TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, May 26, 2013

Akta Hasutan: Polis kemuka rayuan.


Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu merupakan prosedur biasa apabila sesuatu keputusan mahkamah tidak memihak kepada polis.

“Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri urusan pihak polis, ini merupakan kaedah biasa apabila keputusan tidak memihak kepada polis, jadi rayuan akan dilakukan sebelum pertuduhan boleh dibuat oleh polis,” katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau sentiasa menghormati keputusan mahkamah dan tidak akan mempertikaikannya dan polis juga mempunyai prosedur tersendiri apabila berdepan perkara sedemikian.

Semalam, Anggota Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis pembangkang Haris Ibrahim serta Tamrin Ghafar ditahan berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas, yang didakwa berbaur hasutan.

Bagaimanapun, permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga individu ditolak dan mereka dibebaskan serta-merta.- Bernama.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat