TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

PDRM Tapah membuat tangkapan pemerasan jenayah,

Pada 24/9/2014 jam lebih kurang 1415hrs, anggota pdrm tapah telah buat tangkapan terhadap 2/L india dan merampas sebuah motokar jenis Perodua Alza warna ungu no pendaftaran AJV3342 di kawasan Rumah Awam 3, Bidor Perak.(Sek.385kk -pemerasan jenayah).
B1) Kesavan a/l Ramasamy
B2) Vijayan a/l Arumugam
Rampasan:
Motokar Perodua Alza warna ungun
No. Pendaftaran AJV3342
No. Casis PM2M502G002213596
Pemilik Malathi a/p Arumugam
Kedua-dua tangkapan dan rampasan telah dibawa balik ke IPD Tapah untuk siasatan lanjut.
Pegawai penyiasat telah menghantar gambar kedua-dua gambar tangkapan kepada pengadu dan pengadu telah sahkan cam kedua-dua tangkapan adalah saspek yang melakukan pemerasan jenayah terhadap pengadu
Norhayati Saiddin's photo.

 

Thursday, June 19, 2014

Terkini: Militan di tangkap rakyat tempatan.

KUALA LUMPUR - Polis Bahagian AntiKeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman hari ini menahan seorang rakyat tempatan di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam operasi khas itu, polis turut merampas sepucuk raifal buatan sendiri dan 48 butir peluru hidup dari kawasan itu.

Beliau berkata, suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan susulan Operasi Khas AntiKeganasan terhadap militan yang dilancarkan sejak 28 April lepas.

"Raifal itu disyaki digunakan oleh kumpulan militan terbabit semasa menjalani latihan menembak di Gunung Arang Para, Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar di Perak pada Disember tahun lepas," katanya.

Tambahnya, individu itu ditahan kerana disyaki terlibat melakukan keganasan mengikut Kanun Keseksaan.

"Suspek akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Thursday, January 9, 2014

Nenek 74 tahun trauma mangsa rompak

Nenek trauma dipaksa seks oral

BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.

Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa.

Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.

Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu.

Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, menurut sumber Sinar Harian.
BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

Friday, November 29, 2013

IPOH: Nga Kor Ming diarah keluar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang dari DAP, Nga Kor Ming, diarah keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Speaker, Datuk Seri SK Devamany membuat keputusan itu selepas Kor Ming mengeluarkan perkataan menghina Speaker dengan mengatakan Devamany sengaja mempercepatkan sesi perbahasan DUN Perak hari ini kerana ada pemilihan MIC.
 
 Devamany berkata, penggantungan sehari itu dibuat mengikut Perintah Tetap 44(2) Peraturan DUN Perak.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat