TRANSFORMASI penciptaan sistem pengemudi satelit (GPS) begitu pantas seiring dengan pengeluaran pelbagai gajet dalam era teknologi serba canggih ketika ini. Garmin tidak terkecuali apabila baru-baru ini memperkenalkan model GPS siri terkini iaitu nuvi 2567LM ke pasaran tempatan.
Mengapa GPS ini dianggap siri lanjutan untuk kereta anda? Model nuvi 2567LM mempunyai paparan bersaiz lima inci cerah dengan keupayaan dua orientasi iaitu kegunaan menegak atau mendatar.

