TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, April 22, 2013

Kakitangan Di Puterajaya di katakan 85 peratus gelombang merah??? Ini kalilah nak tolak Husam Musa. Ingat Manifesto BARISAN NASIONAL untuk rakyat 1Malaysia.

 
Calon import Pas dari Kelantan di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa bakal menerima tamparan hebat apabila beberapa rakan baiknya akan mendedahkan siapa dirinya yang sebenar di atas pentas Barisan Nasional (BN).

Calon Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, antara rakan karibnya itu merupakan penulis blog terkenal yang mana salah seorang daripadanya pernah menjadi 'orang kuat' Naib Presiden Pas itu. Katanya, seorang lagi penulis blog terkenal propembangkang yang kerap menulis cerita politik di peringkat Kelantan dan nasional juga akan berkempen menentang Husam.

"Salah seorang blogger terbabit ialah Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella yang menghubungi saya sendiri dan menyatakan kesediaan mendedahkan siapa Husam di atas pentas ceramah BN. ''Seorang lagi ialah blogger yang hardcore dengan beliau. Dia datang berjumpa sendiri dengan saya kelmarin. Blogger ini bersembang sehingga pukul 2 pagi dan berjanji membantu mendedahkan siapa Husam sebenarnya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat di rumahnya semalam.

Menurut Tengku Adnan, semua rakan baik pemimpin kanan Pas itu bersetuju bertindak demikian kerana sayangkan negara. Tambah Tengku Adnan, pihaknya juga akan menjemput seorang usahawan yang pernah terlibat dalam kontroversi projek penternakan kambing bersama Husam beberapa tahun lalu. "Kita sudah jumpa Datuk Amin yang pernah berurus niaga kambing yang pernah diuar-uarkan oleh Husam satu waktu dulu dengan turut membawa bersama pegawai kewangannya, Fauzi Daud untuk mendedahkan transaksi tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat