PEMECATAN DAN POPULARITI
1. Saya telah dipecat daripada Petronas. Keputusan telah dibuat oleh Kabinet. Sudah pasti ini sangat penting kepada Kerajaan.
2. Sebenarnya saya telah meletak jawatan dari Petronas beberapa tahun lalu. Tetapi Petronas menolak peletakan jawatan juga elaun yang telah saya kembalikan. Mereka masih mahu membayar elaun bulanan ke akaun saya. Saya telah meletakkan jawatan kerana saya fikir saya tidak patut menjadi penasihat yang tidak menasihat dan dibayar tanpa berbuat apa-apa.
3. Sekarang ini penyokong Najib mahu saya dipecat dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF). Tetapi itu sudah pasti dianggap halangan kecil kepada Kerajaan dengan mendakwa sesiapapun di bawah undang-undang anti keganasan. Kejahatan boleh dilakukan, seperti mengancam untuk membankrupkan Proton atau mengganggu individu yang mengusahakan PLF, jadi boleh membuatkan saya dibuang. Ini semua pastinya tindakan demokratik.
4. Media bebas di Malaysia melaporkan bahawa Najib mendapat sokongan yang makin kuat dan ramai orang menyokong beliau. Lihatlah sahaja gambar-gambar orang yang menyokong Najib. Mereka akan pakai t-shirt merah dan sesetengah pemimpin UMNO menayang sepanduk "Solidariti bersama Najib".
5. Jelas sekali sokongan mereka ini secara spontan, jadi dengan spontan mereka terus membeli t-shirt merah dan mencetak kad "Solidariti bersama Najib" dengan segera untuk dirakam jurugambar.
6. Sungguh Najib sangat popular. Tetapi tidak bagi mereka yang keras kepala. Sungguhpun demonstrasi baju merah disusun oleh Jamal Yunos, disertai oleh orang-orang Felda yang dibawa bas dan diberi makanan percuma dengan sasaran untuk melawan demo Bersih menurut penyokong Najib dianjur oleh kaum Cina untuk menjatuhkan Kerajaan Melayu, tidak dapat meyakinkan rakyat tentang populariti Najib.
7. Apa yang dapat meyakinkan rakyat ialah undian nasional di mana setiap pengundi di negara ini boleh menterjemahkan sokongan terhadap Najib. Mungkin juga undian ini berguna untuk menunjukkan bahawa Dr Mahathir (iaitu saya) adalah tidak benar dalam mendedahkan skandal kewangan Najib.
8. Hanya dengan soalan mudah sudah cukup memadai: Najib (tandakan ✅), Mahathir (tandakan ❎) atau cara lain bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sangat terbiasa dengan undian.
9. Undian umum perlu dijalankan oleh syarikat asing yang boleh dipercayai, diselia oleh wakil dari dua pihak yang terlibat.
10. Saya memberi suatu aku janji, sekiranya Najib menang di dalam undian awam tersebut, saya akan berhenti dari membuat permintaan untuk meletak jawatan. Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi tentang 1MDB, wang 2.6b Ringgit dan rumah-rumah besar di UK, US dan Hollywood atau filem porno "Wolf of Wall Street". Najib boleh terus
menjadi PM sepanjang hayat.
11. Tetapi jika saya dapat lebih banyak undian dari Najib, ini bermaksud rakyat menerima bahawa apa yang diangkatkan tentang salahlaku kewangan Najib adalah benar, dan beliau perlu letak jawatan.
12. Dengan cara ini kita dapat menyelesaikan soalan berkaitan populariti Najib dan apa yang rakyat fikir tentang skandal kewangan Najib sekali dan untuk semua.
13. Pilihan lain ialah dengan menanti Akta Majlis Keselamatan Negara ditandatangani oleh YDP Agong atau menanti selama sebulan jika Agong tidak tandatangan, apabila akta tersebut dikuatkuasa. Kemudian Najib bolehlah menangkap dan menahan bekas PM yang jengkel ini tanpa bicara. Saya mendapat pesanan inilah yang menanti saya jika saya tidak berhenti dan membuat gencatan, saya tidak akan berhenti bersuara.
Artikel asal:
http://chedet.cc/?p=2009
#MahathirVsNajib
#NajibLetakJawatan
#SelamatkanMalaysia
#SaveMalaysia