MALAYSIA meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-56 dalam dilema politik yang tidak kunjung padam sejak Pilihan Raya Umum 2008. Hampir setiap hari ada saja terjahan dan cerita baru – baik dari parti pemerintah, mahupun pembangkang.
Ketika kerajaan sibuk mengukuhkan prestasi negara, memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri selepas menerima tamparan hebat selepas PRU-12 terbabit, parti pembangkang bekerja keras memperlekeh segala usaha itu, mencungkil kelemahan hatta sekecil hama, mencipta pelbagai cerita untuk memburukkan imej Barisan Nasional (BN) di mata rakyat dan di gelanggang antarabangsa.
Percaturan parti politik hari ini bagai perlumbaan dengan undi rakyat pada PRU-13 menjadi rebutan dan pertaruhannya. Suasana tidak sihat yang berlarutan lebih tiga tahun ini membuatkan rakyat serba salah, tidak keruan, sentiasa diasak pelbagai cerita dan maklumat negatif yang jika tidak dikekang dengan bijak boleh mencetus dilema perkauman paling serius sejak tragedi 13 Mei, 1969.
Siapa patut dipersalahkan? Malaysia memasuki usia 56 tahun pada 31 Ogos nanti, sewajarnya pada umur begini ia sudah memiliki pemerintah, pembangkang dan rakyat yang matang dalam menangani pelbagai isu politik tempatan.
Malaysia adalah negara unik. Di kala kebanyakan negara mempunyai majoriti rakyat sebangsa dan warna yang sama, negara ini dihuni penduduk pelbagai kaum, bangsa dan agama hasil peninggalan penjajah.
Perpaduan kaum yang pada peringkat awal kelihatan seperti mustahil untuk dicapai, tapi BN yang memerintah sejak merdeka pada 1957 melaksanakan tugas dengan baik dalam menjaga hubungan antara kaum.
Tragedi 13 Mei, 1969 memberi pengajaran amat pahit kepada rakyat. Sebagai pribumi, bangsa Melayu sanggup mengetepikan kepentingan diri untuk berkongsi bumi ini dengan bangsa lain terutama Cina dan India. Tidak ada guna mengungkit sejarah lama kerana Tanah Melayu memang ditakdirkan untuk dikongsi pelbagai bangsa lain.

Ketika kegagalan Malayan Union mengembalikan kewibawaan pemerintahan beraja di negara ini, perjalanan untuk mencapai kemerdekaan diatur sebegitu rupa menyaksikan tiga pejuang bangsa Malaysia – Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan – menjadi tonggak perunding untuk memerdekakan diri daripada British.
Hak Melayu sebagai bangsa pribumi dilindungi dengan kemas, tapi pada masa sama hak bangsa lain tidak diabaikan dan semua ini dinyatakan secara jelas dalam dokumen Pemasyhuran Merdeka: “Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”
Perkataan paling penting ialah Malaysia perlu ditadbir Kerajaan yang mendukung Raja Berperlembagaan dan berdasarkan demokrasi cara Parlimen, Malaysia melalui 12 pilihan raya umum dan ini bukti proses demokrasi negara ini berjalan begitu baik. Malah PRU terakhir turut menyaksikan kejutan luar biasa bukan saja parti pemerintah bahkan pembangkang.
Dalam usia 56 tahun ini Malaysia mengalami sejarah manis dan pahit. Kita melalui peralihan era yang begitu dinamik – dari negara Dunia Ketiga kepada negara perindustrian yang menetapkan 2020 sebagai sasaran menjadi negara maju.
Proses pembangunan luar biasa ini meletak Malaysia setaraf negara maju lain, bahkan menjadi contoh kepada banyak negara.
Bagaimanapun, tidak ada perkara yang sempurna, begitu juga pemerintahan BN yang turut mengalami pelbagai isu. Tempoh 10 tahun pertama pada alaf baru ini dan selepas PRU Ke-12 mencatat pelbagai sejarah termasuk pertukaran tiga Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.