KUBUR BESAR PARTI ROSAK DI JOHOR
MANIFESTO BARISAN NASIONAL " AKU JANJI "
AIDCNews – 12/04/13 – Sinchew Daily News, 9 April melaporkan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berang dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar yang telah membuat u turn terhadap pelan ‘perjanjian
asal’ di mana semua tokoh penting pembangkang bersetuju untuk
bertanding di luar kawasan parlimen masing-masing untuk mencapai misi
menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13.
“Mengikut serangan menyeluruh Pakatan Rakyat terhadap polisi BN, Lim
Kit Siang beralih bertanding di Gelang Patah selatan Semenanjung, di
mana Anwar Ibrahim akan tinggalkan sarangnya di Permatang Pauh ke negeri
Perak untuk beradu kekuatan dengan calon UMNO di negeri Perak.
“Semangat pejuang yang tampilkan diri seperti ini, boleh membawa semangat dan boleh mempengaruhi emosi pengundi untuk menyokong Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya, tetapi sikap salah satu daripada komponen Pakatan Rakyat Pas seperti menunggu habuan itu, seperti tidak ambil bahagian dalam perjuangan itu, dan seperti tidak yakin untuk laungkannya, hanya pentingkan untuk perkukuhkan diri sendiri.
“Anwar Ibrahim dengan lantang mahu bertanding di negeri Perak hanya
selang dua hari sahaja, tiba-tiba pada 5 April semasa dalam ucapan
ceramah politik beliau di Pulau Pinang beliau begitu merendah diri,
beliau akur dengan sokongan pengundi beliau di Permatang Pauh dan
membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh, dan buat keputusan tidak
keluar bertanding di tempat lain.
“Sikap sudah mengalah sebelum bertanding, menyebabkan Lim Kit Siang pada jam 12.00 tengah malam tersebut semasa memberi ucapan dalam ceramah politik di Batu Pahat rasa sedih. Beliau berteriak di hadapan pengunjung “biarlah kalah, biarlah mati!” dalam keadaan dan saat itu, Lim Kit Siang terasa pilu dan tidak terkata, adakah setelah Anwar Ibrahim membelakangi beliau, masing-masing ada penjelasan yang tersendiri, “lapor Lim Fang dalam akhbar berbahasa Cina bertajuk “Kit Siang kena main?“.
Menurut Lim Pang, kebiasaannya stail politik Lim Kit Siang tidak
pernah menggunakan taktik “kalah dan mati” dalam ucapan-ucapan
politiknya dan inilah pertama kali Penasihat DAP itu menggunakan
kata-kata sedemikian sepanjang beliau menceburi arena politik.
“Para penganalisa Pakatan Rakyat anggap emosi Lim Kit Siang berlaku
sedemikian mungkin kerana apabila Anwar Ibrahim umumkan tidak bertanding
di negeri Perak yang lebih memeranjatkan beliau, kerana beliau dengan
semangat yang tinggi bertanding di negeri Johor, pengunduran Anwar
Ibrahim seperti angkat kaki, telah merosakkan strategi Pakatan Rakyat,
menyebabkan Lim Kit Siang berjuang secara berseorangan.
“Anwar Ibrahim merancang untuk bertanding dan dirikan khemah di
negeri Perak, ini adalah satu persetujuan antara Lim Kit Siang dan Anwar
Ibrahim sendiri. Anwar Ibrahim sudah bertapak di kerusi Parlimen di
Permatang Pauh telah begitu lama, jika beliau benar-benar mahu berjuang
dalam politik perlu beredar jauh dari situ, barulah akan difahami rakyat
dan didoakan oleh rakyat, tidaklah pada saat-saat akhir masih mahu
kekal di Permatang Pauh bercinta di situ dan dengar cakap isteri.
“Adakah Anwar Ibrahim berlakon sahaja, selepas Lim Kit Siang turun mahu bertanding di Selatan Semenanjung, lepas itu Anwar Ibrahim buat alasan tidak mahu keluar dari Permatang Pauh, ini menjadi satu persoalan.
“Kali ini Anwar Ibrahim telah merosakkan strategi, di mana UMNO
mengejek Anwar Ibrahim tinggalkan kawasan pengundi sendiri, Anwar
Ibrahim terpaksa kembali ke sarang di Permatang Pauh kerana beliau
menjangkakan beliau mungkin akan kalah jika berdepan dengan calon UMNO
yang begitu hebat, sebab itu beliau cepat-cepat tarik diri.
“Memang benar jika apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada ketua
umum pemimpin Pakatan Rakyat ini, akan menyebabkan satu kerugian besar
kepada Pakatan Rakyat, kerana mereka akan kehilangan ketua umum.
Sebaliknya cara Anwar Ibrahim berbolak balik dalam hal ini, menampakkan
beliau kurang matang dan kurang terperinci dalam hal memimpin pasukan,
dan beliau telah dipersendakan kerana perbuatan sendiri.”
Menurut penulis akhbar berbahasa Cina itu lagi, Kit Siang kini sudah
berada tertipu dengan permainan Anwar, apatah lagi beliau sendiri berasa
gentar apabila terpaksa berhadapan keseorangan melawan Dato’ Haji Abdul
Ghani bin Othman di parlimen Gelang Patah.
“Diberitakan Menteri Besar Johor yang sedia ada sekarang Abdul Ghani
Othman mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang
Lim Kit Siang, apabila Lim Kit Siang dengar berita ini beliau lebih
rasa gusar, sebab itu beliau dengan sedih berkata: “biarlah kalah!,
biarlah mati!”.
“Jika benar beliau bartanding di Gelang Patah, ia akan merekod satu
sejarah, dimana UMNO berani bertanding di kawasan majoriti kaum Cina.
Diramalkan Abdul Ghani sekurang-kurangnya akan mendapat sokongan lebih
40 peratus kaum Cina dan akan dapat sokongan lebih 80 peratus Melayu.
“Ramalan dan andaian ini sebaliknya Lim Kit Siang anggap itu satu perkara yang benar, beliau segera berkata beliau bertanding di Gelang Patah seperti tebu bertemu ruas dengan Abdul Ghani, dan berkata DAP tidak perlu memikul beban selama ini dikatakan dituduh orang Cina tadbir orang Cina. Sebaliknya selama ini DAP dituduh sering menentang MCA dan mengatakan DAP dituduh orang Cina tadbir orang Cina memang benar.
“Apabila DAP berdepan dengan UMNO mungkin akan timbul kalah mati,
selama ini apa yang dilaungkan oleh DAP Malaysia Malaysian akan
menunjukan bahawa DAP adalah parti politik rasis.
“Bekas perdana menteri Tun Mahathir menyeru rakyat tamatkan riwayat
Lim Kit Siang, supaya Gelang Patah menjadi kubur Lim Kit Siang,
seterusnya Lim Kit Siang mencabar Tun Mahathir bertanding di Gelang
Patah. Jawapan Tun Mahathir pula, sepatutnya Lim Kit Siang bertanding di
Kubang Pasu semasa Tun berada di Parlimen Kubang Pasu, dan bukan tunggu
selepas Tun bersara baru mahu cabar Tun, menyebabkan Lim Kit Siang malu
sendiri.”
SAYA PILIH MENGUNDI.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.