TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, June 30, 2015

Terkini: Hari Keputeraan TMJ.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.

Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor. Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Monday, June 29, 2015

Daulat Tuanku. Sempena menyambut Keputeraan Tengku Mahkota Johor.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.

Tuanku selalu mencemar Duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
Rakyat gembira tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.

Tuanku dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.

Kebawah Duli selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
Buat keputusan tidak terburu,
Asalkan rakyat terus maju.

Tuanku percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negeri makmur dalam kemajuan.

Tuanku dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.

Istana Tuanku tersergam indah,
Apabila bertitah penuh bermadah;
Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.

Masalah rakyat sama dikongsi,
Tuanku dan rakyat tiadalah sangsi;
Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta nostalgia untuk generasi.

Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
Cemerlang negara amat sukacita;
Tuanku dan rakyat berpisah tiada,
Bijaksana memerintah negeri tercinta.

Sejarah Kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
Personaliti Tuanku amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.

Karya dikarang untuk tatapan istimewa buat Tuanku dan rakyat;
Semangat Tuanku sentiasa di hati rakyat,
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.

Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku,
Sembah patik harap diampun.
Patik merafak sembah, Selamat Menyambut Hari Keputeraan.

Ampun Tuanku.

Sembah patik harap diampun.

Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.

Saturday, June 27, 2015

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas,
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami. Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH Kabulkanlah doa kami. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.

Thursday, June 25, 2015

Daulat Tuanku. Sultan Johor melawat bazar ramadan.

Daulat Tuanku!!!

Lawatan DYM Sultan Johor ke bazar Ramadan di Jalan Tasik. Bandar Baru Seri Alam.

Rasa terkejut juga masyarakat setempat dengan kunjungan Sultan Johor.

Adik Siti Rabiatul Adawiyah binti Zamrin, rasa bertuah kerana dapat bergambar bersama Sultan Johor. Cita-cita adik Siti Rabiatul Adawiyah untuk bergambar bersama Sultan akhirnya tercapai pada bulan Ramadan yang penuh barkah ini.

Cita-cita Adik Siti Rabiatul adalah untuk menjadi seorang Dokter. Mudah-mudahan cita-citanya tercapai dan di permudahkan.

Antara kata-kata dari Tuanku Sultan Johor kepada Adik Siti Rabiatul Adawiyah ialah , "belajar pandai-pandai."  Semoga kata-kata semangat menjadi kata hikmah dan penuh barkah.

#sultanjohormesrarakyat

Sunday, June 21, 2015

Politik Malaysia sekarang ramai yang pandai bercakap, tetapi gagal berfikir.

Aku pernah cakap Politik Malaysia tak perlukan pembangkang lagi.

Tutup pembangkang semua jadikan dalam satu permufakatan. Yang memerintah adalah Perdana Menteri Melayu Islam.

Perlantikkan mendapat perkenan YDP Agung.

Ciri-ciri Perdana Menteri Malaysia.

1. Taat kepada Allah.
2. Boleh membaca Al-Quraan.
3. Kepentingan Rakyat di utamakan.
4. Tiga tahun sekali tukar Perdana Menteri.
5. Memajukan Negara.

Najib Razak bubarkan Parlimen segera jika:

1.TPPA menjadi masaalah.
2. GST bebankan rakyat.
3. 1MDB.
4. Obama guna SST majukan negara.
5. Lain-lain hal yang tak dapat di nyatakan sekarang.

Sekian Terima kasih.

Yang benar,

Salam Ramadan bulan beribadah.

Saturday, June 20, 2015

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

Manfaat buah sukun untuk kesihatan diketahui sejak lama iaitu untuk mengubati berbagai macam jenis penyakit. Manfaat buah sukun sangat baik untuk dimakan bagi pengidap sakit jantung, ginjal, diabetes serta penderita penyakit hati, selain itu khasiat buah sukun juga melancarkan pencernaan serta menguatkan tulang dan gigi.

BUAH SUKUN SEBAGAI MAKANAN DIET

Apabila dibandingkan dengan pokok lainnya, buah sukun sememangnya memiliki banyak khasiat, dibandingkan dengan manfaat ubi jalar, ubi kayu, mahupun kentang, buah sukun memiliki kandungan karbohidrat dan protein yang lebih tinggi dan malah jika dibandingkan dengan beras, kandungan karbohidrat sukun juga setara, namun kalori sukun sangat rendah, sehingga sesuai dijadikan sebagai menu diet yang sihat.

KANDUNGAN BUAH SUKUN

Menurut kajian kandungan buah sukun juga sangat tinggi, baik mineralnya mahupun kandungan vitaminnya dan juga mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat penting bagi tubuh, terutama dari beberapa jenis asam amino esensial, seperti isoleusin, methionin, lysine, histidine, ryphophan, serta valin. Selain buahnya, daun sukun juga kaya dengan khaisat bagi kesihatan. Sebuah kajian merumuskan bahawa ekstrak daun sukun banyak mengandung betasitosero dan flavanoid yang mampu mengatasi penggumpalan rombosit yang melancarkan peredaran darah dalam jantung.

KHASIAT DAUN SUKUN

Manfaat daun sukun sangat efektif untuk mengubati beberapa penyakit kronik seperti penyakit hati, hepatitis, sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa dan penyakit jantung. Khasiat daun sukun dalam mengubati berbagai macam penyakit tersebut disebabkan daun sukun mengandungi beberapa unsur seperti asam hidrosianat, asetilcolin, ribofavlin, tannin dan beberapa bahan lain. Secara saintifik, manfaat daun sukun juga bagus untuk mengatasi kerosakan ginjal. Melalui penelitian lain yang dilakukan mendapati bahawa daun sukun sangat berguna untuk mengubati penyakit kardiovaskuler. Untuk mengubati penyakit ginjal, daun sukun direbus kemudian diminum airnya setiap hari secara rutin. Memang hal ini memerlukan disiplin dan kerana harus dilakukan secara rutin dan dalam jangka panjang. Untuk petua sembuh dari penyakit jantung, anda sebaik baiknya pilih daun sukun yang sudah berumur, kerana daun sukun yang telah berumur tua memiliki kandungan zat yang tinggi.

* sira sukun, kerepek sukun, sukun goreng, bingka sukun. Sedap! 

Mutakhir: Fakta Bot Tengku Mahkota Johor (TMJ)

Assalamualaikum w.b.t

Saya sedar ini adalah laman rasmi bola sepak negeri Johor. Bukan laman politik mahupun agama, akan tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pengetahuan dan fakta kepada rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang saya hormati.

Baru-baru ini saya dapati ada beberapa komen yang negatif dan kurang arif daripada sesetengah individu berkenaan gambar bot saya yang dimuat naik oleh laman JOHOR Southern Tigers.

Ada terdapat beberapa pihak yang selalu menanyakan berkenaan hal duit rakyat. Oleh itu izinkan saya menggunakan ruang ini untuk memberi maklumat yang tepat serta ringkas dan anggaplah ini sebagai satu pelajaran yang boleh menambahkan pengetahuan berkenaan fakta Kesultanan Negeri Johor.

Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1885 beserta kerajaan dan perlembagaan sendiri sebelum wujudnya kerajaan persekutuan yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan untuk pengetahuan juga, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) ditubuhkan pada tahun 1886.

Berkenaan isu duit rakyat yang dibangkitkan oleh individu-individu yang kurang arif ini, saya akan membuat kenyataan hari ini yang mana rakyat Johor boleh baca dan faham untuk disampaikan kepada generasi yang akan datang sehingga ke cucu cicit kita.

Untuk makluman semua, Kesultanan Johor pernah melanggar perlembagaan kerajaan negeri Johor pada tahun 1899 kerana ketika itu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar menolak gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor ketika itu, dimana dana tersebut disalurkan kepada tabung yayasan yang sekarang ini dikenali sebagai Yayasan Iskandar, dengan Almarhum bertitah "Sebagai Raja dalam negeri ini, aku tak patut ambil duit rakyat aku". Dan objektif yayasan ini adalah untuk kerajaan negeri membantu rakyat negeri Johor yang memerlukan.

Sehingga hari ini, Yayasan Iskandar digunakan untuk pembiayaan pembelajaran, untuk menunaikan haji, menaik taraf kemudahan sekolah-sekolah agama dan lain-lain lagi.

Segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datang daripada estet getah dan kelapa sawit sejak zaman DYMM Almarhum Sultan Ibrahim sehinggalah kini, yang mana sekarang ini dikendalikan oleh MADOS.

Saya tidak perlu dedahkan berapa jumlah zakat yang DYMM Sultan dan saya telah salurkan setiap tahun. Perkara ini saya bangkitkan kerana ada sesetengah individu yang bodoh sombong, kurang arif dan tidak boleh diajar lagi.

Segala elaun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor kepada saya sejak saya menjadi Raja Muda sehinggalah sekarang disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan daripada ayahanda saya sendiri.

Ini bukan untuk membangkit tetapi hanya sekadar untuk memberi maklumat ringkas sejarah Kesultanan Negeri Johor.

Lagi sekali kepada individu-individu yang kurang arif sebelum membuat kenyataan, kaji dan belajar dulu sebelum membuat kenyataan yang boleh mengaibkan diri anda sendiri.

Saya tidak perlu risau kerana saya tidak mencuri duit sesiapa.

Akhir kata,

"Janganlah cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya.

Janganlah cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya.

Janganlah cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui pelbagai rintangan untuk menghargainya."

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Mutakhir: Mahaguru Omardin telah meninggal dunia sebentar tadi.

Mahaguru Omardin telah meninggal dunia sebentar tadi sekitar Jam 3.20 pagi.

Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Semoga keluarga kuat menghadapi dugaan daripada Allah subhanallah w.t.

Takziah buat keluarga.

AL-FATIHAH.

Friday, June 19, 2015

Terkini: Tun Mahathir “Jawab” 1MDB

1. Bagi semua kritikan saya, 1MDB hanya boleh mengatakan bahawa semua adalah salah. Tetapi tidak ada bukti-bukti yang diberikan. Jawapannya sentiasanya adalah mengenai kerahsiaan urusan Kerajaan

2. Saya tahu tentang keengganan TIA untuk membolehkan produk masa depan telaga minyak Terengganu digunakan sebagai cagaran dengan bercakap dengan orang-orang yang benar-benar terlibat dengan TIA. Kerajaan Persekutuan sebagai penjamin bagi pinjaman RM5 bilion adalah kerana Terengganu menolak perkara yang tidak masuk akal. Mengapa Terengganu perlu menarik diri daripada cadangan awal Kerajaan Persekutuan bahawa telaga minyak pengeluaran masa depan menjadi cagaran.

3. Tiada Kertas Kabinet bagi pinjaman 5 billion telah dibentangkan. Tunjuklah Kertas itu untuk orang ramai melihat. Sudah tentu anda akan berkata kertas-kertas Kabinet adalah rahsia.

4. Jika pinjaman itu tidak off-budget tunjuklah dalam proses penyediaan bajet tahunan Kerajaan peruntukan yang memboleh membuat pinjaman-pinjaman itu. Tidak ada pun.

5. Terdapat bukti bertulis mengenai terma-terma Golden Sachs untuk terbitan bon. Tunjuklah bahawa Golden Sachs atau Ambank tidak mengenakan kadar faedah yang tinggi dan komisen 10% ke atas pinjaman. Jangan hanya mengatakan ini adalah rahsia.

6. Jadi 1MDB mengeluarkan bon 30-tahun. Apabila ia meminjam wang cadangan itu dibuat atas dasar 1MDB akan membuat wang.

7. Hasil terakru daripada 6.15% atau apa sahaja, adalah untuk pembeli bon. 1MDB perlu membayar wang selama 30 tahun sebagai faedah, yang bermakna ia meminjam sekarang dan anak-anak kita akan menanggung beban. Dan 1MDB akan mendapat hanya 88 sen pada 1 Ringgit. Apa yang baik tentang itu.

8. Okay. Faedah setahun adalah RM 2.4 bilion dan bukan RM3 bilion. Bolehkah 1MDB membayar jumlah itu? Sudah pun ia terpaksa mendapatkan wang dari Ananda dan IPIC untuk membayar. Meminjam wang untuk membayar faedah tidak akan mengurangkan pokok pinjaman. Ia hanya meningkatkan bebanan hutang. Walaupun ia adalah bayaran untuk saham atau apa pun, pinjaman akan masih wujud. Jadi, anda tidak dapat menjelaskan lagi. Ia adalah sulit – rahsia.

9. Tiga belas loji kuasa dibeli, Tetapi loji-loji yang besar di Malaysia itu boleh dibeli dengan harga paling murah. Tetapi dengan membayar RM18 bilion, 1MDB terlebih bayar sekurang-kurangnya sebanyak RM3 bilion. Mengapa? Jika loji-loji itu adalah aset yang baik, mengapa mereka tidak dapat disenaraikan? Kenapa apabila telah desas-desus bahawa Tenaga dan Malakoff akan membeli loji kuasa 1MDB, nilai saham mereka menjunam

10. 1MDB adalah sebuah syarikat Kerajaan tetapi apabila ia membeli tanah Kerajaan pada hanya 1/50 daripada harga pasaran, Kerajaan kehilangan sejumlah wang yang besar.

11. Apabila 1MDB menjual tanah itu, ia hanya mengambil apa yang sepatutnya menjadi pendapatan Kerajaan daripada penjualan itu. Proses itu tidak berbeza daripada orang-orang yang menjual AP, kontrak dan lesen. Adakah ini caranya 1MDB dijangka membuat wang?

12. Adakah 1MDB sebuah syarikat pembangunan strategik? Apa yang telah ia majukan? – Tidak ada apa. Malahan TRX adalah pagar sahaja dan tidak ada apa-apa.

www.chedet.cc

Share this:

Thursday, June 18, 2015

Mutakhir: Tiada undang-undang melarang untuk bebas bersuara??? Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara.!!!???

Tiada undang-undang di negara ini yang melarang kerabat diraja termasuk Tengku Mahkota daripada menyuarakan pendapat. Kerajaan memberi kebebasan bersuara kepada semua pihak.

" Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara, Tengku Mahkota Johor itu juga mempunyai hak untuk bersuara, melainkan ada undang-undang yang melarang baginda untuk bebas bersuara," Menurut Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

MTMR juga sependapat dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bangsa Johor minta Perdana Menteri Malaysia mengambil tindakkan tegas atas kebiadapan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato Seri Nazri Aziz. 

Kenyataan seperti jangan campuri Politik dan menjauhi dari politik jika tidak mahu di belasah balik oleh kerajaan merupakan satu amaran dan ugutan terhadap Tengku Mahkota Johor. Oleh Nazri Aziz.

Nazri Aziz lupa bahawa gelaran yang di terima juga adalah kurnian dari kerabat diraja. Jawatan sebagai Menteri adalah yang di lantik. Sampai ketikanya tidak di perlukan lagi maka hilanglah jawatan menteri tersebut. 

Politik Malaysia jangan lupa atau membelakangkan Kesultanan Tanah Melayu. Jangan lupa bahawa Politik di Malaysia juga adalah dari ekhsan daripada Raja-Raja Tanah Melayu. 

Sebagai contoh untuk perlantikkan Menteri Besar juga haruslah mendapat perkenan Sultan atau Raja di setiap Negeri. Termasuk juga jawatan Perdana Menteri mestilah mendapat perkenan daripada YDP Agung. Jadi di manakah yang di katakan kenyataan jangan campuri urusan Politik. Fikir-fikirkanlah.

Terkini: DYMM Sultan Ibrahim penyelam dasar laut yang mahir.

Mersing: DYMM Sultan Ibrahim adalah penyelam dasar laut yang mahir. Semalam di Pulau Sibu, Tuanku telah menangkap seekor ikan besar dan telah dijadikan lauk Asam Pedas untuk dikongsi bersama peduduk kampung. Di Mersing, Tuanku juga telah meluangkan masa bermesra bersama orang kampung dengan hanya menggunakan panggilan wak (lelaki) atau kakak (wanita).


Wednesday, June 17, 2015

Terkini: Sebuah satelit NASA akan jatuh ke Bumi.

SHAH ALAM – Sebuah satelit yang dibina oleh Nasa dan Jepun untuk mengesan hujan dijangka akan jatuh ke bumi esok, menurut laman web rasmi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa).

Satelit yang dinamakan sebagai satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang dibina oleh Nasa dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) untuk mengukur jumlah hujan di bumi itu sekarang berada 100 kilometer daripada bumi.

Menurut laman web rasmi Nasa, Amerika Syarikat Space Surveillance Network, yang dikendalikan oleh jabatan angkasa yang beroperasi bersama Pertahanan AS, pihaknya memantau kedudukan TRMM sejak misi itu berakhir pada bulan April lalu.

“Kebanyakan satelit dan kapal angkasa yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar, dan ia tidak boleh dikawal.

“Pusat Operasi Angkasa Lepas akan mengeluarkan ramalan berkala tarikh kemasukannya, namun lokasi sebenar kawasan kejatuhannya tidak dapat diramalkan,  TRMM hanya akan jatuh ke kawasan tropika antara 35 darjah Utara dan latitud 35 darjah latitud Selatan,” petik kenyataan rasmi Nasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, Nasa akan memberi maklumat setiap tiga jam kepada seluruh agensi angkasa dunia termasuk Malaysia untuk memaklumkan mengenai perkara ini.

“Pihak Nasa akan sentiasa mengemaskini maklumat mereka setiap tiga jam, kerana sekarang pihak Nasa sendiri tidak pasti keberadaannya.

“Kalau ikut rekod selama ini tidak pernah berlaku di mana manusia terkena pada bahan-bahan serpihan-serpihan ini sepanjang sejarah satelit masuk kedalam bumi ini , kalau ikut Nasa peratusan itu hanya dua peratus, kerana kebanyakkannya akan jatuh kedalam laut.

“Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu panik, tidak ada yang pernah berlaku terkena pada serpihan tak pernah lagi!… rekod terdahulu satelit yang  jatuh dekat dengan Malaysia adalah di utara Lautan Hindi, Australia kawasan itu berhampiran Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jika satelit itu terbakar ia tidak boleh dikawal lagi.

“Satelit itu dilancarkan pada 35 darjah ini dikira sebagai kawasan tropikalah, termasuk Malaysia selatan Jepun sampai ke Australia 35 darjah lah, bila ia masuk kawasan bumi ini ia akan terbakar, apabila ia terbakar tak ada orang boleh kawal… tetapi ada sebahagian daripada satelit itu tidak terbakar terutama yang dibuat daripada titanium.

“Titanium ini besi yang lebih keras daripada besi… ia tidak terbakar, kalau ikut pemantauan, tidak banyak negara yang boleh pantau ia kerana ia perlukan radar yang canggih dan kuat untuk tembak ke udara bagi mendapatkan lokasi yang sebenarnya… saya rasa negara Amerika Syarikat yang punyai teknologi itu, Amerika yang dapat lihat kedudukan ia  sekarang.

“Agensi Angkasa kita boleh berhubung dengan mereka untuk dapatkan maklumat dan mereka akan maklumkanlah bila ia masuk ke bumi.

“Kita akan uar-uarkan maklumat dari semasa ke semasa, oleh itu rakyat Malaysia jangan panik cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

TRMM yang berusia 17 tahun mempunyai berat hampir 3 tan, dilancarkan dari Tanegashima, Jepun pada 27 November 1997 bagi misi yang dirancang hampir  tiga tahun. Ia ditutup pada 15 April tahun ini.

Monday, June 15, 2015

TERKINI: MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Adakah ini Menteri Malaysia??? Biadap!!!

MTMR tak mahu menulis panjang lebar. Biarlah gambar berbicara.

Hanya nak ingatkan Nazri Aziz. Kalau tak mampu bantu rakyat atau bangunkan negara letak jawatan ajalah. Simpan sikit lemau tu, jangan tunjuk sangat.

MTMR berharap PM DSNR pecat jaa menteri-menteri yang membuat kenyataan yang tak masuk akal.

Harapan rakyat menteri jadi bijak dan tahu menjaga kepentingan rakyat. Tetapi adakalanya mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati rakyat. Termasuklah PM sendiri.

Senarai perkarap-perkara yang tak masuk akal dalam Malaysia yang susah rakyat Malaysia nak terima.

1. Haram Jadah -PM yang sebut.

2. GST-Contoh Isu TopUp. SST 6% tukar GST 6%. Bila beli TopUp RM 10.00 mengapa kena bayar RM 10.60. Jangan bodohkan rakyat.

3. Bila barang naik kerajaan nak salahkan peniaga kononnya peniaga naikkan harga barang. Kerajaan kenakan GST 6% itu sebab peniaga naikkan harga barang. Jangan cakap peniaga tak faham laksanakan GST. Kerajaan sendiri kelihatan gagal untuk melaksanakan dan pemahaman GST?

4. Bila barang mahal masak sendiri jangan makan di kedai. Menteri sendiri makan tak bawak bekal dari rumah. Pandai cakap tak pandai buat.

#sokongTMJ

Sunday, June 14, 2015

Cukup Sekadar melambai mari-mari!!


Kadang kala cukup dengan tanda isyarat untuk bagi orang faham. Harap fahamlah. Johor tetap Johor.

#sokongTMJ
#mari_mari


Saturday, June 13, 2015

Warisan Tanah Melayu

FALSAFAH JAWA...

1⃣ Wong nerimo, uripe dhowo
(Orang yang bersyukur, hidupnya lama)

2⃣ Wong sabar, rejekine jembar
(Orang yang sabar, rezekinya luas)

3⃣ Wong ngalah, uripe barokah
(Orang yang merendah diri, hidupnya berkat)

4⃣ Wong jujur, uripe makmur
(Orang jujur, hidupnya makmur)

5⃣ Wong suloyo, uripe soro
(Orang yang malas, hidupnya sengsara)

6⃣ Wong sombong, amale kobong
(Orang sombong, amalnya hangus)

7⃣ Wong ngersulo, gelis tuwo
(Orang yang keluh kesah, cepat tua)

8⃣ Wong telaten, bakal panen
(Orang yang rajin, bakal berhasil)

9⃣ Seng wes lungo, lalekno
(Yang sudah pergi, lupakan)

1⃣0⃣ Seng wes ono, syukurono
(Yang sudah ada, syukurilah)

1⃣1⃣ Seng durung teko, enteno
(Yang belum sampai, tunggulah)

Pitutur Jowo iku ajaran ugomo
(Falsafah Jawa itu ajaran agama)

Semoga dihayati dan difahami.

Thursday, June 11, 2015

Fakta Sebenar POTA.

FAKTA SEBENAR MENGENAI POTA YANG TELAH DIPUTAR- BELITKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. FAKTA TERSEBUT ADALAH DARI SUMBER YANG SAHIH IAITU TUKANG DRAF UNDANG2 POTA ITU SENDIRI. HARAP SAUDARA2 KU TIDAK MUDAH DI PUTAR-BELITKAN OLEH FAKTA2 YANG SEBENARNYA [Fakta tidak benar yang telah di viral...]

AKTA POTA YANG TELAH DILULUSKAN MALAM TADI DI PARLIMEN.......Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang telah diluluskan Dewan Rakyat boleh dikenakan kpd PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial spt Whatsapp, FB, Tweeter, Blog dsb. Polis akan menahan mana-mana penyebar Fitnah Kepada Pemimpin Negara termasuk yg mengubahuai gambar pemimpin negara bagi mewujud dan menanam kebencian di kalangan rakyat! Tahanan POTA minima selama 2 tahun! Tidak boleh dicabar di semua Mahkamah. Pusat Tahanan di sebuah Pulau berkeluasan 1000 Ekar di Utara Sabah telah bersedia menanti penghuninya selepas OPS POTA 2015 dilancarkan tidak lama lagi!

[ FAKTA SEBENAR]

😳❓APA ITU POTA?❓😳

✔POTA atau Prevention of Terrorism Act (Akta Pencegahan Keganasan) bukanlah di gubal bagi menangani isu hasutan tetapi isu aktiviti pengganasan yang mana isu aktiviti ini adalah telah dimaktubkan di dalam undang2 substantif yg lain termasuklah Bab VI dan Bab VIA di dalam Kanun Keseksaan.

✔POTA juga terpakai apabila aktiviti pengganasan ini melibatkan entiti yang telah disenaraikan di dalam Seksyen 66B dan 66C Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001.

❌ Tuduhan bahawa POTA ini akan digunakann kepada PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial atau mereka yang mengubahsuai gambar pemimpin negara bagi mewujudkan dan menanam kebencian di kalangan rakyat adalah sama sekali TIDAK BENAR. POTA adalah bagi menangani KEGANASAN dan BUKAN HASUTAN.

❌POTA juga tidak boleh digunapakai bagi menahan seseorang hanya kerana fahaman atau aktiviti politiknya. Namun, sekiranya parti/ahli/pengikut sesebuah parti politik itu terlibat dalam aktiviti keganasan, maka POTA adalah terpakai.

✔Akta POTA mencegah sebelum kegiatan aktiviti keganasan itu dilakukan. Apakah tuan/puan mahu melihat KLCC & KLIA diletupkan oleh pengganas, baru diambil tindakan? Apakah tuan/puan mahu anak2 tuan/puan terlibat dalam aktiviti pengganasan, kemudian bila nasi sudah mnejadi bubur,tindakan baru dibuat? Ini kerana di dalam kes pengganasan, bukti2 yang diperolehi adalah berbentuk risikan dan kebanyakkan bukti2 ini sukar dibawa ke Mahkamah atas keengganan saksi untuk hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan.

✔ Akta ini adalah bersifat Pencegahan yang mana kuasa eksekutif Menteri untuk menjatuhkan hukuman telah dipindahkan kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik oleh Yang DiPertua Agong (YDPA). Ahli2 Lembaga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman sekurang2nya 15 tahun pengalaman di dalam bidang undang2.

✔Keputusan Lembaga ini boleh dicabar dengan Semakan Kehakiman (Judicial Review).

dan

✔Peguambela dibenarkan hadir semasa keterangan diambil oleh Pegawai Inkuiri (IO) yang dilantik oleh YDPA dan IO mestilah bukan seorang anggota/pegawai PDRM. ❌👮

✔Perintah Tahanan POTA boleh dicabar, oleh itu tuduhan bahawa Perintah Tahanan POTA tidak boleh dicabar adalah sama sekali tidak benar.

✔Perintah Tahanan ini juga haruslah di bawa ke satu lagi Lembaga Penasihat sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan.

✔Memandangkan POTA adalah undg2 pencegahan, para tahanan akan menjalani Modul Pemulihan Khas yang telah dirangka bagi meneutralisasikan fahaman ekstemisme mereka yg mana modul2 ini menekankan aspek keagamaan (mengikut agama tahanan), moral dan rohani serta isu hubungan kekeluargaan yang mana ahli keluarga tahanan juga terlibat dalam memberikan semangat kepada para tahanan agar berjaya meneruskan proses neutralisasi.

✔Harus diingat bahawa undang2 pencegahan ini adalah berbentuk pencegahan dan bukannya undang2 punitif(bersifat menghukum).

❌Maklumat berkenaan pusat tahanan di sebuah pulau seluas 1000 ekar di utara Sabah adalah tidak benar. Ini bu

Tuesday, June 9, 2015

Pelayar Udara di kawasan Pasir Gudang.

Pasir Gudang: Terdapat aktiviti pelayar udara yang mungkin sedang menikmati keindahan suasana pagi pada 9/6/2015@7.50am.

Pemandangan yang jarang kelihatan sempat di rakam seketika. Pagi yang indah du samping cuaca yang agak mendung dan cuaca suram.

Pengkalan Udara TUDM Ara Kuda 2

Sesuatu yang amat menghairankan apabila Y.B. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya dan Datuk Zainal Abidin Osman yang turut disokong oleh juak-juak mereka dalam Barisan Nasional, cuba untuk menghalang pemindahan Pengkalan TUDM dari Butterworth ke Ara Kuda sedangkan ianya amat perlu kepada pertahanan negara dan pembangunan ekonomi Bumiputera dan Pulau Pinang amnya.

UMNO memeram-pekasamkan tanah Ara Kuda untuk projek-projek pertanian sedangkan ianya amatlah berpotensi untuk pembangunan industri dan perumahan khasnya untuk bumiputera. Setelah 2 penggal Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang, tiada apa pembangunan yang mampu dilakukan oleh PERDA yang dipengerusikan oleh Shabudin tetapi apabila Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memindahkan Pengkalan TUDM ke tanah tersebut, pelbagai janji manis perancangan tiba-tiba dibuat.

Adakah kerana Shabudin dan Non Panjang tidak memperolehi apa-apa menfaat peribadi atas pembangunan ini?

Semenjak dua menjak ini, UMNO Pulau Pinang rancak kononnya atas alasan penyingkiran Bumiputera oleh DAP dari kawasan Pulau, menabur janji untuk perumahan Bumiputera. Apakah kemampuan kewangan PERDA mencukupi atau akan ada "MOU" dengan syarikat swasta?

Perluasan pengaruh ekonomi melangkaui sehingga Ara Kuda ini dapat mengurangkan kebergantungan perumahan di kawasan sempit di bandar utama Pulau Pinang. Malahan perluasan pengaruh industri juga mampu disebarkan sehingga ke Ara Kuda. Bayangkan peluang-peluang pekerjaan yang bakal dinikmati oleh bukan hanya bumiputera, malahan oleh kaum-kaum lain.

Pendapat Erapasca, adalah lebih berfaedah jika Shabudin dan Non Panjang bertindak meyakinkan pengundi Pulau Pinang bagi memilih semula Barisan Nasional (takder harapan dah rasanya) dari melalak-melolong kononnya tanah strategik TUDM Butterworth itu hanya menguntungkan cina.

Adalah lebih berfaedah jika PERDA dan UMNO Pulau Pinang berfikir secara waras untuk menyelesaikan isu-isu perumahan penduduk Pulau Pinang contohnya menyediakan pinjaman perumahan kepada rakyat yang kurang berkemampuan atau membuka lebih banyak lokasi strategik untuk perumahan.

Kesesakan lalu-lintas di Pulau Pinang dapat dikurangkan jika trafik dapat dipanjangkan sehingga ke Kedah. Apalah gunanya bersesak di kawasan kononnya strategik untuk penempatan bumiputera sekiranya tanah disitu lebih bernilai untuk pembangunan ekonomi. Jangan jadikan alasan "akan jadi milik cina" sekiranya PERDA dan UMNO Pulau Pinang hanya berdiam diri dengan idea-idea lapuk yang bangang.

Selain dari membina Pengkalan baru TUDM, pemaju juga telah berjanji untuk membina lebih 20 ribu unit rumah kos rendah dan sebuah Universiti Tahfiz. Mungkin Shabudin dan Non Panjang takut terbakar bila mendengar alunan ayat-ayat suci dari hafiz dan hafizah di universiti ini kelak. Hanya syaitan sahaja yang suka menghasut dan menghalang perkara-perkara kebaikan ini.

Adalah lebih bermenfaat jika PERDA dan UMNO membeli premis-premis di lokasi strategik tersebut dan disewakan dengan harga murah kepada usahawan-usahawan Bumiputera. Mungkin juga Shabudin dan Non Panjang boleh bagi percuma sahaja kepada kroni anak-beranak mereka.

Adalah amat bodoh sekiranya alasan "menguntungkan cina" dimainkan di Pulau Pinang sedangkan majoriti pengundi adalah cina. Maka adalah kurang bijak bagi Najib terus mengekalkan Non Panjang sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang kerana ianya akan merugikan politik Barisan Nasional sahaja kelak. Contohilah Teng Chang Yeow yang berkhidmat untuk semua kaum, berbanding Non Panjang yang berakal pendek yang hanya tahu mendendangkan "Demi Melayu" ;- tapi hakikatnya "Demi Perut Non Panjang dan Shabudin sahaja"

Pertahanan UDARA Malaysia Part 1.

Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) merupakan satu operasi taktikal ketenteraan untuk menewaskan pertahanan udara musuh di permukaan. Tindakan ini antaranya untuk menyahupayakan pertahanan Surface-To-Air-Missiles (SAMs) dan artileri anti pesawat termasuklah melumpuhkan sistem radar amaran awal dan fungsian Command, Control dan Communication (C3). Serangan ini boleh dilaksanakan samada dalam bentuk fizikal atau elektronik.

Pertahanan udara Malaysia antara yang paling lemah di rantau ini terutamanya sebelah utara Semenanjung. Pengkalan TLDM terdekat adalah di TLDM Markas Wilayah 3 Bukit Malut, Langkawi yang lebih kepada pengkalan persinggahan dan bantuan logistik sahaja tanpa keupayaan pertahanan udara.

Pertahanan Laut Pulau Pinang boleh dikatakan tiada langsung dan pengkalan TLDM di Pulau Pinang hanyalah Pusat Latihan PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia) tanpa sebarang kemudahan pertahanan laut dan udara yang mencukupi.

Pertahanan hadapan di Pulau Pinang bergantung kepada Pangkalan Udara Butterworth yang menempatkan 8 buah F/A-18D (versi serangan malam) dengan kemudahan asas yang semakin terhimpit dalam kawasan seluas 407 hektar ditambah dengan keperluan untuk peningkatan dalam usaha pemodenan TUDM.

Tentera Udara Di Raja Malaysia melaporkan keperluan kritikal sekurang-kurangnya 8 buah pesawat AWACS bagi memantau keselamatan ruang udara, laut dan darat Negara yang mana salah satunya perlu ditempatkan di Pulau Pinang. Baru-baru ini Kongres Amerika telah meluluskan penjualan E-2D Advanced Hawkeye kepada Malaysia yang merupakan pesawat pelbagai cuaca dan berkemampuan untuk mendarat di atas kapal pengangkut pesawat.

Malaysia adalah antara negara pertama yang diluluskan penjualan pesawat yang dilengkapi oleh radar AN/APY-9 yang terkini. Selain itu, E-2D Advanced Hawkeye juga dipertingkatupayakan dengan teknologi terkini suit radio, komputer misi, komunikasi satelit terkamir, sistem pengurusan penerbangan, enjin T56-A-427A dan mampu untuk mengisi minyak di udara berbanding Grumman E-2C Hawkey milik Tentera Udara Singapura.

Grumman E-2C Hawkey Singapura yang berpengkalan di Paya Lebar, Singapura mampu mengesan sebarang amaran awal sehingga ke Kuantan. Berbanding E-2C, E-2D membolehkan "co-pilot" bertindak sebagai T4O atau "Tactical 4th Operator" yang boleh mengubahsuai paparan kokpit utama memaparkan radar, IFF dan Link16 (JTIDS)/CEC dan mengakses segala data yang diperlukan. Radar APY-9 berfungsi sebagai “active electronically scanned array” yang memperkasakan "radome" mekanikalnya.

AWACS juga memerlukan sistem sokongan daratan yang canggih dengan pelbagai penambahbaikan. Ianya tidak memadai sekiranya penambahbaikan infrastruktur hanya sekadar dilakukan di Pengkalan TUDM Butterworth sahaja. TUDM perlu membina pelbagai kemudahan baharu untuk memperkasakan pertahanan utara yang mungkin ditambah dengan pesawat AWACS dan MRCA baharu.

Pemilikan AWACS dan MRCA bukan sekadar perlukan penambahan logistik tetapi lokasi strategik yang mana bagi mengelakkan negara jiran merasakannya sebagai satu ancaman. Imbasan radar AWACS bukan sahaja meliputi perairan, udara dan daratan negara, tetapi akan melangkaui sempadan politik ke negara jiran. Faktor geografi memainkan peranan penting dalam pertahanan sesebuah negara. Terlalu hampir dengan laut akan mendedahkan aset pertahanan negara kepada keupayaan serangan laut, udara dan daratan musuh. Pengkalan TUDM Butterworth telah terbukti tidak taktikal dari segi sejarahnya apabila berjaya ditawan dengan mudahnya oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Bagi mengoptimumkan taktikaliti dan strateginya, tentera Jepun telah mengubah landasannya dari landasan asal Tentera Udara DiRaja British.

Pemindahan Pengkalan TUDM Butterworth dilihat sebagai satu strategi pertahanan udara yang penting kerana ketiadaan pertahanan darat ke udara di sekitar Pulau Pinang. Kawasan penampan serangan Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) yang lebih luas merupakan satu strategi tambahan bagi melindungi aset pertahanan Negara selain meluaskan kawasan operasi meliputi sempadan Thailand yang diwarwarkan pernah dicerobohi pesawat tidak dikenali semasa tragedi MH370.

Ancaman-ancaman perisikan dan pengintipan asing juga merupakan satu faktor yang perlu diambil kira sewajarnya jika mahu mengekalkan Pengkalan TUDM Butterworth ini. Tentera udara Thailand telah memperolehi dua unit SAAB 340/AEW yang berpengkalan di RTAFB Don Muang/Bangkok. Indonesia pula memperolehi CASA CN235 MPA, Boeing 737-2X9 yang dioperasikan oleh Skadron Udara Patroli Maritim dan AEWACS (Maritime Patrol and AEWACS Squadron) yang berpengkalan di Hasanuddin International Airport.

Selain itu, risikan-risikan HUMINT, SIGINT, TECHINT, CYBINT/DNINT dan lain-lain boleh dilakukan dengan mudah di kawasan penduduk yang berkepadatan tinggi terutamanya jika rumah penduduk lebih tinggi dari pagar Pengkalan tersebut.

PEMBANGUNAN KAWASAN MELAYU
Butterworth hari ini sedang pesat membangun. Pembangunan Bandar Baru perlu dirancang dengan teliti dan bijak. Pemindahan Pengkalan Udara TUDM Butterworth bukan sahaja mampu memberi tambah nilai  aset perdagangan tetapi menyemarakkan kepadatan taburan penduduk ke kawasan baharu iaitu di Ara Kuda.

Pembinaan perumahan dan perindustrian perlu dioptimakan sehingga ke segenap sudut Pulau Pinang. Pulau Pinang akan membangun dari sebuah kotaraya menjadi negeri kota yang keseluruhannya adalah bandaraya maju yang berdaya saing. Setiap aset hartanahnya mestilah dibangunkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya orang Melayu  memiliki hartanah strategik dengan harga kompetatif mengikut kelasnya.

Selain itu, pembangunan Ara Kuda akan memberi kesan positif sehingga ke Kedah. Pelan pembangunan TUDM Ara Kuda juga membabitkan 162 hektar untuk perumahan kos rendah.  Sekiranya pelan ini berjaya, kawasan sekitar Ara Kuda juga akan pesat membangun.  Kemudahan infrastruktur awam seperti LRT juga boleh dibina kerajaan bermula dari Ara Kuda ke Pulau Pinang sebagai suatu kemudahan awam yang dapat menampung kepadatan penduduk selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Pertumbuhan ekonomi ini kelak akan turut dirasai oleh penduduk Lunas, Kedah seterusnya tempiasnya akan turut memberi kesan positif pembangunan kawasan-kawasan strategik Bumiputera di Kedah.

Adalah kurang bijak sekiranya kerajaan membina banyak kemudahan asas dan pembangunan di kawasan kepadatan penduduk Bumiputera tinggi berbanding dengan membina sebuah petempatan baru untuk mereka di kawasan lain.

Diharapkan agar pelan pembangunan strategik cetak biru akan segera dirangka dan dilaksanakan demi memastikan kuasa politik Bumiputera terus kekal dan peluang-peluang ekonomi dicipta bagi melahirkan golongan Bumiputera yang berdaya saing di bidang ekonomi.

Usahlah tunduk kepada tentangan-tentangan tidak berasaskan logik dan fakta dari suara-suara sumbang yang berkepentingan peribadi yang akhirnya akan memudaratkan keselamatan negara dan merugikan bumiputera.

Monday, June 8, 2015

Gempa Bumi di Gunung Kota Kinabalu.

Sabah: Kejadian gempa bumi di Gunung Kota Kinabalu merupakan kemalangan yang sungguh di luar jangkaan.

Menurut lapuran mangsa yang terkorban masih 16 orang yang telah berjaya di temui.

Keadaan kabus tebal menyukarkan untuk Helikopter membuat kerja-kerja pemantauan melalui udara atau untuk menghantar penyelamat ke kawasan-kawasan tempat kejadian tersebut.

Tahniah kepada Malim Gunung kerana melakukan kerja-kerja menyelamat.

Terima kasih juga kepada semua petugas-petugas penyelamat. Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian.

Saturday, June 6, 2015

Teloq mana teloq???

Yang tak kenal telur!!! Ini lah teloq!!!

Aku bukanlah nak cakapkan pasal PM tak datang sesi dailog #nothingtohide seperti yang di janjikan.

Tetapi aku tertarik dengan cara menjemput. Contoh ayat yang aku terbaca dalam FB.

Mana FB dan bloger yang garang-garang boleh lah pm untuk pengesahan kehadiran.
Tambahan lagi ayatnya. Nak tengok ada telor ke kecut teloq. Itulah ayat yang aku ingat.

Tetapi yang kelakar bila PM tak datang. Terkait dengan darah pahlawan. Siapa sebut darah pahlawan? PM sendiri DNNajib Razak mungkin boleh adakan sesi lain secara live di TV.

Bila kita menjemput bloger-bloger bukan bermakna menjemput aku ja. Kita juga kena ingat bahawa Tun M juga adalah seorang bloger tua.

#manatelor
#nothingtohide

Wednesday, June 3, 2015

Bantahan Penganjuraan MforJ2015. Take Possesion of The Land Kingdom.


Pasir Gudang: Seramai 14 NGO membuat lapuran Polis membantah pengĂ njuran program oleh Padri Kristian di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru pada 3 hingga 5 Jun 2015.

Terdapat penyebaran satu Video " trailer " berdurasi 1 minit 20 saat di muat naik melalui pautan di Youtube  sebagai satu penghinaan kepada Ugama Islam. 

Terdapat ucapan seperti Johor For Jesus. Beberapa ucapan lain, merupakan satu provokasi dan penghinaan kepada Ugama Islam.

NGO Seluruh Pasir Gudang dan Seluruh Negeri Johor membantah penganjuran seumpama itu.

Ini jelas bertentangan dengan perkara 11 (14), 

Senarai pembuat laporan.

1. Persatuan Penduduk Fasa 1 Tmn Mawar.
2. KRT Fasa 1 Tmn Mawar.
3. KRT Tmn Plentong Baru
4. KRT Perjiranan 8.
5. Pertubuhan Kebajikan & Permufakatan Pasir Gudang
6. PEKIDA zon kg melayu.
7. KIMA Bah.PG.
8. Masai Muslim Jamaah.
9. Kelab Belia Teguh Johor Jaya.
10. Mimbar Permufakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM).
11. Pertubuhan Kebajikan Jati Merah Malaysia
12. Pemuda UMNO Pasir Gudang.
13. Scrambler Red Zone PG.
14. Pertubuhan Sirah Negeri Johor.


Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat