KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, ketika mengumumkan demikian, berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
- BERNAMA