ISLAMABAD: Isteri Duta Malaysia ke Pakistan antara enam yang terkorban apabila helikopter tentera Pakistan terhempas di kawasan pergunungan Gilgit.
Mengikut jurucakap tentera Pakistan, nahas berlaku ketika helikopter terbabit dalam perjalanan ke tapak pelancaran sebuah projek.
Nahas itu katanya turut mengorbankan Duta Norway, Duta Filipina dan isteri Duta Indonesia.
Helikopter terbabit membawa 11 orang rakyat asing dan enam rakyat Pakistan.
Katanya, hanya enam orang terkorban iaitu empat orang rakyat asing dan dua juruterbang. - REUTERS