TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label anak manja. Show all posts
Showing posts with label anak manja. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Susu ibu jadikan anak lebih bijak

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik.

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.

Tuesday, November 26, 2013

KWSP raih RM10.11b

KWSP raih pendapatan RM10.11b
Meningkat 44 peratus suku ketiga didorong pasaran ekuiti

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan RM10.11 bilion dalam suku ketiga berakhir 30 September lalu, meningkat 44 peratus daripada RM7.02 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Berikutan pencapaian itu, pendapatan pelaburan terkumpul yang diraih pengurus dana pencen itu bagi tempoh sembilan bulan tahun ini ialah RM24.87 bilion, iaitu 10.9 peratus lebih tinggi daripada RM22.42 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

India : Kanak-kanak 8 tahun janda termuda

Lucknow: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menjadi janda paling muda di India selepas ibu bapanya memfailkan permohonan cerai bagi pihaknya sekali gus mencetuskan perdebatan antara perkahwinan terlarang dan gesaan kerajaan supaya satu siasatan dijalankan ke atasnya.

Akhbar Daily Mail melaporkan, kanak-kanak perempuan itu dikahwinkan ketika berusia empat tahun dengan seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari perkampungan yang sama di Uttar Pradesh.
 
Bagaimanapun, minggu lalu, empat tahun selepas perkahwinan dilangsungkan, suami kanak-kanak itu yang sudah berusia 14 tahun datang ke rumah keluarga mentuanya untuk membawa isterinya yang kini berusia lapan tahun, pulang ke rumah keluarganya.

Timbul kemarahan

“Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit mula menyedari bahawa anak mereka terlalu muda dan meminta suaminya menunggu sehingga dia berusia 18 tahun, sebelum boleh ke rumah keluarga mentuanya.

“Permintaan ibu bapa kanak-kanak itu menimbulkan kemarahan kepada keluarga pihak lelaki menyebabkan berlaku pergaduhan dan membuatkan bapa kanak-kanak perempuan itu memfailkan tuntutan cerai bagi pihak anaknya,” lapor akhbar itu.

Sementara itu, Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Hak Wanita India kini mengambil alih kes itu. AGENSI

Intip : Zahid selar negara luar menceroboh kerahsiaan negara

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

Friday, September 20, 2013

Perdana Menteri Malaysia Perihatin kepada rakyatnya. PM korang ada tak cam gini???

Zamrin bin Hamzah yang dikasihi,
Seperti mana yang anda sedia maklum, Parlimen Malaysia ke-13 telah mula bersidang Isnin lepas. Saya amat berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli parlimen yang telah dipilih oleh anda, pengundi-pengundi berdaftar dalam negara kita ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat