TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, June 25, 2016

Apa sebab Yb Tan Sri Dato Hj Muhyiddin di pecat?

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Pemecatan untuk TSMY dan DSM.Manakala Safie Afdal di gantung.

Punca sebenar adalah dari ISU 1MDB yang Nazak dengan hutang mencecah 50 billion.

Media luar negara dan dalam negara melapurkan 1MDB merupakan Syarikat yang bermasaalah.

Siasatan pihak berkuasa luar negara berkenaan 1MDB merentasi tiga benua. Melibatkan pengubalan wang haram. Di mana aliran kewangan mengikut Siasatan mereka yang di lapurkan sejumlah wang ada kemasukkan ke acc peribadi Perdana Menteri DS Najib Razak.

Pengakuan adik kepada Perdana Menteri DS Nazri Razak berkenaan ke masukkan sejumlah wang ke ACC peribadi DS Najib Razak membuktikan berlaku kejadian tersebut. Nazri juga mengakui membantu abangnya mengagihkan wang tersebut kepada ahli Politik dan wang tersebut telah habis di agihkan tiada tinggal sesen pun dalam acc malahan acc tersebut telah di tutup.

Kebimbangan dan teguran TSMY dan DSM berasas berkenaan 1MDB. Rakyat Malaysia juga  menyuarakan bertanya 1MDB buat perniagaan apa? Akhirnya sesiapa yang bertanya berkenaan 1MDB diugut ditakutkan dengan pelbagai tindakkan undang-undang dikenakan supaya tidak bertanya lagi berkenaan 1MDB.

PENYANGAK 1MDB KENA BAWA KEMUKA PENGADILAN.

1. Aset-aset negara tergadai. Perkara ini amat merugikan negara dan mengancam kedaulatan negara.

2. 1MDB dan MOF diheret ke timbangtara Antarabangsa. Jika gagal tuntutan lebih kurang RM 28 billion kena bayar kepada si penuntut. Sedangkan hutang 1MDB sebelum ini telah mencecah 50 billion.

Adakah tidak wajar TSMY berasa bimbang dengan keadaan tersebut?

Kebimbangan TSMY selepas mendapat taklimat berkenaan hasil siasatan 1MDB?

Kenyataan secara berseloroh semasa sidang media. " Saya tahu lebih sikit dari anda " - TSMY.

Membuktikan beliau mempunyai maklumat yang cukup berkenaan ke jahanaman 1MDB?

Rakyat yang berfikiran positif nilaikanlah sendiri apakah kewajaran TSMY, DSM di pecat keahliannya. Bakal menyusul Safie Afdal.

Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO membuat keputusan berdasarkan kepentingan peribadi bukan menjalankan amanah Parti?

Mahkamah mengadili yang di anggotai oleh mereka-mereka yang berkepentingan kebiasaannya tidak dapat berfungsi dengan baik dan adil. Bias dan prejudis!!!

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Boleh Kah Selesai?

ESSZONE/ESSCOM meniru RASCOM; ingatkan cara kerja operasi keselamatan untuk Sabah itu sama dengan RASCOM; rupanya TIDAK, pasukan keselamatan dilarang melepaskan tembakan; jika terserempak dengan penceroboh; kecuali kalau berlaku SERANGAN HENDAP seperti pada malam Sabtu lalu yang menyebabkan seorang anggota pasukan keselamtan mati tertembak.

Esszone/Esscom ditubuhkan ekoran pencerobohan militan sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu. Dalam percerobohan itu, turut terkorban beberapa orang anggota keselamatan dan sudah tentunya berdozen-dozen pencoroboh.

Tujuan penubuhan Esszone/Esscom adalah untuk mencegah pencerobohan berulang; namun sejak penubuhannya, bukan pencerobohan yang berlaku akan tetapi penculikan. Kalau pencerobohan dilakukan secara terang-terangan malah mencabar pasukan keselamatan untuk berlawan, lain halnya dengan penculikan, kerana tindakan penculikan ibarat kucing dan tikus, saling elak mengelak.

Pada semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, pada sebelah petangnya selepas pertemuan dengan para pemimpin Bn Sabah, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan Esscom/Esszone termasuk menempatkan satu kapal besar di Tengah laut berdekatan dengan sempadan sebagai pusat operasi; ironinya selepas pengumuman itu pada tengah malam pada sabtu di Pulau Mabul, berlaku serangan hendap dan berlakunya kematian pada salah seorang anggota keselamatan.

Nampaknya, semakin rancaknya pihak kerajaan mengumumkan untuk memperketat keselamatan di Pantai Timur Sabah, semakin pihak penculik mencuba keampuhan pasukan keselamatan kita; sehingga Panglima Angkatan Luat Malaysia meminta kebenaran untuk menembak.

Adalah satu keanehan, pihak kita melaksanakan zone keselamatan untuk melindungi wilayah negara, namun kebenaran untuk menembak tidak dibekalkan kepada pasukan keselamatan; apa ertinya memiliki senjata canggih?

Foto Sebagai Hiasan

Kilang Minyak Penapis Petron terbakar.

Kebakaran Di Kilang Penapis Minyak Petron Port Dickson.

Bomba kelihatan sedang melawan kebakaran.

Api yang menjulang tinggi dapat dilihat oleh orang ramai.

Punca kejadian masih dalam siasatan. Orang ramai dinasihatkan jangan mendekati api tersebut. Keselamatan diri harus diutamakan.

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia ingatkan Najib jangan selesa dan kededukannya selamat?

Gabungan ketua cawangan percaya pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz akan melahirkan lebih banyak kumpulan anti-Najib, selepas umat Melayu selesai menjalani ibadah puasa.

Bulan Syawal mungkin menyaksikan kelahiran lebih banyak kumpulan-kumpulan anti-Najib Razak dalam Umno, kesan daripada pemecatan pemimpin Melayu Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) berpesan Presiden Najib Razak supaya jangan terlalu yakin kedudukannya selamat, walaupun keputusan pilihan raya Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar memihak kepadanya.

“Jangan dinafikan pengaruh Muhyiddin, Mukhriz dan Datuk Seri Shafie Apdal. Pengaruh mereka sangat kuat. Mungkin bulan puasa ini tidak nampak sangat berikutan orang Melayu lebih berjaga-berjaga dan menghormati bulan puasa,” kata Naib Presiden GKCM Rushdan Mohamed.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat Muhyiddin dan Mukhriz, serta menggantung Shafie Apdal hari ini.

Langkah pemecatan diambil selepas MT memutuskan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar displin parti, serta menyerang parti dengan kerap. Naib Presiden Shafie pula digantung sehingga jawatankuasa displin terima laporan siasatan terhadapnya.

Dalam sidang media hari ini, Najib menjelaskan tindakan Muhyiddin dan Mukhriz berkongsi pentas dengan pimpinan pembangkang dan serangan bertali-arus mereka terhadap Umno membawa kepada pemecatan itu.

Mengulas lanjut, Rushdan berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz membuktikan demokrasi Umno yang dilaungkan sudah terkubur.

“Umno yang sekarang sudah menjadi parti Najib. Suara ahli-ahli dan pemimpin bawahan sudah tidak ada guna lagi. Ini kerana Muhyiddin dan Mukhriz yang menggunakan suara dalaman dalam Umno sendiri telah dipecat,” katanya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat