Tulisan Sahabat Shahpaskal.
1. Ramai dari kita tersentap bila Tun M duk semeja dengan musuh politiknya yang berdekad-dekad berentap dengannya di gelanggang politik. Nahh... Saya tak nak ulas panjang-panjang, cuma saya bawakan sedikit perkhabaran duka dari alam sebelah. Mana yang pertikainya, dipersilakan untuk bermunajat kepada ALLAH SWT, mohonlah petunjuk-Nya... Moga-moga dicerahkan qalbu untuk dipertunjukkan..
2. Perkhabaran ini diberi awal minggu ini. Walaupun bukan pertama kali tetapi yang ini terbaru sekali.. Golongan Rijalul Ghaib ini yang diwakili oleh Penghulunya amat berduka cita dan kecewa kerana situasi negara yang kian dirundung malang. Musibah bertimpa-timpa termasuklah kemarau ekonomi (kefakiran)..
3. Katanya hutang negara kian menggunung dan kalau tiada bantuan Illahi yang khusus, negara bakal tergadai. Dibilangnya hutang langsung dan tak langsung kerajaan Malaysia telah melampaui RM800 beliyun dan bakal menghampiri RM 1.0 triliyun menjelang tahun 2020. Dengan 1.0 trilion, bunganya saja dah RM50 bilion, bayaran balik pokoknya pula RM50 beliyun jika dibayar dalam 20 tahun tanpa penambahan hutang baru. Ada orang pertikai macamana orang ghaib boleh kira...? Habis tu duit kita mengapa pakai wajah mereka..? Kalau nak tau, YDP Agong pertama tu adalah ‘Gabenor’ bank Tanah Melayu di alam sebelah sana...
4. Lepas tu, ada disentuh bab peranan agensi wakaf dan baitulmal. Katanya, agensi wakaf kita dah jadi macam syarikat sendirian berhad. Wang zakat diputar untuk diniagakan sedangkan asnaf dipinggirkan. Sepatutnya terimaan zakat dibahagi kepada dua, zakat hakiki dan zakat lebihan pasal nak rebat cukai. Yang hakiki mesti dihabiskan dalam setahun berikutnya. Yang boleh diniagakan yang zakat infak. Katanya juga, semakin ramai orang-orang Islam yang dalam kesulitan tak punya makan yang cukup, tiada ubat-ubatan, tiada belanja untuk anak bersekolah dan tempat tinggal selayaknya.
5. Diberitahu oleh beliau, setiap tahun ratusan orang Islam telah keluar dari agama Islam secara terang-terangan dan ada juga secara terselindung di sebalik tabir bantuan oleh pusat agama asing. Katanya juga, institusi demikian dah menular gejala kecurangan amanah..
6. Juga disentuh, ramai pemimpin atasan negara kita yang beragama Islam sekarang condong mengikuti fahaman yang berbeza dari fahaman yang sedia-ada sejak pengIslaman Tanah Melayu oleh pendakwah muktabar di era abad 14 - 15 dahulu. Adat Melayu dan amalan agama yang lama terbukti berjaya melahirkan alim ulamak bertaraf Wali telah semakin ditolak atas alasan bidaah dan sengaja diada-adakan. Diambil fahaman yang baru yang mungkin hanya sesuai di negara-negara tertentu sahaja.
7. Juga diberitahu dengan amat jelas yang negara kita ni adalah negara Islam Asia yang paling hina di kacamata Wali-Wali Ghaib sedunia ketika ini kerana berleluasanya kecurangan amanah oleh para pemimpinnya. Katanya, malah beliau tahu di mana wang-wang haram ini disimpan / disorokkan temasuklah nama-nama banknya, begitu juga harta-harta yang diperolehi dari pengsolapan duit negara.
8. Beliau juga nyata dukacita yang sebahagian besar pemimpin sekarang banyak telah melewati had sempadan berkata-kata sebagai seorang Islam yang beriman. Bercakap seolah-olah Tuhan itu dah tak wujud. Hanya kuasa ditangannya yang menentukan segalanya. Entahlah... Kat siapa ditujukan, taklah pulak bertanya..
9. Berbalik tentang Tun M, mereka (golongan Ghaib) tidak mempunyai halangan kerana apa yang dilakukan ini sebahagian usaha yang masih ada dalam menyedarkan rakyat dan umat Melayu khasnya. Ia lebih kepada untuk menerbitkan kesedaran. Beliau juga berkata, Tun M juga banyak buat silap tetapi kebaikannya kepada rakyat melebihi keburukan yang dihasilkannya dan inilah prinsip timbangan amal manusia di Padang Mahsyar kelak.
10.Akhir kata, beliau menyebut tiga kali... “Bangkitlah... Bangkitlah... Bangkitlah satu Tanah Melayu...wahai cucu-cucuku berbangsa Melayu dan bukan Melayu yang cintai bumi ini... Sebelah kaki kamu telah pun dijajah.. Tinggal hanya beberapa detik lagi kembalilah kamu terjajah seperti ratusan tahun dulu...Ingatlah bala kian menghampiri.. (Tak pulak dinyatakan apa balanya... Agaknya macam bah kuning dua tahun dulu kot.. Wallahualam..)
11.Sekian, sekadar itu yang diberitahu.. Maaf kalau ada yang kurang tepat, maklumlah bahasa pembesar lama unik lagi berselindung. Dan saya tak nak ulas apa-apa sebab pernyataan ini diberi tahu kepada beberapa individu termasuklah cucunya..
Sekian.. Wallahualam..