TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Monday, January 31, 2022

PRN Sabah: UMNO Khianat BERSATU?

CERITA PRN SABAH, NAJIB MENIPU LAGI. 

Semasa PRN Sabah Umno yang khianati perjanjian. Semasa perbincangan pembahagian kerusi telah diputuskan jumlah pembahagian kerusi mengikut komponen parti bertanding. 

Namun mengenali sikap Umno mereka ini bodoh dan bangang tidak bertempat. Umno melalui Bung Mokhtar telah meletakkan calon Umno bertindih dengan kawasan yang telah ditetapkan kepada parti komponen lain. 

Mereka sengaja berbuat demikian dengan sikap abang besar. Bukan setakat melanggar kawasan orang lain malah dengan bongkak katakan ini hanya PRN dan boleh masuk kawasan orang lain senagai friendly game. 

Umno berharap parti lain akan kendur dan biarkan mereka ambil kawasan tersebut. Umno tamak kerana mereka rasakan momentum kemenangan dan mahukan jumlah kerusi yang paling besar menang.

Natijahnya parti komponen lain bersepakat tetap bertanding dan Umno sendiri tersungkur di kerusi2 tersebut. Dan hari ini Najib penyamun mula persoal seolah mereka Umno yang dikhianati. Umno memang muka tidak tahu malu. Walhal mereka yang bangsat. 

Apa sahaja kesalahan mereka tidak akan akui, sebaliknya orang lain disalahkan. Sama seperti Najib dan Zahid sekarang. Mana reti malu. Ini sudah jadi budaya puak bodoh ini. Dan yang di Bawah sokong membabibuta. 

Oleh kerana umno kalah banyak kerusi PN kuasai kerusi KM Sabah. Umno marah kerana tidak dapat jawatan KM. Walhal jumlah kerusi mereka paling sedikit menang. Sudahlah langgar kawasan rakan2 penuh sombong, jawatan KM pun mahu. 

Bukan setakat itu sahaja, ramai tidak mahu cerita perkara benar bahawa perbelanjaan PRN Sabah dikeluarkan oleh PN sendiri untuk semua kempen termasuk untuk Umno. 

Setelah ketepikan team Musa Aman, Umno Sabah ketiadaan wang. Musa Aman semua tahu kekuatan kewangannya. Ada sahaja sumber yang mampu dicarinya. Tetapi awal lagi dia sudah Umno ketepikan. Umno pusat juga tidak mahu keluarkan wang. 

Datanglah konon seorang hero mahu selesaikan bernama Salleh Keruak. Kononnya dia mampu cari wang belanja PRN untuk Umno Sabah. Dengan syarat dia diberi kerusi. Hanya gebang kosong dan cakap pandai. Penuh biadap dia hanya mesej Muhyiddin minta wang setelah gagal mencari waima bebeapa taikun sudah dia hubungi. 

Bodoh dan mereka berpisah tiada. Cara Saleh ini sangat biadap.Muhyiddin membalas mesej kepada Saleh Keruak beliau Perdana Menteri Malaysia, presiden Bersatu dan bukan bendahari Umno. Saleh malu dan terus berdiam diri. 

Setelah kelupur tiada wang untuk kempen dihantar Annuar Musa pula berbincang dengan Muhyiddin di waktu malam. Mereka sedar masa sudah genting. Atas semangat persahabatan dan Muhyiddin ini lembut orangnya dibantu Umno tanpa syarat. 

Muhyiddin ini jika kena caranya dalam tertib insyaallah akan selesai masalah apa jua. Beliau akan cuba selesaikan. Dibantu Umno Sabah atas nama bersama PN. Selesai masalah mereka. Umno patut berterima kasih kepada usaha Annuar Musa. 

Zahid dan Najib tahu hal ini kenapa tidak ceritakan kepada ahli Umno hingga sekarang. Zahid hanya mesej Muhyiddin dengan satu perkataan sahaja iaitu "Thanks" Kepada Muhyiddin setelah dimaklumkan Muhyiddin membantu Umno. Betapa ego dan biadap mereka ini. 

Kita bukan mahu dabik dada kerana Muhyiddin membantu. Tetapi apa ingin kita cungkilkan adalah adab dan tertib dalam urusan.Mereka ini bangsat tidak sedar dek untung. Dari dahulu hingga sekarang sikap lahanat mereka sama sahaja. Mereka tidak pernah jujur, bersyukur atau insaf. 

Orang lain mahu disalahkan dengan tidak ceritakan salah dan buruk mereka. Mereka sahaja betul dan suci. Umno yang berkhianat di Sabah. Buatlah apa sahaja perjanjian pasti mereka khianati. Di Sabah sudah terbukti. 

Dan semua pun tahu bagaimana lahanat umno ini khianat Muhyiddin  dikala negara dihimpit pandemik dan ekonomi rakyat dan nasib negara sedang merangkak survive. Tanpa rasa bersalah, insaf atau fikirkan nasib rakyat dan negara mereka hanya fikirkan kuasa. Mereka menarik sokongan kerana bengang Muhyiddin tidak mahu masuk campur urusan pendakwaan mereka. 

Najib you may go fuck yourself dengan cerita menipu begini. Nyatakan kebenaran, jangan asyik bodohkan penyokong Umno yang memang sejak azali bodoh. Mereka akan percaya apa sahaja cakap si bapa munafik ini.

Tuesday, August 16, 2016

GAS Ammonia bocor di loji Petronas Chemical Sabah.

2 maut manakala 3 cedera dalam insiden kebocoran gas ammonia di loji Petronas Chemical Fertiliser Sabah Sdn Bhd PCFSSB di Sipitang Sabah.

Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan media oleh Petronas Chemicals Group Berhad PCG.

Susulan kejadian, pasukan tindakan kecemasan Petronas telah diaktifkan dan berjaya mengawal situasi.

2 yang maut dan 3 yang cedera dalam insiden itu adalah kontraktor Petronas.

Namun identiti mereka tidak didedahkan.

Mereka yang cedera sudah diberikan rawatan perubatan.

Menurut PCG, insiden itu tidak mendatangkan ancaman kepada alam sekitar dan orang ramai di kawasan berhampiran.

Siasatan untuk mengenal pasti punca kebocoran gas Ammonia itu sedang dilakukan.

Saturday, June 25, 2016

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Boleh Kah Selesai?

ESSZONE/ESSCOM meniru RASCOM; ingatkan cara kerja operasi keselamatan untuk Sabah itu sama dengan RASCOM; rupanya TIDAK, pasukan keselamatan dilarang melepaskan tembakan; jika terserempak dengan penceroboh; kecuali kalau berlaku SERANGAN HENDAP seperti pada malam Sabtu lalu yang menyebabkan seorang anggota pasukan keselamtan mati tertembak.

Esszone/Esscom ditubuhkan ekoran pencerobohan militan sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu. Dalam percerobohan itu, turut terkorban beberapa orang anggota keselamatan dan sudah tentunya berdozen-dozen pencoroboh.

Tujuan penubuhan Esszone/Esscom adalah untuk mencegah pencerobohan berulang; namun sejak penubuhannya, bukan pencerobohan yang berlaku akan tetapi penculikan. Kalau pencerobohan dilakukan secara terang-terangan malah mencabar pasukan keselamatan untuk berlawan, lain halnya dengan penculikan, kerana tindakan penculikan ibarat kucing dan tikus, saling elak mengelak.

Pada semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, pada sebelah petangnya selepas pertemuan dengan para pemimpin Bn Sabah, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan Esscom/Esszone termasuk menempatkan satu kapal besar di Tengah laut berdekatan dengan sempadan sebagai pusat operasi; ironinya selepas pengumuman itu pada tengah malam pada sabtu di Pulau Mabul, berlaku serangan hendap dan berlakunya kematian pada salah seorang anggota keselamatan.

Nampaknya, semakin rancaknya pihak kerajaan mengumumkan untuk memperketat keselamatan di Pantai Timur Sabah, semakin pihak penculik mencuba keampuhan pasukan keselamatan kita; sehingga Panglima Angkatan Luat Malaysia meminta kebenaran untuk menembak.

Adalah satu keanehan, pihak kita melaksanakan zone keselamatan untuk melindungi wilayah negara, namun kebenaran untuk menembak tidak dibekalkan kepada pasukan keselamatan; apa ertinya memiliki senjata canggih?

Foto Sebagai Hiasan

Monday, July 27, 2015

Gempa bumi di Ranau malam tadi.

KUALA LUMPUR: Satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 12.10 tengah malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 16 kilometer ke Barat Laut Ranau.

"Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di (kawasan lain di) Sabah," menurut kenyataan itu.

Friday, October 31, 2014

Terkini: Isteri mangsa culik rayu pembebasan suami

Isteri pengusaha ikan dalam sangkar yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak sejak lima bulan lepas merayu pihak berkuasa dan pihak berkaitan supaya mengusahakan segera pembebasan suami setelah kumpulan penculik itu memberi tempoh sehingga November.
    
"Saya tidak boleh tunggu (lagi)...masa sudah tidak cukup (suntuk)," katanya.
    
Chin Pek Nyen, 42, dari Ipoh, Perak berkata panggilan terakhir daripada kumpulan penculik itu pada Julai lepas, mendesaknya supaya wang tebusan dibayar dan memberi tempoh sehingga November.
    
Kumpulan penculik itu menuntut wang tebusan RM3 juta bagi pembebasan suaminya, Chan Sai Chiun, 32. Jika gagal kepala suaminya akan dipenggal, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    
Chin berkata kumpulan penculik itu menghubunginya lebih 200 kali sejak suaminya diculik pada 16 Jun lepas dan panggilan terakhir pada Julai.
    
"Mereka sudah marah-marah hari-hari telefon bertanyakan berapa wang yang sudah saya kumpul. Saya tidak tahu mahu cakap apa,kerana saya tiada wang. Wang yang dikumpul hasil pinjaman daripada sanak-saudara tidak cukup dan tidak akan cukup untuk membawa pulang suami saya," kata Chin.
    
Katanya mereka sudah muktamad mahu RM3 juta sehingga November ini sambil menambah sebelum ini kumpulan penculik menuntut tebusan RM15 juta.
    
"Saya memang susah hati tidak cukup tidur dan tidak lalu makan memikirkan keadaan suami...apa yang dia makan. Apa yang dia minum... mungkin dia sudah kurus sekarang," kata Chin.
    
Ditanya butir perbualan terakhir dengan suaminya, beliau berkata suaminya banyak mendiamkan diri dan tidak memberitahu sama ada sihat atau dipukul, sebaliknya menggesa beliau mengumpul wang dan mendakwa sering berpindah lokasi persembunyian.
    
Chin berkata ibu pejabat Polis Kunak turut membantu berunding dengan kumpulan penculik dipercayai dari selatan Filipina itu.

Katanya beliau nekad untuk ke Filipina jika cukup wang untuk mengetahui keadaan suaminya setelah panggilan terakhir itu.
    
Beliau dan suami memulakan perniagaan ikan dalam sangkar di Kunak Mac lepas setelah tujuh tahun tinggal di Sandakan. Mereka tiada anak.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.40 tengah malam itu, Chan dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik oleh dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan itu.
    
Seorang anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep pula diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai.
    
Zakia menjadi mangsa culik keempat selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.

Friday, September 5, 2014

Mutakhir: ESSCOM melepaskan tembakkan kepada penceroboh di pulau selingan Sabah.

SANDAKAN: Anggota tentera terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah bot pam penceroboh yang cuba meluru ke arah mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang di perairan Pulau Selingan, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata berikutan itu bot penceroboh yang terkena tembakan itu karam dan suspek terjatuh ke dalam air.

Beliau berkata, seorang anggota tentera menyelamatkan suspek dan mendapati pengendali bot pam itu mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian betis kiri dan buku lali sebelah kanan.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Pulau Bakungan Kecil (Malaysia) bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

"Suspek kini dalam keadaan stabil dan masih mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum insiden itu, Abdul Rashid berkata anggota tentera yang bertugas di Pulau Bakungan Kecil menerima maklumat bahawa terdapat beberapa bot dari Pulau Bakungan Besar, Filipina sedang menuju ke arah Pulau Selingan yang terletak hampir 25 kilometer dari pusat bandar Sandakan kira-kira 1.45 tengah hari semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan, enam anggota tentera yang menaiki bot Boston Whaler 54 bergerak ke lokasi itu.

"Setelah tiba di lokasi berkenaan, anggota tentera mendapati lapan bot pam berada di kawasan perairan negara Malaysia, dan hanya seorang sahaja yang ada dalam setiap bot pam itu," katanya.

Abdul Rashid berkata, anggota tentera terbabit cuba "menghalau" mereka dengan melepaskan tiga das tembakan amaran namun hanya dua sahaja yang berpatah balik ke perairan Filipina manakala enam bot pam lagi tidak mengendahkan amaran itu.

"Sebaliknya mereka cuba membuat provokasi terhadap bot anggota tentera dan pada masa itu anggota tentera kita ternampak satu daripada bot pam berkenaan cuba menghampiri mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang menyebabkan anggota tentera melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tersebut untuk mempertahankan diri," katanya.

Difahamkan selepas suspek ditembak, lima lagi bot penceroboh itu beredar kembali ke perairan Filipina.

Abdul Rashid berkata, siasatan lanjut berhubung insiden itu masih diteruskan termasuk latar belakang kumpulan itu dan menegaskan ESSCOM akan terus meningkatkan operasi keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bagi membendung pencerobohan.

ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

ESSCOM yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas bertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

- BERNAMA

Wednesday, August 20, 2014

Mahkamah: Dua anggota Polis dua dipenggal, dicacatkan

KOTA KINABALU - Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
   
Pegawai Penyiasat Inspektor Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada  6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.
   
"Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.
   
"Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka," katanya.
   
Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran "hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya."

Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lepas.

Sementara itu, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman ASP Mohamad Hasnal Jamil memberitahu mahkamah bahawa tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14-17 Feb tahun lepas berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman alias Abdul.   

Katanya lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai 'Imam Tua' dan kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213, digunakan oleh seseorang dikenali Raja Muda Agbimuddin.

"Bagaimana anda tahu nama-nama individu ini?" soal Timbalan Pendakwa Raya  Datuk Abdul Wahab Mohamed.   

Mohamad Hasnal: "Kami telah memantau komunikasi pengguna nombor berkenaan dan nama mereka disebut."

Pegawai Cawangan Khas itu memberitahu mahkamah beliau telah diarahkan oleh Allahyarham Ibrahim untuk terbang ke Lahad Datu pada 18 Febuari tahun lepas untuk menjalankan tugas pengawasan terhadap tiga individu itu selama seminggu bermula 19 Febuari.

Katanya pada 25 Feb tahun lepas, beliau memberi taklimat kepada pegawai polis Asisten Superintendan Noraidin Awang Maidin, di Balai Polis Tungku di Lahad Datu untuk  menahan Salib Akhmad di Ladang Kelapa Sawit Abadi Emas di Tungku.

Pada 1 Mac tahun lepas, katanya beliau memberikan maklumat berkaitan di Balai Polis Semporna untuk menahan Julham di Kampung Pangkalan Badai, Kunak dan Al Wazir di Semporna.

Salib Akhmad, Julham dan Al Wazir menghadapi pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Salib Akhmad juga menghadapi pertuduhan merekrut anggota untuk kumpulan pengganas.

Mereka merupakan antara 30 tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan bagi pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Febuari dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - Bernama

Monday, July 21, 2014

ESSCOM tahan 69 nelayan, 11 bot pada hari kedua perintah berkurung

LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 69 nelayan termasuk 10 wanita dan 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna kerana melanggar perintah berkurung pada hari kedua pelaksanaan perintah itu.

Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata tujuh daripada 11 bot itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala selebihnya oleh Pasukan Polis Marin.
"Kita tahan mereka (nelayan) kerana berada di kawasan larangan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.

Saturday, July 19, 2014

Mutakhir: SABAH PERINTAH BERKURUNG BERMULA HARI INI DI TG PUNDARAS HINGGA JETI TAWAU-Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk


Kota Kinabalu, 19 Julai - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini. Ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.

Beliau berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

Friday, July 18, 2014

KDN dalam proses perincikan perintah berkurung di Sabah - Zahid

KDN dalam proses perincikan perintah berkurung di Sabah - Zahid  
 DATUK Seri Zahid Hamidi (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada anak yatim asrama PEKAYA sambil diiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (kiri) dan Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapha (empat dari kiri) pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN di Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, Kubang Badak di sini, hari ini. - Foto Rozainah Zakaria
 
KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses memperincikan perintah berkurung di Sabah dan akan mewartakannya secepat mungkin.

Thursday, July 17, 2014

Pendedahan maklumat dalaman: Rakyat Sabah diminta bertenang

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun meminta rakyat negeri ini supaya bertenang dan tidak berasa bimbang ekoran pendedahan maklumat dalaman yang tersebar luas melalui media sosial.

Sambil mengesahkan menerima maklumat sedemikian, beliau berkata maklumat itu telah dipanjangkan kepada anggota barisan hadapan termasuk bahagian perisikan untuk pengesahan.
 
"Ini adalah proses dalaman yang biasa. Setelah penelitian dibuat terhadap maklumat yang diterima seperti dilaporkan dalam edaran maklumat dalaman itu, kita dapati ia tidak betul dan hanya khabar angin yang cuba diuar-uarkan orang tertentu untuk mengelirukan kita," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Monday, July 14, 2014

MUTAKHIR:TLDM syor dasar 'tembak pada penglihatan' dibenar kekang penceroboh di Sabah

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencadangkan pasukan keselamatan dibenarkan 'shoot on sight' terhadap mana-mana kumpulan mencurigakan yang memasuki perairan Sabah, sebagai usaha menghalang pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina ke negara ini.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, peraturan atau undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan 'shoot on sight' (menembak pada penglihatan) sehingga menghalang pasukan keselamatan seperti TLDM untuk membanteras kumpulan berkenaan secara tuntas.

"Sudah tiba masanya Peguam Negara memikirkan perkara ini, bagi memudahkan pengurusan keselamatan di pantai timur Sabah.

"Jika tidak, mereka (kumpulan pengganas) akan sentiasa berjaya melepaskan diri," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut di sini sebentar tadi. Panglima Bantuan,

Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dilantik sebagai Panglima Armada yang baru menggantikan Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A Rashid yang bersara wajib.

Mohamad Roslan turut memangku jawatan Panglima Bantuan sehingga penggantinya dipilih.

Wednesday, July 9, 2014

ESSCOM distruktur semula

Foto
Najib bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2014 di Putrajaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail

2 komponen perkemas pengurusan keselamatan: PM

Putrajaya: Penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bertujuan memantapkan dan memperkemaskan pengurusan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menjelaskan, penstrukturan merangkumi dua komponen iaitu Pengurusan Keselamatan dan Pertahanan serta Penguatkuasaan dan Tindakan Awam.

Saturday, June 28, 2014

Mutakhir : Kanak-kanak rentung.

Tenom: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung apabila rumah mereka di Kampung Melalap, dekat sini, terbakar, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Itham Nick Ivan, ditemui rentung di bilik tidurnya, dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, berkata api dapat dipadam sepenuhnya jam 8.45 pagi

Wednesday, January 8, 2014

PERBICARAAN LAHAD DATU

KOTA KINABALU: Komander Taktikal dalam insiden pencerobohan di Kampung Tanduo Datuk Abdul Rashid Harun dimaklumkan bahawa satu serangan berlaku di kampung itu pada 11 Mac tahun lepas, yang meragut dua nyawa anggota keselamatan Malaysia.


Maklumat itu disalur menerusi walkie-talkie daripada tiga ketua lima sektor di mana penembak tepat VAT69 ditempatkan.

Abdul Rashid, bekas Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerak Khas) Bukit Aman, berkata seorang daripada ketua sektor itu memaklumkan bahawa lokasi mereka diserang dan beliau mendengar bunyi tembakan menerusi walkie-talkie.

Tuesday, January 7, 2014

Dedah Cara Intip askar KIRAM

Kenal pasti Datu Amirbahar
 
Kota Kinabalu: Anak saudara Jamalul Kiram III, Datu Amirbahar Hushin Kiram semalam dikenal pasti oleh saksi pendakwaan sebagai anggota kumpulan pengganas yang terbabit dalam rundingan dengan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Februari tahun lalu.

Tuesday, December 17, 2013

Mutakhir:Tiada cubaan kumpulan Abu Sayyaf, MNLF ceroboh pantai timur Sabah

LAHAD DATU: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek berkata setakat ini tiada cubaan anggota kumpulan Abu Sayyaf atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai timur Sabah.

Beliau berkata keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah terkawal dan terjamin.

Monday, December 9, 2013

Polis Marin Semporna rampas 200kg ikan yang dibom

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas sebanyak 200 kilogram ikan pelbagai spesies bernilai kira-kira RM1,450 yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Perikanan Daerah di sini, semalam.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat