TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Palestine. Show all posts
Showing posts with label Palestine. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia

1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? İtu semua selepas dia belek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali İsrael.'

2. Katanya. "Eh saya tak pernah tengok passport yang macam ni. Malaysia benar-benar anti İsrael. Saya boleh katakan tiada Negara yang seberani Negara Malaysia!"

3. Rakan-rakan Palestin pula kebanyakan daripada mereka sudah tahu perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru tahu, berpusu-pusulah ambil gambar dan share di Facebook. Kata salah seorang dari mereka "Di Palestin kami tak boleh sebut nama Malaysia sesuka hati apatah lagi kalau askar İsrael ada sebab mereka sangat sensitif dengan Negara Malaysia. Kebencian mereka terhadap kalian (malaysia) membanggakan kami warga Palestin!"

4. Seoang rakan Jordan aku mengatakan bahawa tiada langsung di dalam mana-mana passport negara Arab yang berani tulis macam ni sebab mereka takut dengan İsrael. Tapi Malaysia bukan Arab pun Negara pun jauh tapi jauh lebih berani dan kuat daripada Arab sendiri.

5. Dan yang paling tak boleh blah seorang rakan aku dari Libya mengatakan sesuatu yang keterlaluan bagi aku iaitu "Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tapi dari Malaysia sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang İslam dari orang Arab sendiri"

6. Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika di Turki. Sedangkan orang Turki pun kibarkan bendera Malaysia di kedainya apatah lagi dengan kenyataan seperti ini.
#sharing dr group lain

Sunday, July 13, 2014

Terkini: Pasukan Komando Israel bertempur dengan Pejuang Hamas.

Letupan kelihatan memusnahkan bangunan di Semenanjung Gaza selepas tentera Israel melancarkan serangan udara hari ini.

Mutakhir:Mapim hantar misi kemanusiaan ke Gaza

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menghantar satu pasukan khas ke Gaza, Palestin Selasa ini, dalam misi menyalurkan bantuan kepada penduduk di negara bergolak itu.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selain menyalurkan bantuan, pemergian pasukan khas ini juga untuk meninjau situasi dan mengenal pasti keperluan sebenar penduduk di sana.
"Kita sedang melaksanakan persiapan sebelum menghantar pasukan ke sana yang terdiri daripada Pengarah Strategik Mapim Sani Arabi Abd Halim dan beberapa sukarelawan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Abdul Ghani Shamsudin, Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz, Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Datin Aminah Zakaria dan Timbalan Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan-Pertubuhan Islam Negeri Perak (Jama'iy) Zulkifli Ibrahim.

Mutakhir : Palestin sudah bersiap sedia

Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat.
  • GAZA- Palestin kini bersiap sedia menghadapi ancaman 40,000 tentera Zionis yang akan dilancarkan pada bila-bila masa melalui Operasi Perlindungan Sempadan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan perkara itu dan meminta semua penduduk bersedia, lapor Press TV.

"Segala usaha saya untuk menamatkan keganasan gagal. Namun kami tidak akan putus asa mempertahankan tanah ini sungguh pun Israel terus mendesak supaya meninggalkan tanah ini.

Thursday, July 10, 2014

Mutakhir: Ya Allah Lindungilah saudara kami di Palestin. Operasi Batu Konkrit!!!

‎-Israel telah mengistihar perang ke 3 ke atas GAZA dan menamakan ia sbg 'Operasi Batu Konkrit '

- Israel telah mengepung sempadan GAZA melalui darat dan udara. Mereka melancarkan serang bertali arus ke arah keluarga pejuang Hamas.
 
- Roket-roket Al Qassam tidak akan membiarkan lagi darah rakyat Palestin walau di mana mereka berada ditumpahkan oleh pengganas Yahudi dengan mudah. Roket Al Qassam kali ini juga sebagai tanda menuntut bela atas pembunuhan kanak-kanak Palestin di Tebing Barat, Hussin Abu Khdeir.

-Abraham, stesyen radio ketenteraan Yahudi melaporkan 65 roket Al Qassam telah jatuh di Israel dalam tempoh kira-kira 30 minit terakhir tadi sahaja.

-Iron Dome Israel hanya dapat menghalang kira-kira 25% shj roket hamas . Bakinya berjaya menembusi Israel.

-Gambar yang berjaya dirakam menunjukkan roket Al Qassam dilepaskan ke arah 'bumi yang dijajah'.
#doauntukgaza #pray4gaza

-Kerosakan yang melanda sebuah gudang menyimpan bahan bakar Israel di Negev akibat serangan roket Al Qassam.
#doauntukgaza #pray4gaza

- pemuda2 seluruh Palestin telah bangkit melawan, walaupun hanya bersenjatakan mercun dan batu-bata.

-Al Qassam berjaya menghentikan/ memusnahkan salah satu sistem anti roket Iron Dome israel. 

Sumber : Aman Palestin HQ

#prayforGAZA. #GazaUnderAttack
[07:26, 08/07/2014] aaidilidham: Tolong sebarkan dan doalah utk Gaza. Kalau mampu lagi boleh banyak kan sumbangan pada Palestin. Situasi mereka sgt teruk sekarang ni.
: اللهم انصر دعواتنا وأنشر فكرتنا
وبارك اخواتنا وألف بين قلوبنا 
وارفع رأيتنا وحقق غايتنا
ووفق مرشدنا ومراقبنا وقادتنا
وأجمع في الجنة اخواتنا واخواننا علي سررمتقابلين 

Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..

 Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

 Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

 Ya Allah! tepatkanlah tembakan  Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

 Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

 Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

 Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.

 Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

 Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

 Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

 Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

 Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

 Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah! 

 Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.. 

 >>>sila SHARE, agar lebih ramai turut sama mendoakan....‎
-Israel telah mengistihar perang ke 3 ke atas GAZA dan menamakan ia sbg 'Operasi Batu Konkrit '

- Israel telah mengepung sempadan GAZA melalui darat dan udara. Mereka melancarkan serang bertali arus ke arah keluarga pejuang Hamas.

- Roket-roket Al Qassam tidak akan membiarkan lagi darah rakyat Palestin walau di mana mereka berada ditumpahkan oleh pengganas Yahudi dengan mudah. Roket Al Qassam kali ini juga sebagai tanda menuntut bela atas pembunuhan kanak-kanak Palestin di Tebing Barat, Hussin Abu Khdeir.

-Abraham, stesyen radio ketenteraan Yahudi melaporkan 65 roket Al Qassam telah jatuh di Israel dalam tempoh kira-kira 30 minit terakhir tadi sahaja.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat