TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, April 19, 2016

TSMY:“Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,”

“Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu. Dalam pertemuan saya dengan (Gabenor BNM) Tan Sri Zeti (Akhtar Aziz), saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura.

“Saya juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun,” katanya di Facebook semalam.

Beliau menulis sedemikian menjawab dakwaan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam Berita Harian 26 Mac.

“Kononnya saya berbohong mengenai pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, di mana Gabenor Bank Negara itu memberitahu saya secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya.

“Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,” tambahnya.

Muhyiddin berkata dirinya selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu berhak mengetahui isu-isu berkepentingan negara secara terperinci.

“(Datuk Seri) Najib (Razak) juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini,” tambah Muhyiddin.

Beliau meminta pembaca supaya tidak lupa bahawa BNM telah dua kali menyerahkan kertas siasatan ketas 1MDB kepada Peguam Negara, dan menyarankan tindakan undang-undang dikenakan kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.

“Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB,” tulis beliau.

Menurut Muhyiddin, Zeti juga memberitahu bahawa beliau bertegas meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan.

“Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

“Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah.”

WATERGATE MALAYSIA : WSJ DICALONKAN UNTUK KATEGORI LAPORAN ANTARABANGSA BAGI HADIAH PULITZER!!! #1MDB.

Siri artikel terbitan The Wall Street Journal mengenai skandal kewangan yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan negara 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi Hadiah Pulitzer.

"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.

Menurut laman web rasmi Hadiah Pulitzer, WSJ mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.

Mereka diberikan kredit bagi hasil kerja-kerja yang digambarkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan amalan rasuah di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia".

Antara lain, artikel yang dikemukakan bertajuk "Malaysia Leader's Accounts Probed" (2 Julai), "Leader Faces Fire Over Fund" (15 Oktober), dan "The Money Network of Malaysian Politics" (28 Disember).

Najib dan penyokongnya dari parti pemerintah BN berulang kali menuduh WSJ menjaja tuduhan palsu dan diperkudakan oleh mereka yang mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan kerajaan.

Akhbar itu bagaimanapun, terus berdiri teguh dengan laporannya sehingga hari ini dan menyokong supaya Najib memfailkan saman fitnah terhadap sebarang laporan yang didakwa palsu.

Anugerah Hadiah Pulitzer disampaikan kepada pemenang pada hari Isnin.

Lembaga Hadiah Pulitzer menganugerahkan Alissa Rubin dari The New York Times sebagai pemenang kategori laporan antarabangsa untuk kerjanya di Afghanistan pada 2015.

Tun M: Memfailkan permohonan injuksi mareva menentang Datuk Seri Najib Tun Razak?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan permohonan injuksi mareva menentang Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan membekukan atau penyekat perdana menteri daripada memindah, mengeluar atau melakukan sebarang urusniaga ke atas aset beliau yang bernilai RM2.642 bilion.

Bekas perdana menteri itu bersama-sama bekas naib ketua Umno cawangan Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin, turut memfailkan permohonan pendedahan yang menghendaki Najib untuk memaklum dan memberi butiran aset-aset beliau termasuk artanah, baki kredit, tunai dan aset-aset lain dalam bank, institusi kewangan dan saham syarikat.

Permohonan itu difailkan hari ini pada jam 10.40 pagi menerusi firma guaman, Haniff Katri di pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

"Arahan kepada Najib untuk menyediakan senarai aset dalam masa 10 hari bermula tarikh penghantaran surat ini kepada beliau," kata permohonan itu.

Permohonan itu adalah berlandaskan kesemua mereka telah memfailkan tindakan sivil menentang Najib, pada 23 Mac yang lalu, bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Menurut mereka, Najib selaku perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno dengan niat jahat menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Mengulas lanjut, tambah mereka, telah dibuktikan RM2.6 billion dimasukkan dalam akaun perbadi Najib menerusi Ambank pada bulan Mac 2013, dan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB.

Ketiga-tiga mereka turut mendakwa Najib tidak menafikan wang masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan itu telah disahkan menerusi kenyataan Peguam Negara dalam sidang medianya.

MALINNOV : MENGELUARKAN PRODUK PISTOL SEMI AUTOMATIK.

DSA2016 kali ini mengenengahkan satu produk buatan Malaysia.

MALINNOV (Malaysian Innovation) adalah syarikat tempatan yang mengusahakan sendiri senjata ringan berupa pistol semi automatik.
Kami melihat sendiri produknya dan ia sangat impresif.

Bertanyakan kalangan jurutera mereka,penghasilan pistol ini melibatkan research and development selama 4 tahun dengan hampir 10 prototaip yang diuji secara ekstrim dan ekstensif setiap satunya.

Mereka membangunkan setiap alat kerja,laras dan komponen sendiri, dan melalui banyak trial and error serta memperbaiki setiap rekabentuk prototaip yang mereka bina. Asas senjata mereka adalah dari sidearm jenis Glock dan Baretta dan mereka membangunkan sidearm dengan klasifikasi M1P ini secara reverse engineering.

Berpangkalan di Technology Park, Bangi Malinnov mempunyai masa depan yang sangat baik dalam mengeluarkan sidearm buatan tempatan untuk pasaran domestik terutamanya mensasarkan pengunaannya pada pengiring orang kenamaan dan agensi keselamatan dalam negeri.

Kami di MMP menantikan jemputan pihak Malinnov untuk demonstrasi penembakan dan melihat sendiri kemampuan perkilangan mereka. Hebat karya anak tempatan kita ini.

MALAYSIA BOLEH
Selain sidearm, Malinnov juga dalam proses membangunkan sendiri amunisi untuk mortar dan pelancar grenad.

Takbir : Apakah kepentingan DS Nazri Razak mengakui mengagihkan RM7 juta dari Acc PM? Apakah kepentingan pendedahan tersebut kepada negara?

Terbaca satu artikal di FB. Adik kepada PM.  Membantu mengagihkan wang sebanyak RM 7 juta dari acc DS Najib Razak.

Acc CIMB tersebut telah ditutup sebab duit tersebut telah habis di agih-agihkan.

Persoalannya mengapa DS Nazri Razak membuat pengakuan tersebut? Apakah sebenarnya yang cuba untuk disampaikan atau apakah tujuan beliau membuat pengakuan tersebut?

Apakah kepentingannya kepada negara?

Jadi mengapa Tun M beria sangat mahu DS Najib Razak turun dari jawatan Perdana Menteri?

Mengapa PM DS Najib Razak mengatakan Tun M menyerang dan mahu beliau turun dari jawatan PM sebab ajinda Peribadi. Mahu jadikan anaknya menjadi Perdana Menteri?

1MDB dikatakan tiada bermasaalah. Aset melebihi hutang. Ialah kita pun bukan tengok duit 1MDB. Kita pun bukan nampak hutang 1MDB?

Hanya segelintir rakyat Malaysia yang percaya 1MDB tiada masaalah? Hanya segelintir juga rakyat Malaysia percaya 1MDB bermasaalah?

Tanggungjawab siapakah untuk memberi penerangan dan pencerahan permasaalshan tersebut?

Kononnya rakyat yang Pro Tun M menyerang DS Najib Razak setiap hari dengan dahsyatnya kerana terlalu taksub dengan pemimpin?

Penyokong DS Najib Razak mengatakan penerangan sudah diberi berkenaan 1MDB. Sudah banyak kali di jawab dan di terangkan tetapi penyokong Tun M masih tidak mahu menerima jawapan tersebut. Sebab hati sudah hitam sudah hati busuk?

Masaalahnya soalan yang diberi tidak pernah dijawab dengan fakta yang tepat. Sentiasa berubah-ubah mengikut penemuan jawapan yang telah diketahui umum.

Mengapa lapuran PAC mengatakan penguatkuasaan perlu dilakukan. Menyebabkan 4 orang Ahli lembaga Pengarah meletak jawatan. Arul juga dikatakan mahu meninggalkan jawatannya kerana tugasannya telah selesai?

Kata pribahasa Inggeris what you sow is what you reap. Apa yg kamu tanam itulah yang kamu dapat. Kalau kamu korup maka bala akan menimpa kamu?

Seperkara lagi siasatan luar negara mengatakan ada pengelibatan pembersihan wang haram dan sebagainya. Perkara ini tidak boleh dipandang sepi kerana akan menjatuhkan nama baik negara di mata dunia. Negara-negara yang terlibat seperti Amerika, British, Australia, Singapura. Mengapa mereka hanya memberi tumpuan kepada Syarikat 1MDB sahaja di Malaysia?

Akhirnya Tun M bertindak menyaman DS Najib Razak dan pada 20/4/2016 adalah hari pengurusan saman tersebut?

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat