TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, April 24, 2016

1MDB: Pengurusan krisis dan kegagalan (crisis and failure management).

Kalau kita sedar dan arif akan hal ini juga ikhlas dalam menyelesaikan masalah tanpa perlu mengusung beban biawak hidup politik kepartian yang gemar mengkritik tapi amat cetek dalam memberi penyelesaian.

Kita patut tukar cara kita pandang atau ‘situational assessment’ kita daripada samada.

(1) mengkritik habis-habisan demi laba politik.

(2) sokong habis-habisan sampai nampak sangat cuba menipu.

(3) pengurusan krisis dan kegagalan (crisis and failure management).

Di sudut yang lain pula terdapat golongan yang menyokong 1MDB seolah-olah dibutakan kerana yang bertanggungjawab sepenuhnya adalah Presiden UMNO cum Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan.

Ini juga satu tindakan yang tidak cerdik kerana percubaan menutup bangkai gajah menggunakan permaidani mewah.

Ada dua Pilihan untuk selesaikan permasaalahan 1MDB?

1. Selesaikan. Bersyarat!!!

2. Biarkan. Bersyarat!!!

Apakah syarat-syarat tersebut???

DAH CAKAP TAK NAK DENGAR,
DAH DENGAR TAK NAK FAHAM,
TAK FAHAM TAK NAK TANYA,

Tindakkan TSMY betul. 1MDB memang bermasaalah.

TSMY minta PM bercuti untuk mudahkan siasatan 1MDB, jika tiada masaalah sambung kerja semula. Itu sahaja!!!

Rakyat tanya sekarang, mengapa TSMY dipecat dari jawatan TPM dan jawatan Timbalan Presiden digantung?

Banyak perlakuan salah guna kuasa untuk selamatkan diri diguna pakai?

Akhirnya satu persatu pendedahan 1MDB terbongkar bukan setakat di dalam negara? luar negara juga turut membongkarnya?

TSMY digulingkan secara tidak SAH dan wajar diberikan sokongan penuh tanpa berbelah bagi!!!

Buruknya dusta, indahnya jujur.

Dari Abdullah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda :'Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kpd kebajikan dan kebajikan  membawa ke syurga.'

'Seseorang yang senantiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/ mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai 'Shadid' (orang yang jujur). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka.'

'Seseorg yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat oleh Allah swt sebagai 'Kadzdzab' (Sipendusta atau si pembohong).'

" 1MDB perlu diselesaikan (resolve) dalam apa jua sekalipun kerana ianya sudah dibawa masuk ke dalam parlimen dan juga kabinet."

Suka atau tidak Dato’ Seri Najib akan terconteng arang dimukanya dan ianya akan menggugat kedudukan beliau selaku Menteri Kewangan juga sebagai Perdana Menteri.

Cetusan Minda.

1. Bersetuju dengan pendapat Gabenor Bank Negara. Orang Politik tidak boleh pegang jawatan Gabenor Bank Negara.

2. Bersetuju dengan Tun M bahawa salah laku dalam 1MDB harus dibawa ke muka pengadilan. Perkara ini bukan omongan kosong.

3.Negara diambang pintu kehancuran. Kedaulatan negara tergugat angkara 1MDB? Contoh isu IPP?

4. Cara berpolitik negara Malaysia harus di ubah serta merta. Orang Politik tidak sepatutnya dibenarkan mencari wang sendiri untuk melaksanakan sesuatu Projek.

5. Ahli lembaga pengarah elok dihadkan memegang banyak syarikat. Cadangan 3 Syarikat sahaja. Jika lebih kena buat pilihan sendiri.

6. Menteri kewangan jangan di pegang oleh orang yang sama. Contoh Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan.

7. Pengerusi yang melibatkan kepentingan negara. Sebagai contoh Khazanah Negara. Jangan di Pengurusikan oleh Perdana Menteri.

8. Anggota PAC hendaklah diluaskan lagi demi keberhasilan dan ketelusan dalam membuat keputusan menjaga amanah wang negara. Anggota PAC sekarang 9 dari BN dan 5 dari Pembangkang. Cadangan 7 dari BN 3 dari Pembangkang dan 9 Orang ( Pemikir ) bukan Ahli Parlimen. Anggota PAC hendaklah melepasi saringan dan ujian dalam menentukan hala tuju kepentingan negara. Perkara ini amat penting terutamanya bila mengendalikan urusan perolehan negara.

9. Ahli-ahli Politik baik dari BN ataupun Pembangkang hendaklah di jaga kebajikan mereka. Kerana mereka juga merupakan aset negara. Jasa-jasa mereka jangan dilupakan. Mantan Perdana Menteri atau Mantan Timbalan Perdana Menteri hendaklah ditempatkan dalam kelompok pemikir. Jika masih berkemampuan. Mantan ahli Politik hendaklah di jaga oleh negeri masing-masing.

10. Untuk tenaga dan penjimatan kepada negara. Saya telah cadangkan kepada PM DS Najib Razak dalam satu soal jawab. Soalan saya adalah berkenaan tenaga Nuklear untuk kegunaan Industri. Jawapan PM belum ada.

11. Malaysia kena mempunyai pemimpin
dan ahli Politik yang mementingkan kemajuan rakyat dan negara.

Tun Dr. Mahathir acapkali bertanya kenapa 1MDB membeli aset aset janakuasa elektrik (IPP) milik Tan Sri Lim Goh Tong (Genting) dan Tan Sri Ananda Krishnan (Tanjong/Powertek) pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran.

Kerana IPP tersebut sudah tua dan lesen mereka sudah hampir tamat. Jika dibiarkan tamat, Tenaga Nasional dapat mengambil alih stesen-stesen IPP tersebut secara percuma atau dengan kadar yang murah.

Sebagai justifikasi kenapa 1MDB membuat pembelian tersebut, kuncu-kuncu dan para pembodek Najib berkata ianya adalah untuk mengurangkan kadar bil elektrik untuk rakyat Malaysia.

Dan untuk memaki lagi Tun Dr Mahathir, mereka berkata bahawa ianya adalah untuk mengambil alih kekayaan yang bakal dikaut oleh kroni-kroni Tun Dr Mahathir, supaya mereka tidak lagi mendapat bayaran setiap tahun melalui perjanjian lesen IPP tersebut.

Apakah yang berlaku dengan IPP tersebut sekarang? Dengar sudah menjadi milik syarikat antarabangsa. Bukan Milik orang Malaysia. Bukan milik anak Malaysia.

Kenapa kita tak mahu 1MDB berhadapan dengan foreclosure? Ini kerana ianya melibatkan ASET yang penting iaitu tanah Sungai Besi Tun Razak Exchange (TRX) dan loji janakuasa yang ada dalam Edra Energy, anak syarikat 1MDB yang dalam perancangan untuk diampungkan Tawaran Awam Awal (Initial Public Offering - IPO) dan disenaraikan dalam Bursa Saham.

YB Tony Pua dan Rafizi juga sekian ramai pengkritik 1MDB tidak sedar jikalau 1MDB dibiarkan gagal dalam erti kata membiarkannya berhadapan dengan foreclosure, ancaman yang sedang menunggu ke atas negara kita iaitu ancaman “Dana Burung Bangkai” atau dikenali dalam istilah geopolitk-ekonominya sebagai “VULTURE FUND”.

Apa itu “Vulture Fund”?

“Vulture Fund” (singkatannya VF) adalah satu institusi dana yang mengambil kesempatan ke atas mana-mana pinjaman (securities) yang dalam keadaan tidak bermaya (distressed)  kerana ketidak mampuan si peminjam untuk mengurus dan membayar hutang.

Ianya dinisbahkan kepada “vulture” iaitu sejenis burung pemakan bangkai kerana sifat institusi dana ini yang menanti dengan sabar menunggu masa mana-mana pelaburan dan hutangnya yang bakal menjadi “bangkai” untuk dibeli.

VF membelinya berserta hutang-hutangnya (termasuk asas dan riba/bunga [principal and interest]) dengan harga yang murah (baca: bailout – yakni pampasan untuk menyelematkan syarikat atau pelaburan yang hampir gagal) kemudian menjadikan mereka sebagai peminjamg yang baru yang mengenakan semula  ke atas pemilik asal kadar bayaran hutang dengan harga yang lebih tinggi berserta riba/bunga/faedah.

Ringkasnya VF ini mengambil alih tugas pemberi hutang asal dengan menjadi seperti "Ah Long".

Sudahlah tak mampu bayar hutang asal yang sudah bertapuk-tapuk, ditambah pula dengan  kadar bunga yang semakin bertambah, bila hutang tersebut dilangsaikan oleh pihak lain yang mengenakan kadar bunga yang lebih tinggi.

Bak kata pepatah Melayu: “sudah jatuh ditimpa tangga”.

1MDB dan Ancaman Geopolitik “Vulture Fund”

Adakah ancaman VF ini sesuatu yang dibuat-buat dan sekadar ingin menakut-nakutkan rakyat jelata yang mungkin keluh-kesah dan risau wang simpanan mereka bakal digunakan untuk membayar hutang 1MDB?

Untuk kita fahami perkara ini elok kita kaji apa yang berlaku ke atas negara Amerika Latin yang pernah menghadapi kegawatan ekonomi pada sekitar tahun 2001-2002 iaitu Argentina.

VF telah membeli hutang Argentina dengan jumlah berbilion US dollar pada saat negara itu benar-benar dalam kegawatan ekonomi serta lumpuh politik. Argentina ketika itu tiada pilihan lain kecuali untuk gagalkan saja hutangnya (default).

Demonstrasi jalanan terhadap tekanan "Vulture Funds" yang mencengkam dan mengambil kesempatan atas kesengsaraan rakyat Argentina.

Kebanyakan pemberi hutang kepada Argentina telah bersedia untuk menilai semula kadar beban hutang Argentina yang telah membantu memulihkan semula ekonominya akan tetapi para VF masih tidak berganjak dan memeras Argentina untuk membayar kesemua hutangnya itu dengan tambahan nilai bunga dan juga penalti kerana lambat melangsaikannya dalam tempoh yang dipersetujui.

Tahun lalu mahkamah di New York melalui Hakimnya Thomas Griesa telah membuat keputusan yang memihak kepada VF yang berpengkalan di Amerika Syarikat dengan cara menghalang Argentina daripada melangsaikan hutang kepada pemberi hutang yang lain selagi mana hutang-hutang Argentina kepada VF tidak dilangsaikan.

Gagalnya Argentina membuat demikian maka Argentina akan sekali lagi jatuh ke lembah kegagalan membayar hutang (default) yang akan beri kesan yang besar kepada ekonomi dan politik negaranya.

Sedangkan dalam jangka masa daripada tahun 2005 dan 2010, Argentina telah pun berunding dengan pemberi hutang yang lain dan berjaya mencapai keputusan untuk menstrukturkan nilai hutang (debt restructuring) Argentina dengan kadar yang lebih rendah.

Sudah tentu dalam jangka masa ini, para VF yang telah membeli hutang Argentina tidak turut serta dan masih bertegas ianya dibayar dengan kadar nilai yang sama tanpa ada sebarang pengurangan, malah ditambah pula dengan kadar penalti kerana lambat bayar.

Walaupun Argentina telah membuat rayuan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk didengarkan kes mahkamah antara kerajaan Argentina dan VF berhubung sikap dan sifat campur tangan mahkamah di US  yang mana dilihat sebagai satu usaha mencabar kedaulatannya.

Namun demikian, kerajaan AmerikaSyarikat seperti yang telah dikeluarkan kenyataan rasmi oleh US State Department kepada agensi berita Reuters telah menolak ICJ sebagai wahana untuk kes ini didengarkan dan menggesa kerajaan Argentina menguruskan hal ini dengan VF seperti yang telah digariskan oleh mahkamah di New York.

Argentina hanyalah satu kes VF. Ada banyak lagi seperti di negara-negara Afrika seperti Congo dan Zambia.

Ini belum kita cerita bagaimana satu lagi modus operandi yang lebih kompleks dan boleh menjerat negara-negara yang dilanda masalah ekonomi dan hutang negara (sovereign debt) melalui pelan yang dipanggil “Brady Bonds” (Bon Brady – diambil sempena nama Nicholas Brady, setiausaha Perbendaharaan US zaman Presiden George Bush).

Melalui Brady Bonds hutang bank-bank negara yang bermasalah ini – kebanyakannya daripada negara-negara Latin Amerika juga, telah ditukar (securitized) menjadi “bon” iaitu akujanji hutang berasaskan US Dollar dan mendapat cagaran daripada kerajaan Amerika Syarikat yang boleh “dijual” kepada pasaran.

Sudah tentu dengan nilai US Dollar dan cagaran daripada Washington ianya amat menarik para pelabur yang sememangnya mahu melanggani bon yang stabil dan berisiko rendah – seperti yang kita maklum hampir semua negara dalam dunia melanggani bon yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat (US Treasury Bills atau dikenali sebagai ‘T-Bills’).

Maka dengan adanya pembeli Brady Bonds yang berkualiti ini, maka negara-negara yang dilanda masalah hutang akan dapat melangsaikan hutangnya dengan lebih cepat hasil daripada jualan Brady Bonds.

Caveat Emptor! Tapi Awas! Ianya bukan percuma (no free lunch!) untuk menerima pakej Brady Bonds ini. Ianya diberikan syarat-syarat yang bersifat mengubah dasar ekonomi negara atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Structural Adjustment Program’ (SAP) yang akan dikenakan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia (World Bank) yang mana SAP ini selalunya dibuat untuk memudahkan syarikat-syarikat multinasional gergasi mendapat akses pasaran (market access) dengan lebih mudah khususnya melibatkan sumber alam yang terdapat pada negara berhutang itu terutamanya minyak.

Pendek kata negara atau entiti negara yang memikul hutang yang besar seperti 1MDB yang memiliki aset yang kritikal seperti tanah dan loji janakuasa akan terdedah kepada ancama ‘Penjajahan Ekonomi Bentuk Baru’ (Neo-Economic Imperialism) yang boleh hadir dalam bentuk VF atau program penstrukturan hutang yang lebih besar yang ditaja oleh institusi antarabangsa dan kerajaan Amerika seperti ‘Brady Bonds’.

Ancaman VF itu lebih jelas dan boleh berlaku ke atas 1MDB kalau kita, seperti dijelaskan tadi memilih untuk TIDAK MENYELAMATKAN dan membiarkan 1MDB gagal.

Mungkin ada yang bertanya dan musykil: apa bukti atau tanda-tanda akan berlaku campur tangan asing ke dalam hutang 1MDB?

Ada EMPAT kejadian (events) yang anomaly (luar biasa) yang nampak tidak berkait tapi kemungkinan besar ada: (1) laporan media tersohor Amerika New York Times berkenaan Jho Low, (2) permainan Golf antara Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib di Hawaii, sehari sebelum cuti Krismas 2014, (3) pembukaan pejabat kajian Bank Dunia (World Bank) di Malaysia dan (4) penerimaan Malaysia ke dalam Majlis Kesalamatan PBB (UN Security Council).

Kalau anda masih ingat, tahun lalu tidak pernah selama ini akhbar tersohor The New York Times telah menulis dan menerjemahkan satu pendedahan eksklusif berhubung Jho Low dan hubungannya dengan keluarga Dato’ Seri Najib. Malah paling pelik terdapat terjemahan makalah tersebut dalam bentuk rumusan ke dalam Bahasa Melayu!

Gambar yang diambil daripada laman The New York Times yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Pertama kali.

Jelas pendedahan itu disasarkan kepada khalayak yang memahami Bahasa Melayu, tidak lain tidak bukan rakyat Malaysia.

Apakah motif yang mungkin dapat kita kesan disebalik pendedahan ini?

Mungkinkah kerajaan Amerika Syarikat hanya mengeluarkan sedikit amaran awal bahawa mereka sebenarnya tahu lebih banyak tentang Jho Low dan jejak-jejak wang (money trail) yang saban hari diperkatakan oleh media perniagaan The Edge?

Yang benar, 


Selamatkan Malaysia.

1MDB: Laporan Ketua Audit Negara tidak patut jadi rahsia?

SHAH ALAM, Sabtu – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta Parlimen menarik balik klasifikasi rahsia terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai, syarikat pelaburan negara yang diselubungi kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, status Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seharusnya tidak diklasifikasikan sebagai rahsia supaya ahli-ahli Dewan Rakyat boleh memilikinya, begitu juga rakyat jelata.

“Ini dengan sendirinya akan menghapuskan rasa cemas di kalangan orang ramai yang memikirkan mereka tertipu dan tidak berhak untuk mengetahui keadaan sebenar di sebalik satu-satunya skandal kewangan negara yang terbesar,” katanya.

Malah katanya, Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah laporan itu dibentang di hadapan Dewan Rakyat.

“Perkara 107 (1) tidak menyebut langsung mengenai klasifikasi mana-mana laporan Ketua Audit Negara sebagai rahsia negara,” katanya melalui tulisan di laman Facebooknya hari ini.

Justeru, katanya, semangat di sebalik Perkara 107(1) ini menekankan mengenai pentingnya ketelusan dalam penyebaran maklumat demi memastikan rakyat sentiasa dimaklumkan dengan hal ehwal negara yang perlu diketahui umum.

“Ini bermakna, ahli Dewan Rakyat yang mewakili pengundi berhak dimaklumkan mengenai isi kandungan laporan itu.

“Kita harus maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara tertinggi dan teragung semestinya didukung dengan tegas,” jelas Razaleigh.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata, seruan ini sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa laporan itu diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk pertimbangan.

“Dalam membuat keputusan itu, Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak ada yang hendak diselindungkan dan sesiapa yang didapati bersalah terpaksalah menghadapi tindakan undang-undang,” ujarnya.

  

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat