TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, August 31, 2014

Mutakhir: Tiga amanat Perdana Menteri

Kuala Lumpur: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera untuk generasi akan datang adalah antara tiga Amanat Merdeka yang digariskan Datuk Seri Najib Razak sebagai kesinambungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa.

Perdana Menteri menggariskan:

* Amanat Merdeka Pertama: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.

* Amanat Merdeka Kedua: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan.

* Amanat Merdeka Ketiga: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.

Berucap menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan ke-57 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, beliau berkata mengukuhkan solidariti rakyat ketika kebersatuan dalam kesedihan, sebagai contoh, dalam istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 adalah Istiadat Penghormatan Tertinggi Negara yang tiada pernah diberi kepada orang awam.

Ini merupakan julung kalinya Najib menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan secara langsung di hadapan khalayak ramai tanpa rakaman terlebih dahulu seperti amalan biasa.

Ia disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen malam tadi.

Najib dalam amanat merdeka pertamanya itu menjelaskan rakyat bertafakur serentak selama satu minit di seluruh negara sebagai solidariti dan semangat kebersatuan demi membina satu Negara, 1Malaysia.

"Pokoknya, saudara dan saudari, kita telah tunjukkan kebersatuan itu sewaktu Hari Berkabung di seluruh negara tempohari, dan kita akan teruskan semangat kebersamaan di kala senang mahupun tatkala dalam kesusahan, selamanya," katanya.

Dalam menghuraikan amanat merdeka keduanya mengenai memupuk keyakinan rakyat itu, beliau berkata masa depan yang cerah akan menjadi milik semua jika rakyat mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling ganding-bergandingan, demi sebuah hasrat yang murni itu.

Najib berkata pentadbirannya akan terus membuat keputusan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia berlandaskan keperluan, tuntutan dan kemampuan kerajaan.

Menyentuh mengenai amanat merdeka ketiga iaitu mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera, beliau berkata: "Walau apa dugaan melanda, walau apa ujian melintang, kita akan terus mara dan melangkah ke depan, membina sebuah Malaysia yang permai bagi masa depan anak-anak cucu kita".

Najib seterusnya mengajak rakyat sama-sama berusaha gigih menggapai kejayaan demi generasi akan datang.

Pemilihan Dewan Tunku Abdul Rahman sebagai lokasi penyampaian perutusan itu kerana ia mempunyai sejarah tersendiri termasuk ia tempat sidang pertama Parlimen pada 1959 dan tempat berlangsungnya tiga istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Najib turut menyentuh mengenai usaha pembangkang yang cuba memecahbelahkan rakyat dalam masa pentadbirannya mempunyai tanggungjawab cukup besar demi mendahulukan kepentingan rakyat.

"Makanya, sekali apapun yang cuba digoyahkan oleh pihak pembangkang, seandai apapun yang mereka ingin mengadudombakan, tidak kira tohmahan apa yang dilemparkan, agenda memperkasakan pembelaan rakyat akan tatap dipertahankan," katanya.

Beliau juga menegur sesetengah pihak yang mempertikaikan pengiktirafan kerajaan kepada para perajurit dan anggota keselamatan.

"Apa yang ingin pihak kerajaan jelaskan, usahlah diperbanding-bandingkan, tentang penghormatan tertentu yang diberikan kepada mangsa tragedi MH17 bahawa kononnya kenapakah istiadat tertinggi sedemikian tidak diwajarkan juga kepada para perajurit dan anggota keselamatan dalam peristiwa Lahad Datu," katanya.

Najib berkata hasutan itu adalah memesongkan dengan niat yang tidak baik.

"Jelasnya, sekali lagi saya menegaskan bahawa jasa para wira negara ini akan sentiasa disanjung tinggi dan mendapat tempat utama dalam kenangan bakti yang telah dicurahkan," katanya.

Mengenai Pelan Pemulihan Malaysia Airlines (MAS), Najib mengajak rakyat supaya memberikan sokongan terhadap pelan itu.

Beliau berkata hakikatnya, negara memang memerlukan sebuah syarikat penerbangan negara yang ampuh, berdaya saing, dengan mengambil ketetapan komersil tanpa mengorbankan kebajikan warga kerja serta berdaya maju.

Najib berkata negara juga telah berjaya berhadapan dengan seribu liku dan pancaroba.

"Sepanjang tempoh itu, telah terpancar wajah kemerdekaan hakiki, yang jika dilihat dari segala sudut, merangkumi aspek merdeka hati, merdeka jiwa, merdeka semangat dan merdeka meraikan kemajmukan," katanya

Mutakhir: Pulau Pinang 250 PPS ditahan lepas perarakan merdeka.

Polis menahan kira-kira 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di negeri itu pagi ini.

Pasukan itu, yang berpakaian ungu, dibawa ke balai polis Beach Street, beberapa meter daripada tempat itu, kira-kira jam 10 pagi, menurut Wong Hon Wai, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Mereka semua diminta ke balai polis untuk memberikan kenyataan,” kata Wong, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam.

Anggota parlimen Bayan Baru daripada PKR Sim Tze Tzin pula berkata, kumpulan itu tidak ditahan pada masa ini tetapi akan dihantar ke ibu pejabat polis Timur laut supaya kenyataan mereka dapat dirakamkan.

Kumpulan itu dikawal oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap bercota dan berperisai.

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat menemani kumpulan itu di balai polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

Thursday, August 28, 2014

Lelaki maut kereta terjunam dalam parit

Seorang lelaki mati lemas apabila keretanya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 34, Jalan Sungai Rengit di Kota Tinggi malam tadi.
   
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata Mohamad Iswan A. Hamid, 39, mati di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.
   
Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu.
   
"Mangsa dipercayai terlelap mengakibatkan keretanya gagal dikawal lalu terhumban ke dalam parit," katanya.
   
Jenazah mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sening, Kota Tinggi.
   
- Bernama

Wednesday, August 20, 2014

Sadis: Mayat misteri ditemui rentung di Nusajaya

NUSAJAYA: Satu mayat misteri ditemui rentung dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah di Jalan Silat Sinding 16, Bandar Selesa Jaya dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, pemilik rumah, Kelly Lim Guan Hong, 38, tiada di rumah kerana mengambil tiga anaknya yang bersekolah di Skudai.

Bagaimanapun, ketika tiba di kediamannya jam 1.15 petang, Guan Hong terkejut rumahnya sudah dijilat api sebelum membantu jirannya yang sedang memadamkan kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Tips mengeluarkan wang extra di ATM.

Tahukah anda, kita boleh mengeluarkan wang extra dari sepatutnya di mesin pengeluaran wang (ATM).
Jika baki anda tinggal RM 110, anda masih boleh mengeluarkan wang sehingga RM 500. Ini sudah terbukti berhasil.

Caranya...
1- Pergi ke mesin ATM
2- Masukkan Kad ATM anda, tapi pastikan and tidak menggunankan perkhidmatan MEPS. Jika kad anda dari Maybank, anda harus menggunakan ATM Maybank.
3- Masukkan PIN anda.
4- Masukkan amaun pengeluaran.
Sila masukkan RM 200, kerana hanya amaun ini sahaja yang berjaya melepasi teknik ini.

Kemudian anda akan mendengar mesin ATM berbunyi menghitung wang.
Pada ketika ini SILA tekan butang ENTER sebanyak mungkin sebelum ia berhenti.
Jika anda menekan 2 kali, bermakna anda dapat mengeluarkan 2 kali ganda amaun yang anda masukkan tadi.

Contoh...
Nilai pengeluaran = RM 200
Enter di tekan 2X = RM 400
jadi mesin ATM akan mengeluarkan RM 600, dan hanya RM 200 yang akan dipotong dari akaun anda...

Hebat kan......
Selamat Mencuba...

Teknik ini ternyata berhasil dan di alami sendiri oleh kawan saya ketika DALAM MIMPI malam semalam semasa wang gaji kehabisan sebelum gaji berikutnya diterima....
Heheeeee

Mutakhir: MCA dan Gerakan mahukan bukti dari Tun M.

Aku nak gelak pun ada bila terbaca MCA ngan GERAKAN nak mintak Tun M buktikan DS Najib bersalah.

MCA dan GERAKKAN kena faham kalau Najib tak bersalah mana pengundi MCA dan GERAKAN yang kata sokong sangat DS Najib.

Jangan nak tipu dengan permainan wayang opera. PRU13 mana 2/3 Parlimen di bawah DS Najib di wayangkulitkan oleh pengundi yang kononnya SOKONG.

Ingat kita masih perhati MCA dan GERAKKAN dalam PRU14 akan datang. Sokong sangatlah DS Najib. Buktikan kalau apa yang Tun M cakap salah. Sama-sama kita tunggu PRU 14.

Penjilat dan pembodek DS Najib duduk diam angok-angok, geleng-geleng. Bantulah DS Najib tu buah fikiran yang baik untuk anak cucu akan datang. Apa? Nak hancurkan negara ke?

Tidak ada dalam dunia ini orang sebaik bangsa Melayu. Bila sanggup berkongsi kerakyatan, berkongsi negara, berkongsi kekayaan kepada bangsa lain.

Harap bangsa Cina dan India dapat bersimpati kepada bangsa Melayu yang tak tahu menjaga hak mereka. Tolonglah bagi kerjasama tampa berbelah bagi. Biarlah kuasa memerentah di kuasai orang Melayu.

FIKIRLAH SENDIRI.!!!!

Mahkamah: Dua anggota Polis dua dipenggal, dicacatkan

KOTA KINABALU - Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
   
Pegawai Penyiasat Inspektor Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada  6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.
   
"Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.
   
"Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka," katanya.
   
Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran "hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya."

Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lepas.

Sementara itu, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman ASP Mohamad Hasnal Jamil memberitahu mahkamah bahawa tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14-17 Feb tahun lepas berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman alias Abdul.   

Katanya lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai 'Imam Tua' dan kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213, digunakan oleh seseorang dikenali Raja Muda Agbimuddin.

"Bagaimana anda tahu nama-nama individu ini?" soal Timbalan Pendakwa Raya  Datuk Abdul Wahab Mohamed.   

Mohamad Hasnal: "Kami telah memantau komunikasi pengguna nombor berkenaan dan nama mereka disebut."

Pegawai Cawangan Khas itu memberitahu mahkamah beliau telah diarahkan oleh Allahyarham Ibrahim untuk terbang ke Lahad Datu pada 18 Febuari tahun lepas untuk menjalankan tugas pengawasan terhadap tiga individu itu selama seminggu bermula 19 Febuari.

Katanya pada 25 Feb tahun lepas, beliau memberi taklimat kepada pegawai polis Asisten Superintendan Noraidin Awang Maidin, di Balai Polis Tungku di Lahad Datu untuk  menahan Salib Akhmad di Ladang Kelapa Sawit Abadi Emas di Tungku.

Pada 1 Mac tahun lepas, katanya beliau memberikan maklumat berkaitan di Balai Polis Semporna untuk menahan Julham di Kampung Pangkalan Badai, Kunak dan Al Wazir di Semporna.

Salib Akhmad, Julham dan Al Wazir menghadapi pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Salib Akhmad juga menghadapi pertuduhan merekrut anggota untuk kumpulan pengganas.

Mereka merupakan antara 30 tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan bagi pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Febuari dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - Bernama

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat