TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Indonesia membeli Jet Pejuang Su-35!!!

Indonesia meneruskan rancangan pembelian Jet Pejuang SU-35 bagi mengantikan satu skudron F-5 TNIA-AU.

Kesemua pesawat yang dibeli adalah baru dan lengkap bersenjata.

Pembelian SU-35 akan dilakukan secara berperingkat dan bergantung dengan kapasiti perbelanjaan kerajaan republik itu.

Sebanyak 8 buah pesawat akan diperolehi pada peringkat pembelian. Harga semasa sebuah jet pejuang Suķhoi SU-35 kira-kira USS 65 juta.

Tuesday, January 13, 2015

Terkini: APMM tahan bot Nelayan Indonesia.

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan sebuah bot nelayan bersama empat awak-awak warga Indonesia kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara pada 11 Jan lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Abdul Razak Johan berkata bot itu ditahan di kedudukan lebih kurang lapan batu nautika dari barat Pulau Jarak oleh kapal APMM, KM Marlin.

"Bot itu didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran dan nama. Awak-awak mengaku berasal dari Tanjung Labu, Indonesia dan telah keluar ke laut pada 3 Januari lepas untuk menangkap ikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bot sepanjang 12 meter, lebar tiga meter dan seberat tiga ton bersama empat awak-awak yang berusia antara 23 dan 45 tahun itu ditunda ke Lumut untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1)(a) kerana disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia secara haram iaitu tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. - BERNAMA.

Wednesday, December 31, 2014

Terkini: mayat seorang lelaki dan perempuan daripada pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.

SURABAYA: Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan daripada pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar, Budiyono, berkata kedua-dua mayat itu bagaimanapun sudah berbau kerana mangsa telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.

Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, kira-kira 40 kilometer dari Surabaya, untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.

"Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperoleh kerana forensik baru menerima jenazah petang ini.

"Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras," katanya pada sidang akhbar di pekarangan hospital itu lewat petang tadi.

Beliau berkata, pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogi (pergigian) turut terbabit dalam bedah siasat itu.

Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Pihaknya juga berharap untuk mendapatkan identiti dua mayat ini dengan kadar segera seperti membandingkan sampel gigi dan tulang mayat dengan data waris dan keluarga dalam simpanan mereka.

"Namun semua keputusan dan segala-galanya bergantung kepada kecepatan proses bedah siasat," katanya.

Pada kebiasaannya, sebaik selesai proses bedah siasat dan identifikasi, mayat akan diserah kepada waris dan ahli keluarga sebelum disembahyangkan dan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tinjauan BERNAMA mendapati beberapa waris dan ahli keluarga telah mulai tiba bagi mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini.

Difahamkan Pusat Krisis yang sebelum ini diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, akan dipindahkan ke hospital ini.

Dilaporkan, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan, masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.

Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.

- BERNAMA

Tuesday, December 30, 2014

Mutakhir : Nahas AirAsia QZ8501 40 mayat telah di temui???

Foto diambil dari paparan video milik TV One menunjukkan operasi menyelamat yang dijalankan berdekatan Laut Jawa, Indonesia hari ini. - Foto AP
 
JAKARTA: Kru kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo sudah membawa naik lebih 40 mayat dari laut dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, menurut jurucakap tentera laut Indonesia.

"Berdasarkan hubungan radio tentera laut, dilaporkan kapal perang Bung Tomo sudah membawa naik 40 mayat dan bilangannya semakin bertambah. Mereka amat sibuk sekarang," kata Manahan Simorangkir. - AFP

Wednesday, October 29, 2014

Mutakhir: Pesawat Singapura di Pintas oleh SUKOI Indonesia.

Kes pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh Singapura bukan perkara baru bagi Malaysia.

Malaysia adalah negara sahabat yang sentiasa menghormati sahabat.

Untuk menjadi sahabat hendaklah menjadi sahabat yang baik, jujur dan tidak mengkhianati sahabat.

Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah negara untuk menjaga kedaulatan negaranya.

Tahniah kepada Pasukan Tentera Indonesia kerana berjaya memintas dan memaksa pesawat tentera Singapura untuk mendarat.

Indonesia di katakan mempunyai radar buatan sendiri hasil dari kajian oleh pelajar di Universiti tempatan. Kajian demi kajian penambah baikan sentiasa di lakukan untuk kegunaan TNI.

Thursday, October 16, 2014

Mutakhir: Indonesia menurut jejak langkah Malaysia naik Minyak?

Terkini tidak semua negara dapat menampung subsidi minyak. Kita lihat contoh Indonesia juga telah menaikkan harga minyak bagi menampung bebanan negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran matang haruslah berfikir secara waras demi kesinambungan dan kelancaran negara.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat