TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, March 29, 2022

Mat Kilau Mat Siam Pahlawan Melayu.

Alfatihah 
Tok Ki Mat Kilau
"Pahlawan Sufi Terbilang dari Pahang" 
Ketika Mat Kilau bersembunyi, beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya, dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan..iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau, hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya, saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan, tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau.. yang ditugaskan untuk menangkapnya, tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya, selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati..diusung ke anjung istana negeri Kelantan, sambil disaksikan orang ramai. 

Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam, dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.

Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.

Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya.. lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya, menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.

Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan.. Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. 

Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu yang mengoyakkan kulit belikatnya, tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! 

Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot, dan membocorkan rahsia kepada Inggeris, bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! 

Rupa-rupanya benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! 

Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris, dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas..semata-mata bagi membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau ketika dalam pelarian, mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! 

Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam, dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau berpura-pura mati pada tahun 1895..untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.

Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang, lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu, daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri..iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan..melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini, laluannya masih tetap digunakan, khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar di seluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Penderhaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam, pada bulan Oktober 1895 manakala..The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku.. tidak diketahui orang ramai, kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri, serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali, dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. 

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778..dan bernama Mohamad bin Ibrahim, supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969 pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar, setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam, kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . 

Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. 

Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan.. dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar, oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She

Oleh itu maka sahlah, Mat Siam itu adalah Mat Kilau, anak kepada Imam Rasul atau Tok Gajah Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya.. dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada, atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian, dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya 50 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam.. iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau, untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

"Jagalah Agama , Jagalah Bangsa dan Jagalah Negara . Jangan Sampai Bangsa Ku Tiada Negara."

Friday, June 13, 2014

Khoo Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

ethnic relationship lecture 231106 khoo kay kimBeliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Tuesday, December 17, 2013

Ops Sook Ching di Singapura semasa Perang Dunia Kedua.

 
{Gambar Pasukan Pembela Tanah Air Indonesia yang Dilatih Jepun bagi Menentang Penjajahan Semula Belanda}


Memanjangkan kenyataan @[100000725040277:2048:Padi Jantn] perihal Ops Sook Ching (purging of Chinese) atau dalam bahasa Jepunnya Shingaporu Dai Kensho - Great Inspection of Singapore....

Ops Sook Ching ini merupakan satu pembunuhan beramai-ramai (massacre) yang dilakukan oleh Tentera Jepun terhadap kaum cina di Singapura semasa Perang Dunia Kedua... 

Sebaik sahaja Singapura ditawan, Masayuki Oishi Komander Kempetai Medan No 2, telah menjadikan bangunan YMCA di Stamford Road sebagai Ibu Pejabat Kempetai Cawangan Daerah Timur...

Kempetai telah menubuhkan Pusat Soal-Siasat di serata Singapura bagi mengumpulkan dan "menapis" semua lelaki Cina berumur 18 - 50 tahun, barangsiapa yang terkantoi sebagai atau dianggap sebagai Anti-Jepun akan dibunuh. Kadang-kala wanita dan kanak-kanak juga akan melalui penapisan ini.

Antara mereka yang akan "dibersihkan" ini antaranya adalah 
- Aktivis Bantuan Kemanusian China, 
- Penyumbang dana Perang China, 
- Keturunan Hainan yang dianggap komunis, 
- Cina yang datang selepas Perang Sino-Japanese, 
- lelaki cina yang bertattoo (dianggap gengster), 
- Cina yang menganggotai Tentera Sukarela ( Singapore Overseas Chinese Anti-Japanese Volunteer Army), 
- cina yang memiliki senjata api, 
- pegawai kerajaan atau yang tersenarai sebagai simpatisan British.

Mereka ini semua akan ditahan dan akan dibunuh di beberapa lokasi seperti Pantai Changi, Pantai Punggol dan di Sentosa. Laporan menyebutkan pada 28 Februari 1942, antara 300 ke 400 orang cina ditembak mati di Pantai Punggol oleh Skuad Penembak Hojo Kempei. Kebanyakkan mangsa dianggap Jepun sebagai ahli kongsi gelap kerana mempunyai tattoo.

Lee Kwan Yew menyatakan pada 6 Julai 2009 dalam satu temuramah dengan National Geographic bahawa sekitar 70,000 hingga 90,000 lelaki muda cina dibunuh oleh Jepun.

Pembunuhan beramai-ramai ini merupakan satu tindakan preventive dan preemptive oleh Jepun untuk mengelakkan penentangan orang Cina terhadap Jepun ekoran dari sentimen Perang Sino-Japanese. Orang-orang Cina di Malaya mempunyai sentimen dendam terhadap Jepun KERANA KEZALIMAN JEPUN TERHADAP BANGSA DAN TANAH AIR MEREKA.

Sentimen ini juga turut menyebabkan PKM - Parti Komunis Malaya yang punya hubungan rapat dengan Parti Komunis China sanggup BERKERJASAMA dengan British untuk menentang Jepun. Pada 18 Disember 1941, iaitu lebih kurang 2 bulan sebelum Singapura ditawan Jepun (15 Februari 1942), British dan PKM telah bersetuju untuk MEMPERTAHANKAN PENJAJAHAN BRITISH dengan bekerjasama menentang Jepun.

British telah membebaskan tahanan komunis di penjara malahan turut memberikan latihan peperangan gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.

British juga berjanji UNTUK MEMBENARKAN PKM BERPOLITIK SECARA SAH SELEPAS TAMAT PERANG yang mana tindakan ini bertentangan dengan Perjanjian dengan Raja-Raja Melayu iaitu British akan melindungi kedaulatan Raja-Raja Melayu terhadap negeri masing-masing.

Taktik "Bumi Hangus" yang dilaksanakan British ketika berundur ;- iaitu memusnahkan infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan keretapi, jentera perlombongan, jambatan, komunikasi, elektrik dll menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Kemerosotan tersebut bertambah parah apabila sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Jepun tidak menggalakan sebarang urusan perdagangan terutamanya perdagangan dengan Barat. Jepun hanya berminat mengeksplotasi sumber alam Tanah Melayu bagi kepentingan negaranya. Galian besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan industri dan membuat senjata perang. 

Pengeluaran Padi yang tidak mencukupi (yang mana ketika itu, kita sudah mula mengimport beras dari luar) menyebabkan Jepun memperkenalkan Padi Taiwan yang boleh ditanam dua kali setahun, malahan jepun juga mengalakkan penanaman ubi kayu, keledek, jagung dan lain-lain dengan tujuan dalam masa 3 tahun Tanah Melayu mampu menyara dirinya sendiri untuk bekalan makanan. Bantuan seperti subsidi benih, baja dan bantuan teknikal turut diberikan oleh Tentera Jepun.

Walaubagaimanapun, rancangan Jepun ini gagal kerana orang melayu terutamanya terpengaruh dengan propaganda British dan turut diugut oleh PKM sebagai ejen jepun. Memburukkan lagi keadaan apabila Jepun merampas hasil tanaman penduduk ini sehingga menyebabkan orang-orang melayu enggan menanam padi lagi.

Semasa Penjajahan Jepun ini, orang-orang Melayu menerima layanan yang lebih baik berbanding orang cina. Orang-orang cina tertindas kerana sentimen Anti-Cina akibat Perang Sino-Jepun. Mereka juga dianggap sebagai komunis yang MEMBANTU British. 

Orang-orang melayu dilayan dengan lebih baik, Dasar Niponisasi yang diamalkan oleh Jepun, menyebabkan pendidikan jepun diperkenalkan. Anak-anak muda Melayu juga dilatih menjadi tentera dengan alasan untuk berperang melawan British yang akan kembali kelak. Keadaan yang sama berlaku juga di Indonesia yang akhirnya menyebabkan Soekarno memproklamirkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945;- dua hari selepas Jepun menyerah kalah secara rasminya.

Jepun sebaik sahaja berjaya menawan Tanah Melayu dan Singapura juga membebaskan tahanan politik seperti seperti Ibrahim Yaacob dan anggota Kesatuan Melayu Muda, malahan Jepun telah menubuhkan semula KMM dan memberikan bantuan. Jepun turut menubuhkan Pembela Tanahair (PETA) yang mana ahli-ahlinya diberikan latihan ketenteraan. Jepun turut membantu menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Keyakinan orang-orang Melayu terhadap Jepun semakin menebal kerana mereka dilantik ke jawatan-jawatan kanan pentadbiran seperti Pegawai Daerah dan lain-lain dan ini memberikan keyakinan kepada orang-orang Melayu untuk mentadbir sendiri negara ini.

Berbeza dengan orang Cina, orang-orang India diberi perhatian istimewa oleh tentera Jepun. Ini disebabkan hasrat Jepun untuk menyerang India yang menjadi kubu terakhir British di Asia.

Salah seorang pegawai tentera British berketurunan India turut berpaling tadah menyokong Jepun. Kapten Mohan Singh telah menubuhkan Azad Hind Fauj atau Tentera Pembebasan India dan telah berjaya menarik seramai lebih 40,000 tawanan dari kalangan tentera british berketurunan India untuk menyertai Tentera Pembebasan India.  Di Bangkok, Liga Kemerdekaan India di bawah pimpinan Rash Behari Bose ditubuhkan pada 15 Jun 1942. Mohan Singh dilantik menjadi Panglima tertinggi kepada Tentera Untuk Pembebasan India (Army of Liberation for India). Tentera Nasional India turut menyertai serangan Jepun ke atas Burma dan India dalam tahun 1944 dan berjaya mencatat kejayaan yang memberangsangkan, tetapi British menyerang balas dalam tahun 1944 dan memaksa INA dan Jepun berundur semula.

Semasa bulan Mei dan Jun 1945, kebanyakan pegawai dan anggota Tentera Nasional India termasuk Mohan Singh menjadi tawanan perang dan dibawa pulang ke India. Mereka dibebaskan selepas perang tamat bulan September 1945.

Tentera Nasional India yang ditubuhkan di Tanah Melayu, bagi memperjuangkan kemerdekaan India, Tentara Sukarela Pembela Tanah Air yang diketuai oleh Jeneral Sudirman di Indonesia juga ditubuhkan oleh Jepun untuk menghalau Belanda selepas perang, PETA juga ditubuhkan di Tanah Melayu diketuai oleh Leftenan Kolonel Ibrahim Yaacob juga bertujuan untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu...

Soalannya ; Mengapa Chin Peng yang berjuang untuk MEMPERTAHANKAN PENJAJAHAN BRITISH diangkat sebagai pejuang kemerdekaan???? Kerana British mungkir janji enggan membenarkan mereka terlibat secara sah dalam Politik Tanah Melayu, maka mereka melancarkan perang pula terhadap British..... Bukan kerana nak menuntut merdeka, tapi kerana British enggan membenarkan mereka berpolitik secara sah!!! 

Mengapa British mungkir janji??? Aku jawab selepas ada penyokong pembangkang seperti @[1450634169:2048:Ahmad Azri] jawab soalan kat atas....
{Gambar Pasukan Pembela Tanah Air Indonesia yang Dilatih Jepun bagi Menentang Penjajahan Semula Belanda}


Memanjangkan kenyataan Padi Jantn perihal Ops Sook Ching (purging of Chinese) atau dalam bahasa Jepunnya Shingaporu Dai Kensho - Great Inspection of Singapore.


Ops Sook Ching ini merupakan satu pembunuhan beramai-ramai (massacre) yang dilakukan oleh Tentera Jepun terhadap kaum cina di Singapura semasa Perang Dunia Kedua.


Sebaik sahaja Singapura ditawan, Masayuki Oishi Komander Kempetai Medan No 2, telah menjadikan bangunan YMCA di Stamford Road sebagai Ibu Pejabat Kempetai Cawangan Daerah Timur.

Monday, December 16, 2013

Hiroshima dan Nagasaki dibom !!!

Pada 15 Ogos 1945, Maharaja Hirohito telah mengumumkan secara rasmi dalam siaran radio bahawa Jepun telah menyerah kalah tanpa syarat kepada Berikat. Sehari sebelumnya iaitu pada 14 Ogos 1945, Tentera Jepun telah menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan Bom Atom.

15 Ogos 1945 ini dikenali sebagai V-J Day atau Victory over Japan Day. Pada hari tersebut, Presiden Amerika Harry S. Truman telah melantik Jeneral Douglas MacArthur sebagai Supreme Commander for the Allied Powers (SCAP), untuk menyelia dan melaksanakan penjajahan terhadap Jepun. Jepun dan jajahannya telah diagih-agihkan kepada sekutu dalam Berikat contohnya Soviet memperolehi sebahagian Korea Utara, Sakhalin dan kepulauan Kuril. Republic China (bukan China Komunis hari ini) menguasai Taiwan dan Penghu, United Kingdom pula menguasai Andaman, Nicobar, Hong Kong dan kepulauan Solomon... Amerika sendiri menguasai kepulauan utama Jepun seperti Honshu, Hokkaido, Shikoku, Kyushu, Korea Selatan, Okinawa, Kepulauan Amami, Kepulauan Ogasawara dan wilayah di Micronesia.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat