Isteri temui mayat suami bersama wanita lain dalam keadaan bogel  
ANGGOTA polis mengangkat mayat yang ditemui dalam keadaan berbogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, di belakang sebuah hotel bajet, di sini, malam tadi. - Foto Ikhwan Munir
 
Ipoh: Seorang isteri menemui mayat suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan berbogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, di belakang sebuah hotel bajet, di sini, malam tadi.

Kedua-dua mayat itu ditemui pada jam 9 malam, selepas wanita terbabit melihat kepulan asap keluar dari premis itu yang juga milik suaminya.