TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, January 20, 2015

PENSTRUKTURAN BAJET DALAM MENANGANI SITUASI EKONOMI SUKAR HARUS MELIHAT KESAN JANGKA PANJANG EKONOMI MALAYSIA

MTEM merasakan penstrukturan itu baik dan tepat pada masanya di kala kejatuhan harga minyak dunia. Antara yang lain yang dilihat berkesan dan baik adalah seperti berikut.

Kerajaan juga telah memperuntukkan 30% perbelanjaan tahunan kepada agensi kerajaan dan GLC dan melaburkannya dalam negara. Ini akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan di dalam ekonomi negara dan pasaran tempatan.

Dana yang diperuntukkan sebanyak RM800 juta untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jambatan dan jalan raya dan tambahan RM100 JUTA yang disediakan kepada TEKUN dan RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah amat di alu-alu kan dan perlu disegerakan. Namun, pada masa yang sama, mekanisma yang telus dalam memastikan tiada ketirisan berlaku bagi memastikan penyampaian dan pelaksanaan projek.

Penglibatan sektor swasta di dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) harus di puji  kerana ianya akan membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk mempromosi barangan mereka ke pasaran yang lebih luas. Namun, Kerajaan harus mewujudkan satu platform dan mekanisma yang jelas untuk penglibatan usahawan untuk masuk ke pasaran Asean.

MTEM juga melihat faktor kejatuhan matawang ringgit harus diteliti dengan lebih mendalam. MTEM menjangkakan bahawa nilai mata wang ringgit akan mengalami kejatuhan sehingga RM3.72 berbanding mata wang Amerika Syarikat. Ini akan memberi kesan kepada dagangan antarabangsa terutamanya nilai pertukaran yang menggunakan mata wang Malaysia. Tambahan pula, hutang negara akan terus meningkat akibat kejatuhan nilai mata wang Malaysia.

MTEM juga merasakan terdapat keperluan untuk mengkaji semula levi yang dikenakan kepada pekerja asing. MTEM merasakan perlu untuk mengetatkan pengambilan pekerja asing dan kadar levi ini ditingkatkan agar kepentingan pekerja tempatan dapat dijaga. Ini sejajar dengan kajian yang dilakukan oleh Khazanah Research Institute yang mengatakan 2 pekerja tempatan akan kehilangan peluang pekerjaan sekiranya 10 pekerja asing di ambil sebagai pekerja.

Polisi dalam menangani ketidaksamaan tidak dinyatakan didalam penstrukturan bajet. Malah tiada tanda tanda atau langkah yang jelas untuk mengurangkan ketidaksamaan negara yang berlaku sekarang.

MTEM berpandangan kerajaan harus lebih fokus dengan menggunakan instrumen lain sebagai menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam negara. Inisiatif inisiatif seperti  pasar tani khas dan inisiatif lain oleh kementerian pertanian harus diperbanyakkan dan dilakukan oleh kementerian lain berbanding menggalakkan penjualan mega. Ini adalah kerana untuk mengelakkan pembaziran.

Pemberian kontrak secara terus kepada kontraktor kecil ini dilihat baik bagi membantu kontraktor ini dalam pembangunan pasca banjir dan projek pembangunan secara umumnya. Sehubungan itu dasar kerajaan yang mengagihkan kontrak perolehan secara terus  kepada kontraktor utama harus diteliti semula agar memastikan pengagihan peluang dapat dilakukan secara lebih meluas. Contoh boleh dilihat kepada subkontraktor yang sedia ada di JKR sebelum ini.

Langkah fiscal reform dan consolidation yang diperkenalkan oleh kerajaan dilihat bagus dari segi peningkatan dividen GLC dan GLIC dan badan badan kerajaan yang lain bagi meningkatkan pendapatan negara. Namun, MTEM merasakan bahawa pemberian geran kepada badan berkanun serta GLC  harus di kaji dan di teliti secara mendalam mengambil kira program program kritikal untuk rakyat. Kerajaan harus memastikan bahawa potongan tidak akan memberikan implikasi negatif kepada sektor kritikal sebagai contoh kesihatan, perkhidmatan awam, kebajikan rakyat dan pendidikan kemiskinan, pembangunan luar bandar dan pembangunan usahawan.

MTEM juga ingin mencadangkan langkah langkah serta dasar yang bersesuaian perlu diteliti dalam menghadapi fenomena luar jangka bencana alam seperti banjir. MTEM ingin mencadangkan temporary housing dan rumah kekal dengan mengambil kira faktor reka bentuk, geografi dan struktur rumah yang bakal  dibina supaya dapat menyesuaikan diri dengan situasi bencana. Langkah langkah pencegahan seperti pemuliharaan alam, pengekalan kawasan tadahan dan dasar pembalakan dan dasar ladang hutan harus di teliti semula untuk mengelakkan kerugian jangka panjang yang berterusan.

Pengekalan perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 billion akan diteruskan dan turut melibatkan projek berimpak tinggi seperti MRT jajaran kedua, High Speed Rail Kuala Lumpur-Sngapura dan Rapid Pengerang. Ini dapat di fahami adalah kerana GDV bagi projek tersebut mampu melonjak Malaysia mahu mencapai negara yang berstatus negara berpendapatan tinggi. MTEM melihat fokus pembangunan harus diutamakan kepada projek jangka pendek dan panjang yang memberi manfaat kepada masyarakat terbanyak seperti rumah mampu milik, pengangkutan awam seperti bas, projek sanitasi dan saliran serta membina fasilitasi luar bandar dan pengangkutan awam seperti “feeder” di dalam bandar.

MTEM merasakan  penstrukturan budget ini adalah perlu dan penekanan yang lebih perlu dilakukan untuk menangani kesan jangka panjang dan mengambil langkah pendekatan berjaga jaga (precautionary measures) dalam konteks penjimatan perbelanjaan kerajaan. Ini diperlukan sebagai langkah awal dalam menagani kucupan ringgit, kejatuhan harga minyak dan kemungkinan krisis ekonomi yang mungkin berlaku. Langkah langkah penstrukturan bajet harus disusuli dengan memaastikan keberkesanan program dan pemantauan yang berterusan bagi mengelakkan ketirisan. Selain itu pertindanan sistem penyampaian dan perlaksanaan projek perlu diperkemaskan serta pemfokusan kepada projek projek mega dapat dikurangkan  dengan memastikan dasar pembangunan  secara pengagihan secara menyeluruh dan penyelesaian masalah fundamental seperti rumah, saliran, dan kebolehcapaian serta infrastruktur asas diselesaikan. Ini pastinya dapat membantu rakyat secara menyeluruh.

Kerajaan juga harus memastikan bahawa setiap modal yang ada di dalam negara harus kekal di dalam negara di kala kita mengalami situasi ekonomi yang sukar. Justeru itu, cadangan kerajaan untuk mengenepikan pertimbangan kawalan modal sebagai instrumen untuk memastikan modal yang ada di dalam negara harus kekal di dalam negara. Justeru itu, kawalan modal dilihat sebagai instrumen yang masih relevan supaya kumpulan berpendapatan tinggi, syarikat yang berskala besar mahupun pelabur asing tidak mengeluarkan modal mereka yang berada di dalam negara.

Secara dasarnya,penstrukturan bajet ini telah memperlihatkan bahawa di kala menghadapi situasi ekonomi yang sukar terdapat keperluan untuk membantu rakyat tempatan dari segi memperuntukkan kuota tertentu dalam perolehan kerajaan dan GLC, mempromosikan pembelian barangan buatan Malaysia dan keutamaan kepada kontraktor kontraktor tempatan padahal ia bertentangan dengan isi perjanjian di dalam TPPA. Ini secara jelas membuktikan kerajaan perlu mempertimbangkan semula hasrat menyertai TPPA. Langkah langkah keistimewaan terpilih (preferential treatment) kepada syarikat tempatan, perolehan kerajaan, promosi barangan tempatan adalah bertentangan dengan syarat syarat yang terkandung di dalam perjanjian TPPA.

Monday, January 19, 2015

Misi ke 2 banjir ke Pantai Timur.

MTMR mengucapkan tahniah kepada Yb Hajah Normala Abdul Samad atas ke Perihatinan beliau kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Semoga usaha murni beliau peroleh keberkatan dunia dan akhirat. Semoga Allah jua yang membalas.

Sunday, January 18, 2015

Friday, January 16, 2015

PEMBANGKANG DI MALAYSIA PERANGAI BURUK???

Nampak tak permainan dan peranan pembangkang. Saban hari menghasut rakyat. Sentiasa salahkan kerajaan.

Minyak naik salahkan kerajaan. Semua barang naik. Pembangkang pukul canang salahkan kerajaan.

Sekarang minyak turun salahkan kerajaan kerana pengusaha pam minyak mengalami kerugian atau pun tak untung.

Kerajaan faham dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

Sekarang minyak turun harga. Mengapa tidak guling-guling minta minyak di naikkan supaya pengusaha pam minyak buat untung.

Sekarang mengapa tidak guling-guling minta kerajaan turunkan harga barang. Apabila kerajaan desak peniaga turunkan harga barang peniaga pula akan kata kerajaan zalim. Tidak membantu golongan peniaga.

Nampak tak permainan pembangkang di Malaysia. Layakkah pembangkang di Malaysia yang perangai serupa ini untuk menjaga rakyat Malaysia yang sekarang ini mencecah 30 juta orang. Layakkah kalau corak pemikiran begini???

Kerajaan sebenarnya berupaya untuk memaksa pemborong dan peniaga untuk turunkan harga barang. Kerajaan sengaja membiarkan perkara ini supaya peniaga faham dan tanggungjawab kemanusiaan dan kebajikan kepada negara.

Sebab itulah adanya GST. Bab GST pun tak faham tetapi berangan bercerita bab GST. Cerita GST mengelirukan rakyat itulah perangai buruk pembangkang di Malaysia.

Kalau tak pandai tolong belajar dan ambil tahu. Jangan memandai-mandai cerita pulak benda yang salah. Salah lagi pemahaman rakyat Malaysia.

Adakah rakyat Malaysia sedar sesungguhnya kerajaan Malaysia UMNO/BN. Mampu menutup pembangkang di Malaysia.

Tetapi sengaja di biarkan bagi memberi rakyat peluang berfikir. Tetapi sekiranya keadaan menjadi parah dan sentiasa meracuni pemikiran rakyat. Maka tidak mustahil pembangkang tidak akan di hidupkan kembali di Malaysia.

UMNO/BN sengaja ujudkan dan beri peluang untuk pembangkang menjadi cermin kepada kerajaan. Tetapi tugas itu telah menjadi sebaliknya. AWAS Pembangkang Malaysia. Semangkin hari kurang ajarnya dan melanggar perlembagaan Malaysia bertambah buruk.

Terkini : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini sah diceraikan.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini sah diceraikan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Suami ahli Parlimen Lembah Pantai itu Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai pada jam 4.17 petang di hadapan hakim Mohd Amran Mat Zain.

Peguam Nurul Izzah, Nor Mawaddah Ramli berkata, kedua-dua pihak hadir di mahkamah hari ini dan meninggalkan mahkamah dalam keadaan tenang.

"Mereka mendapat hak penjagaan anak secara bersama. Sebelum ini pun mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Kedua-dua pihak berada dalam keadaan tenang dan kes dapat diselesaikan dalam masa satu jam," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mawaddah berkata Nurul Izzah menerima seadanya keputusan penceraiannya pada hari ini kerana kes itu sudah berlarutan sejak setahun lalu.

Ketika diminta mengulas keputusan penceraiannya pada hari ini, Nurul Izzah berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya."

Nurul Izzah, 35, mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Mahkamah Rendah Syariah pada Oktober menetapkan 8 Disember bagi keputusan kes penceraian itu selepas Raja Ahmad mendakwa masih menyayangi keluarganya. 

Thursday, January 15, 2015

MUTAKHIR: TLDM TAMATKAN PENGLIBATAN KAPAL DALAM MISI PENCARIAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501.

KUALA LUMPUR, 14 Jan - Penglibatan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi pencarian Op Search and Rescue (SAR) QZ8501 ditamatkan secara rasmi pada 14 Jan 15 jam 6 petang. Selama tempoh 17 hari, TLDM telah menugaskan lima buah kapal iaitu Kapal Diraja (KD) PAHANG, KD LEKIU, KD LEKIR, KD KASTURI dan KD PERAK serta sebuah helikopter Fennec. KD PAHANG adalah kapal TLDM pertama tiba di kawasan operasi SAR pada 29 Dis 14 (hari kedua operasi) sebelum disusuli oleh KD LEKIR, KD LEKIU, KD KASTURI dan KD PERAK. Secara purata, setiap kapal TLDM yang ditugaskan melaksanakan operasi selama 8 hari sebelum keluar dari kawasan pencarian untuk melaksanakan ulangbekal.

Sepanjang penugasan, kapal TLDM telah berjaya mencapai beberapa kejayaan operasi. Secara keseluruhan kapal TLDM telah melaksanakan operasi meliputi kawasan seluas kira-kira 22,000 batu nautika persegi. Pencarian dilaksanakan dengan menempatkan pemerhati tambahan di atas geladak, pemantauan udara oleh helikopter FENNEC, radar, sonar (pencarian bawah air) dan bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB). Selain itu, kapal TLDM turut menggunakan penderia elektro optik bagi mengesan objek di permukaan laut pada waktu malam. Perenang awasan juga terpaksa ditugaskan bagi menaikkan jenazah yang dijumpai walaupun dalam keadaan laut dan cuaca yang sangat mencabar. Kapal TLDM telah menjumpai dan mengambil 10 jasad (4 lelaki, 4 perempuan dan 2 jantina tidak dikenalpasti) yang mana KD KASTURI menaikkan 5 jasad, KD LEKIR 2 jasad, KD PAHANG 2 jasad dan KD PERAK 1 jasad. Di samping itu, beberapa serpihan pesawat dan barangan peribadi mangsa turut dibawa naik. Kapal TLDM telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi apabila dapat bekerjasama dengan kapal dan pesawat negara lain seperti Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, China, Jepun dan negara-negara lain yang turut terlibat dalam usaha pencarian. Kerjasama erat juga dicapai dengan Badan SAR Nasional, Indonesia (BASARNAS) yang berjaya mengkoordinasikan keseluruhan operasi ini dengan baik.

Penglibatan kapal TLDM serta beberapa kapal tentera laut asing ditamatkan apabila bukti utama Flight Data Recorder (FDR) dan Cockpit Voice Recorder (CVR) ditemui pada 12 Jan 15 dan 13 Jan 15. Disamping itu, beberapa pengesanan objek besar di bawah air mengesahkan posisi kapal terbang terhempas. Lanjutan daripada perkembangan tersebut, BASARNAS telah menumpukan operasi pencarian bawah air di kawasan pencarian yang lebih kecil berkeluasan 25 batu nautika persegi. Pencarian di kawasan ini disimpulkan memadai dengan aset-aset Indonesia sahaja. Sehingga 14 Jan 15, sebanyak 48 jasad telah ditemui dan 36 daripadanya telah dikenalpasti.  

Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM khususnya sentiasa bersiap sedia dan komited menghulurkan segala bentuk bantuan dengan segera apabila diperlukan, selaras dengan semangat setiakawan ASEAN yang sedia terjalin.

-    TAMAT    -

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar

Panglima Tentera Laut

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat