Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin saya umumkan pada Mei lalu Johor Corporation kembali memegang share majoriti KFC sebanyak 51% berbanding hanya 24% sahaja sebelum ini.
Ia bermakna, KFC kini kembali menjadi milik kita dan anak Johor seharusnya berbangga dengan pencapaian ini. Insya-Allah setiap keuntungan serta dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri menerusi syarikat-syarikat di bawah Johor Corporation akan disumbangkan kepada pembangunan negeri Johor yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada setiap anak Johor terutama merancakkan program pembangunan usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan.


