TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label NajibRazakk. Show all posts
Showing posts with label NajibRazakk. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Nota 1MDB.

Kemelut 1MDB kini bertukar menjadi bencana besar bagi kerajaan Malaysia dan mencalar kredibiliti Perdana Menteri Najib Razak.

Nazir Razak dari CIMB tepat apabila mendesak perletakan jawatan lembaga pengarah 1MDB sekiranya mereka mahu mendiamkan diri. Nazir berkata isu 1MDB perlu pantas diselesaikan selepas ia memberi kesan kepada keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Selaku syarikat milik penuh kementerian kewangan, 1MDB perlu bertanggungjawab bagi setiap sen dari hutang mencecah RM42 bilion. Bagaimanapun syarikat tersebut enggan melaksana tanggungjawab masyarakat dan korporat dengan memberi butiran penuh kedudukan kewangannya. Ia meminta kerajaan melakukannya.

Di celah kontroversi yang melanda 1MDB, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu dijawab Najib dan para menteri. Pertama, apa justifikasi bagi penubuhan 1MDB sekiranya tiada bukti urus niaganya melindungi kepentingan dan keselamatan negara?

Kedua, mengapa 1MDB mahu melaksanakan projek janakuasa, pembangunan hartanah mega dan sebagainya sedangkan projek sebegitu boleh dilakukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pihak swasta?

Ketiga, kerana 1MDB hanya wayang korporat, mengapa kerajaan menyertai urus niaga sedangkan tugasnya mentadbir dan melaksana dasar bagi menyuburkan iklim perniagaan? Kerajaan tidak perlu terlibat dalam urusan perniagaan.

Najib berkata kementerian kewangan yakin akan melaksanakan rancangan pemulihan bagi menyelamatkan 1MDB dan ia mampu mencapai sasarannya. Ironinya, mengapa perlu 1MDB diselamatkan sekiranya ia ditadbir secara berhemah?

Ianya ujian buat kerajaan BN. Reformasi pertama yang perlu dilakukan speaker parlimen ialah membolehkan debat tentang 1MDB diadakan serta melaksana mekanisme bagi mengadili semua GLC yang dilanda krisis.

Sejak pendedahan di dalam Sarawak Report, banyak lagi urus niaga dan kontradiksi berlaku sehingga mustahil kerajaan dapat memandang sepi perkara ini.

Pada Januari, kementerian kewangan berkata 1MDB mendeposit US$1.103 billion (RM3.91 billion) yang diperoleh semula dari akaunnya di Cayman Islands ke cawangan bank Swiss BSI di Singapura. Ditanya mengapa wang tidak dibawa pulang ke Malaysia, CEO 1MDB Arul Kanda berkata ini kerana wang digunakan bagi membayar hutang 1MDB akibat faedah pinjaman.

Monday, March 28, 2016

Terkini: Kongres Rakyat minta Perdana Menteri Malaysia berundur dengan kadar segera?

Kongres rakyat yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada petang tadi dianggap penuh dengan kejayaan dan kegemilangan serta mencipta satu lagi detik bersejarah bagi politik tanahair.

Ia bukan saja berjaya membariskan ahli-ahli politik daripada UMNO, pembangkang dan mereka yang tidak berparti untuk berada di pentas yang sama, dengan tujuan yang sama dan bercakap juga dengan satu nada yang sama.

Pentas, tujuan dan nadanya tidak lain ialah untuk memaksa Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri dengan seberapa segera.

Sebanyak 1,500 tag nama untuk perwakilan yang disediakan juga habis diserahkan kepada para peserta daripada pelbagai kelompok, usia dan latar belakang yang datang seawal jam 10 pagi serta sekurang-kurangnya antara 200 hingga 300 peserta lagi tidak memperolehi sebarang tag nama, tetapi tetap dibenarkan masuk dengan sanggup berdiri sepanjang program.

Bermula pukul 2.00 petang apabila Zaid Ibrahim memulakan pembukaannya sehinggalah Tun Mahathir menamatkan ucapannya pada kira-kira 6.45 petang, para peserta tetap tidak berganjak daripada dewan untuk mendengar dengan penuh teliti dan ghairah setiap hujah-hujah yang dilontarkan oleh para pembahas.

Ini sekaligus menandakan rakyat bukan saja tetap dahagakan perubahan dan begitu teringin melihat pengunduan Najib, malah seperti tidak sabar juga untuk mendapat seorang Perdana Menteri yang baru untuk negara ini.

Bukan saja tekad untuk memberi penerangan ke seluruh negara akan diperhebatkan lagi selepas ini, malah seruan agar rakyat beramai-ramai menandatangani Deklarasi Rakyat juga akan terus diberi penekanan.

Ia kemudian akan dipersembahkan kepada Istana Negara agar Majlis Raja-Raja bertindak sesuatu berdasarkan suara hati rakyat.

Jika kertas deklarasi yang mengandungi tandatangan rakyat itu penuh satu lori, saya sedia memandu lori tersebut untuk pergi ke Istana Negara, kata Tun Mahathir.

Di bawah ini antara gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog ini. Selain semua jurucakap yang disenaraikan dalam posting sebelum ini hadir dan memberi ucapan mereka, ramai lagi tokoh-tokoh yang turut memeriahkannya, namun hanya sebahagian yang sempat dirakam fotonya.

Apa pun, tahniah kepada semua yang menjayakan Kongres Rakyat ini. Selepas ini, program yang sama akan bergerak ke negeri dan kawasan-kawasan terpilih pula. (SH 27/03/2016).

Thursday, February 25, 2016

Mohon bantuan Peguam Negara Mendapatkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.   

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

"Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan."

Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.   

Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.

"Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan.

Sunday, February 14, 2016

Rakyat Malaysia malas buat kerja 3D???

Aku ni bukanlah nak bantah sangat hal yang menteri cakap? Aku pun bukan suoa sangat ambil alih kerja pembangkang.

Tetapi bila tengok berita TV3 tadi pasal ucapan TPM selaku menteri KDN berucap depan kira2 500 belia di Selangor.

Belia-belia cakap setuju bila TPM tanya adakah mahu buat kerja-kerja kotor, korek longkang, sapu sampah. Semua belia sebut setuju.

Kesimpulannya yang aku nampak tak tepat yang rakyat Malaysia tak mahu buat kerja kotor 3D.

Adakah menguntungkan negara jika bangla 1.5 juta ke Malaysia?

Nak bagi satu contoh je rakyat Malaysia malas buat kerja 3D.

Singapura yang bersih dan bangunan pencakar langit adalah hasil kerja rakyat Malaysia.

DS Najib Razak percaya ke tidak, Singapura bersih #takcayasudah.

Aku bukan setakat buat kerja 3D, aku buat kerja 4G terus.

Thursday, January 14, 2016

Mengapa kita perlu berhutang dengan bank dunia???

Mengapa kita boleh buat pinjaman dengan bank dunia dengan faedah 6% ? Agak kurang pandailah kalau buat pinjaman dengan bank dunia faedah sebesar itu!!! Kita pinjam dengan jumlah yang besar billion bukan juta-juta.

Zaman Tun M bank dunia dan IMF menawarkan pinjaman kewangan untuk Malaysia. Tetapi Malaysia tidak berminat dengan pinjaman tersebut.

Sebab ketika itu Malaysia boleh membayar hutangnya tetapi Malaysia tidak melakukannya. Ketika itu rizeb simpanan Malaysia cukup besar untuk menampung hutang negara. Ketika itu zaman Tun M.

Tetapi apa yang berlaku selepas era kegemilangan Malaysia. Tun M membangunkan negara tanpa membebankan rakyat dengan pelbagai cukai.

Bukanlah nak puji sangan Tun M. Tetapi itulah kebenaran yang saya kena akui.

Rakyat nak hidup tanpa GST??? Tanpa TPPA??? Tanpa pemimpin yang membebankan negara dengan hutang!!!

Wednesday, September 9, 2015

Pengakuan Najib Razak !!! RM2.6 bilion derma?

Najib Razak telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau telah menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.

Najib juga dikatakan telah mengakui secara terbuka bahawa dana itu merupakan satu derma daripada seorang dermawan Timur Tengah.

TPM baru juga telah bertemu dengan penyumbang dana tersebut. TPM baru berjanji mahu menerangkan dengan bukti kepada orang ramai.

MTMR nak tahu juga.

Tuesday, August 18, 2015

20 Ahli Parlimen di Fitnah gulingkan kerajaan???

Harap TPM selaku KDN. Dapat keluarkan nama yang terlibat. Buat kenyataan akhbar.

Ini bermakna 20 Orang Ahli Parlimen tidak terlibat untuk gulingkan kerajaan.

Semua itu tuduhan liar dan berniat jahat.

Puak ni nak pakai terma "guling kerajaan" sebab hukuman "guling kerajaan" adalah melawan/derhaka kepada YDMM dan boleh di hukum mati... Memang jahat betul..

PM Najib Razak perkara ini jangan dibiarkan dan jangan di jadikan lawak jenaka.

Semoga 20 orang yang di tuduh di fitnah mendapat pembelaan sewajarnya. Nama mereka perlu dibersihkan.

Yb Hajah Normala Abdul Samad, semoga Allah melindungi Yb dan sahabat-sahabat Yb yang di Fitnah untuk gulingkan kerajaan.

Wednesday, August 5, 2015

Dikatakan duit derma(sumbangan) 2.6b itu untuk dana politik wahal dimasukkan dalam akaun pensedirian padahal ia adalah salah. Mana satu yang betul ini???

27 Feb 2012 : Y.A.B. Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak menyentuh tentang sumbangan kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di PICC

Najib mengatakan bahawa "setiap sumbangan yang ingin diberikan pada mana-mana parti politik diperingkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli2 politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan kepentingan pensendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlu kemukakan resit penerimaan dimasuk dalam akaun parti menerusi rekod terimaan yang teratur.Ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan"

Sumber Utusan Online

Friday, October 10, 2014

Terkini: Dua Pesawat MAS Berlanggar Di Landasan KLIA

Tragedi masih mengekori MAS. Kali ini ianya tidaklah seteruk MH370 dan MH17. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 6.30pm tadi.

Berlaku satu perlanggaran diantara 2 buah kapal terbang milik MAS di Bay 5 ( no pendaftaran 9M-MSF) dan Bay 7 (no pendaftaran 9M-MLS)

Kejadian ini dipercayai berpunca dari kecuaian staf yang bertugas untuk towing kapal MH1158 di Bay 5 (KUL-PEN etd 1820hrs) berlepas sehingga terlanggar sayap pesawat yang berhampiran kapal MH1276 (KUL-KUA etd 1835hrs).

Penumpang kedua-dua destinasi diarahkan untuk bertukar kapal untuk ke destinasi masing-masing.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat