TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Terkini: Kemalangan di Lebuhraya Utara menuju Ipoh.

Sesiapa nak menghala ke utara hari ini elakan mengguna Lebuhraya Ipoh Kuala Kangsar kerana ada kemalangan besar di km256.8 arah utara.

Friday, October 10, 2014

Kemalangan Maut Lebuhraya Pasir Gudang.

PASIR GUDANG: Lima orang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Rinting, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, kereta yang dinaiki semua mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh pokok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan identiti semua mayat sedang dikenal pasti.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat

Thursday, August 28, 2014

Lelaki maut kereta terjunam dalam parit

Seorang lelaki mati lemas apabila keretanya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 34, Jalan Sungai Rengit di Kota Tinggi malam tadi.
   
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata Mohamad Iswan A. Hamid, 39, mati di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.
   
Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu.
   
"Mangsa dipercayai terlelap mengakibatkan keretanya gagal dikawal lalu terhumban ke dalam parit," katanya.
   
Jenazah mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sening, Kota Tinggi.
   
- Bernama

Wednesday, July 23, 2014

MUKTAKHIR: Pahang Bas Penumpang terbakar.

Satu kes melibatkan bas Syarikat Transnasional 2 tingkat no pendaftaran WRV 1408 telah terbakar pada 23/7/14@13:45hrs d km 32 jalan Lipis/Merapoh, (Felda Telang kawasan tapak bijih besi)Kuala Lipis,Pahang.

Bas dalam perjalanan dari Puchong Prima,Selangor ke Kota Bharu, Kelantan.

Semua penumpang seramai 41 orang termasuk 2 pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Barang2 seperti beg pakaian/barang keperluan harian kepunyaan 7 orang penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat.

Siasatan awal kebakaran bas berpunca dari enjin bahagian belakang mengeluarkan asap dan percikan api dan terus merebak ke keseluruhan bahagian bas.

Friday, July 4, 2014

Kemalangan Kereta Perisai Pertama diMalaysia.

Cangkat Jering– 2 Tentera Maut, 2 Cedera kemalangan membabitkan Sibmas berplet ZA9876 di KM232.6 dalam perjalanan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar.
Kejadian berpunca apabilakenderaan hilang kawalan dan melanggar bahu jalan. Dua anggota tentera cedera dan dua lagi meninggal dunia. Al-Fatihah.

Sunday, June 29, 2014

Terkini: Kemalangan maut Lebuhraya Pasir Gudang.

Pasir Gudang, Kemalangan maut yang melibatkan dua orang warga nepal dan sebuah lori. Kemalangan ini berlaku kira-kira pada waktu petang lebih kurang jam 4:45. 

Kejadian ini berlaku di lebuhraya Pasir Gudang berdekatan dengan Megah Ria. dikatakan lori ini melanggar dua mangsa yang cuba untuk melintas jalan.

Saturday, June 14, 2014

Isteri terkejut Jaket merah Milik Suaminya.

KLANG - Seorang isteri yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Puchong tidak menyangka jaket merah berhampiran mangsa kemalangan yang ditutup di tepi jalan milik suaminya.

Keresahan yang mengganggu perasaan Nor Hafizah Adnan, memaksa ibu kepada seorang anak itu memberhentikan kenderaan dan menghampiri mayat itu.

Alangkah terkejutnya dia sebaik mendapati tubuh kaku itu milik suami tersayang yang sudah tidak bernyawa. Dia yang gagal mengawal emosi ditenangkan orang ramai yang turut menyaksikan kejadian itu.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi, semalam suami mangsa, Mohd Nazry Saion, 33, yang juga Mekanik Wolksvagen maut di Kilometer 31.7, Lebuhraya Kesas, arah Klang menghala Shah Alam, semalam.

Sepupu mangsa, Shahrizal Mohd Fadzil, 28, berkata, semasa kejadian Allahyarham dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Petaling Jaya dengan menunggang motosikal.

“Arwah ke tempat kerja lebih awal dari isterinya yang bekerja di Puchong.  Mereka lalui jalan yang sama dan kami tidak sangka arwah pergi secepat ini," katanya.

Beliau yang merupakan sepupu rapat arwah berkata, Allahyarham dan keluarganya baru tiba di rumah mereka di Pandamaran, Klang dua hari lalu selepas bercuti.

“Mereka sekeluarga sempat mandi-manda dan habiskan cuti bersama. Kegembiraan itu dikongsi dalam FB bersama rakan-rakan.

“Komen rakan-rakan membuatkan arwah gembira habiskan cuti bersama anak lelaki kesayangannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham kira-kira sebulan yang lalu.

“Kami hanya berhubung melalui Facebook dan kami sekeluarga tidak sangka arwah pergi secepat ini. Arwah seorang yang pandai berjenaka dan gemar membuat orang ketawa," katanya.

Shahrizal berkata, pemergian arwah amat dirasai namun dia reda dengan pemergian itu

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Desa Temu Jodoh, Chaah, Yong Peng, Johor selepas asar semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Goh Lee Shan berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Naza Sorento di KM 31.7, Lebuhraya Kesas arah Klang menghala Shah Alam.

“Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa terbalik dan mangsa tercampak ke jalan raya. Mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat