TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, January 14, 2015

Kisah dan Tauladan kasihnya Ibu dan Ayah

"Nurse, boleh saya tengok bayi  saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.

Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan  pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.        

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.          

Masa terus berlalu. Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. 
        
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan  di sekolah.Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. 

Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. 

Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap  dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.          

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah.

“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk- angguk. 

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia  satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. 

Tak percaya tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” Moral: Kecantikan tu seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.Ibumu Yang  Tercantik Sekali terima kasih ibu sebab melahirkan aku dimuka bumi ini.  

#menanggis sy bce cerita ini ..masyaAllah ..Allahuakhbar ...Sedih bLa Baca Nie..Blinangan airmata Bla mbcanya...

PESAN IBU TENTANG AYAH:

Anakku…

Memang ayah tak mengandungmu tapi, darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi amanya, kedermawanan & kerendahan hati. Memang ayah tak melahirkanmu, Tapi,Suaranyalah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.Memang ayah tak menyusuimu.

Tapi, dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.Ayah memang tak menjagaimu setiap saat.Tapi,Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar.

Kerana, dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu.

Kerana,Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.Ibu hanya ingin kau tahu. Bahawa,Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu. Maka,Hormati dan sayangi ayahmu.Kerana,Ibu adalah tulang rusuk-nya.Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..
Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang

Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat

Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI  , besarnya pengorbanan seorang ayah tidak dapat dibalas dengan dengan wang dan ucapan kata-2 , cukup dengan menghargainya , ikhlas dari -Hikmah #kisah hati...

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat