TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label TPPA. Show all posts
Showing posts with label TPPA. Show all posts

Friday, May 29, 2015

TPPA: Negara bakal dijahanamkan!!!???

[ Edisi bersiri ] :  Negara bakal 'dijahanamkan' USA...

Najib telah bertemu Obama beberapa kali dengan agenda USA yang cuba menguasai dunia melalui perdagangan Perjanjian TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement) dalam perkara yang berkaitan dengan perdagangan yang bakal usik kedaulatan negara dengan Perjanjian TPPA dirundingi antara Australia, Amerika, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Veitnam...

Antara kandungan TPPA :

1) Melibatkan peraturan tidak menjual ubat2 tiruan seperti panadol dan lain2 yang lebih murah dan mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli... ubat2 itu cuma boleh dibeli 'direct' dari syarikat farmasi asal dengan kos yang terlalu tinggi (kos asal RM200 dinaikan kepada RM1200)...

2) Industri padi bakal 'hancur' kerana beras dari USA yang mendapat subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini dan merugikan pengeluar padi dalam negara....

3) Bidang pelaburan, khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan juga akan berhadapan persaingan pasaran terbuka yang bakal dimonopoli USA...

4) Syarikat tempatan dan negara terdedah kepada tindakan undang2 antarabangsa jika syarikat asing tidak dapat keistimewaan dari kerajaan yang sama deberikan kepada syarikat tempatan...

5) Kos sara hidup akan meningkat kerana harga barang dikawal USA serta faktor inflasi serta dimonopoli oleh USA dan dengan sebab itu juga Malaysia tidak dapat mengawal kenaikan harga barang tanpa persetujuan USA...

Persoalannya :

Sekiranya New Zealand dan Australia menolak TTPA, mengapa Malaysia harus menerimanya sedangkan ianya membawa kesan buruk?... Adakah najib telah menurunkan tandatangan bertuju dengan perjanjian tersebut?... Adakah terdapat cubaan untuk 'menjahanamkan' negara oleh Obama?... Adakah najib diugut atau diperalatkan oleh Obama?... Apakah agenda tersembunyi Najib dan dimanakah 'stand' beliau???...

*Pra-syarat telah pun dilaksanakan seperti permansuhan ISA, GST, khalimah Allah dan bible bahasa melayu serta lain syarat seperti yang telah saya nyatakan dalam posting yang lepas...Sama2 kita renungkan sejenak mencari jawapannya dan sama2 kita menetang TPPA ini dan juga ancaman USA demi negara...


Thursday, July 17, 2014

Mutakhir : TPPA: Apakah faedah, apa kosnya, dan apa yang kita rugi? Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ramai penyokong.



Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) muncul bersuara minggu ini sejurus selepas buku “TPPA: Malaysia Bukan untuk Dijual" oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad Jumaat lepas.


Semasa pelancaran, mantan Perdana Menteri itu sendiri berkata perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA hanya satu lagi cara untuk menjajah negara.


Walau bagaimanapun, penyokong utama TPPA telah bersuara dengan lantang mengenai beberapa perkara yang sentiasa tidak dapat dibuktikan. Salah satunya, Malaysia akan "kehilangan tanpa TPPA".


Namun, tiada siapa pun yang peduli untuk menjelaskan mengapa atau bagaimana Malaysia akan rugi. Kami sebagai sebuah badan gabungan bimbang jika sesuatu keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira analisis kos-faedah.

Thursday, July 10, 2014

MUTAKHIR: MTEM LANCAR BUKU DEDAH KEBIMBINGAN KANDUNGAN TPPA UNTUK MALAYSIA


KENYATAAN MEDIA – 10 JULAI 2014

Kerajaan sekali lagi telah menyatakan komitmennya kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Dari kenyataan terbaru kerajaan, perjanjian dagangan ini dilihat sebagai seolah-olah memihak kepada Malaysia.

Walau bagaimanapun, baik dari kerajaan mahupun daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed ada menyebut tentang apa yang sedang dirundingkan secara terperinci.

Kami bertanya kepada diri kami sendiri; apakah butiran-butiran yang memastikan TPPA memihak kepada kita? Apakah butiran dalam perjanjian yang akan memberi kesan terhadap perniagaan-perniagaan di Malaysia, alam sekitar dan perusahaan milik negara (SOE)?

Sebagai sebahagian dari usaha berterusan kami menyebar maklumat dan menangani kekurangan penglibatan fakta daripada kerajaan Malaysia, kami di Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) ingin membantu memaklumkan kepada orang ramai tentang bahaya yang terkandung di dalam perjanjian TPP yang sedang dirundingkan oleh 12 negara TPPA termasuk Malaysia melalui penerbitan buku kami yang bertajuk "TPPA: Malaysia is not for sale".

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat