TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Kerajaan Pusat dan PAS Kelantan bergabung.

Rakyat Kelantan perlukan bantuan segera. Banyak rumah mangsa roboh akibat banjir.

Banjir di Kelantan agak luar biasa kerana airnya meninggalkan mendapan lumpur yang banyak. Lumpur tersebut menjadi keras bila di biarkan.

Kerajaan Pusat bekerjasama dengan PAS Kelantan untuk memulihkan kerosakkan tersebut. Kerjasama ini penting bagi mengeratkan hubungan mufakat.

Harapan ini semangkin meningkat agar PAS dan Barisan Nasional berkerjasama.

#sedungguhnyaorangislamitubersaudara.
#AllahSayangKamu.

Saturday, April 12, 2014

Bila Agama Islam di Politikkan malapetaka menanti di hadapan.

Dlm Tahaaluf Syiasi PR siapa yg lebih berkuasa dan mengaut keuntungan politik (political mileage)? Apakah PAS lebih berkuasa drp DAP dan PKR dlm PR?

Secara peribadi sy tiada masalah dgn perjuangan sebenar PAS. Namun amat kecewa apabila Tahaaluf Syiasi PAS bersama DAP dan PKR dlm PR hanya menguntungkan DAP dan PKR shj. Lihat shj dasar2 yg dilaksanakan oleh Kerajaan PKR N.Selangor dan Kerajaan DAP di Pulau Pinang. Di mana hak utk PAS bersuara dan diterima pakai pendapat dan pandangan sedang PAS hanya diberikan portfolio tidak penting dgn bilangan yg sedikit serta langsung tidak diberi hak sepatutnya.

Tahaaluf Syiasi PAS dlm PR juga hanya memberikan merit besar kpd DAP dan PKR kerana DAP dan PKR tidak mempunyai jentera parti yg ramai spt mn jentera PAS malahan dlm setiap kali perarakan haram dan pilihanraya (PRU) atau PRK yg paling byk membantu adlh jentera PAS shj berbanding dgn DAP dan PKR. Tetapi siapa yg mendpt paling byk "political mileage"? Setiap kali selepas kemenangan calon PR dlm PRK spt PRK Kajang baru2 ini, apakah jentera PAS yg bekerja kuat dihargai segala gerak kerja dan sumbangan yg telah dibuat?

Saturday, November 30, 2013

Bantahan Melayu Pulau Pinang Cina DAP cari pasal?

 
 
 
 
 

Lagi demo di Pulau Pinang mengecam Ahli Parlimen Jelutong Jeff Oii mengatakan Kucing 
Kurap kepada pekerja majlis perbandaran Pulau Pinang.

Kini Pegawai MPPP di kacau dengan bunyi meow mewo ketika menjalankan tugas di 
pasar pasar seluruh Pulau Pinang. 

Ngo anjuran qaryah Masjid Melayu Pulau Pinang membuat bantahan dengan berbagai
bagai sepanduk menunjukkan mereka tidak puas hati dengan sikap pimpinan DAP.

MTMR melihat fenomena ini bak kata pepatah lama, belum berkuasa penuh sudah nampak
belang sebenar. Apa yang agak mengecewakan Melayu berpeca belah. Begitu juga dengan
PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Sanggup di kuda kepangkan oleh DAP.

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan
fatwa seorang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal 
dengan musuh Islam?

Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak 
boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.

Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi
ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan
'tahaluf siyasi'. PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam
tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian
iaitu ‘matlamat menghalalkan cara'.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum 
berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang  
segala dasar Islam yang dibawa parti itu. Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya 
menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan ‘Negara Islam’ kepada 
‘Negara Berkebajikan’ yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka 
bermuzakarah  serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno 
tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP. Tidakkan PAS sedar, pemimpin DAP Lim Kit Siang
yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari 
Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?
 
Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada
rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?

Tidakkah insiden di mana M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, ADUN Kota 
Shah Alam,Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana
pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?
 
DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai 
Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap
orang Melayu. Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya
mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam 
ceramah mereka.
 
Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran 
negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut. Berduyun-duyunlah
pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang 
Melay bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga 
mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno! Daripada pembenci bangsa Melayu 
dan penentang hebat undang- undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa 
dan agama pula. 

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang 
muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.
  
Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam 
pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra. Maka tidak jauh
daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di 
Malaysia. DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan
mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya. 

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan 
peranan mereka untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini. Jika Mereka
boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup
dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah  perkara yang susah bagi DAP. 

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus 
menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu. 

Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, 
Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman 
dansegala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak
istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara 
sendiri.Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup
menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.

Dap Ambil Kesempatan Bila Melayu Berpecah

Dap ialah pembawa ajaran Komunisme dan Sosialisme melampau dalam negara sejak
diangkut daripada 20 April 1930. Mereka telah merancang program perampasan kuasa 
secara fizikal dan mental. Disebabkan peristiwa Perjanjian Hadyai 1989, mereka terpaksa 
akur bahawa rampasan fizikal gagal. Hari ini peralihan minda bermula secara halus dan
diam, terutama dikalangan anak muda.

Wednesday, November 27, 2013

BATU PAHAT - 18 wanita asing ditahan, Imigresen serbu 3 pusat urutan Bogel




Tiga pusat urutan yang menyediakan urutan seks termasuk tukang urut wanita berbogel dengan bayaran serendah RM50 di Jalan Mohd. Khalid, di sini diserbu pihak berkuasa petang semalam.

Serbuan pukul 5.30 petang itu dilakukan oleh pegawai dan anggota Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri menerusi Ops 6P selepas hasil risikan dan aduan orang ramai.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat