.55 petang melaporkan kejadian itu.

"Apabila sampai, kita dapati pemancar telekomunikasi di atas bangunan ini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan.

"Buat masa ini keadaan kembali stabil cuma kita nak kosongkan kawasan ini dan nak tinjau bangunan. Setakat ini, pada zahirnya bangunan ini selamat kerana yang jatuh itu adalah alat komunikasi yang dipasang bukan struktur bangunan," katanya.

Saksi kejadian, Imam Masjid Pakistan Hafiz Mohamad Akhlaq, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di dalam masjid sebelum mendengar bunyi kuat seperti gempa bumi.

"Nasib baik saya berada di dalam masjid kerana selalunya saya akan duduk di luar kawasan masjid sementara menunggu waktu Maghrib. Selepas mendengar bunyi kuat itu saya dapati antena telekomunikasi menghempap sebuah kereta," katanya.

Seorang lagi saksi yang turut berada di dalam masjid itu, Mohd Yasin Hamid, 59, berkata beliau bersyukur kerana pemancar telekomunikasi itu tidak menghempap masjid kerana masjid itu terletak di hadapan Bangunan Umno.

"Memang satu keajaiban kerana pemancar itu tidak jatuh menghempap masjid sebaliknya jatuh ke jalan raya," katanya. KLPOS

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat