TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Hina Agama. Show all posts
Showing posts with label Hina Agama. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

Terkini:Alvin Tan masih gagal hadir mahkamah. Jangan buat Video lagi sudahlah???

Alvin Tan masih gagal hadir mahkamah
Penulis blog hadapi tuduhan persenda Islam pada Ramadan tahun lalu

Kuala Lumpur: Penulis blog kontroversi, Alvin Tan Jye Yee (gambar), masih gagal hadir ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, bagi sebutan kes yang dihadapinya berhubung tuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan, tahun lalu.
 
Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ann Nee, memaklumkan ia berikutan waran tangkap yang dikeluarkan pada 13 Jun lalu masih gagal diserahkan kepada tertuduh.

Tuesday, February 18, 2014

Kesabaran umat Islam kini di cabar.

KENYATAAN MEDIA

Saya mengecam keras tindakan Anwar Ibrahim & pihak pengurusan Gereja Holy Family, Kajang yang mengadakan program ceramah oleh Anwar pada hari Ahad 16 Feb yang menyentuh isu kalimah Allah di Gereja Holy Family selepas upacara ritual mereka.

Antara lain Anwar dalam ucapannya cuba menghalalkan kristian mengguna kalimah Allah dengan membuat perbandingan bahawa kristian tidak boleh menyebut 'Alhamdulillah' tetapi 'alhamdu lord'.

Sikap Anwar ini dan kegiatan Gereja Holy Family ini jelas secara terang mempertikaikan titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian di Selangor.

Kedua, ianya jelas cuba menganjurkan penganut kristian Selangor supaya melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pendakyahan Agama Bukan Islam Selangor.

Ketiga, ianya penghinaan kepada titah Tuanku YDP Agong yang telah menitahkan kalimah Allah tidak boleh digunakan selain Islam.

Tindakan mereka ini juga jelas menunjukkan mereka tidak menghormati & membelakangkan Rukunegara yang memperuntukkan Kesetiaan kepada Raja & Negara serta Keluhuran Undang-Undang.

Saya mendesak pihak berkuasa supaya tidak lagi segan silu untuk mengambil tindakan terhadap Anwar dan pihak gereja yang semakin kurang ajar dan tidak langsung mengerti menghormati undang-undang negara.

Berapa lama rakyat mahu dibiarkan dengan sikap toleransi super-tinggi oleh pihak berkuasa yang kelihatan terlalu berhati-hati dalam kes membabitkan Anwar dan pihak gereja ini.

Jangan sampai umat Islam hilang sabar dan mengambil tindakan kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada sistem perundangan dan penguatkuasaan kita.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Noordin
17 R'Akhir 1435
17 Feb 2014

Wednesday, January 8, 2014

Menghina Agama: Kes Alvin, Vivian disebut semula.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee selepas rayuan mereka untuk menangguhkan prosiding berhubung tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan dibenarkan Mahkamah Rayuan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat