Monday, January 31, 2022
INTEGRITI ATAU KLEPTOKRASI
Sunday, October 15, 2017
Terkini: 60 buah pertubuhan berdaftar bersama hampir 400 Ayahanda bantah Pesta Arak di Johor
14 OKTOBER 2017
JOHOR BAHARU: Sebanyak hampir 60 buah pertubuhan yang bergabung bersama Majlis Ayahanda Johor (M.A.J) dengan jumlah hampir 400 orang Ayahanda telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap pesta maksiat termasuk Oktober Fest yang bakal diadakan secara terbuka di negeri Johor Oktober ini.
Ketua Dewan Syura Majlis Ayahanda Johor, Ybhg. Tok Ayah Din Sunan berkata, bagi mengelak segala kemungkinan itu berlaku pihaknya telah menghantar memorandum dan menyerahkan kepada Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Baharu dan Ibu Pejabat Ketua Polis Johor Baharu dan turut memaklumkan kepada Ahli Parlimen Negeri Johor mengenai perkara tersebut.
Menurutnya, memorandum itu diserahkan sendiri oleh Yang Di Pertua Majlis Ayahanda Negeri Johor, Ybhg. Paduka Tok Ayah Moharam Baharom kepada pihak-pihak berwajib agar mengambil tindakan segera bagi mencegah pesta maksiat tersebut dari terus diadakan.
Beliau berkata, dari maklumat yang diterima dan sudah tular di laman sosial dipercayai pesta arak tersebut sahih dan kini dikatakan diadakan secara tertutup di Hotel Mutiara, Johor Baharu pada 13 dan 14 Oktober 2017 ini.
Menurutnya, pada 9 haribulan lalu telahpun diadakan mesyuarat di pejabat M.A.J di Larkin Perdana dan telah mengadakan sidang media di Dewan Serbaguna Taman Sri Stulang, Johor Baharu bagi menyatakan bantahan terhadap pesta arak yang ingin diadakan itu.
“M.A.J dengan tegas membantah apa-apa juga pesta dan keramaian yang berunsurkan maksiat dan kemungkaran yang berlaku secara terbuka di negeri Johor ini,”katanya.
Beliau berkata, atas alasan kita tidak mahu negeri Johor yang terkenal dengan kekuatan aqidahnya yang berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi tidak berbuat apa-apa apabila berlaku kemungkaran terutamanya di negeri Johor.
“Kita bersepakat dengan Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Ayahanda Johor menghantar memorandum bantahan kepada pihak yang berwajib supaya diambil tindakan.”
Katanya, walaupun sebelum ini kita ada mendengar pesta-pesta dan program seumpama ini dianjurkan tetapi ia hanya dilakukan secara tertutup tetapi nampak gayanya pada tahun ini pihak penganjur kelihatan terlebih ‘advance’ mungkin untuk dapatkan lebih penyertaan dan meraih keuntungan atau mungkin mempunyai niat yang lain.
“Kita khuatir dengan iklan yang diwar-warkan dan tular di media sosial ini akan mendorong orang-orang Islam terutamanya remaja yang mungkin pegangan agamanya goyah akan terikut ataupun terpengaruh dan dalam masa yang sama kita khuatirkan tergugatnya ketenteraman awam.”
“Biasalah apabila sudah mabuk macam-macam perkara tak diingini boleh berlaku, kemalangan, pergaduhan, berpeleseran, dadah dan maksiat akan secara tidak langsung juga bakal berlaku,”ujar beliau.
Din Sunan berkata, daripada pemantauan yang dibuat, bukan sahaja M.A.J yang buat bantahan tetapi boleh dikatakan hampir seluruh penduduk Johor membantah, cuma mereka tidak ada saluran untuk menyatakan bantahan masing-masing,”katanya ketika dihubungi Menara.my di sini, hari ini.
Menurutnya, apa yang kita khuatirkan pesta arak ini dinaungi oleh orang-orang yang berkepentingan politik yang beragama Islam, ketua-ketua jabatan atau orang-orang berpengaruh di dalam negeri Johor.
“Jika perkara ini melibatkan mereka dalam penganjuran pesta maksiat ini, pada saya ini adalah amat-amat mendukacitakanlah kerana kita perlu faham satu perkara sepertimana dari hadis Nabi SAW “ setiap daripada kamu itu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan di padang Mahsyar nanti tentang apa yang dipimpin kamu, oleh Allah SWT”.
Beliau berkata, menurut Hadis Nabi SAW lagi, “Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran berlaku depan mata kamu hendaklah kamu ubah ataupun kamu cegah dengan tanganmu bermaksud dengan kuasa, ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin, “jika tidak kamu mampu melakukannya maka hendaklah kamu cegah ia dengan lisan dan ini dikalangan alim ulama, ustaz-ustaz dan orang-orang cerdik pandai yang boleh menyampaikan hujah-hujah dan sebagainya atau jika kamu tidak mampu setidak-tidaknya hendaklah kamu membenci di dalam hati kamu mengenai perkara kemungkaran tersebut, dan itu adalah selemah-lemah iman”.
Menurut Tok Ayah Din Sunan lagi, sebagai rakyat yang juga orang awam ini mungkin kami dikalangan orang-orang nombor dua ataupun nombor tiga mengikut turutan hadis berkenaan, iaitu yang menggunakan lisan dan juga hati.
Beliau berkata, kita menyampaikan luahan kita kepada pemimpin yang mempunyai kuasa yang boleh berbuat sesuatu untuk mencegah dan mengubah dengan tangan(kuasa)jadi kita mengharapkan mereka ini prihatin dan tegas.
“Kita tak mahu negeri Johor ini mendapat kemurkaan Allah SWT, walaupun secara hukum fekahnya ada hak-hak utuk orang bukan Islam ini, tetapi penganjuran pesta maksiat seumpama ini dilihat seolah-olah mencabar umat Islam di negeri Johor.
Din Sunan berkata, untuk makluman, Majlis Ayahanda Johor sebenarnya ini hanyalah terdiri daripada kepimpinan yang bergelar Ayahanda sahaja, dan setakad ini keahlian di dalam M.A.J sahaja dalam lingkungan 400 orang yang bergelar Ayahanda dan dalam masa yang sama kita sedia maklum perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal agama di dalam negeri Johor ini.
-TAMAT-
Tuesday, October 25, 2016
Peristiwa melibatkan Api di Johor pada hari ini 251016
"3 PERKARA BESAR YANG BERLAKU DI JOHOR HARI INI PADA TARIK 25.10.2016"
1) Kebakaran di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah .
i) 6 Korban Maut
ii) 2 Terbakar
iii) 2 CP
2) Berlaku letupan di Petronas Mount Austin .
i) 1 Meninggal Dunia
3) SMK Taman Daya 2 terbakar akibat disambar petir, bumbung SMK Taman Daya 2 terbakar .
4) Bilik Guru SMK Taman Molek Terbakar . Punca tidak pasti.
Friday, July 1, 2016
MUFAKAT JOHOR : PENGUMUMAN OLEH MENTERI BESAR JOHOR !!! CUTI PERISTIWA.
"CUTI PERISTIWA"
JOHOR BAHRU 1 Julai - Kerajaan Johor bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 10 Julai ini kepada penjawat awam negeri jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media Johor di kediamannya di Saujana di sini sebentar tadi.
"Berhubung cuti peristiwa yg diumumkan oleh kerajaan persekutuan, sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa.
"Oleh itu, cuti yang jatuh pada hari jumaat 8 Julai akan dibawa kepada Ahad 10 Julai," katanya.
Ini berikutan kerajaan memberi pelepasan khas itu pada 8 Julai ini kepada penjawat awam persekutuan jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.
Johor bercuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu. Justeru, Ahad diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di negeri ini.
Sunday, January 3, 2016
Johor membeli Saham Bandar Malaysia Sdn Bhd, Daripada 1MDB???
Keputusan Johor membeli saham Bandar Malaysia Sdn Bhd daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) baru-baru ini, bukanlah merugikan kerana pulangannya dapat dimanfaatkan bagi kesejahteraan rakyat.
Malah, jelas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, keputusan menyertai tender sebagai pembida dan kemudian memenanginya merupakan peluang kepada negeri itu.
"Apa salahnya kerajaan negeri melalui Kumpulan Prasana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dalam Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), terlibat dalam pembangunan di Kuala Lumpur?
"Sekurang-kurangnya hasil keuntungannya boleh dibawa balik untuk dimanfaatkan KPRJ bagi perkara-perkara yang membawa kesejahteraan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Program Gerak Mesra Perdana 2015 dan perasmian Dewan Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini.
Khaled mengulas keputusan pembelian saham Bandar Malaysia melalui konsortium IWH-China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC), baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata kerajaan negeri bersyukur atas kejayaan memperolehi tender itu dan IWH adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan beberapa kawasan dalam Wilayah Iskandar Malaysia.
Monday, August 24, 2015
Solat mohon turun hujan di Empangan Sg. Layang. Cahaya Baru menuju ke Tiram.
Asalamualaikum semua sahabat sahabat yg dirahmati Allah. Sekarang ni kita terutamanya yg duduk Pasir Gudang sedang diuji oleh Allah swt.
Sudah tentu kita melakukan kesilapan. Maka barangkali kita semua telah diuji oleh Pemilik Mutlak Alam ini iaitu ketiadaan air.
Mungkin kita tidak terfikir akan perkara ini betapa penting air dalam kehidupan kita selama ini. Loji air semakin susut. Maka catuan terpaksa dilakukan.
Nabi saw ada mengajar kepada apabila hujan tidak turun dalam jangka masa yg agak lama sehingga menyukarkan kehidupan seharian kita.
Maka untuk maksud sbgmana diajarkan oleh Nabi saw hendaklah kita semua bertaubat memohon ampun kpd Allah swt.
Nabi saw mengajar sekiranya berlaku perkara seumpama ini maka hendaklah kita melakukan Solat Istiqa.
Insya Allah sahabat sahabat meluangkan masa utk. Solat Istiqa pada hari Sabtu 22/8/2015 jam 10 pagi di Empangan Sg Layang iaitu berdekatan dgn Kg Cahaya Baru menuju ke Sg Tiram.
Solat ini dipimpin oleh Imam Masjid Kg Cahaya Baru iaitu Imam Hj Bosra bin Paijan. Perkara ini telah dipersetujui oleh pihak SAJ.
Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Pasir Gudang YB. Hajah Normala Abdul Samad juga turut hadir
Sunday, March 1, 2015
Rakyat Johor bertuah mempunyai MB dan Ahli Parlimen yang peka kepada permasalaahan rakyat.
Pasir Gudang: Ahli Parlimen dan Menteri Besar Johor sependapat tidak memimggirkan masyarakat kampung bandar dalam memajukan negeri Johor.
Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hajah Normala menyokong pelan tindakkan Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin dalam memberi peluang rakyat negeri Johor memiliki rumah mampu milik.
Monday, January 12, 2015
Terkini : Cerita PKR Johor yang tak cukup ahli???
Tuesday, December 30, 2014
Tuesday, December 23, 2014
Mutakhir: Johor mula di ancam banjir.
Tuesday, December 9, 2014
Mutakhir: Penarik Kereta maut di serang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.
JOHOR BAHRU: Seorang penarik kereta berusia 35 tahun maut manakala rakannya, cedera parah selepas diserang sekumpulan tujuh hingga lapan lelaki bersenjatakan parang menaiki dua kereta hitam dan putih di bandar raya itu hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh, berkata dalam kejadian pada 4.15 pagi itu, mangsa diserang ketika memberhentikan kereta di lampu isyarat di Jalan Tebrau .
"Ketika berhenti di lampu isyarat itu, tiba-tiba tujuh hingga lapan lelaki bersenjatakan parang menaiki dua kereta telah menyerang kereta mangsa dengan menetak cermin depan dan belakang kereta mangsa hingga pecah."
"Kedua-dua mangsa cuba melarikan diri dengan keluar daripada kereta mereka tetapi dikejar oleh kumpulan lelaki itu tetapi gagal dan telah ditetak dan dikelar sehingga rebah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sulaiman berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Denniskumar berasal daripada Bukit Chagar, Johor Baharu, manakala rakannya yang cedera parah, dikenali sebagai Krishnasamy, 45, juga seorang penarik kereta.
Katanya, tangan kanan mangsa putus selain bahu, lengan, peha serta perut juga mengalami kecederaan akibat tetakan dan kelaran kumpulan lelaki terbabit.
"Denniskumar mati ketika sedang dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala rakannya kini berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan akibat tetakan di bahagian dagu, muka dan tangan kanan," katanya.
Sulaiman berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan beliau meminta saksi-saksi kejadian tampil membantu polis.
"Polis juga masih menyiasat jenis dan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang itu," katanya.
- BERNAMA
Sunday, November 30, 2014
Terkini: MB di sini lahirnya UMNO.
MTMR amat berbesar hati untuk mengucapkan selamat Hari Lahir kepada MB kesayangan rakyat Johor.
Luaskan kuasamu Johor. Ayuh Johor!!!
Thursday, November 6, 2014
Mutakhir: Johor Bahru anggota kumpulan pengganas Khalistan Tiger Force di tahan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata suspek yang berumur 36 tahun dan merupakan warganegara India ditahan dalam operasi di Johor Bahru, menggunakan pasport palsu Nepal pada 24 Oktober lepas.
Sunday, October 26, 2014
Mutakhir: Bendera Negeri Johor di pijak merupakan tindakkan biadap dan tidak bertamadun.
TINDAKAN memijak bendera Johor dikutuk sekeras-kerasnya selepas sekeping gambar memaparkan sekumpulan remaja memijak bendera negeri itu tersebar luas di laman sosial semalam.
Dalam gambar itu, remaja terbabit memegang mafla dan jersi Pahang sambil menutup wajah mereka dan memijak bendera Johor.
Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, persatuan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang bertamadun itu.
Menurutnya beliau bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.
“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.
“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam.
Mutakhir: Tahanan Kes Amok Putrajaya melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah.
JOHOR BAHRU - Muhdalena Ahmad, yang melarikan diri daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam telah ditahan semula di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka pada 3.05 minit pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata kejayaan dalam tempoh 24 jam itu adalah hasil tindakan pantas polis dan maklumat yang diterima daripada orang awam.
"Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja lari daripada tahanan yang sah. Suspek ditahan reman sehingga 25 Oktober 2014," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana wanita itu boleh sampai ke kawasan rehat dan rawat berkenaan.
Sementara beliau berkata, tiga anggota polis iaitu dua lelaki dan seorang wanita turut ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai membiarkan seseorang lari daripada pengurungan.
Mereka juga ditahan reman dua hari sehingga esok, katanya.
Muhdalena, 30, wanita yang terlibat dengan kejaBuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu kerana bersalin, namun didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.
Beliau sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.
Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.
Monday, July 21, 2014
Iskandar Johor terima RM9.72 bilion pelaburan enam bulan pertama 2014
Jumlah itu sekali gus menjadikan wilayah pembangunan itu menerima pelaburan komited terkumpul RM146.2 bilion dari 2006 hingga 30 Jun tahun ini.
Friday, July 18, 2014
Mutakhir: Kerajaan Pusat setuju kenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan dari Singapura.
Monday, July 14, 2014
Terkini: Tuanku Sultan Johor Arah Patung Tembioh Di Buka Semula.
Sunday, July 13, 2014
Mahathir: JB akan jadi macam Singapura?

Bekas perdana menteri itu membangkitkan persoalan berhubung kemodenan Johor, dengan berpuluh bangunan pencakar langit dan pangsapuri mewah dibina, akan dihuni oleh siapa?
Johor Bahru: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebentar tadi melancarkan peranti butang pintar keselamatan mudah alih pertama di negara

Alat berkenaan diperkenalkan selaras dengan usaha kerajaan negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menurunkan kadar Indeks Jenayah sekali gus menjamin keselamatan rakyat negeri ini.
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
-
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





