KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan sepasukan
polis dari Bukit Aman, di hadapan sebuah restoran di Lebuh Macallum,
Pulau Pinang, malam tadi.
Sumber memberitahu, penahanannya sekitar jam 12 tengah malam oleh
Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman, mempunyai
kaitan dengan rancangan perhimpunan tidak sah yang akan diadakan di
Dataran Merdeka, hari ini.
Selain itu, aktivis sosialis Hishamuddin Rais, turut ditahan
sepasukan polis ketika menyertai sekumpulan penyokong perhimpunan itu
yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Ahad lalu.