Monday, July 4, 2016
Saturday, February 13, 2016
UMNO bukan parti anguk-anguk, geleng-geleng!!!
Kepercayaan akar umbi sememangnya merosot terhadap kepimpinan UMNO bukannya terjadap UMNO.
Sememangnya diakui parti keramat ini memang ada masaalah. Tetapi bagaimana kita mendepani masalah tersebut agar masih mendapat kepercayaan masyarakat Melayu.
Ketuanan Melayu mematangkan untuk kita menepis onak dan duri dalam mengharungi liku-liku dalam menyelesaikan perlbagai muslihat sepak terajang Politik.
UMNO harus mendepani Isu-isu semasa dengan bijak agar jangan dilihat seperti melindungi sesuatu yang nampak jelas menjurus kepada permasaalahan yang berpanjangan.
Perkara ini lama kelamaan akan menghakis kepercayaan masyarakat amnya dan ahli UMNO khasnya.
Kita sebagai peneraju kerajaan yang sedia ada janganlah seolah-olah membenarkan perlakuan-perlakuan yang dianggap tidak normal kepada pentadbiran negara.
Masyarakat akan menilai sejauh mana kebenaran dan amanah yang diberikan dapat dijaga dengan betul.
Kepercayaan masyarakat amat diperlukan kerana merekalah yang akan menentukan parti manakah yang layak menjadi wakil mereka pada masa akan datang.
Budaya anguk-anguk, geleng-geleng bukan budaya UMNO. Pucuk pimpinan UMMO harus sedar perkara ini jika masih mahu menjadi kuasa memerintah akan datang.
Masyarakat akan menilai sejauh mana kerajaan sedia ada memerintah dan urus tadbir negara. Kerana masyarakat mahukan sebuah negara dan kerajaan yang aman damai.
Disamping itu tiada melibatkan salahlaku yang seperti terang-terangan dibolehkan. Sedangkan perkara itu tidak dibolehkan dan menjadi salah jika diamalkan oleh orang lain.
MTMR percaya sekiranya kemelut ini dapat diatasi dengan segera. Seperti amalan biasa. Sesiapa yang sedang disiasat atau terlibat dengan sesuatu pertuduhan jalan terbaik adalah dinasihatkan bercuti.
MTMR lihat itulah jalan terbaik. Selepas perkara atau permasaalahan tersebut selesai. Jika tiada kes atau kesalahan maka sambunglah kerja tersebut. Jika merasakan sememangnya ada unsur-unsur salahlaku sebaiknya undur diri dengan kadar segera.
Perkara ini perlu dilakukan demi mematuhi kedaulatan Perlembagaan negara. Semua perkara ini demi mengelakkan pelanggaran salah laku yang lebih besar.
Monday, October 5, 2015
Mengapa lelaki di gelar Suami?
Hari SUAMI Sedunia...
LAKI-LAKI adalah ciptaan
TUHAN yg paling indah.
Dia banyak MENGALAH dari umur yang sangat muda.
Dia membelanjakan
semua duit,
untuk beli HADIAH,
untuk yang dia CINTA,
hanya untuk melihat
dia TERSENYUM..
Dia KORBANKAN masa
lapangnya hanya untuk
seorang WANITA....
Dia KORBANKAN masa
mudanya demi istri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.
Dia bina MASA DEPAN
mereka Sekeluarga
kekadang dgn brhutang
dan membayar ansuran
sampai stress..
Dia telah bersusah payah
tapi masih dimarahi Isteri
dan BOSS. Kehidupan Dia
berakhir hanya untuk
MENGALAH demi
KEBAHAGIAAN orang lain
Kalau dia keluar rumah,
kata org dia MERAYAP...
Kalau dia tinggal dirumah,
kata org dia MALAS....
Kalau dia marahi anak2,
kata org dia GARANG...
Kalau dia tak marah, kata Orang
dia laki-laki yang TAK TEGAS...
Kalau dia tak bolehkan isteri bekerja, kata org dia Seorang yang MENGUNGKUNG...
kalau dia bolehkan isteri
bekerja, kata org dia MAKAN gaji isteri.
Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAK
Kalau dia dengar kata isteri,
kata org dia DKI (Dibawah Ketiak Istri)
Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dibilang HIDUNG BELANG...
Kalau tak mau tolong
wanita lain, katanya KEJAM..
Tapi di tengah terpaan
segala macam tuduhan,
dia tetap TEGUH....
Dialah LAKI-LAKI....
HARGAILAH setiap LAKI-LAKI dalam hidup anda.
Anda tidak akan pernah
tahu apa PENGORBANAN yang sudah dilakukan buat Anda.
Silakan dikirim ke semua
LAKI-LAKI, supaya mereka TERSENYUM dan kepada
semua wanita supaya
mereka SADAR bahwa
LAKI-LAKI itu amat BERHARGA....
Hehehe......,,,,
Selamat Hari S U A M I kepada semua suami.
Monday, August 24, 2015
Pasukan Komando Laut ( PASKAL )
Panglima Hitam-Anggota Pasukan elit. PASKAL sentiasa bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menghadapi sebarang krisis di perairan negara.
Thursday, June 11, 2015
Fakta Sebenar POTA.
FAKTA SEBENAR MENGENAI POTA YANG TELAH DIPUTAR- BELITKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. FAKTA TERSEBUT ADALAH DARI SUMBER YANG SAHIH IAITU TUKANG DRAF UNDANG2 POTA ITU SENDIRI. HARAP SAUDARA2 KU TIDAK MUDAH DI PUTAR-BELITKAN OLEH FAKTA2 YANG SEBENARNYA [Fakta tidak benar yang telah di viral...]
AKTA POTA YANG TELAH DILULUSKAN MALAM TADI DI PARLIMEN.......Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang telah diluluskan Dewan Rakyat boleh dikenakan kpd PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial spt Whatsapp, FB, Tweeter, Blog dsb. Polis akan menahan mana-mana penyebar Fitnah Kepada Pemimpin Negara termasuk yg mengubahuai gambar pemimpin negara bagi mewujud dan menanam kebencian di kalangan rakyat! Tahanan POTA minima selama 2 tahun! Tidak boleh dicabar di semua Mahkamah. Pusat Tahanan di sebuah Pulau berkeluasan 1000 Ekar di Utara Sabah telah bersedia menanti penghuninya selepas OPS POTA 2015 dilancarkan tidak lama lagi!
[ FAKTA SEBENAR]
😳❓APA ITU POTA?❓😳
✔POTA atau Prevention of Terrorism Act (Akta Pencegahan Keganasan) bukanlah di gubal bagi menangani isu hasutan tetapi isu aktiviti pengganasan yang mana isu aktiviti ini adalah telah dimaktubkan di dalam undang2 substantif yg lain termasuklah Bab VI dan Bab VIA di dalam Kanun Keseksaan.
✔POTA juga terpakai apabila aktiviti pengganasan ini melibatkan entiti yang telah disenaraikan di dalam Seksyen 66B dan 66C Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001.
❌ Tuduhan bahawa POTA ini akan digunakann kepada PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial atau mereka yang mengubahsuai gambar pemimpin negara bagi mewujudkan dan menanam kebencian di kalangan rakyat adalah sama sekali TIDAK BENAR. POTA adalah bagi menangani KEGANASAN dan BUKAN HASUTAN.
❌POTA juga tidak boleh digunapakai bagi menahan seseorang hanya kerana fahaman atau aktiviti politiknya. Namun, sekiranya parti/ahli/pengikut sesebuah parti politik itu terlibat dalam aktiviti keganasan, maka POTA adalah terpakai.
✔Akta POTA mencegah sebelum kegiatan aktiviti keganasan itu dilakukan. Apakah tuan/puan mahu melihat KLCC & KLIA diletupkan oleh pengganas, baru diambil tindakan? Apakah tuan/puan mahu anak2 tuan/puan terlibat dalam aktiviti pengganasan, kemudian bila nasi sudah mnejadi bubur,tindakan baru dibuat? Ini kerana di dalam kes pengganasan, bukti2 yang diperolehi adalah berbentuk risikan dan kebanyakkan bukti2 ini sukar dibawa ke Mahkamah atas keengganan saksi untuk hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan.
✔ Akta ini adalah bersifat Pencegahan yang mana kuasa eksekutif Menteri untuk menjatuhkan hukuman telah dipindahkan kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik oleh Yang DiPertua Agong (YDPA). Ahli2 Lembaga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman sekurang2nya 15 tahun pengalaman di dalam bidang undang2.
✔Keputusan Lembaga ini boleh dicabar dengan Semakan Kehakiman (Judicial Review).
dan
✔Peguambela dibenarkan hadir semasa keterangan diambil oleh Pegawai Inkuiri (IO) yang dilantik oleh YDPA dan IO mestilah bukan seorang anggota/pegawai PDRM. ❌👮
✔Perintah Tahanan POTA boleh dicabar, oleh itu tuduhan bahawa Perintah Tahanan POTA tidak boleh dicabar adalah sama sekali tidak benar.
✔Perintah Tahanan ini juga haruslah di bawa ke satu lagi Lembaga Penasihat sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan.
✔Memandangkan POTA adalah undg2 pencegahan, para tahanan akan menjalani Modul Pemulihan Khas yang telah dirangka bagi meneutralisasikan fahaman ekstemisme mereka yg mana modul2 ini menekankan aspek keagamaan (mengikut agama tahanan), moral dan rohani serta isu hubungan kekeluargaan yang mana ahli keluarga tahanan juga terlibat dalam memberikan semangat kepada para tahanan agar berjaya meneruskan proses neutralisasi.
✔Harus diingat bahawa undang2 pencegahan ini adalah berbentuk pencegahan dan bukannya undang2 punitif(bersifat menghukum).
❌Maklumat berkenaan pusat tahanan di sebuah pulau seluas 1000 ekar di utara Sabah adalah tidak benar. Ini bu
Saturday, March 28, 2015
Mutakhir: Mohamad Sabu ditahan Polis dari Bukit Aman.

Monday, March 16, 2015
Tarkini: Kenyataan balas Sultan Brunai terhadap Media Barat?
Friday, March 6, 2015
Mutakhir: Peguam Najib menghantar surat saman kepada Toni Pua.
Kesabaran seseorang ada hadnya. Kalau bertahun-tahun tuduhan demi tuduhan di lemparkan.
Akhirnya Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak terpaksa mencari kebenaran melalui Mahkamah.
Harakah telah di minta untuk mohon maaf secara terbuka. Mahkamah juga menanti Harakah.
Terkini Toni Pua juga menerima nasib yang sama apabila membuat tuduhan-tuduhan melulu kepada PM kita.
MTMR melihat tindakkan PM adalah tepat pada masanya. Memandangkan rakyat zaman sekarang perlu menyokong kepada kebenaran.
Tempat untuk mencari dan menegakkan kebenaran adalah di Mahkamah. Kita mesti mendidik rakyat dengan cara tersebut.
Rakyat pasti akan meninggalkan cara himpunan jalanan. Kita sebagai pemimpin harus bersih dan tahu apa yang di lakukan dan apakah kebenaran tersebut.
Thursday, January 15, 2015
MUTAKHIR: TLDM TAMATKAN PENGLIBATAN KAPAL DALAM MISI PENCARIAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501.
KUALA LUMPUR, 14 Jan - Penglibatan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi pencarian Op Search and Rescue (SAR) QZ8501 ditamatkan secara rasmi pada 14 Jan 15 jam 6 petang. Selama tempoh 17 hari, TLDM telah menugaskan lima buah kapal iaitu Kapal Diraja (KD) PAHANG, KD LEKIU, KD LEKIR, KD KASTURI dan KD PERAK serta sebuah helikopter Fennec. KD PAHANG adalah kapal TLDM pertama tiba di kawasan operasi SAR pada 29 Dis 14 (hari kedua operasi) sebelum disusuli oleh KD LEKIR, KD LEKIU, KD KASTURI dan KD PERAK. Secara purata, setiap kapal TLDM yang ditugaskan melaksanakan operasi selama 8 hari sebelum keluar dari kawasan pencarian untuk melaksanakan ulangbekal.
Sepanjang penugasan, kapal TLDM telah berjaya mencapai beberapa kejayaan operasi. Secara keseluruhan kapal TLDM telah melaksanakan operasi meliputi kawasan seluas kira-kira 22,000 batu nautika persegi. Pencarian dilaksanakan dengan menempatkan pemerhati tambahan di atas geladak, pemantauan udara oleh helikopter FENNEC, radar, sonar (pencarian bawah air) dan bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB). Selain itu, kapal TLDM turut menggunakan penderia elektro optik bagi mengesan objek di permukaan laut pada waktu malam. Perenang awasan juga terpaksa ditugaskan bagi menaikkan jenazah yang dijumpai walaupun dalam keadaan laut dan cuaca yang sangat mencabar. Kapal TLDM telah menjumpai dan mengambil 10 jasad (4 lelaki, 4 perempuan dan 2 jantina tidak dikenalpasti) yang mana KD KASTURI menaikkan 5 jasad, KD LEKIR 2 jasad, KD PAHANG 2 jasad dan KD PERAK 1 jasad. Di samping itu, beberapa serpihan pesawat dan barangan peribadi mangsa turut dibawa naik. Kapal TLDM telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi apabila dapat bekerjasama dengan kapal dan pesawat negara lain seperti Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, China, Jepun dan negara-negara lain yang turut terlibat dalam usaha pencarian. Kerjasama erat juga dicapai dengan Badan SAR Nasional, Indonesia (BASARNAS) yang berjaya mengkoordinasikan keseluruhan operasi ini dengan baik.
Penglibatan kapal TLDM serta beberapa kapal tentera laut asing ditamatkan apabila bukti utama Flight Data Recorder (FDR) dan Cockpit Voice Recorder (CVR) ditemui pada 12 Jan 15 dan 13 Jan 15. Disamping itu, beberapa pengesanan objek besar di bawah air mengesahkan posisi kapal terbang terhempas. Lanjutan daripada perkembangan tersebut, BASARNAS telah menumpukan operasi pencarian bawah air di kawasan pencarian yang lebih kecil berkeluasan 25 batu nautika persegi. Pencarian di kawasan ini disimpulkan memadai dengan aset-aset Indonesia sahaja. Sehingga 14 Jan 15, sebanyak 48 jasad telah ditemui dan 36 daripadanya telah dikenalpasti.
Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM khususnya sentiasa bersiap sedia dan komited menghulurkan segala bentuk bantuan dengan segera apabila diperlukan, selaras dengan semangat setiakawan ASEAN yang sedia terjalin.
- TAMAT -
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar
Panglima Tentera Laut
Terkini: Angkasawan ISS cemas selepas amaran kebocoran amonia.
MIAMI: Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bergegas mencari perlindungan selepas penggera yang mungkin menunjukkan kebocoran amonia berbunyi, menurut agensi angkasa Amerika Syarikat (AS).
Enam angkasawan berkenaan segera mengenakan topeng kecemasan dan bergegas ke bahagian makmal Russia selepas amaran pada kira-kira jam 4 pagi (0900 GMT) dan menutup pintu kedap ke sebelah bahagian AS.
Ketika agensi angkasa Russia memberitahu media di Moscow bahawa ia disebabkan kebocoran amonia, NASA menyatakan tiada data menyokongnya.
Amonia digunakan dalam sistem penyejukan dan pemanasan ISS. - AFP
Terkini: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, memberi amaran kepada Kiev.
MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, memberi amaran kepada Kiev jangan menggunakan kekerasan dalam konflik di timur Ukraine di mana keganasan meningkat mendadak minggu ini.
"Kami memberi amaran kepada rakan kami di Ukraine supaya tidak cuba sekali lagi untuk kembali kepada kekerasan," katanya pada sidang media di Moscow.
Merujuk kepada serang roket ke atas sebuah bas yang mengorbankan 12 orang semalam, beliau berkata gencatan senjata rapuh di timur Ukraine sedang dicabuli.
"Tembakan semakin meningkat. Tragedi kematian penumpang bas kini diperkatakan orang ramai. kami mendesak siasatan menyeluruh," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menuduh Kiev menyerang bas berkenaan, iaitu kematian orang awam paling ramai sejak gencatan senjata 5 September tahun lalu bagi menamatkan peperangan sembilan bulan antara pasukan keselamatan Ukraine dan pemberontak pro-Russia.
Kerajaan Ukraine menyatakan roket itu ditembak dari kawasan yang dikuasai pemberontak manakala pemberontak pula menuduh ia ditembak oleh batalion sukarelawan Kiev. - AFP
Tuesday, January 13, 2015
PELUANG TERBUKA UNTUK PENGAMBILAN INSTITUT MARITIM!!
●PELABUHAN
●PERKAPALAN
.Diploma in Shipping Management
.Diploma in Port Management
#IJAZAH - 1 Tahun 6 bulan
.Tajaan MARA sepenuhnya (BUMIPUTRA sahaja)
.Dibawah Projek Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia
.Dapat elaun sara diri RM630 setiap bulan, elaun komputer RM2000 & lain2 elaun MARA
.90% graduan mendapat pekerjaan
Call, sms, whatsapp 0127844000
Tlg sebarkan berita baik. Kalau bukan anak kita, mungkin ada rakan2 sekolah anak2 kita. Jgn tutup pintu peluang mereka. Satu pintu kita buka utk org lain, 7 pintu Allah buka utk kita. Ameen
Friday, January 9, 2015
RAHSIA LOBANG HIDUNG.
Kita memiliki hidung berlubang disebela kiri dan disebelah kanan. Fungsinya untuk menarik dan membuang nafas, tetapi ada lagi rahsia yang mungkin tidak ramai yang tahu.
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
UNTUK SAKIT KEPALA: Cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh . Insyallah.
UNTUK LELAH: Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
Fakta:
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin .
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Testimoni :
(dari pesakit yg mengalami sakit kepala berpanjangan)
"Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi."
" Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya "
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Selamat mencuba
SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH
Sunday, December 28, 2014
Terkini: QZ8501 Malaysia kerah 3 kapal, 1 C-130 ke perairan Belitung.
SEPANG: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, mengumumkan empat aset ketenteraan milik Malaysia iaitu tiga kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C-130 Hercules sudah digerakkan ke perairan Belitung.
Beliau berkata, operasi mencari pesawat AirAsia QZ8501 sedang dilakukan dan diketuai oleh pihak berkuasa Indonesia.
"Saya sedang bekerjasama rapat dengan rakan sejawat saya di Indonesia, Ignasius Jonan dan Singapura, Lui Tuck Yew untuk sebarang bantuan yang mereka perlukan ketika ini.
"Malaysia juga menubuhkan Pusat Koordinasi Menyelamat (RCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tuesday, December 23, 2014
Terkini: Pakistan rancang gantung 500 militan.
Monday, December 22, 2014
Terkini: Kembali ke Sekolah - Hajah Normala Abdul Samad.
Thursday, December 18, 2014
Mutakhir: Datuk Seri Najip tidak perlu tunduk kepada tekanan???
Mohd Faizal Misbari
Wednesday, December 17, 2014
Terkini: Panas Pemancing di kenakan lesen
Monday, December 15, 2014
Terkini: Seorang lelaki cedera akibat terkena tembakkan di Negeri Sembilan.
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
-
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



