TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, July 11, 2014

TIDAK SEMBAHYANG TAPI BERJAYA.

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca yang dirahmati . Pasti ada tertanya2 dengan tajuk entri ini , mungkin agak kontroversi sikit , tetapi saya pasti anda mesti pernah terfikir , kenapa orang kafir yang sememangnya tidak beriman kepada Allah swt dilimpahi kekayaan , kemewahan , ada orang islam mungkin sahabat , mahupun saudara mara kita yang tak pernah solat , kehidupan bergelumang dengan dosa , berjudi ,kaki perempuan , tapi rezeki Allah swt bagi hidup mewah. sedangkan kita patuh kepada Allah swt , berusaha , tetapi hidup kita tetap susah dipenuhi dengan ujian dan dugaan Allah swt ..

Inilah yang ingin saya kongsikan untuk entri kali ini . persoalan ini jugalah pernah bermain diminda saya beberapa tahun yang lepas dan akhirnya saya menemui jawapannya apabila pernah mendengar ceramah ustaz ismail kamus mengenai persoalan ini, dan juga pernah bertanya kepada seorang ustaz mengenai persoalan ini ..

Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar
. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kep
ada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula :)

Mahkamah Tinggi perintah Manohara, ibu bayar ganti rugi RM6 juta kepada suami

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan model Indonesia, Manohara Odelia Pinot dan ibunya membayar ganti rugi RM6 juta kepada suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dalam kes saman fitnah.

Pada 5 November 2009, Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff membenarkan Tengku Muhammad Fakhry memperoleh perintah ingkar terhadap Manohara dan ibunya Daisy Fajarina selepas mereka gagal melantik peguam bela baru untuk mewakili mereka.

Perintah ingkar ialah keputusan yang menyebelahi plaintif apabila defendan tidak memberi jawapan terhadap saman yang difailkan terhadapnya atau gagal hadir di mahkamah.

Melalui saman yang difailkan pada 20 Julai tahun lalu, putera Sultan Kelantan itu mendakwa Manohara dan ibunya secara palsu dan berniat jahat memfitnah beliau dalam satu sidang media di antara April dan Jun tahun lalu apabila mendakwa Manohara didera.

Selain saman fitnah berkenaan, Tengku Muhammad Fakhry juga memfailkan dua saman terhadap Manohara di Mahkamah Syariah dengan meminta isterinya kembali tinggal bersamanya dan membayar balik wang bernilai hampir RM1 juta yang didakwanya dipinjam oleh Manohara.

Kerabat diraja antara ditahan

Johor: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang kerabat diraja bagi membantu siasatan kes bunuh model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu, 29, yang mayatnya ditemui di pantai Pulau Rawa, Mersing, awal bulan ini.

Kerabat diraja yang berusia 27 tahun dan seorang lagi berumur 30 tahun ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing untuk merekodkan kenyataan mereka berhubung kes itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.
Kena reman tujuh hari

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu yang tinggal di Kuala Lumpur, kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi sebelum ditahan reman tujuh hari sehingga Rabu ini.

“Dengan penahanan dua lelaki itu, tujuh orang sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kelmarin, Hasnan dalam satu sidang media mengesahkan kematian wanita itu sebagai sebagai kes bunuh berikutan ada beberapa kesan kecederaan di badan mangsa.

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Soalan :

Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?

Jawapan:

Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat