TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label #merakyatkan_perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label #merakyatkan_perlembagaan. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Terkini : Nurul Nuha anak kedua Anuwar Ibrahim di cari Polis?

Kuala Lumpur: Giliran Nurul Nuha pula dicari Polis. Rasanya masih ada peluang untuk Nurul Nuha untuk lari ke AS.

Harap pihak keselamatan memandang serius perkara yang kononnya AS memandang Serius penahan Nurul Izzah.

Apa hak AS untuk mencampuri urusan Malaysia? MTMR merasakañ tidak ada faktor kepentingan AS di Malaysia Isu tersebut.

Melainkan AS sengaja mahu menjadikan Malaysia seperti Iraq. Malaysia bukan negara pengganas yang AS perlu musnahkan.



Friday, November 21, 2014

Terkini: Mekanisma Kerajaan kepada Pencarum KWSP apabila bersara.

Sidang Parlimen: 20 Nov ( Khamis) Soalan tambahan YB Hajah Normala Abdul Samad kepada Kementerian Kewangan : Umum mengetahui simpanan dalam KWSP akan digunakan bagi melalui hari-hari selepas pekerja bersara dari pekerjaan.

Saturday, November 8, 2014

Terkini : Kelab Memancing Grand Banks - YB Hajah Normala Abdul Samad

Program kedua  pada pagi tadi, Merasmikan Pertandingan Memancing Anjuran Kelab Rekreasi Grand Banks Yachts di Kolam Memancing Jentayu.
Program kedua saya pada pagi tadi, Merasmikan Pertandingan Memancing Anjuran Kelab Rekreasi Grand Banks Yachts di Kolam Memancing Jentayu.
MTMR mengucapkan Tahniah kepada YB Hajah Normala Abdul Samad kerana sentiasa menghadiri apa jua jemputan masyarakat setempat dan warga Industri.

 
#merakyatkan_perlembagaan


Friday, November 7, 2014

Terkini: Dairy Ahli Parlimen Pasir Gudang Part II - YB Hajah Normala Abdul Samad

Bersama YB Menteri Kerja Raya dalam Mesyuarat Pemantauan Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang.
Photo: Bersama YB Menteri Kerja Raya dalam Mesyuarat Pemantauan Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang.
Alhamdullilah, hasil daripada mesyuarat bersama Menteri JKR semlm,masaalah jalan yang mendap di highway kawasan plentong di jambatan telah di turap malam tadi juga.Yang lain-lain sedamg diusahakan.Terima kasih semua!

Thursday, November 6, 2014

Mutakhir : Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang "Johor Disaran Tubuh Universiti Islam."

"Johor Disaran Tubuh Universiti Islam."

Saya amat kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen DAP Oscar Ling yang mendakwa bahawa sekolah agama Islam merupakan punca perpecahan kaum di Malaysia. Saya menyifatkan dakwaan ini sebagai janggal, tidak bertanggung jawab dan sangatlah dengkel.

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kenyataan sebegini sewajarnya tidak harus keluar daripada seorang pengubal dasar. Melainkan niat beliau sengaja untuk mencabar kewibawaan Perlembagaan Persekutuan, maka pihak berkuasa hendaklah merujuk beliau ke muka pengadilan.

Realitinya, sekolah agama Islam telah menjadi sebahagian daripada tradisi sistem pendidikan di negara kita sejak Malaysia belum mencapai kemerdekaan lagi. Ianya berperanan dalam menyebar ilmu, pengetahuan serta kefahaman Islam progresif dan madani secara formal kepada majoriti umat Islam. Jumlahnya juga kian bertambah dan tidak hanya tertumpu di peringkat asas dan persekolahan rendah, malah relevannya meliputi peringkat tertinggi dengan wujudnya institusi pengajian tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dan hakikat yang paling penting adalah kewujudan dan pertambahan bilangan sekolah agama selama ini tidak sesekali pernah menganggu keharmonian perpaduan nasional apatah lagi menggugat kedudukan mana-mana kaum lain di Malaysia.

Johor terkenal dalam agenda perjuangan syiar Islam progresif kerana mempunyai sebuah sistem sekolah agama yang kini mencapai satu tahap yang amat boleh dibanggakan. Saya mempunyai beberapa kenalan yang sanggup berhijrah untuk bekerja di Johor, semata-mata untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan agama formal yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Dan ramai anak Johor yang bersekolah di Johor mempunyai kemahiran membaca dan menulis Jawi, selain mempunyai ilmu, pengetahuan asas dan kefahaman Islam yang kukuh dan berjaya dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.

Oleh itu, Pemuda UMNO Pasir Gudang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor memulakan usaha untuk menubuhkan sebuah Universiti Islam, sebagai meneruskan kesinambungan dan tradisi kepada sistem sekolah agama Islam yang terdapat di negeri ini. Penubuhan universiti ini juga sekaligus untuk membuktikan bahawa dakwaan awal tadi adalah salah dan langsung tidak berasas. Idea ini adalah realistik memandangkan Johor mempunyai beberapa kekuatan dan kelebihan seperti sistem pendidikan agama yang mantap; bilangan sekolah agama yang mencukupi; lebihan (surplus) hasil kutipan zakat setiap tahun; di samping mempunyai eko-sistem dan persekitaran sokongan yang positif seperti guru agama, pensyarah, tokoh akademik dan sebagainya.

Pemuda UMNO Pasir Gudang juga berharap agar Ahli Parlimen DAP dapat menarik semula dakwaan beliau dalam isu ini dan segera memohon maaf kepada seluruh umat Islam.Pemuda Pasir Gudang juga menyarankan agar cadangan penubuhan Universiti Islam ini dapat disambut dengan baik oleh pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan martabat dan syiar Islam terus tersebar di Malaysia dan seluruh dunia.

Saudara Noor Azleen Bin Ambros
Penolong Setiausaha
Pemuda UMNO Pasir Gudang
5hb November 2014
Pasir Gudang, Johor

#mesraBN
-akmal-

Saya amat kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen DAP Oscar Ling yang mendakwa bahawa sekolah agama Islam merupakan punca perpecahan kaum di Malaysia. Saya menyifatkan dakwaan ini sebagai janggal, tidak bertanggung jawab dan sangatlah dengkel.

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kenyataan sebegini sewajarnya tidak harus keluar daripada seorang pengubal dasar. Melainkan niat beliau sengaja untuk mencabar kewibawaan Perlembagaan Persekutuan, maka pihak berkuasa hendaklah merujuk beliau ke muka pengadilan.

Monday, October 13, 2014

Malaysia menuju wawasan 2020 rakyat di dahulukan.

Kerajaan membentangkan bajet 2015. Mesra rakyat. Kerajaan kepimpinan PM Datuk @NajibRazak membentangkannya pada 10/10/2014.

YB Hajah Normala Abdul Samad menekankan kerajaan perihatin dengan keadaan peningkatan kos hidup rakyat Malaysia.

Golongan sasaran yang layak mendapat perhatian dan di bantu menjadi keutamaan kerajaan.

Kerajaan memperuntukkan dana tertentu untuk rakyat golongan sasaran bagi meringankan bebanan mereka. Sebagai contoh Nelayan di beri bantuan RM250.00 sebulan dan banyak lagi yang akan di terima oleh rakyat.

Adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk memastikan rakyat berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020.

Menjadi tanggungjawab rakyat juga untuk mengekal dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional untuk kekal mengapai WAWASAN 2020.

Adalah menjadi keutamaan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional untuk membantu rakyat. Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat