TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label TSMY. Show all posts
Showing posts with label TSMY. Show all posts

Friday, November 11, 2022

CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA.

Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak amlan LGBT.

Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar Dan Nakir itu benar. Kiraan amalan di Padang Mahsyar itu benar. Adanya Syurga Dan Neraka itu benar. Kiamat itu benar.

Sesungguhnya Dunia ini milik Allah. Buatlah apa yang Allah perintahkan tinggalkan apa yang Allah larang. Setiap perbuatan kita akan di tanya dihadapan Allah dipadang Mahsyar nanti.

Dengan itu UNDI kita juga akan ditanya di Padang Mahsyar nanti. Sebab kita telah maklum bahawa mana satu Parti yang membawa menefaat kepada Negara dan UMAH. Parti mana yang menjaga RAKYAT tanpa mengira Bangsa. Parti mana yang mahukan samarata tanpa memikirkan hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Parti Perikatan Nasional jelas menjaga Perlembagaan Negara. 

Perikatan Nasional jelas menjaga rakyat Malaysia.

Perikatan Nasional jelas memerangi Rasuah secara besar-besaran.

PERIKATAN NASIONAL BERSIH STABIL.

Perikatan Nasional ( BeSt )

Sekian Wasalam

Yang benar

Ketua PDM MASAI
TAZ.
11/11/22@1010

Monday, January 31, 2022

PRN Sabah: UMNO Khianat BERSATU?

CERITA PRN SABAH, NAJIB MENIPU LAGI. 

Semasa PRN Sabah Umno yang khianati perjanjian. Semasa perbincangan pembahagian kerusi telah diputuskan jumlah pembahagian kerusi mengikut komponen parti bertanding. 

Namun mengenali sikap Umno mereka ini bodoh dan bangang tidak bertempat. Umno melalui Bung Mokhtar telah meletakkan calon Umno bertindih dengan kawasan yang telah ditetapkan kepada parti komponen lain. 

Mereka sengaja berbuat demikian dengan sikap abang besar. Bukan setakat melanggar kawasan orang lain malah dengan bongkak katakan ini hanya PRN dan boleh masuk kawasan orang lain senagai friendly game. 

Umno berharap parti lain akan kendur dan biarkan mereka ambil kawasan tersebut. Umno tamak kerana mereka rasakan momentum kemenangan dan mahukan jumlah kerusi yang paling besar menang.

Natijahnya parti komponen lain bersepakat tetap bertanding dan Umno sendiri tersungkur di kerusi2 tersebut. Dan hari ini Najib penyamun mula persoal seolah mereka Umno yang dikhianati. Umno memang muka tidak tahu malu. Walhal mereka yang bangsat. 

Apa sahaja kesalahan mereka tidak akan akui, sebaliknya orang lain disalahkan. Sama seperti Najib dan Zahid sekarang. Mana reti malu. Ini sudah jadi budaya puak bodoh ini. Dan yang di Bawah sokong membabibuta. 

Oleh kerana umno kalah banyak kerusi PN kuasai kerusi KM Sabah. Umno marah kerana tidak dapat jawatan KM. Walhal jumlah kerusi mereka paling sedikit menang. Sudahlah langgar kawasan rakan2 penuh sombong, jawatan KM pun mahu. 

Bukan setakat itu sahaja, ramai tidak mahu cerita perkara benar bahawa perbelanjaan PRN Sabah dikeluarkan oleh PN sendiri untuk semua kempen termasuk untuk Umno. 

Setelah ketepikan team Musa Aman, Umno Sabah ketiadaan wang. Musa Aman semua tahu kekuatan kewangannya. Ada sahaja sumber yang mampu dicarinya. Tetapi awal lagi dia sudah Umno ketepikan. Umno pusat juga tidak mahu keluarkan wang. 

Datanglah konon seorang hero mahu selesaikan bernama Salleh Keruak. Kononnya dia mampu cari wang belanja PRN untuk Umno Sabah. Dengan syarat dia diberi kerusi. Hanya gebang kosong dan cakap pandai. Penuh biadap dia hanya mesej Muhyiddin minta wang setelah gagal mencari waima bebeapa taikun sudah dia hubungi. 

Bodoh dan mereka berpisah tiada. Cara Saleh ini sangat biadap.Muhyiddin membalas mesej kepada Saleh Keruak beliau Perdana Menteri Malaysia, presiden Bersatu dan bukan bendahari Umno. Saleh malu dan terus berdiam diri. 

Setelah kelupur tiada wang untuk kempen dihantar Annuar Musa pula berbincang dengan Muhyiddin di waktu malam. Mereka sedar masa sudah genting. Atas semangat persahabatan dan Muhyiddin ini lembut orangnya dibantu Umno tanpa syarat. 

Muhyiddin ini jika kena caranya dalam tertib insyaallah akan selesai masalah apa jua. Beliau akan cuba selesaikan. Dibantu Umno Sabah atas nama bersama PN. Selesai masalah mereka. Umno patut berterima kasih kepada usaha Annuar Musa. 

Zahid dan Najib tahu hal ini kenapa tidak ceritakan kepada ahli Umno hingga sekarang. Zahid hanya mesej Muhyiddin dengan satu perkataan sahaja iaitu "Thanks" Kepada Muhyiddin setelah dimaklumkan Muhyiddin membantu Umno. Betapa ego dan biadap mereka ini. 

Kita bukan mahu dabik dada kerana Muhyiddin membantu. Tetapi apa ingin kita cungkilkan adalah adab dan tertib dalam urusan.Mereka ini bangsat tidak sedar dek untung. Dari dahulu hingga sekarang sikap lahanat mereka sama sahaja. Mereka tidak pernah jujur, bersyukur atau insaf. 

Orang lain mahu disalahkan dengan tidak ceritakan salah dan buruk mereka. Mereka sahaja betul dan suci. Umno yang berkhianat di Sabah. Buatlah apa sahaja perjanjian pasti mereka khianati. Di Sabah sudah terbukti. 

Dan semua pun tahu bagaimana lahanat umno ini khianat Muhyiddin  dikala negara dihimpit pandemik dan ekonomi rakyat dan nasib negara sedang merangkak survive. Tanpa rasa bersalah, insaf atau fikirkan nasib rakyat dan negara mereka hanya fikirkan kuasa. Mereka menarik sokongan kerana bengang Muhyiddin tidak mahu masuk campur urusan pendakwaan mereka. 

Najib you may go fuck yourself dengan cerita menipu begini. Nyatakan kebenaran, jangan asyik bodohkan penyokong Umno yang memang sejak azali bodoh. Mereka akan percaya apa sahaja cakap si bapa munafik ini.

Friday, September 24, 2021

Peneroka di bantu oleh TSMY bagi menyelamatkan Tanah Felda.

TSMY, SAWIT DAN PENEROKA

Kenali sikap TSMY beliau bukan jenis berkokok dalam perbuatan. Dengan diam dan senyap beliau bantu apa yang sepatutnya demi kehidupan peneroka.

Ada 2 perkara bagaimana TSMY membantu peneroka. Pertama dengan hal pengambilalihan saham FGV dan dipulangkan kepada felda dan perlupusan hutang peribadi peneroka dengan felda yang diwarisi berketurunan.

Semua tahu hal FGV merosakkan peneroka dan felda sendiri. Projek ini dibuat di zaman Najib menjadi PM. Natijahnya kerugian dan berakhir dengan kegagalan serta Isa Samad didakwa.

Saham-saham felda diapungkan di dalam pasaran bursa untuk menarik minat pelabur dan mencapai untung cepat dalam sekelip mata. Tetapi kegagalan pengurusan meruntuhkan segalanya. FGV sentiasa di dalam kerugian.

Setelah menjadi PM 8, TSMY telah cuba membetulkan keadaan dengan membeli semula kebanyakan saham FGV di pasaran terbuka sekali pun dan menjadikannya milik Felda kembali sepenuhnya dari terus menanggung rugi. Bukan perkara senang untuk ambil kembali daham di pasaran terbuka. Bukan semuanya milik kerajaan. Tetapi beliau berjaya.

Bukan sahaja saham, pengambilalihan ini membawa bersama 68 kilang sawit, bangunan, tanah dan semua aset FGV ke dalam Felda semula.

Hutang peneroka pula adalah hutang yang ditanggung peneroka sekian lama. Ada yang diwarisi dari ayah kepada peneroka sekarang. Ada yang berhutang lebih RM100 ribu.

Hutang-hutang ini adalah hutang peribadi mereka bersama Felda. Dari pinjaman ubasuai rumah, pinjaman pelajaran anak, pinjaman pembelian alatan ladang, pinjaman pembelian motorsikal, pinjaman tanam semula, pinjaman perbelanjaan asas dan lain-lain. 

Semua hutang ini dilupuskan TSMY sebanyak 80% bagi memastikan kehidupan peneroka lebih baik dan minimumkan jumlah hutang yang ada bagi memastikan hasil tuaian dapat dinikmati semaksimum mungkin.

Ini akan menjadikan kuasa belian dan kewangan mereka akan semakin besar dan mengukuh.

Dan semua ini dilakukan dengan diam, teliti dan sekelip mata tanpa apa-apa hebahan besar. Mengenali sikap TSMY yang pendiam memang inilah sikapnya sejak dahulu. Diam dan terus  bekerja.

Peneroka menjadi fokus utamanya kerana golongan ini ramai. Dan sepanjang memegang jawatan juga banyak usaha berkaitan sawit diusahakan TSMY demi sawit negara.

Semasa lawatan rasmi ke Indonesia, TSMY telah tandatangani bersama Presiden Jokowi untuk membawa nasib Sawit Malaysia dan Indonesia ke mahkamah antarabangsa kerana dewan parlimen EU memulakan langkah untuk mengharamkan penggunaan sawit asia di dalam jajahan mereka.

Begitu juga sepanjang memimpin Malaysia, TSMY berjaya membawa sawit ke dalam rundingan luar untuk mendapatkan pasaran luar negara secara besar dan konsistan.

Antara negara terlibat adalah Arab Saudi dan Jepun yang telah bersetuju untuk adakan perjanjian sawit melebihi 1 juta tan untuk kedua-dua negara.

Pada masa yang sama harga sawit sepanjang beliau memimpin juga tinggi akibat aktiviti penawaran yang sentiasa ada waima pandemik.

Dalam diam beliau tahu apa perlu dilakukan untuk selamatkan apa yang patut dan beliau buktikan.

Dalam rancangan pemulihan negara, Banyak lagi pelan rangsangan pemulihan akan dibuat bagi membantu ekonomi sektor lain seperti petani, penoreh getah dan sebagainya. 

Kelebihannya adalah fokus dalam sesuatu segmen dan habiskan tugasnya dengan teliti. Beliau tidak hiraukan tepuk sorak atau penghargaan. Tetapi apa kesan diperolehi kumpulan sasaran yang dirancanganya. 

Itulah cara kerja TSMY. Semoga terus bekerja demi rakyat dan negara.

Thursday, February 18, 2021

Terkini: Kerajaan Perikatan Nasional urus semula hak Peneroka.

Felda sedang struktur semula semua pegangan saham FGV ke arah lebih baik. 

Setakat hari ini selain FGV telah kembali kepada Felda hasil usaha Tsmy, bonus atas kejayaan ini adalah 68 kilang minyak sawit turut menjadi milik Felda sekarang. 

Tsmy bersungguh dalam menjaga peneroka. Dia tidak bawa bulan bintang. Tapi dia bawa hasil di luar jangkaan biar habis wang janji semuanya kembali kepada Felda. Tsmy sedang bersungguh menjaga nasib peneroka dalam diam. Dan beliau buktikan.

Sunday, December 1, 2019

Menteri Malaysia Yang Fikiran Sejuk.

Kasi lauk kat korang ujung minggu ini. Dia ni ada DNA UMNO ka?

1. Hadiah kemenangan PH aku ingat dia nak announce tambah ubat , peralatan, doktor dan hospital. Expectation rakyat sgt tinggi masa PH baru menang.  Sebaliknya,  dia umum larangan merokok sbg hadiah.

2. Bila calun PH PRK Semenyih umum nak mohon bina Hospital, dia kata tak ada plan. Jd mcm auta calun Semenyih.

3. Bila calun Tg Piai Imam Karmaine bertanding PRK, dia umum perlaksanaan denda larangan merokok. Bijak sungguh timing. Kasi pengundi marah, lauk buat BN.

4. Orang tegur dia kata tak takut hilang undi.

5. Ni announce bakal tamat konsesi bekal ubat famaseutikal Pharmaniaga . Nak buat open tender. Telus katanya. Pharmaniaga ini milik Boustead dan LTAT yg mewakili 150,000 ahli terdiri dari perajurit2 kita. 

Lauk lg la buat BN gosok150,000 undi perajurit. Undi mereka boleh tumbangkan kau. Tau ke tak tau? 

Sampai jatuh saham Pharmaniaga. Seronok la  taukeh2 Cina sykt Sdn Bhd. Kita kena fikir spt NAFAS , apa2 yg berkaitan dgn hak kepentingan orang2  Melayu , memang wajar dilindungi dan disokong. Nego. 

Apa guna telus dan cekap jika kedudukan ekonomi Melayu mcm Melayu Spore. Semua dikawal Cina . Baca la Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak2 org Melayu. Selami semangatnya. Kalau bangsa sendiri tak bantu, sapa nak bantu? 

Aku tak sokong UMNO kerana Kleptokrasi. Itu pun maha dahsyat.  Ttp  bab orang2 Melayu  ini UMNO lebih peka dan sensitif.

Friday, April 6, 2018

Terkini : Cerita PPBM ROS bubarkan sementara?

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PPBM

1.   Pada 29 Mac 2018, Setiausaha Agung PPBM telah menyampaikan semua dokumen dan maklumat yang diperintahkan oleh ROS melalui notis Seksyen 14(2).

2.   Pada 30 Mac 2018, Setiausaha Agung PPBM telah bertanyakan kepada ROS jika ada apa-apa maklumat lanjut yang diperlukan. Pada 3 April 2018, ROS menjawab telah mengambil perhatian bahawa PPBM telah mematuhi semua perintah yang diberikan. ROS tidak menyatakan jika beliau memerlukan sebarang maklumat lanjut.

3.   Pada 5 April 2018, PPBM telah memfailkan satu tindakan guaman semakan kehakiman terhadap ROS supaya ROS tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahgunakan peruntukan Akta Pertubuhan sementara perkara itu dibicarakan di mahkamah.

4.   Malangnya, pada masa yang sama ROS telah membuat satu sidang media pada jam 2.30 petang mengumumkan perintah sementara membubarkan PPBM.

5.   Sidang media ROS itu amatlah mendukacitakan kerana sehingga kini kami pemegang jawatan PPBM iaitu saya sebagai Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Mohd Salleh Bajuri selaku Bendahari Agung tidak pernah disampaikan dengan apa-apa notis atau perintah sementara pembubaran oleh ROS. Pejabat berdaftar PPBM di Damansara juga tidak menerima perintah sementara tersebut.

6.   Hal ini adalah bercanggah dengan keperluan Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada empat pemegang jawatan tersebut di alamat berdaftar PPBM. Dalam pada itu, perintah ROS itu telah pun diviralkan kepada orang ramai. Ini tidak sepatutnya berlaku jika ROS bersikap professional dan telus. Seharusnya ROS berhubungan dengan kami secara langsung dan bukan melalui media massa.

7.   Memandangkan ROS sendiri tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966 maka perintah sementara pembubaran itu belum lagi disampaikan dengan sah dan sempurna kepada kami sehingga kini dan dianggap sebagai tidak sah laku.

8.   ROS juga menyatakan dalam sidang media bahawa PPBM tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti sebagai parti politik. Kenyataan Ini adalah salah di sisi undang-undang dan amatlah mendukacitakan. Halangan yang dinyatakan oleh ROS itu adalah halangan-halangan di bawah Bahagian 3 Akta Pertubuhan yang hanya terpakai apabila sesuatu pertubuhan itu telah dibatalkan pendaftarannya.

9.   Pada masa ini PPBM belum dibatalkan pendaftarannya. PPBM hanya dikenakan perintah sementara pembubaran. Hal ini sepatutnya disedari oleh ROS tentang perbezaan perintah sementara pembubaran dan pembatalan pendaftaran.

10.                 Hari ini Parlimen telah ditangguhkan dan adalah dijangkakan akan dibubarkan dalam masa terdekat. Adalah jelas tindakan ROS bertujuan untuk menghalang PPBM dari menjadi saingan UMNO sebagai parti pembela orang Melayu. Adalah juga jelas tujuan ROS mengeluarkan perintah sementara pembubaran adalah untuk menghalang PPBM dari bertanding dalam PRU-14 dan untuk mengelirukan rakyat Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya. Ini juga dilakukan untuk menghalang Pakatan Harapan didaftarkan sebagai pertubuhan politik yang dapat menyaingi Barisan Nasional.

11.                 Tindakan ROS ini adalah satu perbuatan penyalahgunaan kuasa. Sepatunya ROS bersifat neutral dan bukan cuba mensabotaj proses demokrasi dan PRU 14 dengan mengikut telunjuk UMNO. Ini menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional akan menggunakan segala tipu helah untuk mendapat kemenangan dalam PRU 14. Ini juga menunjukkan Najib amat takut bahawa Pakatan Harapan akan membawa kepada perubahan pemerintah yang lebih baik yang akan menghadapkannya ke muka pengadilan kelak.

12.                 Oleh itu saya menyeru ahli-ahli PPBM supaya meneruskan perjuangan sementara proses guaman diputuskan di mahkamah. Mahkamah adalah harapan terakhir menegakkan keadilan di atas kesemua kesalahan yang telah dilakukan oleh ROS. Kes semakan kehakiman PPBM perlu disegerakan supaya tidak menjadi sia-sia jika dilengahkan sehingga PPBM tidak dapat bertanding dalam PRU 14. Semoga Allah memberikan hidayah kepada hakim-hakim kita untuk melakukan perkara yang betul dalam menegakkan kebenaran.

13.                 Saya menyeru semua ahli PPBM untuk mengukuhkan semangat dan terus berjuang supaya Pakatan Harapan menang dalam PRU 14 dan membawa perubahan yang kita janjikan kepada rakyat. Semoga Allah selamatkan Malaysia!

14.                 Menurut undang-undang, notis pembatalan sementara yang dikatakan bertarikh 5.4 ini, boleh dirayu kepada Menteri untuk dibatalkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis itu kepada Menteri berkenaan iaitu Datuk Zahid Hamidi. PPBM akan lakukannya dalam masa terdekat.

15.                 Kalau Menteri Zahid Hamidi sebenarnya tidak takut dengan PPBM, maka saya cabar dis luluskan Rayuan itu secepat mungkin. Kalau tidak terbuktilah Menteri Kerajaan memang takut dengan kewujudan PPBM. "

Thursday, November 2, 2017

Terkini: Penjelasan Isu Orang Bugis?

SURAT TERBUKA KEPADA SULTAN SELANGOR.

Ampun Tuanku.
Merafak sembah menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Sesungguhnya patik memohon ampun limpah perkenan Tuanku mencemar duli membaca warkah ringkas patik dengan hati terbuka, ikhlas dari hati seorang rakyat.

DYMM Tuanku,
Pertamanya patik dengan sembah takzimnya ingin merakamkan setinggi tahniah ke bawah duli Tuanku, kerana di bawah naungan panji Tuanku ternyata Selangor terus berkembang pesat dan mahsyur ini terbukti sepertimana sumbangan Selangor kepada suku hasil pendapatan negara.

Malah gandingan kepimpinan Tuanku dalam pentadbiran negeri Selangor amatlah patik kagumi dengan hasil mahsul bumi Selangor kini terjaga dengan baik termasuk hasil rizab yang mana atas perkenan Tuanku, rakyat beroleh hasil yang membawa kesejahteraan kepada negeri Selangor dan seluruh isinya.

Selaku anak Johor, Tuanku persis Tuanku Sultan Johor yang begitu kasih dan kisahkan rakyat malah keterbukaan Tuanku Sultan Selangor dalam segenap hal membawa kepada kemajuan atau modernisasi secara wasatiyyah dalam kalangan rakyat. Tuanku ternyata lantang demi kesejahteraan rakyat semata. Maka bersyukurlah rakyat yang berada di bawah naungan duli Tuanku.

Ampun Tuanku,

Sesunggunya patik mohon ampun dalam izin menyatakan beza pendapat dan mengambil ruang ini untuk saling memperjelaskan kepada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan titah Tuanku hari ini (2/11/2017) yang pada hemat patik adalah salah faham mengenai pernyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap keturunan Bugis.

Ampun Tuanku,

Menurut kenyataan media dari pihak DYMM Tuanku, pada akhir perenggan pertama ada dinyatakan bahawa kenyataan Tun Dr. Mahathir adalah “dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis” sehingga timbulnya saranan dari pihak Tuanku untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dikenakan Akta Hasutan.

DYMM Tuanku, dari kenyataan mewakili pihak Tuanku di atas ternyata hemat patik ada salah faham terhadap kenyataan Tun. Izinkan patik memperjelaskan isu yang jelas dipolitikkan pelbagai pihak sebelum ini sedang negara dihimpit pelbagai masalah yang lebih meruncing.

Telah lama dan banyak kali sebenarnya dalam ucapan Tun yang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggelarkan beliau sebagai pahlawan bugis yang 'merompak' dan juga 'lanun'. Sekiranya dinilai, setiap kali pernyataan itu dilontarkan bukanlah pernyataan itu ditujukan buat seluruh bangsa atau keturunan Bugis.

Pernyataan itu juga timbul susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sendiri yang menggelarkan dirinya sebagai 'Pahlawan Bugis' dalam suatu program pada 4 Jun 2015 di Sarawak. Sejak itu Tun Dr. Mahathir sememangnya menyebut mengenai Pahlawan Bugis dalam naratif untuk menyedarkan tindak tanduk DS Najib Razak yang berselindung melalui keturunan untuk menghalalkan tindakan salah laku beliau khususnya dalam hal salah guna kuasa dan rasuah. Ini ternyata sebenarnya lebih memalukan seluruh keturunan Bugis.

Malah baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir sendiri ada memperjelaskan mengenai tindak tanduknya yang menujukan pernyataan tersebut hanya kepada Najib Razak kerana beliau atas kredibilitinya selaku Perdana Menteri yang mengamalkan salah guna kuasa sebenarnya memalukan keturunan Bugis dan bukanlah ditujukan buat seluruh keturunan Bugis hakikatnya dan ini boleh didapati melalui penulisan beliau di laman 'blog' chedet.cc bertarikh 26 Oktober 2017. Berikut adalah pautan web: http://chedet.cc/?p=2653

Malah jelas pada perenggan tiga apabila Tun Dr. Mahathir menyatakan; “Ucapan saya dituju kepada Najib yang sering mendakwa ia adalah pahlawan Bugis. Pahlawan Bugis tidak mencuri. Najib pencuri besar dan dikenali sebagai penyamun oleh seluruh dunia.”

Sebelum itu pula, dalam ucapan Tun Dr. Mahathir bertarikh 18 Oktober 2017 di Kemaman, Terengganu. Dengan jelas Tun berkata (pada minit 2:25); “Orang Bugis tak semuanya lanun, Raja kita ada keturunan Bugis juga...” (lihat video: https://www.youtube.com/watch?v=yWK66Ddg4UM ). Ini jelas menunjukkan pendirian Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menujukan pernyataan dan menempelak Datuk Seri Najib Razak semata-mata atas salah laku beliau yang menggunakan keturunan Bugis sebagai perisai.

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya patik amat kecewa apabila isu ini ditimbulkan apatah lagi dipolitikkan bagi mengalih pandangan terhadap isu besar lain seperti rasuah, kleptokrasi dan ketirisan yang berleluasa sekaligus menghalang kemajuan negara.

Patik risau Tuanku, sedang negara tercinta berada dalam kemelesetan kesan salah-laku pucuk pimpinan Malaysia yang membawa kepada himpitan hidup rakyat, isu ini lebih diutamakan sedang 1Juta tandatangan rakyat yang marah dan terkesan dengan kemunduran ekonomi dan mahukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik namun diketepikan.

Saya sebagai orang Melayu amatlah berasa malu sekiranya menggunakan nama sebagai 'Pahlawan Melayu' sebagai jalan untuk menghalalkan perbuatan rasuah dan menjadikan medan bangsa mahupun keturunan untuk menghalalkan perbuatan sebagai perisai. Saya yakin sebegitulah juga untuk seluruh keturunan Bugis. Ini bukan isu bangsa mahupun keturunan, tidak kisah keturunan Melayu, Bugis, India, Cina, Sabah dan Sarawak, tetapi kalau mengamalkan rasuah saya akan berasa malu akan perbuatan sedemikian yang menggunakan bangsa sebagai perisai.

Sebagai salah seorang rakyat, patik sesungguhnya idamkan sepertimana kata-kata keramat 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' kerana itulah 'Wa'adat' yang mana raja sentiasa memayungi rakyat akan keperluan dan kehendak demi kesejahteraan bukanlah sebaliknya.

Malah patik terkejut dengan gesaan dari pihak DYMM Tuanku dan nyata patik berbeza pendapat untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad disiasat di bawah akta hasutan kerana pernyataan Tun juga boleh dikaitkan dengan isu kenyataan Zahid Hamidi yang menyerang keharmonian kaum apatah lagi melibatkan keturunan India yang juga merupakan warganegara di Malaysia.

Ampun Tuanku,

Patik berharap Tuanku bersama kami rakyat, seganding dengan kami demi kesejahteraan negara dan kesenangan rakyat tuanku.

“Fight For Us Tuanku, Fight For All Malaysians”.

Ampun Tuanku.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Rakyat Malaysia.

(Kenyataan ini tidak mewakili parti, lebih kepada kenyataan peribadi dari seorang rakyat Malaysia)

Tuesday, October 24, 2017

TERKINI:LAPORAN POLIS BERKENAAN PELABURAN FELDA DI LONDON.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersama-sama ini disertakan laporan polis yang baru dibuat berkenaan pelaburan Felda di London.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

—�—�—�—�—�-

Saya bernama Mohd Rafizi Ramli (770914-11-5025) adalah Ahli Parlimen bagi kerusi Pandan, Selangor. Dengan latar belakang sebagai seorang bekas juru audit dan akauntan bertauliah, saya selalu memberi perhatian kepada prestasi kewangan badan-badan kerajaan milik rakyat. Sejak Disember 2016, saya telah memberikan perhatian meneliti prestasi kewangan Felda dan semua syarikat yang berkait dengannya.

Saya ada membaca Laporan Tahunan Felda 2015 di Pusat Khidmat Parlimen Pandan pada 4 Oktober 2017 untuk menganggarkan kedudukan aliran tunai Felda yang terkini. Bermula dari situ, saya telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pelaburan-pelaburan hartanah yang telah dibuat oleh anak-anak syarikat Felda sejak 2013.

Saya percaya telah berlaku banyak pelanggaran undang-undang (sama ada sengaja atau tidak sengaja) yang berbentuk jenayah yang perlu disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang seperti berikut:

1. ANAK-ANAK SYARIKAT YANG MEMEGANG HARTANAH SEPERTI YANG DIISYTIHARKAN DI DALAM PENYATA KEWANGAN FELDA YANG DIAUDIT BAGI 2015 TIDAK WUJUD

- Saya merujuk kepada muka surat 293 penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015, di Nota 44(a) yang menyenaraikan semua anak-anak syarikat Felda di seluruh dunia.

- Penyata kewangan diaudit itu mengisytiharkan bahawa salah satu anak syarikat Felda di UK adalah FIC Global Ltd yang ditubuhkan di United Kingdom bagi tujuan pegangan pelaburan hartanah dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda.

- Penyata kewangan diaudit itu (di muka surat 281, Nota 39(d)(viii)) mengisytiharkan bahawa satu pinjaman sebanyak £17.5 juta telah diambil dan dicagarkan kepada pegangan saham Felda di dalam FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”), anak syarikat milik penuh Felda yang memiliki Grand Plaza Kensington Hotel.

- Walau bagaimana pun, Nota 44(a) di muka surat 293 yang diwajibkan menyenarai SEMUA anak-anak syarikat Felda di seluruh dunia tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”) ini.

- Penyata kewangan Felda yang diaudit memberi gambaran bahawa FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”) bukan anak syarikat Felda dan FIC Global Ltd adalah anak syarikat milik penuh Felda yang ditubuhkan di United Kingdom.

- Saya telah membuat carian di dalam Companies House di United Kingdom dan mendapati:

a) FIC Global Ltd tidak wujud sebagai syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom, sebaliknya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI)

b) FIC London Hotel Pvt. Ltd. tidak wujud sebagai syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom, sebaliknya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI)

- Penemuan ini menunjukkan berlaku jenayah apabila pengisytiharan yang dibuat di dalam penyata kewangan Felda yang diaudit adalah tidak benar apabila kedua-dua buah syarikat itu sama ada tidak wujud dan/atau bukanlah milik Felda.

- Segala tindakan bermula dari keputusan pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat, pembelian hartanah, urusan statutori dan undang-undang syarikat, penyimpanan rekod yang betul dan pengisytiharan di dalam penyata kewangan boleh disiasat di bawah pelbagai peruntukan di dalam Akta Syarikat, Kanun Keseksaan, Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan pelbagai akta yang lain.

2. HARTANAH YANG DIBELI FELDA DIDAFTARKAN HAKMILIK ATAS SYARIKAT YANG TIDAK WUJUD DAN/ATAU DIRAGUI PEMEGANG SAHAMNYA

- Dari perkara (1), saya terus menyiasat pemilikan hartanah yang dibeli oleh Felda di United Kingdom dengan menyemak geran-geran hakmilik hartanah-hartanah tersebut.

- Saya mendapati geran bagi Grand Plaza Kensington Hotel didaftarkan di atas nama FIC London Hotel Pvt. Ltd. yang tidak wujud di United Kingdom dan kewujudan serta pemilikannya di BVI diragui.

- Carian di BVI Gazette iaitu warta rasmi Kerajaan BVI menunjukkan satu syarikat yang bernama sama telah pun dibatalkan pendaftarannya dalam bulan Mei 2016.

- Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Felda masih memiliki hotel itu atau pun hakmiliknya telah terbatal.

- Saya juga mendapati penyata kewangan Felda yang diaudit 2015 mengisytiharkan bahawa anak syarikatnya FIC London Hotel Pvt. Ltd. mempunyai nama asal yang lain iaitu Somellier Limited yang hanya ditukar nama pada 6 Mei 2015 (rujuk muka surat 299, Nota 49(b)).

- Ini bermakna, ada kemungkinan besar syarikat yang bernama FIC London Hotel Pvt. Ltd. yang didaftarkan sebagai pemilik hotel itu pada tarikh Felda membelinya iaitu 5 November 2014 bukanlah syarikat sama yang diisytiharkan oleh Felda sebagai anak syarikatnya.

- Penemuan ini menunjukkan ada kemungkinan besar hartanah Felda yang dibeli pada harga sekitar RM330 juta tidak pernah didaftarkan atas nama syarikat yang dimiliki oleh Felda.

- Oleh itu, segala tindakan bersabit pembelian dan pendaftaran hartanah ini bermula dari keputusan pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat, pembelian hartanah, urusan statutori dan undang-undang syarikat, penyimpanan rekod yang betul dan pengisytiharan di dalam penyata kewangan boleh disiasat di bawah pelbagai peruntukan di dalam Akta Syarikat, Kanun Keseksaan, Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan pelbagai akta yang lain.

Sekian, saya membuat laporan.

Monday, October 16, 2017

PAKATAN HARAPAN MEMERANGI NAJIS RASUAH

“Bersihkan Malaysia dari Najis Rasuah”

Pakatan Harapan bertekad menjadikan Malaysia di antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030.

Untuk setiap satu ringgit yang dicuri dengan rasuah, maka kuranglah satu ringgit peruntukan pembangunan sekolah. Untuk setiap sepuluh ringgit yang dicuri dengan rasuah, maka kuranglah sepuluh ringgit subsidi perubatan hospital kerajaan. Berbilion ringgit telah hilang akibat Najis Rasuah yang diamal pimpinan utama UMNO-BN.

Skandal-skandal mega yang dibongkar sejak Dato’ Sri Najib Razak menjadi Perdana Menteri membuka mata rakyat bahawa Rasuah itu Najis yang mengotori dan menghancurkan badan-badan seperti 1MDB, MARA, FELDA, Tabung Haji, KWAP dan YAPEIM. Negara boleh bankrap kerana Najis rasuah.

Wang lebih RM 20 bilion yang dicuri dalam skandal mega 1MDB sebenarnya boleh membina 460,000 rumah kos rendah, menyediakan pendidikan percuma, atau membina 50 buah hospital baru.

SPRM sekarang melapor terus kepada Perdana Menteri. Mereka hanya berani menangkap dan mendakwa “ikan bilis” - pegawai-pegawai rendah kerajaan atau pimpinan pertengahan kerajaan. “Ikan-ikan jerung” seperti MO1 yang merasuah masih bebas.

Apabila pemimpin atasan mencuri wang rakyat menerusi amalan rasuah dan salah guna kuasa, kita lah yang terpaksa bayar hutang negara dengan cukai GST, kenaikan harga minyak dan potongan subsidi beras, gula dan minyak masak.

Pakatan Harapan berikhtiar untuk membersihkan Malaysia dari Najis Rasuah, bermula dari pimpinan tertinggi kerajaan. Kami bertekad untuk menjadikan Malaysia antara 10 negara paling bersih mengikut Indeks Persepsi RasuahTransparency International menjelang tahun 2030.

Maka selepas menang PRU14, kami akan melaksanakan agenda anti-rasuah seperti berikut:

5 Tindakan dalam 100 Hari Pertama Kerajaan Pakatan Harapan:

1. Menangkap MO1 dan “ikan-ikan jerung” lain;

2. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) terhadap penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB dan FELDA;

3. Menubuhkan sebuah badan bebas yang akan berusaha mengembalikan aset dan wang rakyat yang telah dicuri atau diseleweng melalui rasuah;

4. Menjadikan SPRM sebuah badan bebas yang melapor terus kepada Parlimen; dan

5. Menghapuskan amalan runding terus (direct nego) untuk semua kontrak kerajaan.

Pakatan Harapan berikrar untuk hapuskan Najis Rasuah demi masa depan negara tercinta.

Dibaca oleh YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

Pada

14 Oktober 2017
Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor

Sunday, October 15, 2017

Terkini: 60 buah pertubuhan berdaftar bersama hampir 400 Ayahanda bantah Pesta Arak di Johor

14 OKTOBER 2017

JOHOR BAHARU: Sebanyak hampir 60 buah pertubuhan yang bergabung bersama Majlis Ayahanda Johor (M.A.J) dengan jumlah hampir 400 orang Ayahanda telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap pesta maksiat termasuk Oktober Fest yang bakal diadakan secara terbuka di negeri Johor Oktober ini.

Ketua Dewan Syura Majlis Ayahanda Johor, Ybhg. Tok Ayah Din Sunan berkata, bagi mengelak segala kemungkinan itu berlaku pihaknya telah menghantar memorandum dan menyerahkan kepada Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Baharu dan Ibu Pejabat Ketua Polis Johor Baharu dan turut memaklumkan kepada Ahli Parlimen Negeri Johor mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, memorandum itu diserahkan sendiri oleh Yang Di Pertua Majlis Ayahanda Negeri Johor, Ybhg. Paduka Tok Ayah Moharam Baharom kepada pihak-pihak berwajib agar mengambil tindakan segera bagi mencegah pesta maksiat tersebut dari terus diadakan.

Beliau berkata, dari maklumat yang diterima dan sudah tular di laman sosial dipercayai pesta arak tersebut sahih dan kini dikatakan diadakan secara tertutup di Hotel Mutiara, Johor Baharu pada 13 dan 14 Oktober 2017 ini.

Menurutnya, pada 9 haribulan lalu telahpun diadakan mesyuarat di pejabat M.A.J di Larkin Perdana dan telah mengadakan sidang media di Dewan Serbaguna Taman Sri Stulang, Johor Baharu bagi menyatakan bantahan terhadap pesta arak yang ingin diadakan itu.

“M.A.J dengan tegas membantah apa-apa juga pesta dan keramaian yang berunsurkan maksiat dan kemungkaran yang berlaku secara terbuka di negeri Johor ini,”katanya.

Beliau berkata, atas alasan kita tidak mahu negeri Johor yang terkenal dengan kekuatan aqidahnya yang berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi tidak berbuat apa-apa apabila berlaku kemungkaran terutamanya di negeri Johor.

“Kita bersepakat dengan Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Ayahanda Johor menghantar memorandum bantahan kepada pihak yang berwajib supaya diambil tindakan.”

Katanya, walaupun sebelum ini kita ada mendengar pesta-pesta dan program seumpama ini dianjurkan tetapi ia hanya dilakukan secara tertutup tetapi nampak gayanya pada tahun ini pihak penganjur kelihatan terlebih ‘advance’ mungkin untuk dapatkan lebih penyertaan dan meraih keuntungan atau mungkin mempunyai niat yang lain.

“Kita khuatir dengan iklan yang diwar-warkan dan tular di media sosial ini akan mendorong orang-orang Islam terutamanya remaja yang mungkin pegangan agamanya goyah akan terikut ataupun terpengaruh dan dalam masa yang sama kita khuatirkan tergugatnya ketenteraman awam.”

“Biasalah apabila sudah mabuk macam-macam perkara tak diingini boleh berlaku, kemalangan, pergaduhan, berpeleseran, dadah dan maksiat akan secara tidak langsung juga bakal berlaku,”ujar beliau.

Din Sunan berkata, daripada pemantauan yang dibuat, bukan sahaja M.A.J yang buat bantahan tetapi boleh dikatakan hampir seluruh penduduk Johor membantah, cuma mereka tidak ada saluran untuk menyatakan bantahan masing-masing,”katanya ketika dihubungi Menara.my di sini, hari ini.

Menurutnya, apa yang kita khuatirkan pesta arak ini dinaungi oleh orang-orang yang berkepentingan politik yang beragama Islam, ketua-ketua jabatan atau orang-orang berpengaruh di dalam negeri Johor.

“Jika perkara ini melibatkan mereka dalam penganjuran pesta maksiat ini, pada saya ini adalah amat-amat mendukacitakanlah kerana kita perlu faham satu perkara sepertimana dari hadis Nabi SAW “ setiap daripada kamu itu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan di padang Mahsyar nanti tentang apa yang dipimpin kamu, oleh Allah SWT”.

Beliau berkata, menurut Hadis Nabi SAW lagi, “Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran berlaku depan mata kamu hendaklah kamu ubah ataupun kamu cegah dengan tanganmu bermaksud dengan kuasa, ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin, “jika tidak kamu mampu melakukannya maka hendaklah kamu cegah ia dengan lisan dan ini dikalangan alim ulama, ustaz-ustaz dan orang-orang cerdik pandai yang boleh menyampaikan hujah-hujah dan sebagainya atau jika kamu tidak mampu setidak-tidaknya hendaklah kamu membenci di dalam hati kamu mengenai perkara kemungkaran tersebut, dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Menurut Tok Ayah Din Sunan lagi, sebagai rakyat yang juga orang awam ini mungkin kami dikalangan orang-orang nombor dua ataupun nombor tiga mengikut turutan hadis berkenaan, iaitu yang menggunakan lisan dan juga hati.

Beliau berkata, kita menyampaikan luahan kita kepada pemimpin yang mempunyai kuasa yang boleh berbuat sesuatu untuk mencegah dan mengubah dengan tangan(kuasa)jadi kita mengharapkan mereka ini prihatin dan tegas.

“Kita tak mahu negeri Johor ini mendapat kemurkaan Allah SWT, walaupun secara hukum fekahnya ada hak-hak utuk orang bukan Islam ini, tetapi penganjuran pesta maksiat seumpama ini dilihat seolah-olah mencabar umat Islam di negeri Johor.

Din Sunan berkata, untuk makluman, Majlis Ayahanda Johor sebenarnya ini hanyalah terdiri daripada kepimpinan yang bergelar Ayahanda sahaja, dan setakad ini keahlian di dalam M.A.J sahaja dalam lingkungan 400 orang yang bergelar Ayahanda dan dalam masa yang sama kita sedia maklum perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal agama di dalam negeri Johor ini.

-TAMAT-

Saturday, October 7, 2017

Terkini : Pasir Gudang Bubur Asyurah Utara di EDL Shell Pasir Gudang.

Pasir Gudang : Pada 6/10/2017 Program masak bubur Asyurah Utara telah dilaksanakan di Pasir Gudang.

Persiapan dimulakan bermula dari malam 5/10/2017 seawal jam 9.00. Pemasangan kemah dan persiapan bahan-bahan untuk memasak bubur Asyurah tersebut.

Pengelibatan Anak Muda ARMADA dan J/Kuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menjayakan Program tersebut.

TAHNIAH kepada Ketua Bahagian PPBM Pasir Gudang Dr Hashim bin Hj Yusoff, ARMADA dan  SRIKANDI atas kejayaan melaksanakan program tersebut.

Program kemasyarakatan  akan terus dilakukan bagi #ppbmmesramasyarakat. PPBM sedar masyarakat Pasir Gudang tergolong dari masyarakat pelbagai bangsa dan kebudayaan. Perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk PPBM-Pasir Gudang mendekati rakyat.

PPBM-Pasir Gudang merasakan rakyat mula sedar dan boleh menerima kehadiran budaya Politik Demokrasi. Mereka kelihatan tidak kekok atau berasa jangal kehadiran kami.

Ada setengahnya boleh bergurau senda walaupun pada pertemuan kali pertama. Ini merupakan satu perkembangan Positif di mana Parti Politik yang di terajuai OTAI Tun M dan TSMY mendapat tempat di hati rakyat.

Kebiasanya mereka menyuarakan pandangan. Pendapatan tidak sepadan dengan harga barang.

" Kami tahu dan memahami apa kehendak rakyat. Kami tidak boleh berbuat apa-apa selagi kami belum menjadi kerajaan " - Tuan Dr Hj Hashim bin Hj Yusoff.

PPBM bersama Paktan Harapan merasakan perlu untuk membantu dan membela nasib rakyat. Oleh itu PPBM dalam menyambut kemenangan 100 hari memerintah menjadi kerajaan di Malaysia berjanji akan menghapuskan cukai GST!!! - Tun M.

Tugasan rakyat Malaysia pada hari ini adalah memenangkan kerusi PPBM dan PAKATAN HARAPAN di mana-mana kerusi yang di pertandingkan dalam PRU14 akan datang.

MEDIA MESO

Friday, April 7, 2017

Tan Sri Muhyiddin menyanggah dakwaan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyanggah dakwaan wujudnya kroni di dalam menyusun barisan kepimpinan parti itu di peringkat bahagian dan negeri sebagaimana dakwaan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, dakwaan itu hanya dilakukan oleh sebahagian kecil ahli parti.

"Tak apalah dalam politik ada orang suka dan tidak suka walaupun kenyataan yang keluar hanya daripada kumpulan kecil sahaja.

"Sebahagian besar ahli GKCM sudah berada dalam pimpnan PPBM sudah pun memegang jawatan mungkin ada kekecewaan atau sebab lain," ujarnya dalam sidang media diadakan hari ini.

Beliau sebelum itu mengumumkan pelantikan Rina Mohd Harun sebagai Ketua Srikandi parti itu.

Menurut Muhyiddin lagi, pihaknya sedia berbincang untuk menjelaskan duduk perkara sebenar gerakan politik yang dibawa oleh parti itu kepada GKCM yang masih kurang jelas.

"Ini sebagai cabaran, sebaik mungkin ada perkara kita berbincang untuk mmenjelaskan apakan gerakan politik di bawa oleh PPBM.

"Kita mahu mereka bersama-sama dengan kita menyokong.

"Pimpinan belum setahun jagung pun namun dalam tempoh yang singkat itu PPBM sudah diterima ramai terutama mereka yang telah berjuang dalam parti politik sebelah kerajaan (Umno).

"Sebahaian besar dikalangan pimpinan adalah orang yang baru dan ada dikalangan yang pengalaman dan pernah berada dalam parti politik.

"Kita perlu ambil masa untuk kita tahu (mengenali mereka) ini cara kita berpolitik sihat dan jika ada perkara perlu ditangani kita akan tangani bersama," ujarnya.

Pada 2 April lalu GKCM seluruh negeri menetapkan pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat.

Timbalan Presidennya Datuk Mohd Zin Mustapa dipetik berkata, GKCM memandang serius tentang perkembangan politik mutakhir ini dakwanya, terdapat banyak kepincangan dalam partiyang baharu tujuh bulan ditubuhkan itu.

GKCM telah mengenal pasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

Dakwanya beberapa pemimpin tertinggi dalam parti jelas mengamalkan kronisme dengan melantik rakan-rakan mereka untuk menerajui kepimpinan di peringkat Bahagian dan Negeri.

Sambung Muhyiddin lagi beliau sendiri tidak pernah kenal dengan Ketua Srikandi yang diumumkan hari ini secara rasmi.

"Itu anggapan mereka. Saya sendiri tidak kenal pun Rina, malahan saya tidak kenal pun sebahagian ahli yang lain mereka bergerak awal-awal dulu bukan kerana mereka bersama dalam Umno.

"Saudari (wartawan) pun tahu mereka menyokong kita dan hendak bersama menyumbang dan berjuang bersama kita. Tidak tepat jika kata ada kroni kerana kita tidak memilih sesiapapun atas sebab mereka rapat dengan sesiapapun dalam pimpinan tertinggi parti," ujarnya.

Beliau menerangkan semua pimpinan di peringkat negeri dan bahagian dikemukakan oleh bahagian yang diterima di peringkat pusat.

Turut hadir dalam sidang media Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir,  Ketua Penerangan Datuk Kamaruddin Md.Nor, Ketua Srikandi Rina Mohd Harun dan barisan exco Srikandi.

Sunday, January 15, 2017

Majlis Pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia.

*Ucapan oleh YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Pengerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sempena Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari Sabtu, 14 Januari 2017
jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam*

1. Kita berhimpun di sini untuk melancarkan sebuah parti politik baru.

2. Kita lancarkannya untuk mengganti sebuah parti politik yang sudah usang, yang sudah lari daripada landasan yang ditentukan oleh pengasasnya.

3. Parti UMNO bukan sahaja usang tetapi sudah menjadi parti kleptokrat, parti yang dipimpin oleh penjenayah, penyamun dan pengamal rasuah yang tidak terhingga skalanya.

4. Parti ini juga menjadi penindas keatas rakyat, mendera mereka tanpa sebab, menangkap, memasuk dalam tahanan dan menghadap mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah. Peguam yang menasihat anak guam juga ditangkap.

5. Parti ini juga telah dan sedang menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan yang terasing dari negara, dengan penduduk asing yang berideologi bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan bangsa kita.

6. Itulah sebahagian daripada sebab parti baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia ditubuh. Ianya ditubuh sebagai menyahut teriakan rakyat yang mahu supaya diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah penyangak dan penyamun, yang bernama Barisan Nasional dengan UMNO sebagai tunggaknya.

7. Tiada ada satu usaha yang lebih mulia daripada usaha yang kita Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama rakan-rakan kita usahakan untuk mengamal ma’aruf dan membasmi kemungkaran UMNO dan Barisan Nasional.

Saudara dan Saudari.

8. Saya akui saya sudah tua, sudah berusia lebih dari 90 tahun. Mungkin bagi sesetengah orang yang berasa terancam, saya kononnya sudah menjadi lemah, lemah tubuh badan, lemah akal fikiran, lemah ingatan, seorang pelupa yang nyanyuk yang sepatutnya diam sahaja.

9. Tetapi sedarlah bahawa usia yang panjang ini juga memberi kepada saya peluang melihat dengan mata sendiri akan pergolakan dan nasib bangsa saya selama lebih 80 tahun di waktu dijajah oleh tiga kuasa asing, keadaan sebelum merdeka dan setelah merdeka.

10. Saya pernah bertuan penjajah di negara sendiri. Perasaan terhina menyelubungi diri, apabila terpaksa bertuankan orang asing, yang menjajah negara.

11. Demikianlah perasan terhina menekan diri sehingga timbul kepercayaan bahawa memang pun bangsa saya bangsa yang kerdil, yang tidak berkebolehan. Kedudukan dijajah memang nasib yang tidak boleh dielak oleh bangsa yang serba kurang ini.

12. Tetapi Alhamdulillah, bangsa yang lemah dan kerdil ini, bangsa yang tidak berkebolehan ini, bangsa yang serba miskin, miskin dengan duit ringgit, miskin dengan ilmu, miskin dari kekuatan semangat juang, miskin senjata - bangsa ini apabila disedari akan dipisah dari tanah air dan menjadi orang asing di negara sendiri, bangsa ini tiba-tiba terjaga, bangun, bersatu dan melancarkan serangan balas bertalu-talu untuk menebus balik maruah dan tanahair.

13. Ya. Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan kekuatan yang tidak pun dimimpi berada kepada mereka.

14. Rakyat dan Raja negeri masing-masing tiba-tiba sedar bahawa mereka adalah dari satu bangsa, yang berbahasa, berbudaya dan beragama yang sama. Mereka sedar bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah hak mereka, warisan nenek moyang yang perlu mereka pertahan.

15. Kesedaran ini membawa kepada perpaduan dan perpaduan membuahkan kekuatan. Biar betapa kuat sekali musuh yang menjajah, namun Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu dan tidak akan diserah menjadi tanah jajahan selama-lamanya oleh bangsa lain.

16. Demikianlah kesedaran terhadap kehilangannya tanahair, kesedaran akan menjadi pendatang di negara sendiri, sehingga segala keperitan lain diketepikan oleh semua dan perjuangan membebaskan negara diutamakan.

17. Semua berkumpul dalam satu badan, pegawai tinggi dan rendah yang berpelajaran Melayu atau Inggeris, yang berpelajaran agama dan berbahasa Arab; semuanya bersatu dan berbaris rapat menentang penjajah.

18. Dan Raja yang telah serah segala-galanya kepada penjajah British, tiba-tiba mereka berasa kuat dan berani. Rakyat bangsa Melayu bersama mereka, dan mereka pun menolak segala perjanjian yang telah ditandatangani mereka.

19. Penjajah berasa takut kerana yang tertidur sudah pun jaga dan bangun, sanggup melakukan apa yang kononnya mereka tidak mungkin lakukan.

20. Meringkaskan cerita, negara yang selama 400 tahun dijajah, di belenggu oleh siapa sahaja, oleh Portugis, oleh Belanda, oleh British, oleh Jepun dan oleh Siam, tiba-tiba merdeka.

21. Dan merdeka memberi kuasa, kuasa untuk memperbaiki nasib bangsa, untuk menebus maruah, untuk selamatkan warisan nenek moyang.

22. Tanggungjawab dipikul dan keadilan serta timbang rasa ditunjuk kepada bangsa-bangsa lain yang setia kepada negara. Tidak ada perasaan tamak untuk merampas harta dan hak mereka yang sudah setia kepada negara. Mereka diberi hak sebagai warga negara.

23. Sesungguhnya bangsa Melayu ini berbudi bahasa, bermurah hati dan sanggup berkongsi yang sedikit yang ada pada mereka. Maka tertawanlah hati dan akal fikiran seluruh permastautin dari pelbagai kaum atau agama. Pada masa itu budi bahasa bukan slogan pilihanraya tetapi memang pun budaya asli kita.

24. Dan amanlah negara dan terbangunlah tanahair. Penanam padi, penangkap ikan, penoreh getah tiba-tiba memiliki anak yang profesional, doktor, lawyer, engineer, arkitek, professor, pentadbir dan diplomat. Pesawat terbang yang canggih diterbang dan diselenggara oleh anak penoreh dan pesawah.

25. Di seluruh dunia terdapat penuntut Melayu yang mengejar ilmu sains, matematik, nuklear sains, elektronik, IT dan bermacam ilmu lagi.

26. Lulus, mereka mengepalai kementerian, syarikat gergasi, industri pembuatan, nakhoda kapal, bahkan menjadi angkasawan. Mereka boleh. Bangsa Melayu dan Pribumi lain boleh. Bangsa Malaysia boleh.

27. Ya. Malaysia boleh. Melayu boleh. Negara pesat dibangun dan menjelma menjadi negara maju, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

28. Inilah kepercayaan kita pada masa itu, terutama kita yang sudah mengalami pedih perit dijajah orang. Orang Melayu akan dapat bahagian mereka tanpa merampas hak orang lain, Kita bukan penyamun. Kita bukan perompak. Kita adalah bangsa bertamadun, bermaruah tinggi, adil yang tidak merampas harta orang. Apa yang kita dapat, kita dapat dengan usaha kita sendiri, dengan titik peluh kita sendiri.

29. Tetapi kemewahan mempunyai racun yang boleh racuni fikiran dan menghapuskan nilai hidup yang mulia. Dari semangat yang membakar api kebangsaan, yang menyatupadu bangsa, yang memberi kekuatan kepada kita; dari semua ini kemewahan kebendaan merasuk sehingga segala yang mulia dalam nilai hidup kita diganti dengan sifat tamak yang tidak terhingga.

30. Bangsa dan negara dilupakan dan diganti dengan ketamakan untuk diri sendiri, ketamakan kuasa, duit Ringgit, harta dan pangkat.

31. Maka bertanyalah mereka ini "Apa aku dapat". Begitu lama aku berjuang apa aku dapat. Mereka yang lain menjadi Yang Berhormat, bergaji tinggi, berkenderaan mewah. Ada yang jadi Menteri pun, Menteri Besar, Perdana Menteri. Tapi "apa aku dapat".

32. Bukankah aku yang berjuang, yang bermati-matian untuk menaikkan mereka. Mereka dapat. Apa aku dapat?

33. Dan kecewalah mereka ini. Dan terpadamlah semangat yang dahulu begitu suci. Dan digantikan dengan iri hati dan hasad dengki.

34. Tetapi apakah pula sikap mereka yang sudah "dapat", dapat menjadi wakil rakyat, gaji dan elaun, pangkat darjat, kuasa dan sebagainya.

35. Apakah mereka berpuas hati kerana mereka "dapat". Tidak juga. Mereka masih berpendapat mereka sepatutnya mendapat lebih lagi dengan lebih mudah. Yang dapat ke puncak juga demikian. Demikianlah apabila perasan tamak menguasai mereka.

36. Maka berhempas pulaslah mereka, mengejar secara halal atau haram apa yang dianggap sepatutnya dimiliki oleh mereka.

37. Maka berlakulah pencurian dan rasuah kerana tamak tak terhingga. Biarlah negara hancur asalkan yang dituntut didapati. Biarlah bangsa merana asalkan aku dapat.

38. Lupakanlah semua yang telah dicapai - ketepikan nikmat kesejahteraan hidup, pangkat darjat, kemewahan yang dikecapi.

39. Lupa juga akan pemulihan maruah bangsa, bangsa yang dahulu dihina yang kemudian dihormati dan disanjung tinggi. Apabila dihormati, apa sahaja boleh dilakukan, termasuk mencuri dan menyamun. Benarkah setelah dihormati, akan terus dihormati.

40. Lupa akan penjajahan 400 tahun dahulu, lupakan hantaran bunga emas dan bunga perak, untuk selamat dari diserang, dibunuh sesuka hati jiran dan kuasa luar, dijajah.

41. Tak usah cakap pasal lama, kata yang tamak ini. Itu dahulu. Ini sekarang. Sekali merdeka tetap merdeka. Tak akan Melayu hilang di dunia.

42. Ya Melayu tidak akan hilang. Tetapi Melayu jenis apa yang tak akan hilang? Melayu kuli orang selama 400 tahun. Inilah Melayu yang tak hilang selama itu. Apakah Melayu yang tak akan hilang di masa hadapan juga Melayu hamba yang tinggal sebagai setinggan menumpang di belakang rumah orang lain, dijadikan bahan pameran untuk pelancong asing.

43. Tetapi ini bukanlah yang disedari oleh ramai dari kita. Sekali makmur selama-lamanya makmur. Sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Benarkah? Kamu merdeka dahulu. Tetapi apabila datangnya Portugis, maka berlarilah kamu ke Selatan. Kamu dijajah selama 400 tahun.

44. Kemudian kamu merdeka sekali lagi. Kamu dapat nikmat, dapat rezeki, makmur. Apakah Portugis baru tidak akan datang untuk menjajah kamu lagi? Fikir. Allah memberi akal fikiran kepada kamu untuk fikir. Fikirlah.

45. Ya. Kamu mungkin dapat apa yang kamu tuntut. Tetapi kamu akan hilang apa yang masih ada pada kamu.

46. Rata-rata kamu lihat bangsa Melayu kerana daif menjual tanah. Bukan sahaja yang sekangkang kera – tetapi juga yang seluas wilayah. Beribu-ribu hektar dijual, bukan sahaja kepada orang tempatan tetapi juga kepada orang asing.

47. Maka teringatlah mereka yang melihat dan sedar akan pantun lama:
Pulau Pinang Negerinya Baru,
Kapten Light menjadi Raja,
Bila dikenang zaman dahulu,
Duduk mengalir air mata.
Tetapi ini pantun lama. Tak ada kena mengena dengan sekarang. Demikian respon mereka yang lain, yang tamak.

48. Tetapi inilah budaya kita. Tanah dijual untuk wang tunai. Kecil atau besar, tanah dijual. Tanah yang sudah dijual bukan milik kita lagi. Duit yang didapati tidak kekal. Dibelanja sehingga merosot dan hilang akhirnya. Kalau masih ada pun tidak boleh di bawa mati. Akan dihabis oleh zuriat dalam sekelip mata. Itulah rasmi duit.

49. Maka berundurlah penjual tanah ke kawasan yang terpencil dan mendirilah mereka pondok bertiang kayu, berdinding papan atau pelupuh, dengan bumbung atap nipah atau zink karat.

50. Bandar berkembang lagi sehingga sampai ke pondok yang didirikan. Nilai tanah pun naik. Sekali lagi datang pembeli menawar harga yang tidak dapat ditolak. Dan sekali lagi tanah dijual dan penjual berpindah ke desa. Akhirnya kediaman terletak dipinggir hutan, menunggu masa menjadi penginap hutan.

51. Besar atau kecil, sedarlah tanah yang dijual bukan milik kita lagi. Jika dimiliki oleh warganegara Malaysia yang lain, Alhamdulillah. Tetapi jika dimiliki, dibangun dan diduduki oleh pendatang baru dari luar negara, maka terasinglah kita dari mereka di negara kita, terdirilah kawasan asing di dalam negara, di mana kita akan jadi pendatang yang daif, terasing dan berlainan.

52. Kawasan milik orang asing ini akan dibangun dengan pesat, dengan indah, dipenuhi dengan pencakar langit dan mahligai di mana tinggal hartawan mereka yang kaya tidak terhingga. Bolehkah kita berbangga dengan kemewahan orang lain ini, berbangga dengan keindahan harta yang tidak dimiliki kita. Berbanggakah kita dengan kekayaan dan keindahan Singapura umpamanya, wilayah kita dahulu tetapi tidak lagi sekarang.

53. Jika kita fikir sedikit, akan kita sedar  ini sedang pun berlaku sekarang. Warisan kita dijual, dan dijual sehingga tidak ada apa lagi yang akan diwarisi anak cucu, sehingga mereka akan bangsat di negara sendiri.

54. Jika kita belajar dan mengambil iktibar dari sejarah dan bertindak, semua yang merosakan ini tidak akan berlaku. Tetapi kita suka dengan jalan yang mudah. Biarkanlah sahaja. Duit buta, makan buta. Apa yang lebih sedap dari yang terdapat buta. Kata Mat Salleh "there is no such thing as a free meal." Bah. Itu Mat Salleh.

55. Sekarang ini kita disedarkan walaupun daif dan miskin kita ada sedikit kuasa. Tak banyak tetapi bernilai juga. Kuasa mengundi rupanya ada harganya.

56. Apa dianya kuasa mengundi? Tak lain, tak bukan, ia adalah kuasa untuk menaikkan seseorang sehingga jadi Perdana Menteri. Wah. Kita boleh tentukan siapa menjadi Perdana Menteri. Ini kuasa. Apa harganya? Jangan fikir akan apa yang akan berlaku, kepada negara. Fikir sahaja akan Ringgit yang didapati sekarang.

57. Dan dijuallah kuasa undi seperti tanah yang telah kita jual. Malapetaka hari depan perkara lain. Anak cucu tidak akan ada negara sendiri. Itu masalah mereka. Dan dalam iklim ini terbentuklah pemimpin perasuah yang berslogan Wang tunai itu Raja.

58. Siapa sahaja boleh dibeli. Yang besar yang sudah kaya, yang sudah berada, berpangkat tinggi, tinggi harganya. Yang kerdil, murah. Murah atau mahal, jika kena harga, semua boleh dibeli. Ya: kuasa boleh dibeli jika ditawar harga yang dikehendaki pemilik. Jika tidak million, boleh tawar billion.

59. Bagi yang menyuap, keupayaan untuk suap perlu ditingkatkan. Jika kemampuan tidak ada, lakukanlah apa sahaja, halal atau haram, jenayah atau tidak. Maka perasuah pun merompak, menyamun, menipu, menyalahguna kuasa untuk menambah ongkos, dana untuk menyogok lagi.

60. Ya, semua tahu akan jenayah yang telah dilakukan. Dunia tahu dan mempunyai bukti akan jenayah yang telah dilakukan. Tetapi dedak menutup mata supaya menjadi buta, menutup telinga supaya menjadi pekak, dan menutup mulut supaya menjadi bisu. Apabila dedak disumbat ke dalam hidung bukan sahaja yang busuk tidak dapat dibau, tetapi ajal sampai pun tak disedari.

61. Pedulikan. Dunia tidak dapat bertindak terhadap penjenayah yang dikenal pasti. Hanya undang-undang negara penjenayah sahaja yang boleh dikuatkuasakan. Dan undang-undang serta penguatkuasanya boleh dibeli dengan harga tertentu, boleh kongsi sebahagian dari wang yang dicuri.

62. Institusi penguatkuasa sudah dibeli, sudah dijadikan rakan sejenayah, berkongsi hasil jenayah, dan tidak lagi dapat bertindak menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan tugas. Dengan lebih banyak orang yang perlu disuap, curi lagi dan kongsi lagi dengan mereka yang bersekongkol. Akan ada yang dimuftikan untuk menghalal yang haram.

63. Jika wang yang hendak dicuri tidak ada, dengan kuasa yang diberi, pinjam sahaja wang untuk dicuri. Apa guna kuasa jika ia sama sahaja dengan orang yang tidak berkuasa.

64. Hari ini negara bangsa sudah dijual, dijual oleh penjenayah, dibantu oleh mereka yang bersubahat untuk sebahagian hasil jenayah. Mereka bersumpah tetapi sumpah mereka terhad di mulut yang bersuara. Oleh itu curilah. Neraka lambat lagi. Rasuah tidak berada dalam hudud. Ada  mufti yang boleh menghalalkan yang haram. Tak semua. Tapi ada.

65. Bagi yang tolak dedak, ugutan sedikit sudah mencukupi. Aku tahu tapi aku takut, takut terkurang sedikit keselesaan hidupku. Bagi mereka ini perjuangan boleh dibuat tanpa pendedahan. Berjuang mesti berjuang. Akan ditentukan rahsia mereka dirahsiakan.

66. Melayu mudah lupa. Kebanyakan Melayu mudah lupa atau sengaja lupa.

67. Mereka yang mudah lupa ini tidak akan berhenti melakukan kesilapan-kesilapan yang lama. Kata seorang pujangga barat, "those who forget the lessons of history are condemned to repeat their mistakes over and over again", "Mereka yang lupa akan pengajaran sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali".

68. Tetapi, Alhamdulillah. Ada segelintir yang tidak lupa. Ada yang sedar. Dan dengan kesedaran ini, berasa takut akan apa yang sedang berlaku dan apa dianya malapetaka yang akan timpa di masa hadapan.

69. Apakah respon mereka yang sedar, mereka yang sayang kepada negara, kepada bangsa dan agama, mereka yang tidak tamak, yang masih beramanah. Mereka yang berani sedikit.

70. Respon mereka yang mengingati sejarah ialah akan mustajabnya perpaduan dalam mempertahankan diri. Untuk ini perkara-perkara kecil yang memisah mereka, yang menyebabkan mereka bermusuh sesama mereka dan melemahkan mereka akan diketepikan.

71. Korban yang perlu mereka buat kecil berbanding dengan kehilangan yang besar, malapetaka yang akan timpa mereka jika tidak rela korban sedikit.

72. Hari ini disedari bahawa negara yang dahulu dihormati kerana kejayaan pembangunannya, kerana ketelusan pentadbirannya, kerana sikap keterbukaannya sudah tidak ada lagi.

73. Hari ini negara ini dibawah pemimpin yang bergelumang dengan rasuah, dengan jenayah pencurian duit rakyat, dengan penipuan, dengan penindasan, sudah menjadi negara ini negara pariah, negara yang dihina oleh dunia, dipimpin oleh orang yang terhina.

74. Negara ini sekarang dikenali sebagai negara rasuah yang tertinggi. Sebabnya pemimpin tertinggi sekali yang menjadi perasuah terbesar dalam negara. Dunia tahu bahawa pemimpin inilah yang mengguna kedudukan tertingginya untuk mencipta 1MDB, kononnya dana kekayaan negara, meminjam wang berbilion dan melesapkan wang ini. Dunia tahu dan rakyat Malaysia juga tahu berkenaan berbilion Ringgit yang tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Perdana Menteri, yang tidak mungkin ada kepadanya melainkan jika ia diseludup dan dicuri.

75. Kita tahu Perdana Menteri Malaysia tidak mungkin menjadi “billionaire” kerana gaji dan pendapatan Perdana Menteri, walaupun mencukupi tetapi tidaklah sebegitu besar.

76. Dan keluarga PM bukanlah begitu kaya sehingga dapat membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, mengeluarkan filem lucah dengan pelaburan ratusan million Dolar Amerika. Kononnya wang ini sepeninggalan keluarga. Bilakah terdapat keluarga Melayu yang dikenali dahulu sebagai billionaire. Millionaire Melayu yang boleh tinggal ratusan juta kepada waris pun tidak pernah ada dahulu. Yang boleh dipercayai ialah wang ini dicuri. Dan memang pun Jabatan Keadilan Negara (Amerika) berkata demikian. Jika tidak benar adakan saman malulah. Tetapi tidak. Hanya cuba melobi - menyogok. Negara sudah tidak ada undang-undang. Polis tidak ambil tindakan keatas laporan yang dibuat kepadanya. Sebaliknya yang melapor di masukkan dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan palsu. Peguam yang menasihat anak guam juga ditahan, dihadapkan ke mahkamah. Apabila hakim mendapati mereka tidak bersalah, keputusan hakim tidak dipedulikan. Mereka masih dianggap bersalah dan pasport mereka dirampas.

77. Dan jabatan-jabatan Kerajaan diguna untuk menindas. Jika dibantah atau diumum kepada orang ramai akan perlakuan jabatan, maka penindasan dilipatgandakan. Pasport dirampas dan perniagaan diganggu.

78. Buat kali pertama Kerajaan mengguna samseng untuk mengugut, mempertahankan Kerajaan dengan mengasar, membelasah rakyat yang memprotes secara aman akan penindasan oleh Kerajaan. Ketua samseng dilayan, bahkan disuap dedak oleh pihak tertentu setelah bertindak ganas. Rakyat tahu dan samseng mengakui mendapat wang dari pihak tertentu.

79. Pemimpin samseng ini mendakwa mendapat derma. Penderma perlu bayar cukai keatas wang yang di derma. Demikian juga penerima perlu bayar cukai. Bolehkah Lembaga Hasil Dalam Negeri membuat pengakuan terhadap cukai yang telah dipungut dari penderma dan penerima. Oh! Rahsia. Dengan ini jenayah boleh dilindungi. Curilah. Kamu akan dilindungi oleh Pendakwa Raya dan polis melalui OSA dan juga LHDN.

80. Pemerintahan sekarang cuba melaga-lagakan kaum-kaum di Malaysia. Sempadan kawasan pilihanraya diubah untuk memisah pengundi mengikut kaum. Pendaftaran pengundi diganggu dan disekat supaya Gen Y tidak boleh undi. Segala-galanya dilakukan untuk merampas hak rakyat untuk mengundi dalam pilihanraya.

81. Kewangan Kerajaan merosot dengan teruk. Peruntukan bagi Jabatan dan Kementerian tidak diberi mengikut belanjawan yang telah dilulus. Demikian juga peruntukan kepada Universiti-Universiti.

82. Hutang berbillion Ringgit oleh 1MDB dialih kepada Kerajaan untuk membayar.

83. Di masa Kerajaan tidak pun dapat membayar faedah hutang 1MDB, Najib berhutang lagi. Beratus billion dihutang kononnya untuk keretapi laju, keretapi pantai timur dan lain-lain.

84. Tanah dalam Kuala Lumpur, di Johor, di Melaka dan Pulau Pinang dijual kepada orang asing. Jualan tanah ini ditafsir sebagai FDI, Foreign Direct Investment. Tetapi menjual sebahagian dari wilayah negara kepada orang asing bukan FDI. Jikalau menjual tanah pusaka adalah FDI, jual sahajalah negara. Akan kamu dapat lebih banyak duit. Tetapi kamu tidak akan mempunyai negara lagi.

85. Sesungguhnya Najib telah rosakkan politik, ekonomi, kewangan dan masyarakat Malaysia. Kerosakan ini amatlah teruk. Tetapi Najib bersedia memburukkan lagi keadaan negara ini.

86. Tidak syak lagi jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, kerosakan negara akan menjadi lebih teruk lagi sehingga tidak dapat dirongkai dengan mudah.

87. Jika kita, rakyat Malaysia, yang begitu sayang kepada negara bertuah ini, jika kita ingin selamatkan Negara tercinta ini, usaha mesti dibuat dari sekarang untuk singkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

88. Kita akui penyingkirannya tidak mudah kerana sokongan buta tuli yang diberi kepadanya oleh wakil rakyat UMNO, dan wakil rakyat BN, pegawai penguatkuasaan Kerajaan, oleh polis dan pendakwaraya, dan penghapusan pemerintahan mengikut undang-undang.

89. Rayuan kepada Raja-Raja juga gagal menghasilkan apa-apa.

90. Maka cara yang tinggal kepada rakyat hanyalah dengan mengalahkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya.

91. Untuk inilah kita tubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Tujuannya ialah untuk menggembeling tenaga rakyat dan bekerjasama erat antara parti-parti pembangkang untuk menukar kerajaan pimpinan Najib dalam Pilihanraya Umum ke-14.

92. Percubaan oleh parti-parti pembangkang dahulu gagal. Mereka gagal kerana penyatuan mereka tidak menyeluruh dan kuat. Tetapi kali ini kita semua bersetuju untuk mengadakan parti campuran yang lebih kukuh ikatan antara mereka.

93. Parti Pribumi Bersatu akan menjadi komponen dalam parti campuran ini. Kita, Campuran Pembangkang akan guna satu simbol, satu manifesto dan meletakkan satu calon sahaja dalam tiap satu kawasan. Semua parti-parti komponen akan sokong calon yang satu ini. Tidak akan ada calon lain yang mewakili parti campuran kita.

94. Mungkin akan ada parti lain yang kononnya akan menentang BN. Tak usahlah mereka menyangkal kerana perletakan calon mereka hanya akan memecah sokongan rakyat kepada campuran pembangkang supaya Najib akan menang.

95. Bagi kita dalam parti campuran sebarang perbuatan untuk kononnya melawan BN dengan meletakkan calon oleh parti lain, tidak lain tidak bukan, ianya adalah untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan Najib melalui pilihanraya.

96. Namun demikian PPBM dan campuran pembangkang akan sanggup menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih. Rakyat, pengundi, yang sayang kepada negara dan bangsa mesti faham akan hasrat parti diluar campuran parti-parti pembangkang meletakkan calon. Mereka sebenarnya menyokong Najib. Mereka sendiri tidak akan menang. Terutama di kawasan yang mereka kalah pun akan dituntut oleh mereka, guna untuk memecah perpaduan musuh Najib supaya Najib menang. Rakyat perlu faham mengundi pihak ketiga atau keempat bermakna mengundi untuk Najib, untuk UMNO, untuk BN, untuk kleptokrasi.

97. Jika dengan sokongan rakyat parti campuran pembangkang menang dan dapat mendiri Kerajaan, apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan baru ini?

98. Yang pertamanya ialah mengembalikan negara ini sebagai Negara demokratik yang menghormati pemerintahan mengikut undang-undang.

99. Ini bermakna rakyat kembali bebas melapor dan mendakwa siapa sahaja termasuk pemimpin Kerajaan, jika terdapat salahlaku atau jenayah dilakukan mereka.

100. Tidak akan ada pilih kasih dalam menguatkuasa undang-undang negara.   Pendakwaraya tidak boleh letak tuduhan dan laporan oleh orang awam atau agensi Kerajaan dalam OSA (Akta Rahsia Rasmi), untuk melindungi jenayah sesiapa.

101. Kebebasan bersuara dan kebebasan media melapor kebenaran akan dijunjung oleh Kerajaan baru. Walaupun demikian keselamatan dan keamanan dalam masyarakat dan negara akan diambilkira mengikut kehendak majoriti rakyat.

102. Kebebasan berpolitik juga akan dihormati oleh Kerajaan Parti Campuran Pembangkang.

103. GST akan dihapuskan secara beransur-ansur dan diganti dengan sales tax (cukai jualan) mengikut selera rakyat.

104. Nilai matawang akan dipertahan tanpa penjualan Dolar Amerika dalam simpanan (reserve) negara.

105. Akan kita cipta cara yang lebih berkesan untuk pemulihan nilai matawang supaya tidak menekan rakyat, terutama yang mempunyai anak belajar di luar negeri.

106. Kita akan selidik habis-habisan akan wang 1MDB yang diselewengkan. Hutang-hutang baru untuk projek yang membazir akan kita kenalpasti dan kita kaji semula dari segi kemampuan kita berhutang. Kita akan kejar semua wang 1MDB dan Kerajaan yang telah dilesapkan, yang kita tahu berada di tangan orang tertentu.

107. Tafsiran FDI, Foreign Direct Investment (pelaburang asing secara langsung) akan dikembalikan kepada pelaburan dalam industri pengeluaran barangan untuk pasaran tempatan dan eksport.

108. Pembelian tanah secara besar-besaran oleh orang asing dengan tujuan menempatkan orang mereka akan diteliti dari segi kesan terhadap masa depan politik negara.

109. Segala salahguna kuasa oleh jabatan atau agensi Kerajaan akan diselidik dan pihak yang teraniaya akan dipulih dengan adil.

110. Kemiskinan dalam negara akan dikurangkan melalui pengwujudan peluang kerja dan latihan kemahiran; melalui pemulihan nilai Ringgit dan pengurangan kos sara hidup.

111. Yang miskin tegar kerana sebab-sebab tertentu akan dibantu dengan wang yang mencukupi bagi kehidupan yang dianggap selaras dengan sebuah negara yang prihatin.

Luar Negara

112. Umumnya Malaysia akan mengadakan dasar bebas dari sebarang ikatan dengan blok-blok di dunia.

113. Tumpuan akan diberi kepada sebarang ketidak adilan yang dilakukan oleh mana-mana pihak di dunia. Sebarang rampasan wilayah oleh mana-mana pihak akan ditentang oleh Malaysia.

Saudara-Saudari, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

114. Percayalah kerajaan yang akan mengganti BN pimpinan Najib mempunyai cukup kepakaran dalam bidang pentadbiran, politik, ekonomi, kewangan dan kesejahteraan hidup masyarakat untuk melaksana program pemulihan negara dalam perkara-perkara yang tersenarai di atas. Kerajaan ini akan hormati sistem pentadbiran negara dengan memisahkan kuasa antara legislature (pembuat undang-undang dan dasar), eksekutif (pelaksana keputusan pembuat undang-undang dan dasar Kerajaan) dan kehakiman.

115. Pihak Kerajaan (Perdana Menteri yang dipilih oleh legislature) tidak boleh menguasai eksekutif atau judiciary.

116. Perdana Menteri pula mesti mendapat persetujuan Kabinet sebelum mengemukakan dasar kepada Dewan Rakyat untuk mendapat persetujuan majoriti daripada ahli Dewan,

117. Kejatuhan nilai Ringgit akan dipulih melalui pentadbiran dan pengurusan kewangan negara secara bertanggungjawab (prudent) mengikut aturan peraturan. Segala perbelanjaan Kerajaan akan dirancang dengan teliti melalui budget yang sah yang dikemuka kepada Parlimen.

118. Jabatan Audit Negara akan dibebaskan daripada Perdana Menteri dan laporan disampaikan kepada Parlimen, Kerajaan dan orang ramai. Laporan audit tidak perlu dikemukakan kepada Peguam Negara. Laporan Audit tidak akan diletak dibawah OSA.

Bersih

119. Penyertaan lebih seratus ribu rakyat dalam tunjuk perasaan Bersih jelas menunjuk betapa mereka anggap Kerajaan sekarang adalah kotor, tidak berprinsip, tidak bersih.

120. Rakyat berkehendak Kerajaan yang bersih. Kita, Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga sependapat dengan persepsi kebanyakan NGO dan rakyat dan ramai daripada kita telah pun menyertai tunjuk perasaan Bersih.

121. Parti kita bersama dengan parti-parti pembangkang yang akan tubuh parti campuran akan berusaha mendirikan Kerajaan yang bersih, terutama dalam pengurusan Pilihanraya di negara tercinta ini. Segala reformasi yang diperlukan akan dilakukan.

122. Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak akan diberi kepada pengundi di apa juga peringkat untuk mendapat sokongan dalam pilihanraya.

123. Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai Kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti.

124. Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ditentukan oleh undang-undang dan budget biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.

125. Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi.

126. Saya sebagai bekas ahli dan bekas presiden UMNO menyeru kepada ahli-ahli UMNO supaya tinggal parti pimpinan orang yang terlibat dengan rasuah dan rompakan, seorang kleptokrat. Tinggallah UMNO seperti saya dan ramai pemimpin dan ahli UMNO meninggalkan UMNO.

127. Janganlah sesiapa meyokong parti UMNO dan BN secara buta tuli. Parti yang dahulu banyak berjasa, hari ini sudah menjadi parti pengkhianat kerana mendokong dan mempertahankan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

128. Apabila pemimpin sudah tidak lagi berpandu kepada dasar yang mulia dan bahagia yang ditentukan oleh pengasas parti, ia perlu ditukar. Perlembagaan parti mengizin dan memberi panduan akan cara menyingkir pemimpin yang sudah tidak lagi layak.

129. Jika penyingkiran pemimpin tidak dapat dilakukan kerana sebab-sebab tertentu, pilihan yang ada ialah dengan meninggalkan parti.

130. Tetapi perjuangan asal parti perlu dikekalkan. Perjuangan ini telah diambilalih oleh pihak lain, parti lain, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Oleh itu tinggallah UMNO dan sertailah PPBM.

131. Rakyat berbilang kaum di negara ini akui akan keistimewaan kedudukan orang Melayu dan Pribumi lain.

132. Mereka yang menyertai parti campuran pembangkang menghormati Perlembagaan Malaysia termasuk Artikel 153. Sudah tentu PPBM menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia dan akan mempertahankannya.

133. Penubuhan PPBM bertujuan untuk mewakili orang Melayu dan bumiputra lain dalam parti campuran pembangkang supaya penyelewengan UMNO dapat diatasi dan diganti. PPBM bukan milik pengasasnya sahaja. Ia adalah milik semua Melayu / Pribumi yang menyertainya. Ia juga adalah milik penyokongnya.

134. Inilah hasrat PPBM. Tidak ada niat oleh PPBM untuk merampas hak mana-mana kaum, atau hak rakyat.

135. Sebaliknya niat PPBM ialah pemulihan pemerintahan yang demokratik di negara ini bersama dengan kaum lain seperti yang diwasiatkan oleh pejuang kemerdekaan negara bertuah ini.

136. Inilah sahaja niat kami. PPBM adalah milik semua orang Melayu dan Pribumi Malaysia. Sebagai parti pribumi ia mendapat pengiktirafan dan sokongan semua kaum.

137. Kami berikrar akan berpegang kuat kepada amanah untuk menyelamatkan negara ini, dan berpegang kepada perlembagaan negara untuk memelihara hak dan kedudukan orang Melayu dan pribumi lain tanpa merampas hak kaum-kaum lain.

138. "Ya Allah Ya Tuhan kami. Bersempena dengan perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kami memohon inayah dan taufikMu, Ya Allah, Kurniakanlah akan kami kesejahteraan dan kebahagiaan dan kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, dan hati mereka yang bersama kami supaya sedar akan kemungkaran yang sedang berlaku di negara kami.  Ya Allah Ya Tuhan Kami,  Ingatkanlah kami semua bahawa Engkau tidak akan ubah nasib buruk bangsa kami melainkan kami sendiri berusaha mengubahnya kepada yang baik. Oleh itu makbulkanlah doa kami ini dan berilah kepada kami kejayaan supaya akan terselamatlah bangsa dan negara kami ini. Walhamdulillahi rabil ala min......"

139. Inilah doa kami dan inilah janji kami.

140. Oleh itu dengan keikhlasan janji kami, saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim merasmikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Monday, January 2, 2017

UCAPAN SEMPENA TAHUN BAHARU 2017 TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

1. Dari pelbagai sudut, tahun 2016 merupakan tahun yang penuh dengan krisis - krisis kepemimpinan, krisis keyakinan, krisis keruntuhan institusi negara dan krisis moral yang dialami oleh pimpinan negara.

2. Pelbagai pembongkaran mengenai penyelewengan telah berlaku pada 2016. Rompakan harta negara dilakukan secara terang-terangan, rakus dan sombong melibatkan berbilion ringgit wang awam sepertimana yang terjadi dalam kes penyelewengan 1MDB dan kerugian yang dialami Felda akibat urusniaga yang tidak masuk akal.

3. Ia juga merupakan tahun kejatuhan nilai ringgit paling rendah dalam sejarah negara. Di samping faktor ekonomi dan kewangan antarabangsa, tidak dinafikan kejatuhan ringgit yang teruk juga disebabkan oleh krisis keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Najib. Masakan kepercayaan masyarakat antarabangsa boleh diraih tatkala Najib dikenali sebagai Perdana Menteri paling korup di dunia.

4. Akibatnya, rakyat menanggung kesan paling buruk. Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan kos barangan import meningkat secara mendadak dan harga barangan keperluan harian semakin mahal Rakyat semakin menderita akibat kos sara hidup yang kian meningkat. Akibat kejatuhan harga minyak dunia, hasil negara juga berkurangan. Lebih mengecewakan, hasil negara yang berkurangan ini pun terpaksa digunakan untuk membayar hutang piutang dan tanggungan negara yang semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai penyelewengan, ketirisan dan salah urus ekonomi negara di bawah pentadbiran seorang Perdana Menteri yang tidak amanah.

5. Akibatnya, peruntukan kerajaan untuk sektor-sektor utama yang menyentuh kebajikan rakyat seperti pendidikan dan kesihatan terpaksa dipotong. Kerajaan sudah tidak mampu lagi untuk menyediakan biasiswa kepada pelajar seperti dahulu. Peruntukan kepada universiti-universiti awam juga dikurangkan. Malah peruntukan kepada hospital-hospital awam juga mengalami penurunan. Sehinggakan di sesetengah hospital awam, pesakit tidak lagi  dapat menikmati perkhidmatan kesihatan percuma seperti sebelumnya. Semua ini menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan untuk membela kebajikan mereka.

6. Selain itu, keruntuhan institusi negara secara amnya di bawah kepimpinan Najib semakin memburukkan lagi keadaan. Sudahlah pekung penyelewengan dan salah laku kepimpinannya diketahui di seluruh dunia, namun harapan untuk melihat beliau mengambil tanggungjawab di atas segala kemungkaran yang dilakukan nampaknya semakin kelam. Ketikamana pendakwaraya di Amerika Syarikat, Singapura, Switzerland dan negara-negara lain telah berjaya mengesan kecurian wang 1MDB dan mendakwa mereka yang terbabit, anehnya Peguam Negara Malaysia sehingga kini langsung tidak menjumpai sebarang bukti untuk mendakwa Najib dan konco-konconya yang telah merompak dan menyamun wang 1MDB. Malah, mereka yang mempersoalkan penyelewengan 1MDB pula disiasat dan didakwa. Lebih lama rejim ini dibiarkan berkuasa, maka lebih banyaklah institusi penting negara diruntuhkan, lebih parah kerosakan yang dilakukan dan lebih besar kerugian yang akan ditanggung oleh rakyat.

7. Saya juga bimbang dengan tindakan kerajaan Malaysia pada 2016 menjalinkan kerjasama dengan negara China membabitkan penjualan banyak aset strategik dan projek negara yang jatuh dimiliki syarikat dari negara China termasuklah pegangan dalam Bandar Malaysia serta tambahan hutang bagi projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Dengan tambahan hutang bernilai RM50 billion dalam Projek ECRL dalam masa sama hutang 1MDB sebanyak RM53bilion belum lagi selesai, apa yang dilakukan Kerajaan  hari ini amat berisiko kepada kedaulatan negara kerana negara kini menanggung hutang yang tinggi dan terpaksa bergantung harap kepada negara luar.

8. Kita sepatutnya tidak berkompromi hak kita hanya kerana mahu mendapatkan bantuan dari sebuah negara asing. Ia bukan isu ekonomi atau perniagaan tetapi menyentuh kedaulatan kita. Ianya berimplikasi besar kepada negara oleh kerana kebergantungan tinggi kepada negara luar dari segi kewangan, kepakaran dan guna tenaga.

9. Yang tinggal hanyalah kuasa rakyat. Jika kita ingin melihat negara kita ditadbir secara lebih bertanggungjawab, maka setiap rakyat yang mempunyai satu undi di tangan masing-masing perlu membuat pertimbangan yang wajar dalam pilihanraya akan datang. Adakah kita mahu mengambil sikap tidak apa dengan membiarkan sahaja pemimpin yang tidak amanah terus merompak harta negara dengan rakus dan mengenepikan kepentingan rakyat, atau mengambil satu pendirian yang tegas dan iltizam yang kukuh untuk melakukan perubahan dengan menggantikan kerajaan sedia ada dengan kerajaan baharu yang lebih beramanah dan bermaruah.

10. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lahir untuk menyatukan rakyat dalam satu perjuangan melakukan perubahan melalui agenda reformasi, keadilan, keterangkuman, kesederhanaan dan progresif. Kita mensasarkan untuk menamatkan kemusnahan berterusan negara dan mengemudi semula arah tuju negara demi khidmat kepada rakyat. Kita juga akan memulihkan semula institusi demokrasi melalui reformasi institusi yang menyeluruh.

11. PPBM dengan semua rakan sekutu yang terdiri daripada parti-parti pembangkang yang mempunyai haluan yang sama akan bekerja kuat untuk memastikan negara dapat diselamatkan, kepentingan rakyat dipelihara dan maruah serta kegemilangan Malaysia diraih semula.

12. Justeru, saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu dalam perjuangan melakukan perubahan  dalam apa jua kapasiti kerana kegagalan bukan lagi satu pilihan untuk kita. Kepada rakan sekutu PPBM, marilah kita bekerjasama dan berunding secara bersama dengan satu tujuan untuk menawarkan kepada rakyat satu pilihan parti politik yang lebih kredibel untuk menerajui negara. Kita tidak boleh melakukan perkara yang sama saban masa dengan mengharapkan hasil yang berbeza. Jadi, kita perlu menumpukan perhatian untuk memenangi pilihanraya akan datang, membentuk kerajaan  dan menyelamatkan Malaysia.

13. InsyaAllah, masa untuk melakukan perubahan hampir tiba. Mudah-mudahan tahun 2017 akan menyongsong satu perubahan baharu untuk Malaysia. Marilah kita bersatu menghadapi ancaman masakini.

Selamat Tahun Baru!

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat