TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, April 13, 2013

Dalang TANDUO berbuat bodoh muka 1001 satu macam sudah dikenalpasti.


DALANG TANDUO SUDAH DIKENALPASTI

TAWAU: Pihak ketiga yang mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III di Kg Tanduo, Lahad Datu dan beberapa lokasi lain di Sabah sudah dikenalpasti namun masih memerlukan bukti untuk ‘mengheretnya’ ke muka pengadilan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata disyaki ada individu tertentu yang menjadi dalang dalam insiden terbabit dan mahu menyerahkan Sabah kepada pihak Sulu atas kepentingan politik.
...
“Kita sudah mengenalpasti ada seseorang dari Sabah yang pernah bertemu dengan Jamalul Kiram III dan dua lagi dari Semenanjung yang menawarkan Sabah untuk mereka kerana ada dalang besar ‘di belakangnya’,” katanya.

Gelang Patah # PRU13 # Anwar benamkan Lim Kit Siang di Johor.

   KUBUR BESAR PARTI ROSAK DI JOHOR

 MANIFESTO BARISAN NASIONAL  " AKU JANJI "
 
AIDCNews – 12/04/13 – Sinchew Daily News, 9 April melaporkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berang dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar yang telah membuat u turn terhadap pelan ‘perjanjian asal’ di mana semua tokoh penting pembangkang bersetuju untuk bertanding di luar kawasan parlimen masing-masing untuk mencapai misi menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13.
 
“Mengikut serangan menyeluruh Pakatan Rakyat terhadap polisi BN, Lim Kit Siang beralih bertanding di Gelang Patah selatan Semenanjung, di mana Anwar Ibrahim akan tinggalkan sarangnya di Permatang Pauh ke negeri Perak untuk beradu kekuatan dengan calon UMNO di negeri Perak.

“Semangat pejuang yang tampilkan diri seperti ini, boleh membawa semangat dan boleh mempengaruhi emosi pengundi untuk menyokong Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya, tetapi sikap salah satu daripada komponen Pakatan Rakyat Pas seperti menunggu habuan itu, seperti tidak ambil bahagian dalam perjuangan itu, dan seperti tidak yakin untuk laungkannya, hanya pentingkan untuk perkukuhkan diri sendiri.
 
“Anwar Ibrahim dengan lantang mahu bertanding di negeri Perak hanya selang dua hari sahaja, tiba-tiba pada 5 April semasa dalam ucapan ceramah politik beliau di Pulau Pinang beliau begitu merendah diri, beliau akur dengan sokongan pengundi beliau di Permatang Pauh dan membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh, dan buat keputusan tidak keluar bertanding di tempat lain.

“Sikap sudah mengalah sebelum bertanding, menyebabkan Lim Kit Siang pada jam 12.00 tengah malam tersebut semasa memberi ucapan dalam ceramah politik di Batu Pahat rasa sedih. Beliau berteriak di hadapan pengunjung “biarlah kalah, biarlah mati!” dalam keadaan dan saat itu, Lim Kit Siang terasa pilu dan tidak terkata, adakah setelah Anwar Ibrahim membelakangi beliau, masing-masing ada penjelasan yang tersendiri, “lapor Lim Fang dalam akhbar berbahasa Cina bertajuk “Kit Siang kena main?“.
 
Menurut Lim Pang, kebiasaannya stail politik Lim Kit Siang tidak pernah menggunakan taktik “kalah dan mati” dalam ucapan-ucapan politiknya dan inilah pertama kali Penasihat DAP itu menggunakan kata-kata sedemikian sepanjang beliau menceburi arena politik.
 
“Para penganalisa Pakatan Rakyat anggap emosi Lim Kit Siang berlaku sedemikian mungkin kerana apabila Anwar Ibrahim umumkan tidak bertanding di negeri Perak yang lebih memeranjatkan beliau, kerana beliau dengan semangat yang tinggi bertanding di negeri Johor, pengunduran Anwar Ibrahim seperti angkat kaki, telah merosakkan strategi Pakatan Rakyat, menyebabkan Lim Kit Siang berjuang secara berseorangan.
 
“Anwar Ibrahim merancang untuk bertanding dan dirikan khemah di negeri Perak, ini adalah satu persetujuan antara Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sendiri. Anwar Ibrahim sudah bertapak di kerusi Parlimen di Permatang Pauh telah begitu lama, jika beliau benar-benar mahu berjuang dalam politik perlu beredar jauh dari situ, barulah akan difahami rakyat dan didoakan oleh rakyat, tidaklah pada saat-saat akhir masih mahu kekal di Permatang Pauh bercinta di situ dan dengar cakap isteri.

“Adakah Anwar Ibrahim berlakon sahaja, selepas Lim Kit Siang turun mahu bertanding di Selatan Semenanjung, lepas itu Anwar Ibrahim buat alasan tidak mahu keluar dari Permatang Pauh, ini menjadi satu persoalan.
 
“Kali ini Anwar Ibrahim telah merosakkan strategi, di mana UMNO mengejek Anwar Ibrahim tinggalkan kawasan pengundi sendiri, Anwar Ibrahim terpaksa kembali ke sarang di Permatang Pauh kerana beliau menjangkakan beliau mungkin akan kalah jika berdepan dengan calon UMNO yang begitu hebat, sebab itu beliau cepat-cepat tarik diri.
 
“Memang benar jika apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada ketua umum pemimpin Pakatan Rakyat ini, akan menyebabkan satu kerugian besar kepada Pakatan Rakyat, kerana mereka akan kehilangan ketua umum. Sebaliknya cara Anwar Ibrahim berbolak balik dalam hal ini, menampakkan beliau kurang matang dan kurang terperinci dalam hal memimpin pasukan, dan beliau telah dipersendakan kerana perbuatan sendiri.”
 
Menurut penulis akhbar berbahasa Cina itu lagi, Kit Siang kini sudah berada tertipu dengan permainan Anwar, apatah lagi beliau sendiri berasa gentar apabila terpaksa berhadapan keseorangan melawan Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman di parlimen Gelang Patah.
 
“Diberitakan Menteri Besar Johor yang sedia ada sekarang Abdul Ghani Othman mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Lim Kit Siang, apabila Lim Kit Siang dengar berita ini beliau lebih rasa gusar, sebab itu beliau dengan sedih berkata: “biarlah kalah!, biarlah mati!”.
 
“Jika benar beliau bartanding di Gelang Patah, ia akan merekod satu sejarah, dimana UMNO berani bertanding di kawasan majoriti kaum Cina. Diramalkan Abdul Ghani sekurang-kurangnya akan mendapat sokongan lebih 40 peratus kaum Cina dan akan dapat sokongan lebih 80 peratus Melayu.

“Ramalan dan andaian ini sebaliknya Lim Kit Siang anggap itu satu perkara yang benar, beliau segera berkata beliau bertanding di Gelang Patah seperti tebu bertemu ruas dengan Abdul Ghani, dan berkata DAP tidak perlu memikul beban selama ini dikatakan dituduh orang Cina tadbir orang Cina. Sebaliknya selama ini DAP dituduh sering menentang MCA dan mengatakan DAP dituduh orang Cina tadbir orang Cina memang benar.
 
“Apabila DAP berdepan dengan UMNO mungkin akan timbul kalah mati, selama ini apa yang dilaungkan oleh DAP Malaysia Malaysian akan menunjukan bahawa DAP adalah parti politik rasis.
 
“Bekas perdana menteri Tun Mahathir menyeru rakyat tamatkan riwayat Lim Kit Siang, supaya Gelang Patah menjadi kubur Lim Kit Siang, seterusnya Lim Kit Siang mencabar Tun Mahathir bertanding di Gelang Patah. Jawapan Tun Mahathir pula, sepatutnya Lim Kit Siang bertanding di Kubang Pasu semasa Tun berada di Parlimen Kubang Pasu, dan bukan tunggu selepas Tun bersara baru mahu cabar Tun, menyebabkan Lim Kit Siang malu sendiri.”
 
 
SAYA PILIH MENGUNDI.
 
 
 

Dato' Seri Abdul Hadi Awang tidak suka mengaibkan pemimpin hatta kepada Datuk Seri Najib.

Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang member respon bahawa Setiausaha Agung Pas Dato’ Mustaffa Ali yang digemparkan dengan isu video sex tidak akan bertanding dalam PRU 13.

Bagaimanapun beliau akan meneruskan perkhidmatan Dato’ Mustaffa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.

“Dia bertanding semua di tempat di Malaysia, dia Pengarah Pilihanraya Pas,” kata Haji Hadi kepada beberapa wartawan di perkarangan Masjid Rusila tadi.

Mengulas lanjut dengan tragedi tersebar video sex Mustaffa Ali, Hadi berkata:

“Saya tak suka politik seperti ini dilakukan untuk mengaibkan pemimpin hatta kepada Dato’ Najib sekalipun”.
Presiden Pas berkata, beliau akan solat hajat bersendirian bagi mendapat pertunjuk Allah mengenai isu pembongkaran video sex yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas, Dato’ Mustaffa Ali.

Beliau juga turut mengulas tidak mustahil rakaman video tersebut diedarkan oleh rakan parti dari pakatan rakyat sendiri untuk menjatuhkan imej Mustaffa Ali memandangkan pembahagian kerusi calon PAS pada PRU 13 ini ditentukan oleh Mustaffa Ali.

Hadi juga turut mengesahkan bahawa memang terdapat perebutan kerusi parlimen dan dun diantara PAS dan PKR bagi menghadapi PRU 13 ini dan ianya amat merumitkan bagi kedua dua parti untuk mencapai keputusan.

Sumber Sinar
 

Pencarian. Ibarat kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal.

APAKAH ALLAH ITU BENAR BENAR ADA....??
 (3 Pertanyaan, 1 Jawaban)
 
 
 
 ===WAJIB BACA===
 .
 Ada seorang pemuda yang lama sekolah diluar negeri,ia telah kembali ketanah air, sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama (Ustadz)/ siapapun yang bisa menjawab 3 pertanyaan darinya.
 
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
 
Pemuda :: (Dng nada sombong
 pemuda itu bertanya) Anda siapa...???dan apakah bisa menjawab pertanyaan saya...???
 
Ustadz :: Saya hanya hamba ALLAH & dengan izinnya sayaakan menjawab pertanyaan anda.
 
Pemuda :: (Tetap dng nada sombong)Anda yakin....??? sedang profesor & banyak orang pintar saja gak mampumenjawab pertanyaan saya.
 
Ustadz :: Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya....!!!
 
Pemuda :: Saya punya 3 buah pertanyaan...???
 1. Kalau memang ALLAH itu ada,tunjukan wujud ALLAH kepada saya ?
 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR ?
 3. Kalau SETAN diciptakan dari api, kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat setan,sebab mereka memiliki unsur yang sama..? apakah ALLAH tidak pernah berfikir sejauh itu..?
 
Tiba-tiba Pemuka Agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras.
 (sambil menahan sakit) si  Pemuda berkata :::
 
Pemuda : Kenapa...??? anda marah kepada saya...???
 
Ustadz :: Saya tidak marah...!!!tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya..!!!
 
Pemuda :: Saya sungguh2 tidak mengerti..???!!!
 
Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya..!?
 
Pemuda :: Tentu saja saya merasakan sakit..!
 
Ustadz :: Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada ?!!
 
Pemuda :: Ya..percaya !!
 
Ustadz :: Tunjukan pada saya wujud sakit itu ??!!
 
Pemuda :: Saya tidak bisa..!!!
 
Ustadz :: Itulah jawaban pertanyaan pertama,kita semua merasakan keberadaan TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya.
 
Ustadz :: Apakah tadi malam anda bermimpi akan di tampar oleh saya..??!!
 
Pemuda :: Tidak...!!!
 
Ustadz:: Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini..??!!
 
Pemuda :: Tidak...!!!
 
Ustadz :: Itulah yang dinamakan TAKDIR !!!
 
Ustadz :: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda..??!!
 
Pemuda :: Kulit...!
 
Ustadz :: Terbuat dari apa pipi anda...??!!
 
Pemuda :: Kulit...!!!
 
Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya..??!!
 
Pemuda :: Sakit...!!!
 
Ustadz :: Walaupun setan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, jika ALLAH berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan bagi setan.
 
MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN 'TUHAN' DALAM HARI-HARI KALIAN???
 
 TIADA TUHAN SELAIN ALLAH SWT 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat