TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, October 25, 2022

Seleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd

Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 turut mengekalkan keputusan itu.

Najib, 69, terpaksa menjalani hukuman penjara.

Kes itu, yang mengambil masa empat tahun, telah menempuh pelbagai situasi termasuk prosidingnya dijalankan secara dalam talian ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Berikut adalah kronologi kes berkenaan:

4 Julai 2018 - Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

8 Ogos 2018 - Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram.

3 April 2019 - Perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai tidak sempurna.

27 Ogos, 2019 - Pendakwaan menutup kesnya selepas 58 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 57 saksi.

11 Nov 2019 - Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur menggunakan kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

3 Dis 2019 - Najib memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya.

11 Mac 2020 - Selepas 19 saksi memberi keterangan sepanjang 33 hari, pembelaan menutup kesnya.

28 Julai 2020 - Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan.

19 Okt 2020 - Najib memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi 307 alasan beliau sepatutnya dibebaskan daripada semua pertuduhan.

5 April 2021 - Rayuan terhadap sabitan dan hukuman bermula di Mahkamah Rayuan.

18 Mei 2021 - Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya ke satu tarikh yang ditetapkan kelak selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak yang berlangsung selama 15 hari.

23 Nov 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Dis untuk keputusan rayuan itu. Najib memfailkan permohonan supaya ditangguhkan keputusan rayuannya kerana perlu menjalani kuantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Dis setelah kembali dari Singapura dan hanya boleh hadir di mahkamah atau perhimpunan awam mulai 13 Dis.

24 Nov 2021 - Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya.

2 Dis 2021 - Najib Tun Razak memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan supaya membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya termasuk daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

3 Dis 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan memasukkan bukti baharu.

7 Dis 2021 - Mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding permohonannya dan keputusan rayuan yang ditetapkan pada 8 Dis berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual dengan individu yang disahkan positif COVID-19.

8 Dis 2021 - Keputusan rayuan Najib dijalankan secara dalam talian kerana Najib dan peguamnya menjalani kuarantin. Pada hari sama, Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

7 Jan 2022 - Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya bagi mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC terlebih dahulu.

2 Mac 2022 - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengosongkan tarikh pendengaran rayuan kes itu susulan dakwaan terdapat bukti baharu dalam usaha beliau untuk mengetepikan sabitan dalam kes SRC International yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac.

16 Mac 2022 - Najib gagal buat kali kedua untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan kes SRC.

25 April 2022 - Najib memfailkan petisyen rayuan dan mengemukakan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada pertuduhan dalam kes SRC International.

29 April 2022 - Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari pada Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.funds.

31 Mei 2022 - Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja dari United Kingdom memfailkan notis usul saman pemula bagi mewakili Najib dalam rayuan kes SRC International.

7 Jun 2022 - Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan kes SRC International.

13 Jun 2022 - Pendakwaan memfailkan afidavit bagi membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan kes SRC International.

16 Jun 2022 - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada mendengar permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib.

27 Jun 2022 - Majlis Peguam memfailkan afidavit membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir SRC International.

21 Julai 2022 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan terakhir kes SRC International.

15 Ogos 2022 - Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan untuk meminda notis usul Najib bagi mengemukakan bukti baharu dalam rayuan terakhirnya dalam kes SRC International.

16 Ogos 2022 - Najib gagal dalam permohonannya untuk mengemukakan bukti baharu pada rayuan terakhir kes SRC International.

16 Ogos 2022 - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan bagi kes SRC International dan menetapkan 18 Ogos untuk mendengar rayuan itu.

18 Ogos 2022 - Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan terakhir Najib dalam kes SRC International.

18 Ogos 2022 - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib Tun Razak dalam rayuan akhir.

19 Ogos 2022 - Pihak pendakwaan selesai mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir Najib bagi kes penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Persekutuan.

23 Ogos, 2022 - Najib memohon supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir kesnya membabitkan dana SRC International.

23 Ogos 2022 - Muhammad Shafee gagal menangguhkan hujahan bagi prosiding agar Ketua Hakim Negara menarik diri daripada mendengar rayuan Najib.

Komen ataupun ulangkaji akedemik.

Penyokong Najib menimbulkan pelbagai persoalan termasuk Peguam bela Najib.

1. kononnya Hakim Mahkamah ada kepentingan untuk menjatuhkan hukuman Pendakwaan kepada Najib?

2. Kononnya ada bukti baru Mahkamah menolak bukti tersebut?

3. Kononnya pendakwaan kepada Najib adalah Pendakwaan Politik?

4. Kononnya Zeti, Suami Zeti terima duit dari JohLow?

5. Ada banyaklah lagi kononnya Najib tidak dapat diadili dengan di Mahkamah?

Jawapan kepada Penyokong Najib dan kepada Yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah.

MAHKAMAH ADALAH TEMPAT MENCARI KEADILAN. NAJIB MENDAPAT KEBEBASAN SELUAS LUASNYA SEMASA PERBICARAAN KES SRC. BOLEH LIHAT KRONOLOGI BILA MANA APA SAHAJA PERMOHONAN NAJIB UNTUK MENANGGUHKAN KES DI LAYAN DENGAN BAIK OLEH MAHKAMAH. SEHINGGAKAN ANAK BERSALIN DI HOSPITAL SINGAPURA JUGA MENDAPAT PENANGGUHAN.

ACC PERIBADI NAJIB ADA KEMASUKKAN ALIRAN WANG. NAJIB JUGA MENGUNAKAN WANG TERSEBUT ALIRAN KELUAR. SELAMA 4 TAHUN PERBICARAAN NAJIB TIDAK MEMBUKTIKAN SUMBER WANG TERSEBUT. TETAPI SEKADAR PENAFIAN SEMATA.

NAJIB DAN PEGUAMNYA SEKADAR MENCARI HELAH DENGAN TEKNIK MELENGAH-LENGAHKAN MASA SUPAYA BERLAKU KESILAPAN TEKNIKAL. MAHKAMAH LEBIH ARIF MEMBACA PERLAKUAN TERSEBUT.

NAJIB DAN PENYOKONGNYA HARUS INGAT MAHKAMAH JUGA PUNYA KUNCI YANG PEGUAM BELA NAJIB SENDIRI MEMAHAMI PERKARA TERSEBUT. 

KITA MELIHAT MAHKAMAH ADIL MENJATUHKAN HUKUMAN TERSEBUT. MAHKAMAH BERJAYA MEMBUKTIKAN WANG RM42 JUTA MASUK KE ACC PERIBADI NAJIB. SEPATUTNYA NAJIB DAN PEGUAMNYA MEMBUKTIKAN WANG RM42 JUTA TIDAK MASUK KE ACC NAJIB.

Saturday, October 22, 2022

HIMPUNAN PENYATUAN UMAH

22 Oktober 2022.@0252

Khalifah Tok Ayah

T A Z

PPBM di Jemput untuk sertai MUFAKAT NASIONAL melalui surat oleh UMNO dan PAS.

Tan Sri Muhyiddin Yassin balas persetujuan melalui surat juga. Tetapi UMNO buat keputusan menolak BERSATU.

Kami BERSATU sentiasa berlapang dada untuk menerima UMNO. Tetapi jika Penghinaan demi Penghinaan dari UMNO maka sesuailah kenyataan Presiden PPBM menyatakan musuh BERSATU dan PN PRU 15 adalah UMNO Barisan Nasional.

Kenyataan Zahid ketika ini juga jelas tidak mahu Melayu Bersatu. Goblok ada pemimpin macm ini tidak sesuai dijadikan Pemimpin rakyat. Tolak Zahid UMNO BN PRU 15.

Rakyat Malaysia perlu tekad jiwa dan raga tolak Parti yang merosakkan Negara.

 Parti siapa yang mudaratkan Negara?



1. LCS halimunan dah siap?

2.1mdb,SRC,  terbongkar sudah.

3.Yayasan akalzahid masih terlindung sedang dibicarakan. PRU 15 Zahid bertanding?

4.Pecah amanah masih di bongkar.

5..Rasuah meningkat perlu dibongkar juga.

Sebab itu mereka-mereka ini tidak suka BERSATU bimbang KES mereka dibongkar oleh BERSATU.

Maka dengan ini adalah menjadi kewajipan kepada seluruh Rakyat Malaysia untuk selamatkan Negara dari Keleptrokasi bercita-cita untuk memerintah Negara.

Misi Dan Visi

PERIKATAN NASIONAL

Satu Undi anda sebagi rakyat Malaysia adalah satu undi untuk mengalahkan Kleptrokasi dan menuju misi kita untuk menyelamatkan Negara.

Manakala Visi kita adalah untuk kestabilan Negara dan kemakmuran Rakyat menuju wawasan 2030.

Perikatan Nasional akan laksanakan penambahbaikan bila mendapat mandat rakyat menang PRU-15.

Sebagai makluman asas sahaja.

1. Memerangi Rasuah, membawa Kluster Kleptrokasi ke Mahkamah.

2. Meyediakan peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia. Sebagai Contoh Kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya membuka Peluang pekerjaan kepada 530 ribu rakyat Malaysia semasa menjadi Kerajaan.

3. Membongkar Kapal Halimunan LCS TLDM. Dan semua KES-KES berkaitan kepentingan Negara di urus dan diselesaikan hingga tuntas.

4. Membongkar penumuan 100bilion Wang Negara di sorok di luar negara. Berusaha untuk membawa balik semula wang-wang Negara.

5. KES 1MDB memastikan tiada ganguan dari mana-mana pihak untuk mencampuri urusan Mahkamah. Perikatan Nasional beri kebebasan Mahkamah mematuhi melaksanakan Perlembagaan Negara.

6. Sentiasa bersedia membantu rakyat keluar dari tekanan hidup yang serba mencabar.

7. Kemaskini Bajet 2023 untuk keselesaan dan kemakmuran Rakyat.

8. Memerangi pemberi rasuah juga menjadi ajinda Perikatan Nasional.

9. Banyak LAGILAH nanti sambung lagi.

Apa yang Perikatan Nasional mahukan rakyat Malaysia yang layak Mengundi undilah Kerajaan Perikatan Nasional. Keluarlah Mengundi BERAMAI-RAMAI bagi menangkan Perikatan Nasional.

Jika kita tidak keluar mengundi. Kita seolah-olah mengalah sebelum Berjuang untuk menyelamatkan Negara Malaysia.

Undilah PN!!!!

PERIKATAN NASIONAL.

Alang-alang berjuang kita mesti tahu siapa musuh kita. Kami tidak peduli siapa pun untuk berkawan tetap kami terima. Apa yang PENTING jangan tembak kaki kawan.

Tembak musuh tembak mata musuh sekalipun kami tidak peduli. Jangan tembak kaki sendiri itu pantang kami dalam Perikatan Nasional.

SELAMAT DATANG seluruh Parti dalam Negara , demi untuk selamatkan Negara Malaysia kami mahu seluruh rakyat Malaysia tumpukan pada undi tuan-tuan, puan-puan adik abang kakak yang disayangi sekelian. Satu Undi anda semua penting untuk selamatkan Negara.

Mengapa saya katakan undi anda PENTING untuk selamatkan negara. Kita sebagai Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Keleptrokasi bercita-cita untuk memerintah Negara.

KUMPULAN tersebut tidak menghiraukan akan keselamatan rakyat asalkan CITA-CITA mereka perlu dipenuhi. Mereka terlalu rakus sehingga hilang Pertimbangan bagaimana untuk mentadbir Negara.

Nasihat berkenaan musim banjir dijangkakan bermula November 22 hingga Mac 23 tidak diambil pusing malahan diperlecehkan oleh puak-puak mereka.

Bajet 2023 amat PENTING untuk kelancaran pengurusan Negara tetapi di tinggal bontang sebelum kelulusan di Parlimen.

Malahan menyatakan Bajet 2023 tersangat baik untuk rakyat. Walhal tidak diluluskan lagi. Malahan manis gula-gula di gembar gemburkan kononnya kena menangkan UMNO BARISAN NASIONAL baru rakyat dapat menikmatinya. Rakyat Malaysia jangan tertipu lagi. Jangan terkena SCAM sepanjang hayat.

Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan helah Bajet 2023 gula-gula PRU. Bajet 2023 tidak LULUS lagi tidak dibentangkan. Sudah-sudahlah jangan kita asik disia-siakan dengan kerakusan mereka.

Marilah bersama kami membentuk Kerajaan Perikatan Nasional. Satu undi rakyat Malaysia menyelamatkan Negara Dan Rakyat.

Perikatan Nasional sentiasa memerangi Kleptrokasi sepanjang masa. Perikatan Nasional melalui Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan SPRM dengan tugas-tugas Khas untuk membawa pulang Wang Negara diluar Negara oleh angkara-angkara Pengkhianat Negara.

Perikatan Nasional sudah pasti akan mengemukakan Bajet 2023 demi kemakmuran Negara dan Rakyat. Oleh itu mandat penuh rakyat diperlukan untuk Perikatan Nasional membentuk Kerajaan.

InsyaAllah.

GRS sokong Perikatan Nasional.

GPS sokong Perikatan Nasional.

Apa yang PENTING seluruh rakyat Malaysia bertikat sebulat Hati undi Perikatan Nasional!!! 

Memerangi Rasuah dan Pemberi Rasuah?

Penubuhan Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali dengan nama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Pertama: senario umum dan kedua: menangani rasuah.

Aspek Pertama: Senario umum; rasuah adalah perbuatan pecah amanah. Dosa pertama yang dilakukan manusia adalah kesalahan melanggar amanah; dikisahkan dalam ayat 115 Surah Taha bermaksud: "Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat".

Perintah terkandung dalam ayat 35 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Dan Kami berfirman: Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim."

Dokumen tertua ditemui menyentuh rasuah, terkandung dalam Arthasastra, tulisan BC Kautilya di India, pada tahun 300 sebelum Masihi. Di China, Dinasti Qing pada tahun 220 sebelum Masihi memahami konsep rasuah dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terbabit.

Takrif rasuah

Rasuah ditakrifkan perbuatan salah guna kuasa untuk memperkayakan atau memberi kelebihan kepada individu, anggota keluarga dan kenalan rapat ketika seseorang itu diamanahkan tanggungjawab mentadbir urus sumber awam.

Prof Emeritus Dr Petrus van Duyne (Tilburg Universiti), penyelidik tersohor jenayah ekonomi, penyeludupan wang dan rasuah, mentakrifkan konsep rasuah secara saintifik: "Corruption is an improbity or decay in the decision-making process in which a decision-maker consents to deviate or demands deviation from the criterion which should rule his or her decision-making, in exchange for a reward or for the promise or expectation of a reward, while these motives influencing his or her decision-making cannot be part of the justification of the decision."

Rasuah berlaku di sektor awam dan swasta, malah hari ini turut berlaku dalam institusi antarabangsa, institusi agama serta badan sukarela dan badan sukan. Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2007 menyatakan: "Corruption undermines democracy and the rule of law. It leads to violations of human rights. It erodes public trust in government. It can kill."

Rasuah sebagai antara sebab utama membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga, menidakkan rakyat daripada mendapat perkhidmatan serta mendorong kepada berlakunya ketidakstabilan politik.

Banyak negara dianugerahi rahmat Ilahi dengan pelbagai sumber kekayaan tetapi kerana rasuah, ada yang terbenam dalam kemelut kemunduran - ada yang tertimbus dalam lumpur kemiskinan. Kekayaan negara disalah guna - hasil mahsul lesap, akibatnya kemunduran terus melanda - kemiskinan terus merebak. Apabila tidak ada kesungguhan untuk membanteras rasuah, ia akan tumbuh melebar - subur membesar, lalu diterima sebagai norma dan akhirnya meresap menjadi budaya, hingga memusnahkan sesebuah negara bangsa.

Khazanah negara tiris akibat rasuah

Rasuah mengakibatkan ketirisan khazanah negara, pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, agihan kekayaan tidak seimbang, dan peningkatan kemiskinan. Antara tahun 2001 hingga 2010, hampir enam trilion dolar disalah guna di negara-negara miskin hingga menjejaskan kehidupan rakyat biasa.

Dianggarkan, setiap tahun, satu trilion dolar pengubahan wang secara haram berlaku di negara-negara miskin dan kurang membangun; dianggarkan juga, setiap tahun, 38 ke 64 bilion dolar hasil dalam bentuk cukai di negara sedang membangun, tidak dipungut kerana rasuah.

Ketirisan satu trilion dolar, menjadi punca kepada 3.6 juta kematian setahun; kerana hasil negara yang sepatutnya dibelanjakan untuk perkhidmatan kesihatan, makanan dan infrastruktur, telah dilesapkan. Perangkaan tahun 2012 mendedahkan, separuh daripada 61 juta kanak-kanak yang tercicir sekolah rendah berlaku di Sub Saharan Afrika.

Jika rasuah berjaya dihapuskan di Sub Saharan Afrika, setiap tahun, 10 juta kanak-kanak akan mendapat kemudahan sekolah, 500,000 guru boleh dilantik, dan lebih 11 juta penghidap HIV/AIDS dapat dibekalkan ubat antiretroviral.

Rasuah turut berlaku di negara maju - negara kaya, dalam pertubuhan antarabangsa; malah berlaku pada skala lebih besar, memberikan impak global hingga menjejaskan kehidupan insan di serata dunia. Bermakna, mereka di negara maju, tidak sebersih kain yang putih - tidak sejernih air di telaga zamzam.

Sektor swasta tidak sunyi daripada skandal rasuah. Pada tahun 2012, bank ternama antarabangsa dikenakan denda 21 bilion dolar atas pelbagai kesalahan membabitkan fraud, mengelak cukai, manipulasi kadar faedah dan pelaburan berisiko tinggi. Syarikat Siemens pada tahun 2008, telah mengolah akaun syarikat untuk menghalalkan rasuah dengan menyediakan peruntukan 50 juta dolar, di bawah klasifikasi Bajet Rasuah Tahunan. Syarikat Siemens didenda 800 juta dolar di bawah akta The Foreign Corrupt Practices, Amerika Syarikat.

Pada tahun 2010, enam syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Amerika Syarikat didenda 236 juta dolar di bawah akta yang sama. Selama 25 tahun, syarikat Walmart menjadi subjek Foreign Corruption Act; Walmart akhirnya mengaku secara konsisten telah membayar rasuah di Mexico antara tahun 2003-2008. Rolls-Royce membuat pengakuan terbuka menggunakan rasuah sebagai instrumen untuk menembusi pasaran China.

Institusi-institusi antarabangsa tidak bebas daripada pelbagai skandal. Nama baik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tercemar berikutan pendedahan skandal program 'oil-for-food' yang dilakukan oleh pihak tertentu, melibatkan individu dan syarikat di beberapa negara, antaranya, Amerika Syarikat, Australia, Britain, Jerman, Perancis, Russia dan Switzerland.

Program Millenium Development Goals (MDG), diperkenalkan pada tahun 2000, bertujuan membantu nasib lebih satu bilion manusia yang berpendapatan kurang daripada satu dolar sehari; rasuah telah mengakibatkan kos program bekalan air bersih dan sanitasi meningkat 48 bilion dolar lebih tinggi.

Sumber ekonomi dan kegiatan ekonomi di bawah sistem pemerintahan komunisme terletak di bawah kawalan langsung negara. Maklumat dikawal secara ketat, media berada di bawah kawalan pemerintah dan masyarakat awam tidak mempunyai kebebasan bersuara secara terbuka. Sistem pemerintahan sedemikian membolehkan akar rasuah tumbuh melata.

Transformasi ekonomi China

Bermula dengan era Deng Xiaoping pada tahun 1978, meskipun kekal dengan doktrin politik berteraskan komunisme, Negara China telah melakukan transformasi ekonomi secara radikal hingga kini muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia. Reformasi ekonomi membuka ruang untuk membolehkan berlakunya rasuah lebih besar, melalui pelbagai peluang baharu penswastaan.

Kekayaan baharu mencetuskan masalah baharu. The Washington-based Global Financial Integrity menganggarkan 2.83 trilion dolar telah dialirkan keluar secara haram dari China di antara tahun 2005 hingga 2011. Lebih 150 'economic fugitives' dari China, majoritinya terdiri daripada pegawai yang mempunyai rekod melakukan rasuah dilaporkan berada di Amerika Syarikat.

Sumber Reuters melaporkan Interpol mempunyai waran tangkap terhadap 69 warga China atas kesalahan rasuah, menggelapkan wang, fraud, dan sogokan. Xinhua News Agency pada Julai 2014, melaporkan sejak tahun 2008, 730 warga China dari pelbagai negara di serata dunia, yang disyaki melakukan jenayah ekonomi telah diserahkan kembali.

Presiden Xi Jinpeng mengakui secara terbuka bahawa China sedang dilanda masalah rasuah; mengumumkan pendirian tegas bahawa kepemimpinan beliau berazam untuk membanteras rasuah. Dalam ucapan sulungnya selepas mengambil alih kepemimpinan negara, Presiden Xi antara lain menegaskan: "Inside the party, there are many problems that need to be addressed, especially the problems among party members and officials of corruption and taking bribes, being out of touch with the people, undue emphasis on formalities and bureaucracy; ...to forge iron, one must be strong."

Rakyat China diingatkan bahawa tentera China tewas kepada tentera Jepun pada tahun 1894 walaupun pertahanan China memiliki kapal yang mahal daripada Eropah. Sejarawan menyifatkan kekalahan China adalah disebabkan amalan rasuah dalam kalangan pemimpin tinggi China ketika itu. Presiden Xi memberi amaran bahawa parti dan negara akan musnah jika rasuah tidak dihentikan. Li Keqiang dalam sidang akhbar pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 15 Mac 2013, menegaskan: "stirring vested interest may be more difficult than stirring the soul...; clean government should start with oneself,. Only if one is upright himself should he ask others to be upright. After entering public service, we should give up all thought of making money".

Pengisytiharan harta

Pegawai kerajaan yang hidup mewah, mengadakan majlis keraian secara besar-besaran termasuk majlis perkahwinan, disiasat, diminta mengisytiharkan sumber pembiayaan. Langkah pengisytiharan harta diri dan anggota keluarga diperkenalkan dalam kalangan ahli parti dan anggota pentadbiran. Serbuan dilakukan di pusat hiburan dan pelacuran, dan tindakan dikenakan kepada polis serta pihak berkuasa tempatan kerana tidak bertindak memberhentikan aktiviti sedemikian. Sejak tahun 2013, lebih 200,000 pegawai dijatuhkan pelbagai hukuman.

Sistem pemerintahan berteraskan demokrasi, berpegang kepada doktrin kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. Betapa sekalipun kecacatan yang ada, sistem demokrasi sering kali dianggap lebih superior, memiliki mekanisme dan saluran untuk mendedahkan amalan rasuah elit pemerintahan. Ia dikatakan modul terbaik, membolehkan berlangsungnya amalan ketelusan, akauntabiliti serta semak dan imbang. Doktrin demokrasi membolehkan rakyat menukar kerajaan. Jika kerajaan gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

India terkenal sebagai demokrasi terbesar dunia, memberi ruang kebebasan yang luas kepada warga untuk bersuara. Namun demokrasi yang mengizinkan kebebasan bersuara tidak banyak membantu membendung rasuah secara berkesan. Amalan rasuah terus menjalar bagaikan parasit yang subur hidup di setiap pepohon pentadbiran negara. Ia dibimbangkan semakin merebak.

Peristiwa Tehelka.com adalah kes menarik untuk dijadikan rujukan. Pada 13 Mac 2001, Tehelka.com mengadakan sidang akhbar, mendedahkan skandal rasuah dalam urusan pembelian senjata. Rakaman video mendedahkan penglibatan pemimpin tinggi politik, birokrat dan tentera.

Dua wartawan Tehelka.com menyamar sebagai ejen Syarikat West End International, berunding untuk mendapatkan kontrak bagi membekalkan peralatan keselamatan. Kamera dipasang secara sulit merakamkan transaksi rasuah yang berlaku. Rakaman video mendedahkan Bangaru Laxman, Presiden Parti Bharatiya Janata menerima sogokan 100,000 Indian Rupee (2,170 dolar).

Tehelka.com dedah rasuah

Tehelka.com turut mendedahkan budaya rasuah di Kementerian Pertahanan India. Rakaman video memperlihatkan pegawai kanan tentera minum wiski sambil berfoya-foya bersama pelacur; juga mendedahkan 16 pegawai tentera menerima sogokan antara September hingga Disember 2000. Atas desakan rakyat, Menteri Pertahanan George Fernandez meletakkan jawatan, Bangaru Laxman meletakkan jawatan Presiden Parti Bharatiya Janata, empat Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan digantung kerja.

Tehelka.com dipuji rakyat kerana berani mendedahkan perlakuan rasuah peringkat tinggi; tetapi kerajaan menguar-uarkan bahawa Tehelka.com menjadi instrumen parti pembangkang, di samping berperanan sebagai ejen Pakistan dan kepada Agensi Perisikan Eropah, bertujuan jahat memburukkan kerajaan.

Direktorat Badan Perisikan India, Pihak Berkuasa Percukaian, Jabatan Kastam dan Polis, bergabung tenaga, melakukan pelbagai siasatan terhadap Tehelka.com. Ironinya, siasatan lebih menumpukan kepada etika kewartawanan dan bukannya perlakuan rasuah yang didedahkan.

Kesudahannya, Ketua Pengarang Tehelka.com, Tarun Tejpal didakwa pada September 2001 atas kesalahan moral menawarkan pelacur kepada pegawai tentera. Shanker Sharma, pelabur terbesar Tehelka.com dipenjarakan tanpa dakwaan. Bilangan staf Tehelka.com menguncup daripada 120 orang pada tahun 2001 kepada empat orang pada tahun 2003, di samping aset syarikat yang tinggal hanya tiga komputer dan beberapa kerusi berdebu. Bermakna, Tehelka.com terpaksa gulung tikar kerana bertindak sebagai whistle blower; sementara pihak yang didedahkan melakukan rasuah, terlepas daripada hukuman; malah George Fernandez dilantik semula sebagai Menteri Pertahanan tujuh bulan selepas meletakkan jawatan.

India disifatkan memiliki budaya rasuah berterusan dan berulang. Data tahun 2003 menunjukkan hanya 15 peratus daripada Dana Membasmi Kemiskinan, sampai kepada rakyat miskin. Laporan The Centre of International Policy yang berpangkalan di Washington bertarikh November 2010 mencatatkan, sejak mencapai kemerdekaan, India dianggarkan kehilangan 452 bilion dolar, pada kadar 20 bilion dolar setahun melalui pemindahan wang ke luar negara secara haram.

Wawancara Julian Assange yang disiarkan oleh Times Now News Channel, pada 26 April 2011, menyatakan rekod simpanan wang dalam bank-bank di Switzerland dari kalangan warga India mengatasi warga lain dunia.

Di Jepun, Skandal Lockheed 1976, melibatkan Perdana Menteri Kakuei Tanaka dalam urusan pembelian 21 pesawat Airbus oleh All Nipon Airways. Kakuei Tanaka melalui proses perbicaraan mengambil masa tujuh tahun. Pada Oktober 1983, Tanaka disabitkan oleh Mahkamah Daerah Tokyo, dijatuhkan hukuman empat tahun penjara dan denda 500 juta Yen. Tanaka mengemukakan rayuan. Pada Julai 1987, Mahkamah Tinggi Tokyo mengekalkan keputusan; Tanaka sekali lagi mengemukakan rayuan.

Meskipun disabitkan kesalahan, Tanaka tetap mendapat sokongan rakyat, dipilih sebagai Ahli Parlimen (DIET) kawasan Niigata dengan kemenangan majoriti besar dalam pilihan raya yang berlangsung pada Disember 1983. Seluruh prosiding perbicaraan Tanaka melewati 17 tahun.

Ketika Tanaka meninggal dunia pada 16 Disember 1993, proses rayuannya masih belum selesai; bermakna Tanaka terlepas daripada menjalani hukuman. Soal selidik dilakukan pada Januari 1995 oleh akhbar Yomiuri Shimbun mendapati, populariti Tanaka tidak terjejas kerana Skandal Lockheed, malah Tanaka berada di ranking teratas berbanding Perdana Menteri Yoshida Shigeru, Sato Eisaku dan Ikeda Hayato. Dalam kalangan penyokong, Tanaka disanjung sebagai pemimpin yang mengambil berat nasib rakyat, dianggap pemimpin politik Jepun paling popular pada era pasca Perang Dunia Kedua.

Jepun hampir capai sifar rasuah

Indeks Persepsi Rasuah 2013, mencatatkan Jepun mencapai 74 markah, berada pada ranking ke-18. Namun skandal rasuah yang berlaku, meletakkan Jepun berada dalam paradoks, di antara jernih air di permukaan tasik dengan lumpur hitam di dasar tasik. Jepun dianggap hampir mencapai status sifar rasuah pada peringkat petty corruption yang melibatkan pegawai bawahan, tetapi berlaku structural corruption secara besar-besaran melibatkan pihak atasan. Ahli politik Jepun perlu modal besar untuk survival, menampung perbelanjaan aktiviti politik dan untuk mendapatkan sokongan politik.

Skandal Lockheed 1976, antara faktor yang mendorong Amerika Syarikat menggubal The Foreign Corrupt Practices Act. Skandal besar lain di Jepun adalah kes Recruit (1989), menjadi punca kepada kejatuhan pentadbiran Perdana Menteri Noboru Takeshita, kes-kes kontraktor Zenecon (1993-1994), mengakibatkan beberapa Prefectural Governors disabitkan kesalahan dan seorang daripadanya membunuh diri, dan skandal Bank of Japan/Kementerian Kewangan (1997-1998), mengakibatkan tangkapan, peletakan jawatan dan membunuh diri beberapa pegawai tinggi.

Budaya politik yang berlangsung di Jepun pasca Perang Dunia Kedua mencatatkan belanja bagi tujuan kempen pilihan raya mencecah 10 bilion dolar; sebahagian besar perbelanjaan ditaja oleh kumpulan yang dikenali sebagai Yakuza, kumpulan mafia yang berlegar dalam sistem politik dan sistem ekonomi Jepun, menghulurkan derma kepada ahli-ahli politik, kemudiannya mendapat perlindungan daripada ahli politik.

Structural Corruption begitu endemik dalam sistem yang dikawal oleh oligarki yang mengamalkan politik naungan dan budaya imbuhan lalu terbina segi tiga yang reput, persepakatan, di antara ahli politik, anggota birokrasi dan tokoh perniagaan.

Amerika Syarikat tidak terkecuali dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa. Spiro Agnew adalah Naib Presiden yang pertama meletakkan jawatan dalam keadaan aib pada 10 Oktober 1973 kerana Jabatan Kehakiman mendapati cukup bukti beliau melakukan rasuah politik dan menerima sogokan. Agnew berkompromi untuk tidak mencabar dakwaan di bawah Federal Income Tax Evasion Act jika dakwaan rasuah politik digugurkan. Beliau dikenakan denda 10,000 dolar, dihukum tiga tahun probation dan ditegah daripada mengemukakan rayuan.

Skandal Watergate berlaku pada 17 Jun 1972. Presiden Richard Nixon mengetahui dan terlibat dengan operasi espionage tersebut. Selain menyogok wang untuk menutup kes, Presiden Nixon turut menggunakan CIA untuk menghalang FBI daripada melakukan siasatan, memusnahkan bukti dan memecat staf yang tidak mahu bersubahat dengannya; perbuatan salah guna kuasa yang ketara. Apabila penglibatan Presiden Nixon tidak lagi dapat dilindungi, beliau meletakkan jawatan pada 8 Ogos 1974. Pengganti beliau, Presiden Gerald Ford memberikan Richard Nixon pengampunan di atas apa juga jenayah yang telah beliau lakukan atau mungkin telah lakukan ketika menjawat jawatan Presiden; bermakna Richard Nixon bebas daripada sebarang dakwaan mahupun hukuman.

Apakah moral di sebalik skandal yang berlaku di tiga negara demokrasi ini. Ia mencerminkan sistem nilai dalam masyarakat yang terperangkap dalam paradoks antara undang-undang, moraliti dan emosi. Betapa jawatan dan status, memberikan imuniti melepaskan seseorang yang melakukan kesalahan daripada menjalani hukuman. Ia melibatkan persoalan moral, betapa ikatan emosi di antara pengikut dengan pemimpin, betapa esprit de corps di antara mereka yang berada dalam liga yang sama, mencetuskan kesetiaan yang menghalang proses keadilan dapat dilaksanakan; mereka saling mempertahankan, saling melindungi, saling membela rakan dan kawan daripada dikenakan hukuman.

Nicollo Machiavelli dan Jean-Jacques Rousseau, memetik contoh daripada negara era silam, merumuskan kerosakan rasuah berlaku apabila rakyat sudah tidak mengambil kisah, malah memberikan kesetiaan yang membuta tuli kepada pemimpin kerana terlalu bergantung pada pemimpin hingga hilangnya minda dan jiwa merdeka; akibatnya masyarakat juga terperangkap dalam putaran ganas rasuah dan menjadi masyarakat yang rasuah, hatta tidak berupaya mengawal pemimpin daripada melakukan rasuah.

Institusi agama sewajibnya berpegang kepada etika dan nilai moral yang tinggi. Namun, dunia didedahkan dengan pelbagai skandal di Vatican. Antaranya, Monsignor Nunzio Scarano, ditahan dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dalam perancangan penyeludupan 20 juta Euro dari Switzerland ke Itali. Pengarah Bank Vatican, Paolo Cipriani dan Timbalan Pengarah Massimo Tulli diarah berundur, disyaki terlibat dengan skandal kewangan bernilai 23 juta Euro.

Dunia kesinambungan akhirat

Islam agama syumul, menyeluruh lagi sempurna. Kehidupan dunia berkesinambungan dengan kehidupan akhirat seperti diperingatkan dalam firman Allah SWT, Surah Al-Mu'min, ayat 39 bermaksud: "...,sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal."

Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bazzar, Thabrani-Al-Targhib bermaksud: "Tidak dapat bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat, sehingga ia ditanya empat perkara: Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan? Tentang masa mudanya, untuk apa ia gunakan? Tentang ilmunya, apakah ia mengamalkannya? Tentang hartanya dari mana ia dapat dan ke mana ia belanjakan?"

Islam menetapkan tanda aras yang tinggi untuk menghindarkan rasuah dengan menegaskan aspek integriti. Islam menegah keras perbuatan salah guna kuasa dalam kalangan mereka yang telah diamanahkan dengan jawatan dan kuasa. Abu Humaid Ibn Sa'd As-Saidi, meriwayatkan peristiwa di antara Rasulullah SAW dengan Ibn Al-Lutabiyyah yang Baginda lantik bertugas memungut zakat.

Semasa Al-Lutabiyyah memungut zakat, beliau turut diberikan hadiah. Ketika menyerahkan kutipan zakat, Rasulullah SAW bertanya, bahagian yang beliau tidak serahkan. Al-Lutabiyyah memaklumkan, bahagian tersebut telah dihadiahkan oleh beberapa pembayar zakat kepadanya. Rasulullah SAW bertanya, adakah beliau akan diberikan hadiah, jika beliau tidak ditugaskan memungut zakat; Rasulullah SAW menganggap pemberian sedemikian diragukan, berkemungkinan menjadi pencetus kepada perbuatan rasuah, lalu menasihatkan agar ia dikembalikan kepada pemberi.

Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW sarat dengan peringatan menegah ummah daripada melakukan rasuah. Umat Islam, pemimpin Islam dan negara Islam mempunyai cukup rujukan untuk memenuhi amanah dan tanggung jawab menuju Siratul Mustaqim iaitu "jalan lurus yang dipohonkan", menurut yang diseru dalam ayat 6, surah Al-Fatihah. Jika ajaran Islam dihayati lalu diamalkan sepenuhnya, negara Islam di bawah pimpinan umat Islam sewajibnya sifar rasuah.

Pada malam berlakunya peristiwa Isra Mi'raj, Rasulullah SAW melihat sekelompok manusia yang lidahnya digunting-gunting. Baginda bertanya, "Siapakah orang itu?" Jibril Alai Hissalam menjawab, "Mereka adalah para mubaligh dari kalangan umat Mu yang tidak mengamalkan apa yang mereka dakwahkan."

Firman Allah dalam ayat 44 Surah Al-Baqarah bermaksud: "Mengapakah kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab..."

Gambaran diperlihatkan ketika peristiwa Isra Mi'raj wajib dijadikan peringatan oleh setiap insan yang diamanahkan dengan tanggungjawab pimpinan, apatah lagi dalam kalangan mereka yang berikrar akan melakukan yang makruf dan menentang yang mungkar, supaya ikrar tidak tergantung dalam retorik.

Aspek Kedua: Cabaran menangani rasuah. Ternyata rasuah berlaku dalam setiap sistem pemerintahan dan dalam setiap negara. Kautilya ketika menghasilkan Arthashastra mengenal pasti 40 kaedah menyalahgunakan wang yang dilakukan pegawai awam untuk kepentingan peribadi. Kautilya menyatakan:

"Just as it is impossible not to taste honey or the poison that finds itself at the tip of the tounge, so it is impossible for a government servant not to eat up, at least, a bit of the King's revenue. Just as a fish underwater cannot possibly be found out either as drinking or not drinking the water, so government work cannot be found out (while) taking money (for themselves)".

Transparacency International, menyatakan misi atau mission statement;

"(Corruption) undermines good government, fundamentally distorts public policy, leads to the misallocation of resources and particularly hurts the poor. Controlling it is only possible with the cooperation of a wide range of stakeholders in the integrity system, including most importantly, the state, civil society, and the private sector."

Rasuah sering kali menjadi isu utama menyebabkan pemimpin dijatuhkan lalu diganti dengan yang baharu. Setiap pemimpin diberikan amanah berikrar mahu memerangi rasuah. Undang-undang baharu, digubal; undang-undang sedia ada, dipinda; pelbagai agensi dibentuk; rakyat dijanjikan dan harapan diberikan; tetapi jika undang-undang hanya berstatus dokumen bertulis, tidak dikuatkuasakan, ia tidak mungkin menjadi senjata berkesan memberi kemenangan dalam medan perang menghadapi rasuah. Pelbagai agensi ditubuhkan tidak akan menjadi briged perang yang boleh mengibarkan bendera kemenangan jika medan memerangi rasuah dilakukan secara selektif.

Dalam kalangan negara Asia, Filipina memiliki instrumen pencegahan rasuah paling banyak, tujuh undang-undang dan 19 agensi penguat kuasa. Presiden Ferdinand Marcos memperkenalkan lima Agensi Pencegah Rasuah yang baharu dalam tempoh 21 tahun era pemerintahannya (1965-1986).

Namun, ia hanyalah kosmetik hiasan untuk melindungi wajah yang hodoh. Bumi dan langit Filipina sarat diselubungi mendung rasuah. Amalan rasuah memuncak ketika era pemerintahan Marcos; amalan kronisme berlaku secara berleluasa, sanak saudara dan kenalan rapat dilantik mengetuai pelbagai agensi; masing-masing lebih cenderung mengumpul kekayaan peribadi.

Usaha Malaysia banteras rasuah

Ketika berucap pada Perasmian Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat Kuasa Anti Rasuah Antarabangsa pada 4 Oktober 2012, Perdana Menteri menegaskan azam dan usaha kerajaan Malaysia untuk membasmi rasuah. Usaha membanteras rasuah ditetapkan sebagai satu daripada tujuh komponen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pelbagai langkah susulan dirintis termasuk penubuhan 14 mahkamah khas rasuah. Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan SPRM 2013, menunjukkan tahap keyakinan rakyat terhadap keberkesanan SPRM telah meningkat daripada 64 peratus ke 65.8 peratus; dan tahap sokongan masyarakat kepada SPRM turut meningkat daripada 86.4 peratus dalam tahun 2012 kepada 87.3 peratus dalam tahun 2013. Usaha terus dirintis untuk memperkemaskan undang-undang di samping meningkatkan kapasiti dan capability agensi penguat kuasa.

Undang-undang dan agensi penguat kuasa adalah instrumen yang perlu dilengkapi dengan program yang komprehensif lagi holistik. Memahami latar belakang pelaku rasuah akan memberikan kelebihan kepada petugas untuk berupaya memberikan preskripsi dan diagnostik yang tepat.

Kategori pelaku rasuah

Secara simplistik, pelaku rasuah terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama, adalah kumpulan yang terdesak, terpaksa melakukannya kerana kesempitan hidup, ketidakupayaan mengimbangkan gaji untuk membiayai keperluan asas harian.

Data Laporan Model Ekonomi Baru menunjukkan, 80 peratus isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan; 40 peratus isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 sebulan; 78.6 peratus penyimpan KWSP berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Tahap keupayaan pelaburan dalam kalangan majoriti Bumiputera boleh dimanifestasikan dengan data yang menunjukkan 75 peratus penabung Amanah Saham Bumiputera memiliki purata tabungan hanya RM611 seorang.

Permintaan Presiden CUEPACS agar bank membekalkan lebih banyak not RM10 dalam mesin ATM, memberikan petanda bahawa pada masa tertentu, sebilangan pemilik kad ATM, tidak pun mempunyai baki minimum RM50 dalam akaun masing-masing.

Data menyentuh agihan sangat membimbangkan dalam usaha gigih negara mahu mencapai taraf negara maju dengan sasaran pendapatan perkapita RM48,000 pada tahun 2020. Agihan tidak seimbang dan jurang pendapatan yang lebar akan mewujudkan persekitaran yang boleh menyuburkan budaya petty corruption.

Apakah opsyen yang ada dalam kalangan pegawai awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian? Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan rasuah. Ada yang melakukan kerja kedua, berniaga di pasar malam, memandu teksi secara sambilan, menjual kuih, mengambil upah menjahit serta melakukan pelbagai kerja sampingan untuk mencukupkan pendapatan. Akibatnya mereka tidak cukup rehat - mereka keletihan, menyebabkan mereka menjadi petugas yang lesu ketika bertugas lalu menjejaskan produktiviti.

Inilah hakikat senario semasa di dalam negara. Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat.

Negara tidak boleh berada dalam minda penafian akan realiti sebenar yang sedang berlaku. Ia cabaran besar kepada negara. Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula strepsil. Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial, memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan.

Pelaku rasuah kategori kedua terdiri daripada kalangan yang bersifat tamak - bersifat haloba; secara umumnya daripada kumpulan atasan, berjawatan penting, bernafsu tinggi, mengamalkan gaya hidup mewah - gaya hidup megah. Pelaku rasuah dalam kategori ini amat licik, melakukan rasuah secara sofistikated, bijak membersihkan tangannya daripada sebarang lumpur kekotoran, tidak mudah untuk disabitkan, di samping sebahagian mempunyai hubungan intim dengan orang atasan.

Usaha perangi rasuah fokus dua aspek

Usaha memerangi rasuah wajib memberi fokus kepada dua aspek. Aspek pertama LANGKAH PUNITIF YANG TEGAS DAN TIDAK SELEKTIF, dilaksanakan tanpa gentar - tanpa pilih kasih; aspek kedua: LANGKAH PREVENTIF UNTUK MENGUKUHKAN INTEGRITI. TEGAS dan TIDAK SELEKTIF adalah dua kata kunci penting yang wajib dijadikan prinsip. Negara mempunyai contoh yang boleh dijadikan tanda aras dan rujukan, dijadikan sumber inspirasi dan sumber kekuatan untuk berani bertindak.

Majistret pertama yang dilantik di Pulau Pinang lebih 200 tahun lalu pada era pemerintahan kolonial, dipecat kerana melakukan rasuah. Pada era kepemimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, Menteri Pelajaran merangkap Menteri Kesihatan pada tahun 1964, Abdul Rahman Talib kalah dalam perbicaraan kes sivil melawan S P Seenivasagam, memberi implikasi Abdul Rahman Talib terlibat dengan rasuah. Abdul Rahman Talib mengundur diri dari menjadi anggota Jemaah Menteri.

Sokongan terhadap parti pemerintah, PERIKATAN, merosot pada Pilihan Raya Umum 1969. Tun Abdul Razak peka membaca mesej rakyat. Tun Abdul Razak meneliti isu-isu utama yang dijadikan peluru menyerang Parti Perikatan dan kerajaan semasa kempen pilihan raya; lalu segera bertindak melakukan langkah pembetulan. Imej kerajaan berkaitan rasuah ditangani tanpa bertangguh. Tun Abdul Razak tidak memberi perlindungan kepada anggota pentadbiran dan ahli parti yang terpalit dengan rasuah. Atas nasihat Datuk Harun Hashim, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) melalui Ordinan Darurat No. 22, memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), membekukan aset orang yang disyaki melakukan rasuah.

Menteri Besar Perak, Datuk Ahmad Said didedahkan memiliki hampir satu perpuluhan dua juta ringgit (RM1,138,403); tiga ratus tiga puluh ribu ringgit (RM329,979) disita kerana didapati diperoleh secara rasuah. Ahmad Said meletakkan jawatan pada Februari 1970.

Pada Julai 1970, Menteri Besar Terengganu, Ibrahim Fikri diarah bercuti dua bulan; selepas itu beliau digantikan dengan Mahmood Sulaiman. Pada peringkat Persekutuan, Khaw Kai Boh diarah berundur daripada menjadi anggota Jemaah Menteri pada September 1970.

Pada era kehebatan Rom, pemerintahan diktator diizinkan undang-undang untuk dilantik bagi tempoh enam bulan dalam situasi negara menghadapi krisis; selepas itu kuasa hendaklah dikembalikan kepada rakyat.

Cincinnatus, Jeneral Bersara, yang diserahkan kuasa memerintah secara diktator adalah contoh pemimpin Rom yang tidak gilakan pangkat mahupun sanjungan. Cincinnatus dilantik memimpin ketika Rom menghadapi krisis; selepas Rom kembali tenteram, walaupun rakyat Rom memohon agar dia terus memimpin, Cincinnatus, menolaknya, dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Machiavelli merujuk sifat sedemikian sebagai ciri mulia; sifat seorang pemimpin yang memiliki kekebalan serta daya tahan daripada melakukan rasuah kerana tidak haloba untuk mengekalkan kuasa. Sifat terpuji Cincinnatus, sebenarnya menjelma pada Tun Abdul Razak yang mindanya tidak boleh dirasuah dengan sifat tamak mempertahankan kuasa.

Sebagai Pengarah MAGERAN, pasca tragedi 13 Mei, Tun Razak memiliki kuasa mutlak. Apabila negara kembali aman, meskipun dipohon untuk tidak membubarkan MAGERAN, Tun Abdul Razak memilih untuk mengembalikan kuasa kepada institusi rakyat; sistem demokrasi berparlimen dihidupkan semula.

Pada era pimpinan Datuk Hussein Onn, Datuk Harun Idris pada tahun 1976 disabitkan kesalahan rasuah. Datuk Harun dibicarakan di hadapan ketika itu Hakim Raja Azlan Shah. Hakim Raja Azlan Shah menghadapi tugas berat. Tertuduh, bukan sahaja mempunyai sokongan politik, tetapi seorang individu yang baginda kenal. Ketika menjatuhkan hukuman antara lain Hakim Raja Azlan Shah menyatakan:

"It is painful for me to have to sentence a man I know. I wish it were the duty of some other judge to perform that task. To me this hearing seems to re-affirm the vitality of the rule of law. But to many of us, this hearing also suggests a frightening decay in the integrity of some of our leaders.

It has given horrible illustrations of Lord Acton's aphorism 'power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely', and has focussed concern on the need of some avowed limitations upon political authority.

..the law is no respector of persons. Nevertheless it will be impossible to ignore the fact that you are in a different category from any person that I have ever tried. It would be impossible to ignore the fact that, in the eyes of millions of our countrymen and women, you are a patriot and a leader. Even those who differ from you in politics look upon you as a man of high ideals. You had every chance to reach the greatest height of human achievement. But half-way along the road, you allowed avarice to corrupt you. It is incomprehensible how a man in your position could not in your own conscience, recognise corruption for what it is. In so doing, you have not only betrayed your party cause, for which you have spoken so eloquently, but also the oath of office which you have taken and subscribed before your Sovereign Ruler, and above all the law of which you are its servant".

Utama kedaulatan undang-undang

Penghakiman itu mengandungi bukan sekadar kata-kata mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukum, ia turut mengandungi komponen nasihat, teguran, peringatan dan amaran, agar dijadikan teladan. Tentulah berat bagi Hakim Raja Azlan Shah untuk menzahirkan ungkapan kata-kata sedemikian keras - sedemikian tegas terhadap tertuduh yang turut baginda kenali; tetapi Hakim Raja Azlan Shah perlu lebih mengutamakan kedaulatan undang-undang dan kepentingan umum daripada kenalan.

Bertindak secara tegas lagi tidak selektif bukan satu opsyen, tetapi satu kemestian. Allah SWT telah memperlihatkan contoh panduan. Nabi Adam adalah ciptaan Ilahi, dimuliakan, dikurniakan status tinggi hingga malaikat diperintahkan sujud kepadanya. Namun apabila peraturan gagal dipatuhi, hukuman dilaksanakan oleh Ilahi secara tegas lagi segera; Nabi Adam Alaihissalam diperintah keluar dari syurga.

Demikian tegasnya prinsip melaksanakan keadilan dalam Islam yang tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan baik diri sendiri, teman rapat, kaum keluarga mahupun ibu bapa. Perintah yang terkandung di dalam ayat itu diperkukuhkan lagi dengan u hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu ia itu sekiranya yang mencuri itu yang berpangkat tinggi, lalu mereka dibiarkan sahaja; tetapi jika yang mencuri itu mereka yang lemah, lalu dengan segera dijatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, yang aku di dalam kekuasaan Nya, kalaulah Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya ku kudungkan tangannya."

Tingkat integriti

Aspek preventif memerlukan usaha meningkatkan integriti agar insan dibina dengan ketahanan dalaman, tidak terpengaruh oleh dorongan nafsu. Sifat tamak adalah faktor yang sering kali menjerumuskan manusia melakukan dosa. Islam menganjurkan insan untuk mengamalkan sifat kesederhanaan, menjauhkan diri daripada sifat bermegah dan bermewah; tercatat peringatan Ilahi dalam Kisah Nabi Hud Alaihissalam, pada ayat 128 Surah Asy-Syu'araa.

Betapa dinding ketahanan iman ditembusi kerana tarikan untuk mendapatkan kuasa. Nafsu gilakan kuasa nyata boleh menewaskan kewarasan akal. Memperkukuhkan iman adalah benteng pertahanan yang wajib dibina untuk meningkatkan daya tahan insan daripada tergelincir dengan tarikan kebendaan - tarikan kemewahan serta tarikan kepada pangkat dan tarikan kepada kuasa. Insan wajib diperingatkan dengan firman Allah SWT yang terkandung dalam ayat 35 Surah Al-Anbiyaa bermaksud: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."

David Owen, dalam karyanya, 'The Hubris Syndrome: Bush, Blair and the Intoxication of Power', melakukan analisis perlakuan rasuah daripada lensa seorang doktor perubatan; Owen menyifatkan perlakuan rasuah yang berlaku kerana gilakan kuasa adalah satu penyakit mental.

Mahatma Ghandi memerhatikan bahawa kuasa membuatkan manusia menjadi tuli dan buta; lalu keputusan dilakukan berdasarkan naluri; kepuasan peribadi mengatasi kepentingan awam; sebarang pendapat bercanggah, meskipun datang daripada kenalan rapat, dianggap bersuara musuh - dianggap mengancam kedudukannya; lalu pelbagai tindakan dilakukan untuk menghapuskan apa jua tentangan.

Kehidupan dunia adalah ujian. Pangkat dan jawatan adalah ujian. Amanah dan tanggung jawab juga ujian. Menegak yang makruf dan menentang yang mungkar adalah tuntutan. Setiap janji diungkapkan, setiap perkara dilakukan atau tidak dilakukan akan diperiksa pada hari kebangkitan; ketika itu tidak ada peguam bela untuk membela dosa yang dilakukan, begitu juga amanah yang gagal disempurnakan. Memerangi rasuah adalah jihad, yang perlu disemaikan di hati sanubari insan.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada setiap anggota Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, gigih menyempurnakan tugas berat membasmi rasuah.

Undilah PN!!!

Undilah Perikatan Nasional

#abah

#PN

#PerikatanNasionalPrihatin

#selamatkanmalaysiadarikelepetrokasi

#tolakpartirasuah


Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat