TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, April 8, 2013

Gara-gara menipu peliwat di kejar orang ramai.

 Rebuttal Manifesto Pembangkang:   Fakta dan Penjelasan

Apabila rakyat marah inilah akibatnya.

Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya menguruskan kewangan negara secara berhemah dengan mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7% KDNK pada tahun 2009 kepada 4.5% pada tahun 2012 dan komited untuk terus mengurangkan defisit kepada 4% (RM39 bilion) pada tahun 2013 dan seterusnya kepada 3% pada tahun 2015. Hasil inisiatif Kerajaan melaksanakan program transformasi, telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% pada tahun 2012. Ini secara tidak langsung membolehkan kekayaan negara dapat diagihkan kepada rakyat dengan saksama mengikut keperluan seperti pembinaan sekolah, hospital, jalanraya, bekalan elektrik dan air, pemberian bantuan dan sebagainya. Manakala, jika mengambil kira cadangan manifesto PR, defisit dijangka meningkat kepada 11.5% KDNK (RM114.9 bilion) dan hutang dijangka meningkat kepada 62.1% KDNK. Tambahan pula, Kerajaan akan mengalami defisit semasa iaitu hasil tidak mencukupi untuk membiayai belanja mengurus.

4 Teras yang dijanjikan iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat adalah kenyataan secara umum. Cadangan langkah-langkah yang diperkenalkan juga adalah dibuat dengan ambil mudah (simplified) serta tidak munasabah tanpa mengambil kira kesan kepada ekonomi secara keseluruhan dan kedudukan kewangan Negara.

Manifesto ini juga tidak mengambilkira implikasi kepada kedudukan kewangan Kerajaan dan kesan herotan pasaran (market distortion) ke atas ekonomi negara. Ekonomi negara yang berkembang kukuh dengan pertumbuhan yang tinggi dapat memberi kesan pengganda (multiplier effect) yang lebih besar seterusnya meningkatkan keuntungan kepada semua. Sebaliknya, manifesto PR akan menyebabkan rencatan dan pengucupan kepada ekonomi seterusnya mendatangkan kesan sistemik dimana penarafan negara akan jatuh, kadar pengangguran meningkat, jumlah pelaburan lansung asing berkurangan dan kesejahteraan rakyat terjejas.

Di samping itu, cadangan manifesto ini juga akan meningkatkan lagi pemberian subsidi secara pukal dan tidak bersasar (targeted) seterusnya meluaskan jurang pendapatan rakyat. Contohnya, cadangan penghapusan tol dan PTPTN; penurunan tarif elektrik dan harga petrol; pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi; pemberian bonus tahunan warga emas dan gaji minimum yang lebih tinggi yang tidak dapat diserap oleh syarikat terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Seperti yang dinyatakan, cadangan manifesto PR adalah dibiayai melalui penjimatan sebanyak 24%. Walau bagaimanapun, penjimatan 24% ini adalah tidak berasas dan tiada maklumat terperinci menyokong angka ini. Tambahan pula, adalah tidakmunasabah mengguna pakai kadar 24% bagi keseluruhan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan kerana Bajet Kerajaan Persekutuan (mengurus dan pembangunan) mempunyai pelbagai kategori dan sektor seperti sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pertahanan serta pentadbiran am. Sesetengah peruntukan pula adalah dibawah Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dikurangkan. Disamping itu, Kerajaan Persekutuan juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan berat berbanding Kerajaan negeri.

Apabila PR membandingkan penjimatan pembelanjaan di negeri dengan pembelanjaan di peringkat negara, ini menunjukkan PR tiada akauntabiliti dan mengambil mudah semua perkara memandangkan perbandingan antara kedua-duanya adalah tidak setara. Perkiraan sebegini adalah tidak tepat dan mengelirukan. Justeru itu, penjimatan yang didakwa oleh PR iaitu sebanyak RM49.5 bilion bagi membiayai cadangan manifesto adalah tidak munasabah. Ini berikutan cadangan manifesto PR akan meningkatkan perbelanjaan (RM59.4 bilion) malah kehilangan hasil (RM13.5 bilion) dan seterusnya akan meningkatkan defisit ke paras yang lebih tinggi. Disamping itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meningkatkan perbelanjaan bagi melaksanakan program dan projek (OE&DE) di negeri Selangor daripada RM9.5 bilion pada tahun 2006 kepada RM16.1 bilion pada tahun 2011. Peruntukan ini jauh melebihi perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kerajaan Selangor yang hanya berjumlah RM1.4 bilion dan RM500.3 juta pada tahun 2011.

Kesimpulannya, Manifesto PR adalah tidak realistik dan sukar dilaksanakan selepas mengambil kira implikasi kewangan dan kesan ke atas ekonomi dan sosio rakyat. Langkah-langkah yang dicadangkan juga adalah tidak praktikal dan akan meningkatkan defisit kepada paras yang lebih tinggi. Ini akan menyebabkan Kerajaan terjerumus ke dalam krisis hutang seterusnya menjejaskan pelaburan asing dan pertumbuhan ekonomi yang lembab serta pengangguran.


Ada 13 Sebab Tolak Pembangkang !!!
Sebab Pertama.

Sebab kedua.


Sebab Ketiga.


Sebab ke Empat.

Sebab ke Lima.

Sebab ke Enam.

Sebab ke Tujuh.

Sebab ke Lapan.

Sebab ke Sembilan.

Sebab ke Sepuluh.

Sebab ke Sebelas.

Sebab ke Dua belas.

Sebab ke Tigabelas.


Puak pembangkang hanya pandai membuat janji !!! JANJI DI TABURI, " JANJI DI JUBURI " Umpama menanam tebu di tepi bibir. Akhirnya puak pembangkang berjaya mengakui bahawa MANIFESTO bukan janji.





Hanya kerajaan UMNO/ BARISAN NASIONAL melaksanakan janji-janji di tepati. Hanya UMNO dan Barisan Nasional mengakui MANIFESTO sebagai  " AKUJANJI ".....
































1 comment:

  1. Janji di tepati UMNO/BN...

    BARISAN NASIONAL = AKUJANJI...

    PR = Parti Rosak = Penipu Rakyat = MANIFESTO = Bukan Janji.

    ReplyDelete

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat