
1hb
Mei 2013, Jam 5.00ptg. Lokasi SJK(C) Ching Yeh, Ulu Choh. Calon BN
DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini telah mengiringi Y.A.B Dato’ Hj. Abdul Ghani
merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ching Yeh di pekan Ulu Choh
disamping beramah mesra dengan
masyarakat di sana. Turut sama hadir Ketua MCA Bahagian Gelang Patah.
En.
Jason Teoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan
BN Negeri Johor kerana telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan
pembangunan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di kawasan Parlimen
Gelang Patah termasuk menyelesaikan isu-isu status tanah.
En. Jason Teoh
sangat yakin dengan sokongan masyarakat Cina di sini terhadap Barisan
Nasional kerana mereka tahu bahawa hanya Kerajaan Barisan Nasional yang
benar-benar bekerja dengan bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat
demi kesejahteraan dan kestabilan pebangunan dan ekonomi.



No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.