TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 2, 2014

Terkini: Ringgit Malaysia jatuh lagi.

Turun naik matawang sesebuah negara merupakan perkara biasa. Tetapi kini di khabarkan lebih teruk dari kejatuhan mata wang Malaysia dari tahun 1997.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu melakukan sesuatu agar Nilai Ringgit Malaysia tidak terjejas teruk.

Malaysia perlu menambat matawang Ringgit Malaysia kepada RM5.50 dari USD. Perkara ini perlu di segerakan agar penyangak matawang tidak mengambil kesempatan dan manipulasikan keadaan.

MTMR harap kerajaan sedar dan perkara yang sama di lakukan oleh Tun M. Apabila keadaan ini berlaku maka PM kena lakukan sesuatu. Kerana dasar yang di amalkan bakal mengundang padah yang lebih merbahaya kepada negara.

Tetapi kita kena ingat pemimpin silih berganti. Sedangkan negara tiada galang gantinya. Mereka sentiasa mencari peluang dan ruang untuk merosakkan negara.

Terkini: DAP ingatkan UMNO ?

Pelik tengok ada seorang pemimpin DAP menyatakan UMNO jangan mungkir janji kepada  Cina.

Tetapi Cina mungkir janji untuk menjadi rakan setia kepada UMNO dan Barisan Nasional. Buktinya PRU13. Mana pengundi Cina kata menyokong kuat Barisan Nasional.

Jadi manakah rasionalnya kata mereka  sama-sama memperjuangkan kemerdekaan.

Mengapa ada yang menyatakan PKM adalah pejuang kemerdekaan. Apakah semua ini? Macam wayang opera. Apa itu Komunis?

Tidak di nafikan UMNO sangup mengorbankan hak kewarganegaraan demi mencapai kemerdekaan dari Penjajah demi mengelakkan negara terus di kuasai oleh Penjajah.

UMNO bersama MCA dan MIC berpakat untuk mentadbir sendiri negara Tanah Melayu. Sekarang di kenali sebagai Malaysia.

Pemimpin MCA dan MIC berjanji akan sama-sama menjaga kedaulatan Perlembagaan yang ada demi kemakmuran negara Malaysia.

Tetapi ada masyarikat bukan Melayu yang sengaja mempertikaikan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu. Bukankah itu janji masyarakat Cina kepada UMNO?

MTMR ada terbaca menyatakan belum ada negara sebaik Tanah Melayu sekarang Malaysia. Di mana rakyatnya orang Melayu sanggup berkongsi kewarnegaraan kepada bangsa lain. Carilah dalam dunia ini. Melayu sahaja yang boleh bertolak ansur.

Monday, December 1, 2014

Terkini: Nasib Warga Emas terperangkap di dalam kebakaran belum di ketahui lagi.

Pasir Gudang: Kebakaran melibatkan 11 buah rumah di kampung setinggan Sungai Rinting Pasir Gudang Johor.

7 buah jentera Bomba dari Balai Bomba Pasir Gudang,Johor Jaya dan Bomba berhampiran terlibat membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Ambulan dari Pusat Kesihatan Masai juga bersedia di tempat kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan bomba. Kemungkinan dari litar pintas.

Di khabarkan seorang warga emas berusia 80 tahun terperangkap dalam kebakaran tersebut. Nasib warga emas tersebut belum di ketahui lagi.

MTMR mengucapkan Tahniah kepada semua yang terlibat membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Apa yang MTMR rasa terharu seorang Ahli Parlimen wanita YB Hajah Normala Abdul Samad dapat meluangkan masa ke tempat kejadian.

Berita penuh akan menyusul.

Terkini: Pesawat terhempas di pengkalan Chepa.

Sebuah pesawat yang digunakan untuk latihan penerbangan dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan sebentar tadi.

Beberapa keping gambar berkaitan kejadian berkenaan sudah pun tersebar di internet menunjukkan pesawat berkenaan terhempas di atas kawasan rumput dalam keadaan terbalik.

Nasib juruterbang yang mengendalikan pesawat berkenaan sehingga kini tidak diketahui.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Tetkini: Polis tahan tiga lelaki miliki Pistol.

JITRA: Polis menahan tiga suspek termasuk dua rakyat Thailand kerana memiliki sepucuk pistol dan 11 butir peluru di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Turut ditemui, 500 pil Eramin 5 dalam sebuah kereta Toyota Yaris yang dinaiki mereka ketika melalui sekatan pemeriksaan di Kilometer 1.3 dari arah Changlun ke Bukit Kayu Hitam, jam 2 petang.

Kedua-dua rakyat Thailand termasuk seorang wanita itu dikatakan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sunday, November 30, 2014

Terkini: MB di sini lahirnya UMNO.

MTMR amat berbesar hati untuk mengucapkan selamat Hari Lahir kepada MB kesayangan rakyat Johor.

Luaskan kuasamu Johor. Ayuh Johor!!!

Saturday, November 29, 2014

Terkini: Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat