Satu kenaikan mendadak oleh indeks berwajaran tinggi, Tenaga Nasional Bhd (TNB) selepas kerajaan meluluskan kenaikan tarif 15 peratus mulai 1 Januari tahun depan menjadi pemangkin bulis yang mencetuskan kenaikan penanda aras Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (FBM KLCI).

Penanda aras itu mencatat rekod tertinggi minggu lalu, mengimbangi pasaran saham luaran yang lebih lemah ekoran kebimbangan terhadap jadual pengurangan pakej rangsangan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), dicetuskan data ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan.