TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, May 5, 2013

#PRU 13 - Doa rakyat Malaysia di terima Allah.#Malaysia Spring.


Dari awal lagi Anwar Ibrahim dan bala tenteranya cuba menimbulkan persepsi bahawa Barisan Nasional akan kalah di seluruh negara. Malah Mat Sabu dalam kempennya di Pendang, dengan angkuh berkata, tanpa bantuan pengundi hantu dan penipuan SPR, Barisan Nasional hanya menang 1 kerusi Parlimen iaitu di Pekan, manakala kerusi-kerusi lain, semuanya telah dibolot oleh Pakatan Rakyat.

#PRU13-Keputusan Tidak Rasmi BN Berjaya Bentuk Kerajaan Serta Rampas Kembali Kedah, Selangor Dan Kelantan.



KEPUTUSAN TIDAK RASMI

Apa yang dimaklumkan Barisan Nasional menang dibanyak Parlimen dan Dun seluruh Malaysia. Kedah, Selangor dimenangi Barisan Nasional. Kelantan pula setakat yang terima mengesahkan juga dimenangi Barisan Nasional. Pulau Pinang setakat yang diketahui 50/50 .

Kedudukan Barisan Nasional Menang 145 Kerusi Parlimen.

#PRU13-Keputusan tak rasmi,BARISAN NASIONAL bentuk kerajaan di Kedah, Johor, Melaka.

Keputusan tidak rasmi setakat ini mendapati Barisan Nasional (BN) telah berjaya membentuk kerajaan di Kedah, Johor dan Melaka. Keputusan rasmi akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.

PERHATIAN !!! PEMBANGKANG DALAM USAHA UNTUK CETUSKAN BANTAHAN ?


Sumber dalaman mengesahkan bahawa satu himpunan membantah keputusan pilihanraya sedang digerakkan. Pada saat dan ketika ini para cybertroopers pembangkang termasuk facebookers and twitters sedang membina momentum dengan menyebar provokasi-provokasi yang mereka rancangkan di tempat-tempat pengundian.

Media asing juga turut memain peranan memetik semua provokasi yang ditimbulkan dan memperbesarkannya di peringkat antarabangsa.

#Terkejut bendera Putih Menuju ke Puterajaya?

Ini ada satu kumpulan yang menggunakan bendera putih yang dikesan sedang menuju ke Putrajaya!

Ada sesiapa tau mereka ni mewakili siapa? Pelik kan?

Gambar di bawah menunjukkan kumpulan kenderaan yang membawa bendera warna putih bertulis 2 kalimah syahadah yang kini dikesan di Johor dan Perak sedang bergerak menghala ke KL..Adalah dipercayai kumpulan ini yang akan mencetuskan masalah terutamanya di Putrajaya.

Kumpulan siapakah ini?

#PRU13 Helikopter yang di naiki Hishammuddin dari JOHOR terbalik?




Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan beberapa penumpang lain terselamat apabila helikopter swasta dinaiki mereka dari Johor terbalik.

Kejadian terbabit berlaku selepas mendarat akibat angin kencang di Pengkalan Udara TUDM, Sg Besi hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

#PRU13 IPOH berdarah.

#PRU13 Semua salah kerajaan tak bagi tahu dia macamana nak pangkah kertas undi.



Rupanya ada lagi orang tak tahu bagaimana untuk mengundi. Rupanya ada yang keliru apabila untuk memangkah. Yang jadi aku dan kawan-kawan aku ketawa dan tersenyum adalah jari yang di sapu dakwat itulah yang di gunakan untuk memangkah kertas undi.

Kawan aku tanya dengan hamba Allah tu !!! Pen ada dah disediakan untuk memangkah. Dia jawab lahhhh ingatkan guna jari yang disapu dakwat. Tak semena-mena dia ketawa sampai nak terkentut gamaknya. Dulu aku mengundi tak sapu dakwatpun. Pangkah jaa guna pensil yang di sediakan. Alahai menyusahkan betullah. Kerja siapalah ini??? Kalau macam ini rosaklah undi aku.....RUGINYA !!!!


PSSTTTT.......Itulah dia cerita lawak PRU 13 yang dapat aku kongsikan pada hari ini.....LAIN KALILAH kita jumpa di masa dan waktu mendatang.

#PRU13...Apa yang aku nak dedahkan tengoklah sendiri ya.#Malaysia Spring.# NIK AZIZ PILIH BN?







Psssttttt - ini lah lagu bulan yang aku janjikan. Lagu aku tak dapat nak upload sebab Internet lemah.

Aku masukkan lirik dia dahulu.....Lain Kalilah aku uploadkan ya.....Bulan marilah bulan....marilah bulan masuk barisan.....Bulan marilah bulan....marilah bulan masuk barisan......akhirnya NIK AZIZ SOKONG BARISAN NASIONAL....MANIFESTO.....AKUJANJI.....YAHOOOOOOO ?????

KERJA UMNO BARISAN NASIONAL. BUAT PAS TOLAK ISLAM ???

Rekod SUHARAM ?

HOT NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! STRATEGI BARU SUARAM UNTUK JATUHKAN KERAJAAN DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Setelah teruk dibelasah di dalam media dan didedahkan kaitannya dengan dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa,George Soros,pertubuhan haram yang tidak berdaftar,Suaram kini menukar taktik dengan menggunakan seorang lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak atas matlamat dan agenda yang sama.NGO baru yang bernama Dignity International tiba-tiba sahaja muncul sebagai tuan rumah kepada sidang media Suaram mengenai isu kapalselam Scorpene pada hari Selasa lalu. Beribu pejabat di sebuah premis mewah di 8 Avenue,Petaling Jaya,NGO itu dilihat sebagai pelapis kepada Suaram.Ini bermakna apabila Suaram tidak lagi beroperasi kerana ia tidak didaftar sebagai pertubuhan yang sah di sisi undang-undang,maka Dignity International secara otomatis akan mengambil alih fungsi dan tugasan organisasi tersebut. Malahan slogan NGO baru itu, ‘All Human Rights – For All’ juga mirip kepada perjuangan Suaram ang berselindung di sebalik topeng hak asasi. Seperti Suaram,Dignity International juga akan menjadi perkakas kepada Ketua Umum PKR,

Taubat maksiat Anuwar Ibrahim.

Pengundi di harap dapat mengawal emosi agar dapat berfikir secara waras.


Selamat malam Ydh Dato'/Tuan..Utk makluman , info yg diterima..warna bendera mewakili pemuda2 parti yg bergabung dlm PR yg akan memulakan Malaysia Spring pada petang 5 Mei jika keputusan tidak menyebelahi mereka. Tindakan seperti demo/provikasi/vandalisme akan dibuat seperti membakar hartabenda awam utk menimbulkan kekecohan dan mendesak PRU diadakan semula. Demo akan berterusan dgn mendesak PM menyerahkan kuasa pd mereka sebagaimana yg berlaku di Timur Tengah (Arab Spring).

Bendera2 kecil segitiga kecil yg dicucuk di atas rumput melambangkan: Merah= pemuda Dap, Hijau= pemuda Pas, Biru= pemuda Pkr manakala lain2 warna bendera mewakili sayap2 PR seperti Serikandi, Unit Amal dan & penyokong2 mereka.

Dptkan maklumat/ pemantauan jk terjumpa dgn bahan2 yg dimaksudkan. tk

Tinjuan Pilihanraya Umum 13. Barisan Nasional Masih menjadi Pilihan rakyat 1 Malaysia.


Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Profesor Negara (MPN) telah menjalankan tinjauan pendapat Pilihanraya Umum ke-13 pada 28-30 April 2013.

Tinjauan pendapat ini melibatkan sebanyak 3,550 responden yang layak mengundi di seluruh negara temasuk Sabah dan Sarawak.

Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah random stratified sampling yang diambil dari pelbagai kawasan Parlimen di seluruh negara. Tinjauan pendapat melalui panggilan telefon ini mempunyai tahap keyakinan pada kadar 95% atau 0.022 margin of eror.

Kajian ini mendapati Barisan Nasional mempunyai harapan yang cerah untuk kekal memerintah selepas PRU-13 dengan 58% responden menyokong YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi 42% sokongan.

#PRU13-Rancangan #Malaysia Spring?

                   
Bersih 4.0

Perhimpunan 505

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat