Tentera kerajaan Filipina terus memburu pemisah MNLF di Zamboanga.
Pertempuran antara tentera Filipina dan MNLF menyebabkan satu kawasan kediaman terbakar.
Manila: Kerajaan Filipina semalam, memberi kata dua kepada pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari supaya meletak senjata mereka atau diserang tentera.Amaran itu diberi pada hari keempat krisis di Zamboanga selepas pemisah MNLF menyerang bandar itu dan menjadikan ramai penduduk sebagai perisai manusia hingga menimbulkan ketakutan di kalangan mereka.