Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, April 15, 2013

Akhbar The New York Times Mendedahkan CIA merupakan Dalang Sebuah Yayasan The Asia Foundation.



Pada 22 Mac 1967, akhbar The New York Times mendedahkan CIA (Central Intelligence Agency) merupakan dalang sebenar di sebalik sebuah yayasan bernama ‘The Asia Foundation’ (TAF).

“Pada tahun 1967 telah terbongkar bahawa badan itu (TAF) menerima dana daripada CIA. Victor Marchetti, Timbalan Pengarah CIA, membuat kenyataan kurang bijak dengan berkata bahawa TAF telah ditubuhkan oleh CIA dan sehingga tahun 1967 telah banyak subsidi daripadanya.


“Pada hari ini, model NED (the National Endowment for Democracy) dilihat sebagai kaedah lama CIA, berisiko, jadi pada tahun 1984, satu akta TAF telah digubal bagi membolehkan badan itu menerima dana daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS),” lapor sourcewatch.org.

Nile Bowie dalam tulisan bertajuk “Understanding US Funding to Malaysian Civil Society” mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan NED di mana beliau turut bergambar dalam Majlis Anugerah Demokrasi NED pada tahun 2007 bersama-sama Presiden IRI (Institute Republican Institute), Lorne Craner, Presiden NED, Carl Gershman, Presiden NDI (National Democracy Institute), Ken Wollack, dan lain-lain.


Namun, operasi NED sudah diketahui umum sebagai operasi CIA, maka sourcewatch.org melaporkan badan perisikan AS kini mula menumpukan perhatian terhadap TAF.

Surin Pitsuwan adalah salah seorang Ahli Pemegang Amanah TAF dan beliau juga sering dijemput Anwar menghadiri beberapa program di Malaysia termasuk menjadi salah seorang penceramah dalam program IKD (Institut Kajian Dasar).

Asian Renaissance: Capacity Building for Future Leaders in Southeast Asia 2006/2007 was held at the Kenyir Lake Resort in Kenyir, Terengganu. The program was attended by Anwar Ibrahim (former Deputy Prime Minister of Malaysia), Surin Pitsuwan (former Foreign Minister of Thailand.

Di Indonesia, TAF merupakan penaja utama kebangkitan Islam Liberal dan Pluralisme agama yang berselindung di sebalik NGO hak asasi dan masyarakat sivil.

Salah satunya adalah NGO bernama Jaringan Islam Liberal (JIL).



Artikel selanjutnya, klik AIDC







Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat