TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, November 30, 2014

Terkini: MB di sini lahirnya UMNO.

MTMR amat berbesar hati untuk mengucapkan selamat Hari Lahir kepada MB kesayangan rakyat Johor.

Luaskan kuasamu Johor. Ayuh Johor!!!

Saturday, November 29, 2014

Terkini: Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Friday, November 28, 2014

Mutakhir: Militan Indonesia dan dua ekstremis Filipina bersalah BOM di Filipina.

MANILA: Seorang anggota militan Indonesia dan dua ekstremis Filipina hari ini disabitkan kesalahan melakukan pengeboman di sebuah kompleks beli-belah pada 2002 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Hakim Leili Cruz-Suarez ketika membuat keputusannya berkata, Jul Kifli dari Indonesia dan militan Abu Sayyaf, Ahmad Jekeron dan Yacob Basug didapati bersalah 'melangkaui keraguan munasabah' melakukan pengeboman pada 21 April 2002 itu.

Dalam kejadian itu, berpuluh-puluh cedera di pusat beli-belah 'Fitmart' di bandar pelabuhan 'General Santos'.

Pendakwa Raya Aristotle Reyes yang pada mulanya mengendalikan kes berkenaan berkata, keputusan bersalah itu boleh menjadi penghalang kepada keganasan dan membantu tindakan tentera bagi menumpaskan militan terbabit.

Bekas anggota militan Abu Sayyaf dan saksi utama, Abu Hamdie berkata, pengeboman itu adalah serangan bersama pertama oleh Abu Sayyaf dan rangkaian keganasan Indonesia, Jemaah Islamiyah. - AP

Thursday, November 27, 2014

Mutakhir: Antara intisari ucapan dasar Presiden UMNO

1. Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuh sebaliknya akan diperkuat dan diperkukuhkan. Akan dimasukkan - melindungi kesucian agama Islam dan menghalang sebarang percubaan membawa sabah dan sarawak keluar dari malaysia

2. Ikrar beliau untuk menerajui umno sebagai wadah memelihara dan memperkasa kepentingan orang2 Melayu dan bumiputera selain memastikan keadilan kpd seluruh rakyat Malaysia

3. Mengajak seluruh ahli umno dan seluruh rakyat malaysia membina kehidupan aman makmur stabil dan harmoni berpaksikan SOLIDARITI

4. Bahawa formula kesentosaan Malaysia adalah SOLIDARITI
( disebut SOLIDARITI sebanyak 11 kali)

5. Sedia timbang/bincang letak wanita sebagai naib presiden dan naib ketua bahagian

6. Menyeru agar usaha 'peremajaan umno' mestilah direalisasikan pada ertikata sebenar

7. Istilah 'peremajaan umno' perlu ditakrifkan sebagai 'meremajakan' tahap dan tempo perjuangan umno supaya sentiasa segar dan bertenaga serta menepati selera semasa

8. Sedia memberi tempat kpd golongan muda dlm parti dan kerajaan tetapi madavyg sama mestilah membuktikan menepati kriteria (Jil-UMNO) yang sesuai. Presuden dan Timb Presiden akan teliti sendiri dlm penilaian ini

9. Mengajak ahli umno teruskan semangat juang meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan  cemuhan 

10. Hakikatnya Malaysia kekal maju dan dikagumi masyarakat antara bangsa

11. Hakikatnya banyak kejayaan tercipta cuma ada pihak sengaja menafi dan melemparkan tuduhan buruk yg tidak berkesudahan

12. Semua perlu akur faham dan terima dengan terbuka tentang Kontrak Sosial yang sudah sekian lama terpahat dlm Perlembagaan Negara. Ia adalah wahana demi mengekalkan kestabilan kesejahteraan rakyat dan negara

13. Semua ahli umno jangan lagi alpa sehingga menghilangkan sokongan dan keyakinan umum. Sekurang2nya sejak 15 tahun lalu 'kelekaan' ini berada di mata umum.

14. Apapun ahli2 umno tidak perlu apologatik sebaliknya terus fokus dan meneruskankan perjuangan dengan penuh sedar dan bersemangat tinggi

15. UMNO perlu aplikasi segala perkembangan teknologi maklumat dlm pengurusan dan perhubungan mereka.

16. Kemudahan pendaftaran ahli melalui talian diharapkan mendapat sambutan dan memberi kesan baik kpd parti

17. Hayati perjuangan parti yang berkonsep sederhana (wasatiyyah) - mementingkan kecemerlangan dan keseimbangan

18. Semua ahli umno diajak sematkan rasa kasih dan sayang kpd parti - tahu membayar harga bagk pengorbanan pemimpin dan pendokong parti yang terdahulu.

Terkini: Najib kecewakan Pejuangkan Hapuskan Akhta Hasutan 1948.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.
 
Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.
 
- Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.
 
- Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Najib kemudiannya bertanya kepada para perwakilan sama ada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut, dewan gamat jawapan "setuju".
 
"Inilah hasrat kita. Saya percaya rakan-rakan dalam kepimpinan BN bersama-sama dengan kita.
 
"Kita akan laksanakan secara adil supaya kita benar-benar dapat mewujudkan negara Malaysia yang lebih aman dan lebih stabil dan lebih harmoni," tegasnya.

Monday, November 24, 2014

Terkini: Gara-gara mencari kerang empat remaja hampir maut.

MARANG: Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan 'fenomena kerang' menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.

Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.

"Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.

"Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.

"Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.

Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.

Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.

Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.

Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

"Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Terkini: Anggota Unit Mekanikal dan Kejuteraan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dilatih menghadapi ancaman bom dan sebagainya.

KUALA LUMPUR: Anggota Unit Mekanikal dan Kejuruteraan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah dilatih untuk menghadapi ancaman bom, mencegah kebakaran serta banjir sebagai persiapan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 yang bermula esok.

Ketua Jurutera PWTC, Zaidi Jamian berkata, anggota unit berkenaan menjalani latihan pada 4 Nov lepas dengan kerjasama agensi dan pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak hospital.

Zaidi berkata, lebih 80 pekerja iaitu 48 orang pekerja teknikal tetap dan 32 pekerja kontrak di bawah unit itu bertugas sepanjang tempoh perhimpunan itu.

"Semua kakitangan teknikal akan berada dalam keadaan bersedia selama 24 jam sehari sepanjang perhimpunan ini berlangsung," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, persiapan teknikal dilakukan sejak tiga bulan lepas dan beberapa penambahbaikan termasuk menaik taraf kemudahan internet untuk persidangan itu.

Sebanyak 5,739 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini bermula esok hingga 29 Nov.

Manakala sejumlah 1,452 petugas media dari 106 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger serta portal berita dalam talian sudah mula melaporkan perjalanan persidangan itu dari Laman Media, PWTC.

Sunday, November 23, 2014

Terkini: Polis Johor menubuhkan pasukan Khas membantu keluarga mangsa kemalangan serius.

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk membantu keluarga mangsa kemalangan serius di setiap hospital utama seluruh negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata penubuhan pasukan itu sebagai pendekatan menambahbaik perkhidmatan polis dan memudahkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan membuat laporan.

Katanya, menerusi penubuhan itu, mereka yang terbabit hanya perlu menelefon pihak polis dan pasukan khas itu akan memberi tindakan segera dan hadir ke hospital untuk mengambil laporan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Johor, di sini sebentar tadi.

Terkini: Malaysia dan Indonesia berkerjasama menjaga perbatasan.

TAWAU: Empat lagi pos kawalan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan diwujudkan tahun depan bagi mengatasi permasalahan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Panglima 5 Briged Tentera Darat, Jeneral Jalaluddin Manan, berkata dua daripada pos kawalan berkenaan akan dibina di kawasan Indonesia dan dua lagi di kawasan Malaysia iaitu antara Sebatik hingga ke Long Pasia.

Dengan adanya pos kawalan ini, katanya aktiviti jenayah melalui jalan tikus atau tidak sah dapat dikekang di kawasan sempadan kedua-dua negara.

"Kegiatan jenayah rentas sempadan, penyeludupan, penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) juga dapat dipantau dan dibanteras dengan lebih baik," katanya pada sidang media selepas pelancaran Rondaan Bersama/Patroli Terkoordinasi di Pos Serudong dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Korem TNI, Brigedier Jeneral Nono Suharno.

Setakat ini, terdapat dua pos bersama iaitu di Semanggaris, Indonesia dan di Selikoh, Malaysia dengan 10 anggota setiap negara berada di pos kawalan bersama itu sepanjang masa.

Jalaluddin berkata, penambahan pos kawalan berkenaan bukan sahaja akan meningkatkan indeks keamanan di kedua-dua negara malah mengurangkan kadar jenayah di kawasan sempadan.

Penambahan pos kawalan bersama itu juga akan membantu menyelesaikan percanggahan yang berlaku secara bersama khasnya membabitkan kawasan sempadan.

"Tentera adalah jentera kerajaan paling berkesan dalam mengawal sempadan kerana kita yang berada di barisan hadapan tahu di mana batu sempadan. Jadi, dengan adanya kerjasama seperti ini, percanggahan dapat diatasi," katanya.

Sementara itu, Nono berkata dengan penambahan pos kawalan bersama, kerjasama kedua-dua negara dapat diperkukuhkan lagi.

"Ia bukan sahaja memperkecil peluang jalan-jalan tikus untuk menjalankan kegiatan jenayah seperti dadah, penyeludupan, PATI, tetapi yang lebih penting membersihkan kawasan sempadan daripada kegiatan jenayah.

"Malah, dalam aspek keselamatan, dua negara akan lebih terpelihara kerana wujudnya kerjasama dalam aspek penugasan dan membuat perancangan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara," katanya.

- BERNAMA

Friday, November 21, 2014

Terkini: Teliti Mekanisma Kerajaan membantu pencarum KWSP


Terkini: Mekanisma Kerajaan kepada Pencarum KWSP apabila bersara.

Sidang Parlimen: 20 Nov ( Khamis) Soalan tambahan YB Hajah Normala Abdul Samad kepada Kementerian Kewangan : Umum mengetahui simpanan dalam KWSP akan digunakan bagi melalui hari-hari selepas pekerja bersara dari pekerjaan.

TERKINI: TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DAN TENTERA LAUT RUSIA PERKUKUH KERJASAMA BILATERAL

Pada 18 Nov 14, KD JEBAT telah  melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) bersama Russian Federation Navy (RFN) di kawasan utara Selat Melaka. Latihan ini telah melibatkan sebuah kapal dari RFN iaitu Russian Federation Ship (RFS) YAROSLAV MUDRYY (727). Latihan ini turut disertai oleh dua buah pesawat organik iaitu KA 27 dari RFS YAROSLAV MUDRYY dan Fennec dari KD JEBAT

Wednesday, November 19, 2014

Terkini: Minyak Petrol akhirnya turun harga mulai hari ini.

RON97 tidak ada Subsidi kerajaan. Yang kaya-kaya belilah RON97. Simpanlah minyak RON97 lebih sikit manalah tahu esok lusa naik semula.

Akhirnya minyak Petrol RON97 turun harga 0.20 sen. Adakah harga barang akan turun. Rasanya tidak. Sebab pengusaha lori tidak gunakan RON97 tetapi mengunakan RON95.

Begitulah kebijak sanaan kita untuk menilai sesuatu berita dan menganilisa berita tersebut. Kita rakyat Malaysia harus bersukur kerana mempunyai pemimpin yang bijak pandai dalam mengurus tadbir kerajaan.

Zaman kegemilangan Malaysia telah sampai kepada kemuncaknya. Jadi rakyat Malaysia jangan leka dan alpa dengan kejayan dan kemodenan Malaysia. Kerana anda sentiasa di intai dan di cemburui kawan dan lawan.

Rakyat Malaysia jika ada permasaalahan hendaklah salurkan kepada saluran yang betul. Mohonlah kepada kerajaan Malaysia yang di terajuai oleh UMNO dalam Barisan Nasional.

Semasa membuat permohonan hendaklah berhemah. Janganlah jadi seperti burung Pucung. Apakah sejarah permohonan burung Pucung kepada Nabi Sulaiman.

Jadi bacalah!!! bacalah!!! bacalah!!! rajin-rajinlah membaca.

Tuesday, November 18, 2014

Terkini: Pembuli Jalanraya meludah cermin kerita di tangkap sudah.

Akhirnya Pembuli JalanRaya telah berjaya ditangkap oleh PDRM.

Tahniah kepada PDRM kerana segera bertindak. Itulah yang rakyat mahukan. Respon segera bila maklumat dan bukti lengkap di dedahkan.

Tahniah juga kepada orang ramai yang sama-sama membantu PDRM dalam menangani kes buli jalanraya. Maklumat lengkap dan bukti memudahkan PDRM mengambil tindakkan ke atas pelaku-pelaku jenayah.

Walaupun tangkapan telah di buat orang ramai menantikan keputusan dan tindakkan pendakwaan.

Apakah hukumannya? Semasa kes KIKI juga mendapat liputan meluas. Akhirnya kiki di jatuhkan hukuman dengan pantas dan cepat.

Kes meludah cermin kereta dan merosakkan cermin sisi serta pembersih cermin hadapan merupakan kesalahan jenayah. Merosakkan harta orang awam.

Perbuatan meludah ke cermin kereta juga merupakan kesalahan merosakkan hati yang punya kereta. Merupakan provokasi yang melampau tahap gaban. Cimpazi ala-ala kinzir yang tiada otak.

Harap mahkamah dapat gunakan perundangan yang sewajarnya bagi menjadi tauladan dan pengajaran kepada pembuli-pembuli jalanraya yang lain.

MTMR nak ingatkan kepada pembuli jalanraya atau yang suka potong kiri atau potong Q bahasa mudahnya. Orang lain pun bayar Roadtax juga. Orang lain pun nak cepat juga.

Akai ada ke?

Terkini: Sidang Media Menteri Besar Johor - Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin


Mutakhir: Pembuli jalan meludah cermin dapat di kesan.

Sesiapa nak kenal. Namanya kheith khoo partner pada Imaxx Merchandiser rumah dekat dengan Aeon Subang Jaya.

Semua kereta nombor sama 2202 ade superbike nak cari. Cari kat situ off kat sec 19 Usj no telefon 016-2286699 @ call partner dier janette 016-2266202 pegi off Imaxx Merchandiser kat usj 19 tu,kat trafic light ade kedai BACCFREE, masuk kanan, Identiti cina road bully yang ludah dah rosakkan wiper kete budak pompuan melayu kita hari ni.

Mai kita tengok antara cina ni sama kiki (melayu islam), sapa lagi panas

Masa kiki cepat jer uoollsss viralkn ni cina jommm kita viralkn. Sapa lgi panasss.

MTMR nak tambah sikit memang kurang ajar dan biadap. Macam sial meludah. Kalau MTMR kena rasanya taktaulah boleh kawal perasaan atau tidak.

Harap PDRM dapat ambil tindakkan dengan segera. Inilah akibat #rakyathakimnegara.

Monday, November 17, 2014

Terkini: Masyarakat Cina bebas berniaga

Pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee melahirkan kekesalannya terhadap kaum Cina yang kadangkala didakwa sengaja membesarkan isu berkaitan kepentingan dan kedudukan orang Melayu, termasuk dalam isu agama.

"Mereka (orang Cina) kena faham bahawa Melayu adalah tuan di negara ini, mereka juga kena faham kerana sikap bertolak ansur orang Melayu maka mereka boleh menjalankan pelbagai kegiatan terutama dalam sektor perniagaan," beliau dipetik sebagai berkata.

Ketua Umno Cheras itu dilapor mengingatkan, tahap kesabaran orang Melayu selama ini menjadi teras kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang progresif dan harmoni.

Katanya, orang Melayu dan umat Islam selama ini berpegang teguh kepada semangat setiakawan dan sikap toleransi walaupun kedudukan mereka sering diganggu-gugat dan dipersoal kaum lain, lapor blog Umno bahagian itu.

"Ketika kaum lain mencela dan mempersoalkan hak dan ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi, kita (orang Melayu) masih bersabar kerana percaya kesabaran itu mampu mengekalkan kestabilan negara dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum,” beliau dipetik sebagai berkata.

Syed Ali juga mengingatkan bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya dan berharap bukan Melayu memahami sejarah dan intipati yang diperakui bersama menerusi perlembagaan dan Rukun Negara.

Tambah Syed Ali lagi, bukan Melayu tidak sepatutnya bersikap terlalu prejudis dan iri hati terhadap orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam yang menegaskan kepentingan sikap saling hormat pelbagai kaum berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.

Najib antaranya dilapor berkata, seperti mana orang Melayu sensitif tentang kaum Cina, masyarakat itu juga perlu sensitif terhadap orang Melayu.

Terkini: Rafizi tidak hadir buang masa betul.

Datuk Ahmad Maslan mengingatkan Rafizi jangan ulang lagi pasal 1MDB. Sudah banyak kali di terangkan dan di jelaskan. Tiga kali PC pasal 1MDB.

Rafizi di minta membawa dan berikan kepada Tan Sri Speaker Dewan Rakyat berkenaan bukti yang beliau ada.

Tetapi sebaliknya Rafizi tidak hadir ke Parlimen. Buang masa betullah. Banyak masa terbuang dengan kerenah pembangkang yang mereka cerita yang kebenaranya entah di mana?

Terkini: Konvensyen Johor - Yb Hajah Normala Abdul Samad.


Saturday, November 15, 2014

Mutakhir: Polis pantau 'pakar bom JI'

Pihak polis akan terus memantau aktiviti Taufik Abdul Halim, rakyat Malaysia selaku pakar membuat bom bagi kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) yang pulang ke tanah air Rabu lepas setelah menjalani hukuman penjara lebih 12 tahun di Indonesia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis akan sentiasa berhubung dan memantau aktivitinya dari semasa ke semasa supaya dia tidak lagi mengancam keselamatan negara dan orang ramai.

Setibanya Taufik, 39, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 11.30 malam, dia telah dibawa oleh polis untuk ditemuduga, diberi nasihat dan peringatan agar tidak kembali terbabit dalam sebarang kegiatan militan, kata Ayob Khan.

"Perbincangan itu merupakan satu sesi yang agak panjang," katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ditanya mengapa tiada tindakan susulan diambil terhadap Taufik, beliau berkata biarpun Taufik ditahan berikutan kes letupan di kompleks beli-belah Plaza Atrium di Jakarta pada 1 0gos 2001, namun PDRM tidak mempunyai bukti untuk menahannya kerana dia tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti keganasan di Malaysia.

"Setakat ini, apa yang kita buat ialah menasihatinya agar tidak lagi terlibat dengan perkara yang bercanggah dengan undang-undang," kata Ayob Khan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan antara 300 hingga 350 tahanan JI akan dibebaskan secara berperingkat dari penjara Indonesia termasuk Taufik yang kehilangan kaki kanannya akibat pengeboman di Jakarta itu.

Menjelas lanjut, beliau berkata disebabkan kepakaran membuat bom dan ideologi yang dimiliki Taufik, kemungkinan masih ada anggota JI akan cuba berhubung semula dengannya.    

"Kita risau mungkin ada perkara yang akan dibincangkan sesama mereka. Kemungkinan dia juga akan melatih orang awam yang ingin terlibat dalam keganasan. Dia bukan setakat pakar membuat bom malah pernah terlibat dalam kes mengebom gereja di Indonesia," katanya.

Ditanya sama ada pembebasan ratusan tahanan JI itu membuatkan mereka akan cuba terbabit dalam kegiatan militan Negara Islam (IS), beliau berkata "tiada perbezaan antara JI mahupun Al-Qaeda kerana mereka mempunyai ideologi yang sama iaitu untuk terlibat dalam aktiviti keganasan.

"Sekiranya mereka dibebaskan, memang ada risiko yang tinggi, kemungkinan mereka akan terlibat dalam kumpulan militan IS," kata Ayob Khan sambil menambah PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak polis serantau dan global dalam konteks menangani antikeganasan.

Beliau berkata dari 2001 hingga kini, pihak polis telah menahan 294 individu warga tempatan dan asing yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan.

Taufik yang kini dilaporkan berada di kampung asalnya di Kluang, Johor pernah menjalani latihan dengan Al-Qaeda di Afghanistan pada Oktober 1995 hingga Feb 1996.

Dia juga turut dikaitkan dengan insiden pengeboman di dua buah gereja di timur bandaraya Jakarta.

Malah dia merupakan sebahagian anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan pernah terbabit dalam aktiviti keganasan di Ambon, Maluku pada 2000.

Taufik yang merupakan bekas penuntut jurusan senibina Universiti Teknologi MARA (UiTM) terjebak dengan kumpulan pengganas selepas dipercayai dipengaruhi abang iparnya, Zulkifli Abdul Khir yang menjadi individu paling dikehendaki di Asia Tenggara dan diburu sehingga kini.    

Zulkifli atau Marwan kini dipercayai berada di selatan Filipina bersama kumpulan Abu Sayyaf.

Taufik juga pernah ditahan PDRM pada Oktober 1996 hingga November 1996 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Friday, November 14, 2014

Terkini: Ahli Parlimen Pasir Gudang tidak jemu membawa permasaalahan rakyat ke Parlimen.


GEMPAR:TUN MAHATHIR KENA TEMBAK!!!???


GEMPAR:TUN MAHATHIR KENA TEMBAK!!!???

TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.--SUMBER
TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

Thursday, November 13, 2014

Terkini: 6 Juta boleh cari Nyawa tak ada ganti.

Ada tak jalan nak hantar 6 juta Malaysiakini?

Duit bukan segalanya. Tetapi segalanya memerlukan Duit.

Terkini: Badget penuh JOHOR 2015

Pembentangan Bajet oleh YAB MBJ
TITIK SENTUHAN BAJET 2015 "MEMBANGUNKAN JOHOR SECARA INKLUSIF"

STRATEGI PERTAMA: MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DAN MERANSANG PELABURAN.

A. MERANCAKKAN PERTUMBUHAN DALAM BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK
SEKTOR PETROLEUM DAN GAS

1. Kerajaan Negeri Johor dan kerajaan persekutuan bekerjasama membangunkan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dengan memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti industri berteknologi tinggi dan berinovasi. Apabila siap kelak, PIPC akan menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

SEKTOR BIOEKONOMI

2. Menyokong pertumbuhan industri kecil dan sederhana yang berorientasikan bioteknologi melalui program Jelajah Bioekonomi yang memberi manfaat kepada usahawan tempatan melalui proses penjenamaan dan promosi.

3. Mempergiatkan penglibatan masyarakat dalam sektor bioteknologi, melalui Program Pembangunan Bioekonomi Komuniti dengan kerjasama kerajaan persekutuan. Program ini akan melibatkan kerjasama antara pembekal teknologi dari syarikat-syarikat Bio-Nexus dan berasaskan ‘bio’ dengan kumpulan komuniti hampir 100 peserta di setiap daerah, melalui contract farming atau perladangan kontrak.

4. Kerajaan negeri akan memberikan peruntukan bagi melaksanakan program untuk pembangunan modal insan dalam sektor bioteknologi.

5. Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) telah diberikan peruntukan berjumlah RM1.5 juta sebagai pemudah cara kepada pelabur.
B. MENGUKUHKAN EKONOMI DESA MELALUI PERTANIAN LESTARI

6. RM4 juta diperuntukkan bagi memperkasakan Program Galakan Usahawan (PGU) di bawah seliaan Jabatan Pertanian Johor bagi tahun 2015. PGU akan dilaksanakan menerusi tiga projek, iaitu Projek Industri Kecil (PIK), Projek Pembangunan Tanah Terbiar (PPTT) dan Skim Pinjaman Satu Mukim Satu Industri (SMSI).

7. Program meningkatkan pengeluaran daging lembu berskala besar, melalui ladang satelit dengan penglibatan seramai 21 peserta dengan penghasilan 18,900 ekor lembu matang setahun dengan peruntukan RM3 juta.

8. RM2 juta diperuntukkan untuk membantu pengusaha tanaman nanas yang mempunyai keluasan kurang daripada 15 ekar bagi membantu meningkatkan pengeluaran mereka.

9. RM20 juta kepada Permodalan Darul Ta’zim untuk membeli dan menyelamatkan tanah-tanah pertanian yang dimiliki oleh Orang Melayu supaya tidak dijual kepada pihak lain, di mana tanah-tanah yang dibeli akan disewakan kepada koperasi dan usahawan terpilih untuk menjalankan aktiviti pertanian.

C. MENJADIKAN JOHOR JAUHARI SELATAN DAN DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK MALAYSIA

10. Johor akan ada lima produk pelancongan menjelang tahun 2015 untuk membangunkan Taman Negara Endau-Rompin; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai sebagai tapak RAMSAR; Johor Pusat Kebudayaan Melayu utama di dunia; Johor Pusat Persidangan Antarabangsa; Hab pelancongan keluarga dengan tarikan seperti Angry Birds, Legoland, Hello Kitty World dan Johor Premium Outlet.

11. Kerajaan persekutuan, melalui ECER telah memperuntukkan RM31.4 juta bagi membangunkan prasarana eko-pelancongan dengan konsep Hutan Hujan ke Terumbu Karang atau Rainforest to Reef di Taman Negara Endau Rompin. Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa untuk tempoh lima tahun.

12. Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi menaik taraf jalan akses ke kawasan pelancongan Tanjung Piai, Pontian.

13. Kerajaan Negeri akan menganjurkan pelbagai festival, termasuk festival sukan, seni dan budaya dengan peruntukan RM1 juta. Antara dua festival yang akan menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa ialah Festival Layang-Layang Sedunia dan Festival Zapin.

14. Transformasi Johor Bahru: Urban and Heritage Trail dengan penjenamaan semula Bazar Johor Bahru, mewujudkan Stesen Seni dan perkhidmatan bas percuma “Johor Di Hatiku”.

15. Taman Warisan Semulajadi Nusajaya akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama UEM Sunrise melibatkan kawasan seluas 300 ekar. Kawasan riadah ini akan menempatkan Taman Tanaman Tropika dan Taman Koleksi Tumbuhan yang kedua-duanya akan beroperasi sebagai tujuan pelancongan, riadah, pendidikan dan penyelidikan.

STRATEGI KEDUA: MEMANGKIN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT

A. MENGURANGKAN KEMISKINAN

16. Kerajaan negeri akan meneruskan Program Bantuan Rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.93 juta untuk membina 40 unit rumah baru dan membaik pulih 30 buah rumah.

17. RM8 juta daripada hasil kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Johor akan dibelanjakan untuk membina 200 unit rumah dengan anggaran RM40,000 seunit dan RM1 juta akan diperuntukkan untuk membaik pulih 74 unit rumah.

18. RM6.6 juta bagi bantuan makanan sihat kepada 15,000 murid miskin di Sekolah Agama Johor dengan peruntukan RM2.50 setiap murid untuk sehari sepanjang sesi persekolahan selama setahun.

19. Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM100,000 melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) bagi penganjuran program kerohanian dan kepimpinan kepada mereka.

20. RM 1.8 juta kepada 1,800 nelayan dengan pecahan RM 1000 setiap seorang di pesisir pantai Selatan Johor yang disahkan kelayakannya oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

B. MENYEDIAKAN TEMPAT BERLINDUNG UNTUK MEMBINA KELUARGA YANG KUKUH

21. Sasaran pembinaan rumah mampu milik ditingkatkan daripada 28,000 unit kepada 37,000 unit bagi tempoh lima tahun akan datang, mulai tahun 2014.

22. Sebanyak 6,300 unit rumah kos rendah, termasuk Projek Perumahan Rakyat sedang di dalam proses pembinaan.

23. Dua kawasan strategik di sekitar Johor Bahru telah dikenal pasti sesuai untuk pembangunan Taman Perbadanan Islam pada 2015 iaitu di kawasan seluas 15 ekar di Telok Jawa dan 14 ekar lagi di Larkin.

24. Kerajaan Negeri akan menyediakan Skim Sewa Beli dengan sasaran ialah sebanyak 5,000 unit. Ini termasuk 1,000 unit rumah berharga RM42,000 hingga RM80,000 yang akan di sewa beli oleh Majlis Agama Islam Johor untuk diduduki sementara secara percuma oleh penerima bantuan zakat yang berkelayakan.

25. Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan juga akan membina 2,000 unit rumah pada 2015 di bawah program Pembinaan Rumah Penjawat Awam. Ini termasuk penjualan 531 unit kuarters kerajaan yang telah diperoleh menerusi pulangan penswastaan kepada penghuni-penghuni yang mendiaminya.

26. Kerajaan negeri akan menaikkan had minimum kelayakan pendapatan isi rumah bagi pembelian Rumah Mampu Milik Johor dan Kedai Kos Sederhana dari RM6,000 dan RM7,000 kepada RM8,000.

27. Kerajaan akan memberikan baucar RM1,000 untuk membantu mengurangkan deposit utiliti dan kos-kos yang berkaitan pembelian rumah.

28. Perjanjian yang ditandatangani bermula 1 Januari 2015, di mana baucar tersebut boleh dituntut dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

C. MENGUKUHKAN AGENDA JOHOR DALAM MEREKAYASA SOSIAL

29. Perbadanan Johor akan mengambil alih tanah seluas 382 ekar di Kem Tebrau bagi tujuan membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan Bumiputera dan masyarakat setinggan.

30. Kerajaan negeri tidak akan memperbaharui hak milik secara pajakan berkeluasan 196 ekar di kawasan Perindustrian Larkin, daerah Johor Bahru. Kawasan ini akan diwartakan sebagai rizab Melayu dan akan dijadikan kawasan penempatan orang Melayu.

31. Kerajaan akan menyediakan peruntukkan yang mencakupi aspek pendidikan, kebajikan dan membantu usahawan masyarakat India pada tahun 2015 untuk tujuan Pendidikan (RM 1.5 juta), kebajikan (RM 1.5 juta) dan keusahawanan (RM1.0 juta).

32. Bagi menyemarakkan integrasi etnik, keeratan sosial dan memupuk penerimaan kepelbagaian budaya, kerajaan akan menubuhkan Majlis Permuafakatan Perpaduan Negeri Johor.

D. MEWUJUDKAN JOHOR YANG BERSIH DAN ALAM SEKITAR YANG LESTARI

33. Program Johor Bersih dan Lestari 2015. Gelombang perubahan sihat dan bersih dalam suasana kehidupan rakyat Johor.

34. Pada tahun 2015, kerajaan akan memperkasakan pasukan Perubahan Komunikasi Tingkah laku (COMBI) di peringkat Jawatankuasa JKKK, Zon Ahli Majlis dan sekolah-sekolah bagi menangani masalah denggi.

35. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kerajaan Pusat akan memulakan pelaksanaan Water Blueprint Sungai Skudai. Peruntukan akan disalurkan melalui pihak pemeliharaan alam sekitar, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membekukan sebarang aktiviti pembalakan di hutan simpan di seluruh negeri Johor.

E. MEMBUDAYAKAN SUKAN DAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK KEBINGKASAN Malaysia

37. RM40 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Stadium Larkin secara berfasa di bawah Pembangunan Larkin Central Park oleh JCorp, mulai 2015.

38. RM20 juta untuk kerja-kerja menaik taraf arena akuatik.

39. RM60 juta bagi pembinaan Stadium Tertutup di Larkin.

40. RM60 juta untuk membina stadium bagi kegunaan sukan trek padang dan balapan di Taman Mount Austin, Johor Bahru melalui kaedah penswastaan.

41. RM11 juta, melalui PBT untuk membina 56 gelanggang serba guna dan 30 Gym Muafakat Johor dalam usaha kerajaan menyahut seruan gaya hidup moden dan sihat khususnya bagi golongan muda.

42. Mewujudkan pusat rekreasi tambahan, terutamanya di kawasan Iskandar selari dengan citra masyarakat yang memerlukan ruang riadah bersama keluarga.
F. MEMPERKASA AGENDA BELIA

43. Hab Belia Tempatan di Hutan Bandar Majlis Bandar Raya Johor Baru (MBJB) dan Hab Belia Antarabangsa dengan kos RM23.4 juta.

44. RM400,000 diperuntukkan bagi menggerakkan Sukarelawan Darul Ta'zim, melalui aktiviti seperti motivasi pelajar, pembangunan sukarelawan, khidmat masyarakat, serta sukarelawan sukan.
45. Program Pembangunan Atlet seawal usia 10 tahun dengan memfokuskan sukan bola sepak, takraw serta sukan padang dan balapan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.

46. Iskandar Malaysia Motorsports City and Fast Track akan dibangunkan dengan pelaburan komited sejumlah RM3 bilion.

47. Program-program pencegahan dan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan dadah akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

G. MEMPERKASA SUMBANGAN DAN PROFESIONALISME WANITA

48. Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT), Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) dan Program Teras Pembangunan Pembangunan Wanita dengan memberi penekanan kepada tiga kategori golongan wanita, iaitu Wanita Profesional, Wanita Pertengahan dan Wanita Amatur dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM150,000.

49. Pembangunan wanita India di negeri Johor berdasarkan peruntukan untuk pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM oleh Kerajaan Pusat untuk usahawan India. Kerajaan Johor menyasarkan seramai 100 orang usahawan wanita India Johor akan mendapat manfaat daripada pengagihan ini.

H. MEMELIHARA BUDAYA DAN WARISAN JOHOR

50. RM2.5 juta Pusat Pentadbiran Yayasan Warisan Johor akan dibina secara berfasa di Kompleks Mawar. Pembinaan Pembangunan Berfasa Pusat Warisan Johor akan menempatkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti Akademi Pembinaan Karaktor, kelas pemugaran tulisan jawi, kelas zapin serta pelbagai paparan seni akan dipergiatkan.

51. Memartabatkan Permainan tradisional di sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM250,000.

52. Peruntukan untuk promosi kebudayaan, kesenian dan warisan Johor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

53. Insentif kerjaya sebanyak RM300,000, khusus untuk artis kebudayaan Yayasan Warisan Johor.

54. Tabung Amanah Warisan Johor sebanyak RM20 juta akan diperuntukkan bagi Projek Kembara Wangsa. Peruntukan ini akan digunakan untuk menaik taraf prasarana dan pemulihan tapak-tapak bersejarah di sepanjang Sungai Johor.

55. RM4.3 juta diperuntukkan bagi Pembangunan Muzium Timbalan Setia Negeri dan Muzium Mersing akan dibangunkan pada tahun 2015.

56. Bagi memastikan kelangsungan budaya dan penulisan masyarakat tempatan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM100,000 bagi penganjuran aktiviti Persatuan Penulis Johor.

STRATEGI KETIGA: MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BERILMU DAN BERKEMAHIRAN BAGI MENDUKUNG PERALIHAN KE ARAH EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN

A. MEMBINA UPAYA INSAN UNTUK KEKUATAN BANGSA

57. Menyediakan akses kepada asuhan awal kanak-kanak. Dasar Kerajaan Negeri Johor menyasarkan agar menjelang tahun 2017, setiap anak-anak negeri Johor yang berusia empat tahun ke atas sudah berada dalam kelas pendidikan awal.

58. Pembangunan Hab Kemahiran Johor (Johor Skill Hub) di kawasan seluas 100 ekar dikenal pasti di daerah Kota Tinggi oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan peruntukan sebanyak RM225 juta bagi menyediakan pengajian meliputi sektor minyak dan gas, pengangkutan, pelancongan, Bioteknologi dan kesihatan.

59. Lembaga Pelabuhan Johor akan menubuhkan Centre of Excellence for Maritime Related Activities bagi memenuhi permintaan tinggi untuk tenaga kerja dalam industri Maritime dan pelabuhan. Ia akan melibatkan seramai 15,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang.

60. Program Johor Talent akan dipergiatkan dan diteruskan untuk mencari bakat terbaik di kalangan graduan untuk diberikan peluang latihan industri atau internship di sektor awam atau syarikat milik kerajaan.

61. RM1.5 juta kepada Program Duta Jauhar yang melibatkan penyertaan mahasiswa Anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara, di mana program ini bertindak sebagai platform untuk mengemukakan idea dan pendekatan inovatif dalam melaksanakan projek transformasi komuniti.

62. RM260,000 di bawah Skim Biasiswa Sultan Ibrahim yang diperkenalkan semula untuk mencari bakat terbaik bagi ijazah tinggi peringkat Sarjana dan Kedoktoran Falsafah.
63. RM1.6 juta di bawah JCorp Education Sponsorship Programme (JESP) bertujuan menaja pelajar pra-siswazah dalam empat bidang, termasuk Ekonomi, Kejuruteraan, Undang-undang dan Perakaunan yang akan dimanfaatkan oleh 100 pelajar.

64. RM7.2 juta di bawah JCorp Chartered Accountancy Program (JCAP) yang akan melatih 100 akauntan bertauliah dengan menempatkan pelajar-pelajar terbaik firma-firma perakaunan terbaik dalam dan luar negara.

65. RM1 juta diperuntukkan bagi meringankan beban bayaran masuk universiti untuk anak-anak Johor. RM1,000 untuk peringkat Ijazah dan RM500 bagi peringkat Diploma.

66. RM2 juta untuk Tuisyen SPM YPJ yang melibatkan pelajar sekolah menengah aliran sains tingkatan 5 dengan penglibatan 148 sekolah seluruh negeri dan dimanfaatkan oleh 3,100 pelajar.

67. Potongan 'rebat' sebanyak 25% akan diberikan untuk semua pembayaran balik secara penuh pinjaman pendidikan YPJ, berkuat kuasa serta merta sehingga Jun 2015. Sehingga kini, seramai 13,300 peminjam YPJ sedang dalam tempoh balik pembayaran.

68. Seramai 25 orang pegawai tadbir kerajaan negeri akan diperuntukkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master Degree. Kerajaan negeri juga mengambil ketetapan bahawa semua penjawat awam Johor mesti mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari kursus atau latihan selama setahun bagi membangunkan potensi karier mereka.
STRATEGI KEEMPAT: MEMBUDAYAKAN INOVASI, KREATIVITI DAN KEUSAHAWANAN BERDAYA SAING GLOBAL

69. Penjenamaan semula Perbadanan Usahawan Johor Berhad kepada Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) yang telah beroperasi sejak September 2014.

70. Tiga Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan dibina di Air Hitam, Kota Tinggi dan Mersing yang akan dijadikan pusat pengumpulan produk-produk IKS negeri Johor.

71. Perbadanan Islam Johor akan menyediakan inkubator atau ruang pejabat kecil bagi menggalakkan golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan dengan peruntukkan RM3 juta. Program Bantuan Penjaja Kecil dan Program Bantuan Youth Collective dan Program Tajaan NGO Belia Islam akan diteruskan.

72. Program transformasi kedai runcit atau TUKAR akan digiatkan dengan tujuan menukar orientasi kedai runcit tradisional kepada kedai moden yang menjual barangan keperluan rakyat, dan memberi bantuan kepada 50 buah kedai seumpamanya. Peruntukan awal RM2 juta pada tahun 2014 dan ditambah lagi RM1.5 juta.

73. Kerajaan negeri dengan kerjasama IRDA menyasarkan pembangunan 1,000 usahawan muda yang terlibat dalam perniagaan berorientasikan model perniagaan maya.

74. Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) akan mengambil alih 68 unit premis komersial dan menawarkan ia kepada usahawan kecil dan sederhana bagi aktiviti perniagaan mereka. Premis komersil itu adalah di daerah Johor Bahru, Kluang, Muar dan Mersing.

75. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasaman akan menyediakan 300 ruang perniagaan dengan melibatkan kos RM10 juta dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Johor agar terus mapan dengan disokong oleh golongan usahawan baru.

76. Penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia dengan matching grant untuk perniagaan rantaian kedai runcit harga patut bagi menangani kos sara hidup dengan peruntukan RM10 juta.

77. Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) akan membangunkan tanah seluas 300 ekar untuk pembangunan kemudahan sementara aktiviti sokongan di Pengerang.

STRATEGI KELIMA: MEMODENKAN PRASARANA SERTA MENGUKUHKAN KEPERCAYAAN AWAM TERHADAP PENTADBIRAN DAN INSTITUSI KERAJAAN

A. MENYEDIAKAN PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR AWAM YANG MODEN, CEKAP DAN SISTEMATIK

78. RM600 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan rangkaian jalan-jalan negeri.

79. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri akan mendapat peruntukan RM50 juta bagi tujuan pembangunan Jalan dan Jambatan Negeri bagi tahun 2015.

80. Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat akan melaksanakan Projek Mengatasi Masalah Banjir dan Mencegah Hakisan Pantai yang menjejaskan kualiti hidup seramai 50,000 orang ia akan melibatkan peruntukan sebanyak RM22.14 juta.

81. Program Pencegahan hakisan di sepanjang Perairan Tanjung Piai, Pontian dengan peruntukkan RM45 juta.

82. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mempertingkatkan keberkesanan prasarana awam di luar bandar, peruntukan RM50.15 juta meliputi bekalan air luar bandar, RM11 juta, jalan-jalan luar bandar, RM38.15 juta dan bekalan elektrik luar bandar, RM 1 juta.

83. Satu Pelan Induk akan disediakan merangkumi 2 bahagian utama iaitu Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor dan Pelan Tindakan Pengangkutan Awam Daerah.

84. Penjenamaan Semula Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM).
B. MENGUKUH KEERATAN SOSIAL DAN MEMASTI KESELAMATAN LINGKUNGAN

85. Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela terus diperkukuhkan di kawasan perumahan dengan peruntukkan RM900,000.

86. RM4 juta diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang lebih banyak lampu awam di kawasan tumpuan ramai bagi mengelakkan kejadian jenayah.

87. Penambahan anggota Polis Bantuan berjumlah 1,100 orang yang akan ditempatkan di Iskandar Malaysia.

88. Sebuah lagi Ibu Pejabat Polis (IPD) akan dibina di kawasan Nusajaya yang dianggarkan bernilai RM117 juta.
C. MEMBANGUNKAN DESA LESTARI

89. Kerajaan telah memperuntukkan RM4.4 juta untuk membina 100 unit rumah secara berkelompok kepada golongan sasar di kawasan Sedili Kecil, Kota Tinggi.

90. Program Pembangunan Kampung Tradisional di antara kerjasama kerajaan negeri dan KEJORA, peruntukan RM11.5 juta untuk membina kemudahan awam dengan selesa.

D. MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG ISLAMI DAN BERAMAL SOLEH

91. RM457,600 untuk pelaksanaan Program Iqra’ dan Fardu Ain (IQFA) kepada kanak-kanak yang mengikuti pembelajaran dan asuhan awal di tadika-tadika KEMAS.

92. Pemberian imbuhan tahunan kepada guru-guru KAFA dan elaun khas cuti bersalin.

93. Kerajaan negeri sedang di dalam peringkat kajian bagi semakan semula gaji guru agama di negeri Johor.

94. Melaksanakan Pelan Strategik Pendidikan Islam Johor yang akan menggubal empat perkara asas, iaitu melestarikan pendidikan agama, menambah baik kesemua kemudahan pembelajaran serta pengajaran yang memberi penekanan kepada teknologi digital, ganjaran setimpal kepada guru-guru dan menjadikan Johor sebagai Hab Pendidikan Antarabangsa Aliran Agama.

95. RM2 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan peningkatan tahap kebersihan sekolah-sekolah agama yang mempunyai jumlah pelajar melebihi 1,100 pelajar.

96. RM2.82 juta untuk Badan Kebajikan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor dengan pecahan RM5,000 bagi setiap sekolah yang melibatkan penglibatan sebanyak 564 sekolah.

97. Festival Kesenian Islam Johor akan dijadikan acara tahunan.

98. RM44.5 juta bagi bantuan perubatan dan penjagaan kesihatan seperti rawatan hemodialisis yang akan ditambah baik dan dipertingkatkan.

99. RM1.8 juta diperuntukkan, melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) untuk tambahan dua lagi Pusat Rawatan Dialisis yang akan dibuka di Ayer Hitam dan Pasir Gudang.

100. RM18.4 juta bagi golongan mualaf, di mana dana zakat akan diperuntukkan untuk memastikan kebajikan saudara kita terbela, termasuk bantuan seperti perumahan, pendidikan, bantuan Hari Raya, perubatan, perniagaan dan kebajikan.

101. Elaun Ketua Kampung akan dinaikkan dari RM800 kepada RM1,000.

102. Elaun Pusat Pelatih Dalam Komuniti (PDK) dinaikkan dari RM800 kepada RM1,000.

103. RM3 juta bagi memperkasakan pertubuhan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

104. Tabung Pembangunan Perkuburan Islam Berpusat dan Bersepadu ditubuhkan di bawah MAIJ di dalam kawasan Iskandar Malaysia di kawasan berkeluasan 124 hektar di beberapa lokasi, termasuk Lima Kedai di Nusajaya, Kulaijaya dan Cahaya.

Terkini: Kerajaan harus memperkasakan tenaga mahir tempatan sektor perkapalan - Yb Hajah Normala Abdul Samad


Wednesday, November 12, 2014

Terkini: Kemalangan di Lebuhraya Utara menuju Ipoh.

Sesiapa nak menghala ke utara hari ini elakan mengguna Lebuhraya Ipoh Kuala Kangsar kerana ada kemalangan besar di km256.8 arah utara.

Gempar : Maut kepala terpisah dari badan

Permatangpauh berita panas warga Asing mati akibat kepala terputus dari badan.

Berita penuh menyusul.


Terkini: RMMJ Denai Nusantara bena rumah mampu Milik di Gelang Patah.

 Photo: Rumah Mampu Milik Johor Denai Nusantara yang mempunyai lima blok setinggi 12 tingkat dan menempatkan 1,109 unit rumah akan dilengkapi dengan lot kedai, rumah pengawal, dewan serbaguna, surau, tadika, taman rekreasi dan pejabat pengurusan. Sebanyak 1,109 unit rumah akan dibina di atas tapak seluas 16 hektar berhampiran pekan Gelang Patah.

RMMJ Denai Nusantara diharap dapat menepis persepsi tidak tepat segelintir pihak bahawa pembangunan di Iskandar Malaysia hanya tertumpu untuk pembangunan hartanah dan perumahan mewah.

Kita juga mahu menghapuskan persepsi bahawa rumah mampu milik ini hanya dibina di kawasan yang jauh, sempit dan tiada kemudahan awam.
Rumah Mampu Milik Johor Denai Nusantara yang mempunyai lima blok setinggi 12 tingkat dan menempatkan 1,109 unit rumah akan dilengkapi dengan lot kedai, rumah pengawal, dewan serbaguna, surau, tadika, taman rekreasi dan pejabat pengurusan. Sebanyak 1,109 unit rumah akan dibina di atas tapak seluas 16 hektar berhampiran pekan Gelang Patah.

Mutakhir : Berita yang tak mungkin UMNO siarkan?

 Adakah anda tahu bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dahulu membenci ketegasan Gopal Sri Ram, peguambela utama Anwar dalam rayuan akhir kes Liwat 2?

Awalnya pada tahun 1998, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tinggi atas kesalahan dengan niat jahat mencetak berita palsu di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan juga Akta Hasutan 1948.

Hukumannya hanya denda RM15,000 tetapi tidak ada hukuman penjara. 

Lim Guan Eng kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Ketua hakim Mahkamah Rayuan, Gopal Sri Ram kemudian berkata "Sudah tiba masanya mahkamah memberi mesej yang jelas bahawa ia tidak boleh bertolak ansur dengan apa-apa serangan terhadap badan kehakiman."

Gopal kemudian meningkatkan hukuman dari denda RM15,000 kepada 36 bulan penjara.

Dan Tokong dimasukkan ke penjara.

Oleh Lim Sian See:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1581152958770159?pnref=story
Adakah anda tahu bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dahulu membenci ketegasan Gopal Sri Ram, peguambela utama Anwar dalam rayuan akhir kes Liwat 2?

Awalnya pada tahun 1998, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tinggi atas kesalahan dengan niat jahat mencetak berita palsu di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan juga Akta Hasutan 1948.

Terkini: Menteri Besar Johor akan memantau sendiri rumah mampu milik melalui KPI

 Saya sendiri secara peribadi akan memantau pelaksanaan projek rumah mampu milik di negeri ini.

Bila saya hadir pecah tanah rumah mampu milik, ia bermakna saya akan memantau sehingga rumah itu siap.

Kalau projek seperti ini tidak siap saya akan panggil pemaju & tanya exco mengapa tidak siap-siap rumah yang saya hadir majlis pecah tanah.

Kerajaan Negeri amat komited memastikan projek RMMJ dilaksanakan di seluruh Johor sehingga menetapkan ia sebagai salah satu daripada Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Sasaran pembinaan Rumah Mampu Milik Johor meningkat 37,000 daripada 28,000.
Beliu sendiri secara peribadi akan memantau pelaksanaan projek rumah mampu milik di negeri ini. Bila saya hadir pecah tanah rumah mampu milik, ia bermakna saya akan memantau sehingga rumah itu siap.

Mutakhir : Kisah pasport maroon

 Semua penumpang yang melihat insiden itu terlopong dan pegawai tentera Yaman itu hanya berkata dengan kuat: “Maliziya, Mahathir fi sabilillah”.
Kisah pasport maroon
BY AMREEAHAMAD · JULY 5, 2014
Awal tahun ini negara kita digemparkan dengan pendedahan seorang pemimpin pembangkang yang mendakwa kira-kira 1,000 orang bekas warganegara Malaysia yang telah bertindak mengoyakkan atau membatalkan pasport Malaysia hanya untuk berpaling tadah menjadi rakyat United Kingdom kononnya akan mendapat semula kerakyatan Malaysia. Cerita propaganda pembangkang itu nyata palsu apabila Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan tuduhan itu malah menjelaskan Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah membuka kaunter khas di KLIA untuk mendaftarkan semula bekas rakyat Malaysia yang menderhaka menjadi rakyat negara lain untuk kembali menjadi warga Malaysia.
Saya tertarik melihat isu sensitif itu kerana akhirnya barulah ramai sedar, ada ribuan rakyat Malaysia di luar negara sanggup memburukkan nama Malaysia dan lebih dahsyat bertindak melucutkan sendiri kerakyatan Malaysia untuk menjadi warganegara lain. Malangnya nasib mereka bertambah tidak baik apabila negara baharu itu pula enggan mengiktiraf status mereka dan akhirnya bekas rakyat Malaysia itu terumbang-ambing menjadi pendatang asing tanpa izin atau orang tanpa warganegara (stateless). Sebahagian besar mereka itu adalah bukan Melayu dan berasal dari Pulau Pinang termakan hasutan pembangkang kononnya mereka akan diusir oleh pemerintah Melayu yang dimomok sebagai ultra rasis.
Apa salahnya pasport Malaysia itu sehingga dihina begitu sekali walhal di dalam dokumen perjalanan itu ada dinyatakan dengan jelas bahawa Yang di Pertuan Agong memperakui pemegang pasport itu sebagai rakyat Malaysia dan negara luar hendaklah membantu jika si pemegang pasport itu menghadapi kesulitan sepanjang berada di negara mereka. Mungkin adalah lebih baik saya mengimbas semula kisah 4 rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan dipetik daripada beberapa laman web tempatan menceritakan nasib mereka ketika berada di negara asing. Untuk panduan, nama mereka dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu tetapi yang penting adalah pengajaran moral daripada kisah mereka itu.
Sekadar rekod, hanya Malaysia sahaja di dunia menggunakan pasport berwarna maroon menjadikan ia satu-satunya warna unik yang mudah dikenali dari jarak jauh oleh mana-mana pegawai imigresen di luar negara. Ia amat berbeza daripada sesetengah negara yang menggunakan warna merah pinang antaranya Myanmar, Singapura, Bahrain, Brunei, Switzerland, Norway, Portugal, Romania, Rusia, Bolivia dan Chile. Kebanyakan negara di dunia menggunakan warna perang, hitam, biru atau ungu sebagai identiti kulit pasport masing-masing, Ikuti kisah pemegang pasport Malaysia berwarna maroon ini yang membongkar bagaimana layanan diterima mereka ketika berada di negara asing.
Kisah 1: Seorang pegawai berpengalaman TLDM menceritakan dia mengiringi pasukan ping pong Malaysia untuk menghadiri satu kejohanan antarabangsa di Vietnam dan ketika melalui sebatang jalan utama di pinggir ibu negara Hanoi dalam perjalanan dari lapangan terbang ke hotel penginapan, bas rasmi kontinjen kebangsaan kita ditahan dalam satu sekatan jalan raya oleh polis tempatan. Seorang pegawai polis Vietnam itu dengan angkuh menaiki bas dan memarahi pemandu kenderaan itu juga rakyat Vietnam kerana didapati kononnya melakukan beberapa kesalahan trafik dan drama itu menyebabkan semua pemain Malaysia tergamam kecut perut.
Pegawai TLDM ini lagi takut bimbang dituduh pula sebagai perisik kerana dia dianggap anggota tentera asing dan apa hal boleh berada dalam sekumpulan pemain ping pong yang tiada kaitan dengan program ketenteraan bersama dengan tentera tuan rumah Vietnam. Adegan suspens itu agak lama namun tiba-tiba pegawai polis itu melihat pegawai TLDM ini yang duduk di kerusi belakang pemandu dengan bengis sebelum ternampak pasport Malaysia tersembul di kocek baju kemeja. Sebaik melihat pasport maroon itu dia berubah langsung dan memohon maaf malah melepaskan bas tersebut meneruskan perjalanan. Kata pegawai polis Vietnam itu: “This Mahathir come from Malaysia!“
Kisah 2: Seorang pensyarah universiti tempatan pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri satu persidangan antarabangsa bersama beberapa lagi pensyarah. Selepas habis urusan pemeriksaan ketat imigresen AS dan tuntutan bagasi di lapangan terbang, mereka terus ke tempat teksi dan terus menahan sebuah teksi tempatan. Sebaik letak beg dalam bonet, mereka terkejut kerana pemandu teksi itu orang Islam dari Pakistan yang sudah lama menetap dan mencari rezeki di AS. Sepanjang perjalanan, pemandu itu pula terkejut dan terus ‘kecoh’ sebaik menyedari penumpangnya itu tidak sengaja tertunjuk pasport Malaysia. Kata pemandu itu: “Are you from Malaysia? Masya Allah, Mahathir!“
Tiba di hotel, mereka bertambah lagi terkejut apabila pemandu teksi itu tidak mengenakan apa-apa bayaran tambang sebaliknya berkata, dia bangga penumpangnya rakyat Malaysia dan sedia menghantar kumpulan pensyarah terbabit ke tempat persidangan secara percuma. Mereka menyangka ini mungkin gurauan namun apa yang berlaku, memang betul pemandu itu sudah menunggu mereka di lobi hotel penginapan sejak awal pagi dan menghantar kumpulan pensyarah ini ulang-alik ke pusat konvensyen selama beberapa hari persidangan berlangsung malah menghantar balik ke lapangan terbang pada hari untuk pulang ke Malaysia tanpa apa-apa caj.
Kisah 3: Seorang juruteknik RTM dihantar selama beberapa minggu untuk pergi berkursus di stesen penyiaran kebangsaan Jepun NHK buat kali pertama dan memandangkan dia juga tidak mahir jalan-jalan sekitar Tokyo selepas habis kursus pada lewat petang itu, dia mengajak rakan-rakannya dari negara lain untuk bersama-sama mencari kedai makan halal. Maka mereka pun bersiar-siar mencari restoran Muslim tanpa sebarang panduan sehingga perut semakin kebuluran sebelum menemui sebuah kedai makanan tempatan yang tidak menyajikan apa-apa masakan melibatkan daging, yang ada cuma menu ikan dan hidangan vegetarian. Lagi pula semua pelanggannya muka macam orang Arab.
Ketika hendak buat tempahan, juruteknik ini minta makanan halal tetapi tidak difahami pelayan, lalu dipanggil penyelia restoran untuk elak kekeliruan. Pun masih tidak faham macam ayam bersembang dengan itik. Akhirnya juruteknik itu tunjuk pasport Malaysia dan kata “I’m from Malaysia!“. Tiba-tiba penyelia berpengalaman itu terkejut terus kata: “Mahat-thir, Mahat-thir!” Lalu semua dapat makanan halal dan dilayan baik sehingga ada rakannya berkata, alangkah baiknya dia juga jadi rakyat Malaysia.
Kisah 4: Seorang pegawai syarikat Malaysia, pergi ke Yaman atas urusan perniagaan bersama seorang lagi rakannya. Tiba di lapangan terbang antarabangsa ibu negara Sana’a, mereka beratur panjang untuk pemeriksaan imigresen Yaman. Negara bergolak selatan Arab Saudi itu cukup ketat kawalan keselamatan sampai punyalah banyak anggota tentera berkawal di lapangan terbang macam hendak pergi berperang untuk mengelak serangan sabotaj puak militan yang sering melancarkan serangan nekad di kawasan tumpuan ramai warga asing. Ketika mereka berdua berdiri lenguh berbaris untuk pemeriksaan, seorang pegawai tentera Yaman melihat pegawai Malaysia ini dari jauh.
Dia tiba-tiba datang dan merampas pasport Malaysia yang dilihat pada kocek kemeja pegawai tersebut. Tindakan itu amat memeranjatkan semua orang yang sedang beratur panjang termasuk orang asing Eropah kerana menyangka rakyat Malaysia itu sebagai pengganas. Kemudian dengan nada keras bertanya: “From Malaysia?“. Jawab pegawai itu: “Yes from Malaysia.” Muka tentera Yaman itu berubah ceria lalu disuruhnya pegawai Malaysia itu dan seorang rakannya terus pergi ke kaunter khas tanpa pemeriksaan. Semua penumpang yang melihat insiden itu terlopong dan pegawai tentera Yaman itu hanya berkata dengan kuat: “Maliziya, Mahathir fi sabilillah”.
Semua penumpang yang melihat insiden itu terlopong dan pegawai tentera Yaman itu hanya berkata dengan kuat: “Maliziya, Mahathir fi sabilillah”.

Awal tahun ini negara kita digemparkan dengan pendedahan seorang pemimpin pembangkang yang mendakwa kira-kira 1,000 orang bekas warganegara Malaysia yang telah bertindak mengoyakkan atau membatalkan pasport Malaysia hanya untuk berpaling tadah menjadi rakyat United Kingdom kononnya akan mendapat semula kerakyatan Malaysia.

Saturday, November 8, 2014

Mutakhir: Tidak suka Perlembagaan Malaysia !!! Undang-undang Malaysia boleh keluar negara ???

Hakim-hakim yang buat keputusan untuk mengiktiraf golongan transgender memang sasau gileer.

How can you recognize one right, which is not even a fundamental right, at the expense of another?

Bila agama rasmi Perlembagaan adalah agama Islam, tak logik bila Mahkamah mengiktiraf satu perkara yang dilarang agama tersebut.

Mutakhir : Zaman Kegemilangan Al-Arqam



Tahukah anda lagu ini dicipta dan dipopularkan oleh Kumpulan Putera-Putera Al-Arqam sebelum menukar namanya menjadi Nada Murni?

Tahukah anda bahawa Al-Arqam dijatuhkan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menumbangkan Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang amat akrab dengan Al-Arqam. Al-Arqam merupakan penyumbang tenaga dan kewangan kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

Keakraban Allahyarham Tun Ghaffar dengan Al-Arqam ada ditulis dalam buku Zabidi Mohammed - Tersungkur Di Pintu Syurga.

Al-Arqam adalah satu-satunya badan dakwah paling berjaya dalam sejarah Malaysia sehinggakan PAS pun tak dipandang oleh masyarakat pada masa kegemilangannya apatah lagi ABIM.

Terkini : Kelab Memancing Grand Banks - YB Hajah Normala Abdul Samad

Program kedua  pada pagi tadi, Merasmikan Pertandingan Memancing Anjuran Kelab Rekreasi Grand Banks Yachts di Kolam Memancing Jentayu.
Program kedua saya pada pagi tadi, Merasmikan Pertandingan Memancing Anjuran Kelab Rekreasi Grand Banks Yachts di Kolam Memancing Jentayu.
MTMR mengucapkan Tahniah kepada YB Hajah Normala Abdul Samad kerana sentiasa menghadiri apa jua jemputan masyarakat setempat dan warga Industri.

 
#merakyatkan_perlembagaan


MUTAKHIR : KENYATAAN PEDAS TUN DR MAHATHIR YANG TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH LIDAH RASMI PEMBANGKANG !

Artikel Tun Dr Mahathir ini pasti tidak akan disiarkan oleh lidah rasmi Pakatan pembangkang!

Kita baca :

1. Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang China yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu

Terkini: Ahli Parlimen Pasir Gudang merasmikan Karnival Sukan.

#merakyatkan_perlembagaan


YB AP Hajah Normala Abdul Samad Merasmikan Karnival Bola Sepak dan Bola Jaring KRT ZONE Nusa Damai Di Taman Nusa Damai Jalan Harmoni pada 8hb November 2014.
Anizah M Noar's photo.
  Anizah M Noar's photo.Anizah M Noar's photo.

Friday, November 7, 2014

Terkini: Dairy Ahli Parlimen Pasir Gudang Part II - YB Hajah Normala Abdul Samad

Bersama YB Menteri Kerja Raya dalam Mesyuarat Pemantauan Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang.
Photo: Bersama YB Menteri Kerja Raya dalam Mesyuarat Pemantauan Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang.
Alhamdullilah, hasil daripada mesyuarat bersama Menteri JKR semlm,masaalah jalan yang mendap di highway kawasan plentong di jambatan telah di turap malam tadi juga.Yang lain-lain sedamg diusahakan.Terima kasih semua!

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat