TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label TUDM. Show all posts
Showing posts with label TUDM. Show all posts

Tuesday, October 25, 2016

Sukhoi SU-30MKM membuat latihan penerbangan punca misteri gegaran bunyi letupan bom yang kuat?

KUALA TERENGGANU: Misteri gegaran seperti bunyi letupan bom yang kuat kira-kira satu atau dua saat hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk di negeri ini petang kelmarin terungkai apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan bunyi itu dikeluarkan pesawat Sukhoi SU-30 MKM.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, bunyi bising itu dikeluarkan pesawat Sukhoi yang diuji pandu di ruang udara.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff, berkata pesawat yang terbang pada ketinggian 36,000 kaki ke atas dari aras laut itu sedang mengadakan latihan penerbangan bagi persiapan rapi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 07).

Beliau berkata, pesawat itu membuat latihan bermula kelmarin hingga berlangsungnya Lima 07 yang bakal bermula 4 Disember ini.

Katanya, pesawat itu akan terbang melebihi had laju bunyi (supersonic) yang menghasilkan dentuman bunyi (sonic boom) kuat di udara.

"Orang ramai diminta tidak terkejut atau cemas berikutan bunyi bising yang dikeluarkan pesawat yang terbang di ruang udara.

"TUDM akan menjalankan tugas latihan penerbangan ini dalam memastikan kepentingan negara terpelihara, dihormati dan disegani sempena Lima 07," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan bandar Kuala Terengganu dikejutkan dengan gegaran seperti bunyi letupan bom kira-kira jam 4 petang.

Dentuman yang turut menghasilkan gegaran selama kira-kira satu hingga dua saat itu mengejutkan sebahagian pengunjung pusat beli-belah di negeri ini dan difahamkan turut dirasai hingga ke Kemaman, Marang, Dungun dan Besut.

Tinjauan di beberapa lokasi di sini juga mendapati penduduk yang ditemui merasai gegaran selepas letupan walaupun singkat.

Malah, beberapa penduduk yang ditemui menyifatkan bunyi yang mereka dengar dan gegaran yang dirasai seperti bunyi bom dari dasar laut.

Friday, July 1, 2016

Malaysia mengunakan laluan yang Sah di sisi undang-undang Antarabangsa!!! Akhirnya Angkatan Udara Indonesia akui media tersalah lapur?

Share

Malaysian Jet Fighter

Sesetengah rakyat Malaysia mengutuk TUDM yang kononya tidak membuat sebarang kerja seperti TNI-AU yang baru-baru ini memintas pesawat yang tidak dikenali di Ruang Udara mereka. Ada yang berkata yang pesawat kita hanya digunakan pada hari kemerdekaan & tidak digunakan dengan betul.Tahukah anda bahawa kita jauh lebih berhemah dari mereka? Kita scramble dan intercept setiap intrusion oleh pesawat asing tapi kita tidak dedahkan kepada awam sebaliknya menghantar nota bantahan melalui saluran diplomatik.

Adakah sebahagian dari kita tahu sejak penggunaan F-5E lagi TUDM sentiasa menghalang intrusion oleh pesawat MiG Vietnam yang menceroboh ruang udara Kelantan. Kita juga pantas menghantar 2 jet fighter MiG-29N yang terbang rendah dibawah paras jangkauan radar dan menggunakan teknologi IRST sebelum muncul dibelakang pesawat F-16 Singapura. Pesawat Hawkeye RSN cuba memaklumkan kepada F-16 mereka tetapi ia sudah terlewat.Jika dalam scenario peperangan sebenar, jet fighter F-16 sudah lama meletup kerana hentaman missile A2A MiG-29N milik TUDM.

Begitu juga dengan peranan pesawat Hawk100 yang memintas pencerobohan pesawat Bronco Filipina di ruang udara Sabah.Jangan hanya kes terpencil dijadikan sandaran untuk memperkecilkan TUDM dan pertahanan negara.Sikap membandingkan epal dengan epal bukan satu cara menyelesaikan masalah.Mengambil contoh pesawat RSN berjumlah 100 buah lebih berbanding TUDM yang ada skuadron SU-30MKM tapi SU-30MKM mempunyai pylon dan muatan persenjataan yg lebih banyak berbanding F-16.Jika tidak masakan RSN membeli F-15 Eagle untuk counter measure SU-30MKM. Itu baru Singapura.Tapi kelengkapan TNI-AU lebih terbelakang berbanding TUDM.

Malahan TNI-AU tidak mempunyai capability untuk maritime strike.Adakah bila TNI-AU menghantar pesawat SU-27 atau SU-30 nya bermakna kita juga perlu menghantar pesawat air superiority untuk menghalang intrusion dan mengawal kedaulatan wilayah?

Adakah kita pernah terfikir kenapa mereka beria ria mempertahankan Ambalat dan enggan membawa ke UN sejak kita memperolehi kepulauan Sipadan dan Ligitan? Adakah kita tidak nampak apa yg dilakukan di Terumbu Layang-layang juga dilakukan di Sipadan dan Ligitan.Begitu juga terlepasnya Pedra Branca ke tangan Singapura.Kenapa perlu di risaukan dengan SU-27 TNI-AU sedangkan Australia lebih gusar dengan SU-30MKM TUDM dan adakah kita terfikir kenapa USA sanggup menghantar F-22 Raptor untuk diadakan latihan bersama SU-30MKM dan bukannya F-15E Singapura ataupun SU-27 dan SU-30 TNI-AU?.

Perbandingan epal to epal pada zaman sekarang sudah tidak berkesan dalam peperangan tidak simetri.Berhentilah memandang rendah dengan keupayaan pertahanan negara

Like & Share
kredit pd Sam Fisher

Tuesday, May 17, 2016

Terkini : Pesawat TUDM terhempas dekat Nenasi Pahang.

Sebuah Pesawat Aermacchi TUDM terhempas di Kampung Serum dekat Nenasi, Pahang.

Juruterbang dan pelatih TUDM dalam pesawat itu dilaporkan terselamat.

Kejadian berlaku kira-kira 12-50 tengah hari tadi.

Friday, April 1, 2016

HUT PASKAU : PASUKAN KHAS UDARA.

Sejarah Pasukan Khas Udara (PASKAU) bermula pada tahun 1970-an selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur pada Mei 1975 menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou. Serangan itu dilakukan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil.

Pada tahun 1979 apabila kabinet bersetuju dengan cadangan TUDM untuk menubuhkan pasukan keselamatannya sendiri pada 1 Apr 1980. Pasukan Pertahanan Darat dan Udara TUDM (HANDAU) ditubuhkan dengan skuadronnya yang pertama iaitu Skn 102 HANDAU mengambil alih tugas KPT di TUDM KL.

Pasukan yang awalnya ditubuhkan dikenali dengan nama pasukan HANDAU (Pertahanan Darat dan Udara) dan ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara.

Pasukan ini seperti komando tentera darat Grup Gerak Khas ataupun komando tentera laut PASKAL, yang membezakannya ialah pengkhususan dari segi peranan utama dan tugasan pasukan-pasukan tersebut berbeza-beza.

Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota TUDM lulus Asas Komando TUDM dan dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team).

PASKAU juga satu-satunya pasukan khas yang mempunyai keupayaan Carilamat Maritim di Asia Tenggara.

Markas Rejimen Keselamatan TUDM (MAREJ) kemudiannya ditubuhkan pada 1 Apr 1981 berpangkalan di TUDM Kuala Lumpur. Berikutan daripada itu, 11 buah skn HANDAU telah diwujudkan seperti di berikut;

01 Apr 1980 – Skn 102 HANDAU (TUDM Kuala Lumpur)

18 Nov 1980 – Skn 103 HANDAU (TUDM Kuantan)

10 Jan 1981 – Skn 104 HANDAU (TUDM Butterworth)

09 Feb 1981 – Skn 202 HANDAU (TUDM Ipoh)

07 Apr 1981 – Skn 105 HANDAU (TUDM Kuching)

07 Jul 1981 – Skn 107 HANDAU (TUDM Alor Setar)

06 Ogos 1981 – Skn 109 HANDAU (DEBKAT Subang)

19 Ogos 1981 – Skn 204 HANDAU (TUDM Kluang)

27 Ogos 1987 – Skn 201 HANDAU (TUDM Bukit Jugra)

01 Sep 1987 – Skn 208 HANDAU (TUDM Subang)

01 Mac 1993 – Skn 106 HANDAU (TUDM Labuan)

REJIMEN TUDM

Semasa penubuhannya pada 1 Apr 1980, MAREJ bertanggung jawab terus kepada Markas Tentera Udara (MTU) bagi semua urusan pengoperasian skn-skn HANDAU. Pada 1 Jun 1983, ianya diletakkan dibawah tanggungjawab Markas Besar Udara (MABES). Pada 1 Feb 1984, MAREJ telah dipindahkan ke Pangkalan TUDM Kuantan dan kemudiannya pada 15 Dis 1987, MAREJ ditempatkan semula di Pangkalan TUDM KL.

Ketika re-org TUDM pada 1 Jun 1993, MAREJ atau Markas Rejimen Keselamatan TUDM dikenali sebagai Rejimen TUDM manakala skn HANDAU ditukar menjadi skn provos TUDM. Bagaimanapun, konsep operasi serta peranannya hanya tertumpu kepada aspek keselamatan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB - Forward Operation Base) dan juga telah menjurus kepada perlaksanaan operasi khas khususnya operasi menyelamat udara tempur (combat air rescue) dan pasukan gerak cepat (rapid deployment force). Elemen pertama Pasukan Khas TUDM berpindah ke Pangkalan TUDM Jugra pada 17 Mac 1999.

Pada tahun 1999 juga, peranan Rejimen TUDM dikaji semula dengan bagi menjadikannya sebagai sebuah organisasi pasukan khas bagi TUDM. Sehubungan dengan itu juga pada 2 Jan 2002, Rejimen TUDM mula beroperasi dan mempunyai sebuah pangkalannya sendiri di Pangkalan TUDM Jugra.

PASKAU

Setelah genap 22 tahun HANDAU beroperasi iaitu pada 1 Apr 2002, Rejimen TUDM dengan rasminya menjadi Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Sunday, March 27, 2016

TAKDIR : PENGAWASAN MARITIM TERHADAP BOT NELAYAN CHINA

Kerajaan mengesan 100 bot nelayan dan kapal pengawal pantai China menceroboh perairan Malaysia, di Miri hari ini.

Maklumat terakhir yang diterima pada jam 24 Mac 16 jam 1930H oleh Pesawat Udara (Bombadier) memaklumkan, sebanyak 100-150 bot nelayan China berada di Beting Patinggi Ali dan Beting Raja Jarum dan dikawal oleh 2 Kapal Coast Guard China (3304/3184).

Bot Nelayan China tersebut melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan tersebut dan ada bot Nelayan China menunda berhampiran dengan Telaga Minyak M1.

KM Siakap telah berada di lokasi dan masih membuat pemantauan.

KM Jepak, KM Adil dan KD Serang diarahkan bergerak ke lokasi.

Friday, February 26, 2016

PESAWAT TERHEMPAS 6 ORANG SELAMAT.

LAPORAN AWAL KEJADIAN : MAKLUMAT AWAL DITERIMA DARI PEMANGGIL MENGATAKAN SEBUAH KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI PESISIR PANTAI DAN TERBAKAR.

6 ORANG MANGSA BERJAYA DISELAMATKAN DGN MENAIKI PERAHU. 

MAKLUMAT DARI KOMANDER OPS KELIHATAN ASAP PADA JARAK 200 METER DAN ANGGOTA AKAN MENUJU KE LOKASI PESAWAT DENGAN MENAIKI BOT.

MANGSA : 6 ORANG BERJAYA DISELAMATKAN.

Sunday, August 23, 2015

F/A18D Hornet TUDM, Naik taraf 25X

Pesawat Boeing F/A-18D Hornet milik No 18 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia 《 TUDM 》telah menjalani naik taraf 25X dan Konfigurasi baru M45-07

Sunday, July 26, 2015

MIG-29N Malaysia Pesawat Pemintas

Pesawat MIG-29N merupakan pesawat pemintas yang berpengalaman dan berkemampuan di rantau ini.

Terbukti dalam latihan-latihan luar negara dari pelbagai pesawat moden. Rekod latihan MIG-29N sangat membanggakan pernah bertempur dalam  segmen dogfight ( Pertempuran udara jarak dekat ) antara pesawat moden seperti F/A-18EF Super Hornet, F-15C,F-16, Eurofighter Typhoon sekalipun F-22 Raptor dalam pelbagai latihan yang di jalankan di dalam negara adalah satu rekod latihan yang sangat bermakna.

MIG-29N masih mampu memberi tentangan berbisa bagi keselamatan negara.

RAC MIG bersetuju berkerjasama menaik taraf MIG-29N milik TUDM kepada MIG-29NM sebagai pesawat pelbagai peranan MARC dengan mengunakan kemudahan fasiliti miliknya di Malaysia.

Keupayaan ini dipertingkatkan setaraf dengan MIG-29SMT bukan sahaja opsyen paling berbaloi kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah bakal membuka lembaran baru kepada Industri tempatan dalam bidang penghasilan pesawat tempatan.

Tuesday, June 9, 2015

Pengkalan Udara TUDM Ara Kuda 2

Sesuatu yang amat menghairankan apabila Y.B. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya dan Datuk Zainal Abidin Osman yang turut disokong oleh juak-juak mereka dalam Barisan Nasional, cuba untuk menghalang pemindahan Pengkalan TUDM dari Butterworth ke Ara Kuda sedangkan ianya amat perlu kepada pertahanan negara dan pembangunan ekonomi Bumiputera dan Pulau Pinang amnya.

UMNO memeram-pekasamkan tanah Ara Kuda untuk projek-projek pertanian sedangkan ianya amatlah berpotensi untuk pembangunan industri dan perumahan khasnya untuk bumiputera. Setelah 2 penggal Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang, tiada apa pembangunan yang mampu dilakukan oleh PERDA yang dipengerusikan oleh Shabudin tetapi apabila Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memindahkan Pengkalan TUDM ke tanah tersebut, pelbagai janji manis perancangan tiba-tiba dibuat.

Adakah kerana Shabudin dan Non Panjang tidak memperolehi apa-apa menfaat peribadi atas pembangunan ini?

Semenjak dua menjak ini, UMNO Pulau Pinang rancak kononnya atas alasan penyingkiran Bumiputera oleh DAP dari kawasan Pulau, menabur janji untuk perumahan Bumiputera. Apakah kemampuan kewangan PERDA mencukupi atau akan ada "MOU" dengan syarikat swasta?

Perluasan pengaruh ekonomi melangkaui sehingga Ara Kuda ini dapat mengurangkan kebergantungan perumahan di kawasan sempit di bandar utama Pulau Pinang. Malahan perluasan pengaruh industri juga mampu disebarkan sehingga ke Ara Kuda. Bayangkan peluang-peluang pekerjaan yang bakal dinikmati oleh bukan hanya bumiputera, malahan oleh kaum-kaum lain.

Pendapat Erapasca, adalah lebih berfaedah jika Shabudin dan Non Panjang bertindak meyakinkan pengundi Pulau Pinang bagi memilih semula Barisan Nasional (takder harapan dah rasanya) dari melalak-melolong kononnya tanah strategik TUDM Butterworth itu hanya menguntungkan cina.

Adalah lebih berfaedah jika PERDA dan UMNO Pulau Pinang berfikir secara waras untuk menyelesaikan isu-isu perumahan penduduk Pulau Pinang contohnya menyediakan pinjaman perumahan kepada rakyat yang kurang berkemampuan atau membuka lebih banyak lokasi strategik untuk perumahan.

Kesesakan lalu-lintas di Pulau Pinang dapat dikurangkan jika trafik dapat dipanjangkan sehingga ke Kedah. Apalah gunanya bersesak di kawasan kononnya strategik untuk penempatan bumiputera sekiranya tanah disitu lebih bernilai untuk pembangunan ekonomi. Jangan jadikan alasan "akan jadi milik cina" sekiranya PERDA dan UMNO Pulau Pinang hanya berdiam diri dengan idea-idea lapuk yang bangang.

Selain dari membina Pengkalan baru TUDM, pemaju juga telah berjanji untuk membina lebih 20 ribu unit rumah kos rendah dan sebuah Universiti Tahfiz. Mungkin Shabudin dan Non Panjang takut terbakar bila mendengar alunan ayat-ayat suci dari hafiz dan hafizah di universiti ini kelak. Hanya syaitan sahaja yang suka menghasut dan menghalang perkara-perkara kebaikan ini.

Adalah lebih bermenfaat jika PERDA dan UMNO membeli premis-premis di lokasi strategik tersebut dan disewakan dengan harga murah kepada usahawan-usahawan Bumiputera. Mungkin juga Shabudin dan Non Panjang boleh bagi percuma sahaja kepada kroni anak-beranak mereka.

Adalah amat bodoh sekiranya alasan "menguntungkan cina" dimainkan di Pulau Pinang sedangkan majoriti pengundi adalah cina. Maka adalah kurang bijak bagi Najib terus mengekalkan Non Panjang sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang kerana ianya akan merugikan politik Barisan Nasional sahaja kelak. Contohilah Teng Chang Yeow yang berkhidmat untuk semua kaum, berbanding Non Panjang yang berakal pendek yang hanya tahu mendendangkan "Demi Melayu" ;- tapi hakikatnya "Demi Perut Non Panjang dan Shabudin sahaja"

Pertahanan UDARA Malaysia Part 1.

Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) merupakan satu operasi taktikal ketenteraan untuk menewaskan pertahanan udara musuh di permukaan. Tindakan ini antaranya untuk menyahupayakan pertahanan Surface-To-Air-Missiles (SAMs) dan artileri anti pesawat termasuklah melumpuhkan sistem radar amaran awal dan fungsian Command, Control dan Communication (C3). Serangan ini boleh dilaksanakan samada dalam bentuk fizikal atau elektronik.

Pertahanan udara Malaysia antara yang paling lemah di rantau ini terutamanya sebelah utara Semenanjung. Pengkalan TLDM terdekat adalah di TLDM Markas Wilayah 3 Bukit Malut, Langkawi yang lebih kepada pengkalan persinggahan dan bantuan logistik sahaja tanpa keupayaan pertahanan udara.

Pertahanan Laut Pulau Pinang boleh dikatakan tiada langsung dan pengkalan TLDM di Pulau Pinang hanyalah Pusat Latihan PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia) tanpa sebarang kemudahan pertahanan laut dan udara yang mencukupi.

Pertahanan hadapan di Pulau Pinang bergantung kepada Pangkalan Udara Butterworth yang menempatkan 8 buah F/A-18D (versi serangan malam) dengan kemudahan asas yang semakin terhimpit dalam kawasan seluas 407 hektar ditambah dengan keperluan untuk peningkatan dalam usaha pemodenan TUDM.

Tentera Udara Di Raja Malaysia melaporkan keperluan kritikal sekurang-kurangnya 8 buah pesawat AWACS bagi memantau keselamatan ruang udara, laut dan darat Negara yang mana salah satunya perlu ditempatkan di Pulau Pinang. Baru-baru ini Kongres Amerika telah meluluskan penjualan E-2D Advanced Hawkeye kepada Malaysia yang merupakan pesawat pelbagai cuaca dan berkemampuan untuk mendarat di atas kapal pengangkut pesawat.

Malaysia adalah antara negara pertama yang diluluskan penjualan pesawat yang dilengkapi oleh radar AN/APY-9 yang terkini. Selain itu, E-2D Advanced Hawkeye juga dipertingkatupayakan dengan teknologi terkini suit radio, komputer misi, komunikasi satelit terkamir, sistem pengurusan penerbangan, enjin T56-A-427A dan mampu untuk mengisi minyak di udara berbanding Grumman E-2C Hawkey milik Tentera Udara Singapura.

Grumman E-2C Hawkey Singapura yang berpengkalan di Paya Lebar, Singapura mampu mengesan sebarang amaran awal sehingga ke Kuantan. Berbanding E-2C, E-2D membolehkan "co-pilot" bertindak sebagai T4O atau "Tactical 4th Operator" yang boleh mengubahsuai paparan kokpit utama memaparkan radar, IFF dan Link16 (JTIDS)/CEC dan mengakses segala data yang diperlukan. Radar APY-9 berfungsi sebagai “active electronically scanned array” yang memperkasakan "radome" mekanikalnya.

AWACS juga memerlukan sistem sokongan daratan yang canggih dengan pelbagai penambahbaikan. Ianya tidak memadai sekiranya penambahbaikan infrastruktur hanya sekadar dilakukan di Pengkalan TUDM Butterworth sahaja. TUDM perlu membina pelbagai kemudahan baharu untuk memperkasakan pertahanan utara yang mungkin ditambah dengan pesawat AWACS dan MRCA baharu.

Pemilikan AWACS dan MRCA bukan sekadar perlukan penambahan logistik tetapi lokasi strategik yang mana bagi mengelakkan negara jiran merasakannya sebagai satu ancaman. Imbasan radar AWACS bukan sahaja meliputi perairan, udara dan daratan negara, tetapi akan melangkaui sempadan politik ke negara jiran. Faktor geografi memainkan peranan penting dalam pertahanan sesebuah negara. Terlalu hampir dengan laut akan mendedahkan aset pertahanan negara kepada keupayaan serangan laut, udara dan daratan musuh. Pengkalan TUDM Butterworth telah terbukti tidak taktikal dari segi sejarahnya apabila berjaya ditawan dengan mudahnya oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Bagi mengoptimumkan taktikaliti dan strateginya, tentera Jepun telah mengubah landasannya dari landasan asal Tentera Udara DiRaja British.

Pemindahan Pengkalan TUDM Butterworth dilihat sebagai satu strategi pertahanan udara yang penting kerana ketiadaan pertahanan darat ke udara di sekitar Pulau Pinang. Kawasan penampan serangan Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) yang lebih luas merupakan satu strategi tambahan bagi melindungi aset pertahanan Negara selain meluaskan kawasan operasi meliputi sempadan Thailand yang diwarwarkan pernah dicerobohi pesawat tidak dikenali semasa tragedi MH370.

Ancaman-ancaman perisikan dan pengintipan asing juga merupakan satu faktor yang perlu diambil kira sewajarnya jika mahu mengekalkan Pengkalan TUDM Butterworth ini. Tentera udara Thailand telah memperolehi dua unit SAAB 340/AEW yang berpengkalan di RTAFB Don Muang/Bangkok. Indonesia pula memperolehi CASA CN235 MPA, Boeing 737-2X9 yang dioperasikan oleh Skadron Udara Patroli Maritim dan AEWACS (Maritime Patrol and AEWACS Squadron) yang berpengkalan di Hasanuddin International Airport.

Selain itu, risikan-risikan HUMINT, SIGINT, TECHINT, CYBINT/DNINT dan lain-lain boleh dilakukan dengan mudah di kawasan penduduk yang berkepadatan tinggi terutamanya jika rumah penduduk lebih tinggi dari pagar Pengkalan tersebut.

PEMBANGUNAN KAWASAN MELAYU
Butterworth hari ini sedang pesat membangun. Pembangunan Bandar Baru perlu dirancang dengan teliti dan bijak. Pemindahan Pengkalan Udara TUDM Butterworth bukan sahaja mampu memberi tambah nilai  aset perdagangan tetapi menyemarakkan kepadatan taburan penduduk ke kawasan baharu iaitu di Ara Kuda.

Pembinaan perumahan dan perindustrian perlu dioptimakan sehingga ke segenap sudut Pulau Pinang. Pulau Pinang akan membangun dari sebuah kotaraya menjadi negeri kota yang keseluruhannya adalah bandaraya maju yang berdaya saing. Setiap aset hartanahnya mestilah dibangunkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya orang Melayu  memiliki hartanah strategik dengan harga kompetatif mengikut kelasnya.

Selain itu, pembangunan Ara Kuda akan memberi kesan positif sehingga ke Kedah. Pelan pembangunan TUDM Ara Kuda juga membabitkan 162 hektar untuk perumahan kos rendah.  Sekiranya pelan ini berjaya, kawasan sekitar Ara Kuda juga akan pesat membangun.  Kemudahan infrastruktur awam seperti LRT juga boleh dibina kerajaan bermula dari Ara Kuda ke Pulau Pinang sebagai suatu kemudahan awam yang dapat menampung kepadatan penduduk selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Pertumbuhan ekonomi ini kelak akan turut dirasai oleh penduduk Lunas, Kedah seterusnya tempiasnya akan turut memberi kesan positif pembangunan kawasan-kawasan strategik Bumiputera di Kedah.

Adalah kurang bijak sekiranya kerajaan membina banyak kemudahan asas dan pembangunan di kawasan kepadatan penduduk Bumiputera tinggi berbanding dengan membina sebuah petempatan baru untuk mereka di kawasan lain.

Diharapkan agar pelan pembangunan strategik cetak biru akan segera dirangka dan dilaksanakan demi memastikan kuasa politik Bumiputera terus kekal dan peluang-peluang ekonomi dicipta bagi melahirkan golongan Bumiputera yang berdaya saing di bidang ekonomi.

Usahlah tunduk kepada tentangan-tentangan tidak berasaskan logik dan fakta dari suara-suara sumbang yang berkepentingan peribadi yang akhirnya akan memudaratkan keselamatan negara dan merugikan bumiputera.

Saturday, November 1, 2014

TERKINI : KEJAYAAN PENEMBAKAN TORPEDO BLACK SHARK OLEH KAPAL SELAM KD TUN RAZAK

1. KOTA KINABALU, 31 Oktober 2014 – Kapal Selam KD TUN RAZAK (KD TRZ) telah berjaya melaksanakan penembakan torpedo Black Shark di Perairan Laut China Selatan (LCS) pada jam 11.20 pagi tadi. Penembakan yang dilancarkan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini telah berjaya mengenai sasaran permukaa...n yang disasar pada jarak dan kelajuan yang telah ditetapkan.

2. Dalam penembakan pagi tadi, KD TRZ telah melancarkan torpedo Black Shark ke sasaran permukaan iaitu sebuah feri penumpang. Torpedo yang dilancar pada jarak yang dirancang ini telah tepat mengenai dan memusnahkan struktur feri penumpang yang telah diubah suai untuk tujuan penembakan.

Thursday, September 25, 2014

Mutakhir:Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan kenyataan

Respon's photo.
 
KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya melaksanakan latihan tembakan persenjataan Misil Udara ke Permukaan iaitu bagi... misil jenis KH31A (Anti Kapal) dan juga misil jenis KH31P (Anti Radiasi) pada 20 Sep 14 yang lalu.

Thursday, June 19, 2014

Eksesais Cope Taufan dan Eksesais Teak Mint 2014 - Gabungan TUDM & USAF

 
Buat julung kalinya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) akan bekerjasama dalam melaksanakan satu siri latihan udara gabungan Eksesais Cope Taufan dan Eksesais Teak Mint 2014.

Latihan yang bermula 6 Jun dan berakhir pada Jumaat ini melibatkan penggunaan Pangkalan Udara Butterworth, ...Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Kuantan.

Monday, December 9, 2013

Jenazah Tan Sri Mohamed Ngah Said selamat dikebumi

Jenazah Tan Sri Mohamed Ngah Said selamat dikebumi 
Tan Sri Mohamed Ngah Said
KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Ngah Said selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini, hari ini.

Sunday, December 8, 2013

13 anggota tentera dikhuatiri lemas bot hilang di perairan Pulau Nangka, Melaka

Melaka Tengah: Seramai 13 anggota tentera dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai hilang ketika menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka, malam semalam.

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari persisir Sungai Udang ke pulau berkenaan.

Sunday, December 1, 2013

Johor Bahru: Malaysia Intip dan risikkan ?

Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri (GABUNG) dan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) meminta kerajaan lebih berhati-hati dan memandang serius isu keselamatan negara.
Pada masa sama, kerajaan juga diharap dapat mengkaji semula kerjasama dilakukan dengan Singapura berikutan terdedahnya berita mengenai risikan dan intipan dilakukan republik terbabit.

Saturday, November 30, 2013

Mutakhir: Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan 2013

KUALA LUMPUR, 29 Nov 13 – Empat kumpulan Inovasi dari TUDM telah berjaya mendapat tempat dalam senarai pemenang Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan  2013 yang diadakan di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat