TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, November 30, 2013

10 lagi pengikut ‘Tuhan Harun’ di cari bagi bantu siasatan

Polis masih mencari 10 lagi individu pengikut ‘Tuhan Harun’ yang dipercayai boleh membantu polis melengkapkan siasatan berhubung kes pembunuhan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya sudah menangkap 13 individu termasuk lelaki yang menggelarkan dirinya Tuhan Harun dan tiga wanita.

Aliran tasawuf terpesong tanpa ilmu fiqah

Usaha dekatkan diri kepada Illahi perlu mengikut neraca syariat


Ilmu yang benar akan membawa kita lebih mengenali seterusnya ke tahap lebih dekat dengan Allah SWT. Di sinilah bermulanya lonjakan pengiktirafan Allah SWT terhadap seseorang hamba.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Diangkatkankan darjat orang yang beriman dan mereka yang berilmu pula, ada beberapa darjat yang khusus.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ilmu bermanfaat ialah ilmu yang mengunjurkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat serta takut kepada Allah SWT.

Penyamun: Gadis cedera dikelar

Seorang gadis cedera di lehernya akibat dikelar oleh seorang daripada tiga penyamun yang menceroboh rumah sewanya di Jalan Chiew Lai, Kampung Abdullah di sini pagi ini.

Kejadian pukul 11.15 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 23 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap berada di bilik utama manakala seorang rakannya sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Agong ingatkan rakyat hormati ketetapan

SINTOK: Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, mengingatkan semua rakyat supaya memastikan tanggungjawab serta obligasi masing-masing sebagai rakyat Malaysia dipatuhi, terutama dalam memulia dan menghormati ketetapan ditentukan melalui Perlembagaan Persekutuan.

Titah baginda, tindakan golongan tertentu yang cenderung mencabuli kebebasan asasi dan hak ditetapkan dengan melanggar ketetapan ditentukan bukan saja mencabar Perlembagaan Persekutuan, malah turut mencabar keutuhan negara serta mengancam kedamaiannya.

Ilmu tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan.

Bantahan Melayu Pulau Pinang Cina DAP cari pasal?

 
 
 
 
 

Lagi demo di Pulau Pinang mengecam Ahli Parlimen Jelutong Jeff Oii mengatakan Kucing 
Kurap kepada pekerja majlis perbandaran Pulau Pinang.

Kini Pegawai MPPP di kacau dengan bunyi meow mewo ketika menjalankan tugas di 
pasar pasar seluruh Pulau Pinang. 

Ngo anjuran qaryah Masjid Melayu Pulau Pinang membuat bantahan dengan berbagai
bagai sepanduk menunjukkan mereka tidak puas hati dengan sikap pimpinan DAP.

MTMR melihat fenomena ini bak kata pepatah lama, belum berkuasa penuh sudah nampak
belang sebenar. Apa yang agak mengecewakan Melayu berpeca belah. Begitu juga dengan
PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Sanggup di kuda kepangkan oleh DAP.

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan
fatwa seorang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal 
dengan musuh Islam?

Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak 
boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.

Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi
ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan
'tahaluf siyasi'. PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam
tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian
iaitu ‘matlamat menghalalkan cara'.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum 
berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang  
segala dasar Islam yang dibawa parti itu. Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya 
menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan ‘Negara Islam’ kepada 
‘Negara Berkebajikan’ yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka 
bermuzakarah  serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno 
tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP. Tidakkan PAS sedar, pemimpin DAP Lim Kit Siang
yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari 
Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?
 
Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada
rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?

Tidakkah insiden di mana M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, ADUN Kota 
Shah Alam,Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana
pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?
 
DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai 
Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap
orang Melayu. Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya
mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam 
ceramah mereka.
 
Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran 
negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut. Berduyun-duyunlah
pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang 
Melay bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga 
mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno! Daripada pembenci bangsa Melayu 
dan penentang hebat undang- undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa 
dan agama pula. 

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang 
muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.
  
Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam 
pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra. Maka tidak jauh
daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di 
Malaysia. DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan
mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya. 

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan 
peranan mereka untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini. Jika Mereka
boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup
dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah  perkara yang susah bagi DAP. 

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus 
menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu. 

Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, 
Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman 
dansegala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak
istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara 
sendiri.Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup
menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.

Dap Ambil Kesempatan Bila Melayu Berpecah

Dap ialah pembawa ajaran Komunisme dan Sosialisme melampau dalam negara sejak
diangkut daripada 20 April 1930. Mereka telah merancang program perampasan kuasa 
secara fizikal dan mental. Disebabkan peristiwa Perjanjian Hadyai 1989, mereka terpaksa 
akur bahawa rampasan fizikal gagal. Hari ini peralihan minda bermula secara halus dan
diam, terutama dikalangan anak muda.

KUALA LUMPUR: Kes bunuh pegawai JAIP !!! Ops Pantas ?


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas yang berjaya menahan 13 lagi suspek termasuk dua wanita dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang diketuai Harun Mat Saat.

Mutakhir : Padah Fahaman Komunis jangan jasad mayat juga dilarang balik ke Malaysia

Photo: Siti Aishah Terjerat Aktiviti Komunis Berlakon Untuk Pulang Ke Malaysia? Nasib bangsa Melayu yang terjerat dengan fahaman komunis yang akhirnya membawa kepada penderitaan yang tidak berpenghujung perlu dijadikan sempadan. Siti Aishah Abdul Wahab kononnya dijadikan hamba 30 tahun di Lamberth, London merupakan individu yang dikehendaki polis pada tahun 1970-an kerana aktiviti komunis menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Polis telah gagal menjejaki beliau selepas dipercayai melarikan diri ke London, England. Walaubagaimanapun kisah perhambaan Siti Aishah seolah-olah drama yang di olah bagi membolehkan beliau pulang kepangkuan keluarga. Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lalu di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain. Siti Aishah mula terjerat dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya di London. Beliau berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom. Sebelum ini beberapa blog ada melaporkan bahawa Mat Sabu menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan. Perkara ini telah mengundang kemarahan ramai pihak yang telah menjadi mangsa kekejaman komunis. Secara kasarnya beliau telah dianggao terpengaruh dengan ideologi komunis. Sebenarnya tindakan Mat Sabu ini juga dilihat sebagai sokongan terhadap pendirian pembangkang yang secara langsung dan tidak langsung menganggap komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Kekejaman dan keganasan komunis telah mereka abaikan semata-mata mengangkat perjuangan Chin Peng yang merupakan ketua komunis Malaya sebagai wira. Dengan kata lain kononnya bangsa Cina merupakan wira. Namun kita faham sangat bahawa mereka sebenarnya wira kekejaman dan kesengsaraan. Berbalik pada kisah Siti Aishah, setelah berlaku pendedahan itu maka kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya. Kononnya sewaktu dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang. Namun perkara sebenar terbongkar apabila Media Britain, The Daily Telegraph telah menayangkan sebuah video yang dirakam pada tahun 1997 yang memaparkan salah seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa perhambaan di London sebagai seorang warganegara Malaysia, Siti Aisyah Abdul Wahab. Video tersebut menunjukkan tiga wanita sedang ‘memarahi’ seorang lelaki yang mahu bertemu dengan aktivis Maoist terkenal sekitar 1970an, Aravindan Balakrishnan. Krew tersebut sedang merakam sebuah dokumentari bersempena kematian seorang wanita, Sian Davies, yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkap kamar mandi kediaman yang disewa oleh Aravindan yang turut dikenali sebagai Komrad Bala dan isterinya, Chanda. Seorang wanita turut dipaparkan dalam video tersebut. Beliau dipercayai kelahiran Ireland, Josephine, 57, yang muncul di depan pintu rumah tersebut dan menuduh krew yang mahu bercakap dengan Komrad Bala itu sebagai ejen sebuah negara fasis. “Kamu semua adalah sebahagian dari negara fasis. Kami tidak mahu bercakap dengan kamu,” katanya kepada mereka. Selepas itu seorang wanita berkaca mata dipercayai Siti Aishah muncul dan memberitahu kepada lelaki tersebut bahawa mereka tidak mahu bercakap dan bertemu dengan mereka sebelum menutup pintu rumah tersebut pada akhir video klip tersebut. Oleh itu rakyat Malaysia harus jadikan ini sebagai iktibar. Jangan kita dengan mudah diperalatkan dan disesatkan dengan fahaman jahat. Sebelum kita melakukan perkara-perkara yang menyesatkan dan boleh membuatkan kita menyesal seumur hidup, fikir-fikirkanlah keluarga tersayang yang terpaksa merana di atas perbuatan anda. (...) 
Siti Aishah Terjerat Aktiviti Komunis Berlakon Untuk Pulang Ke Malaysia? Nasib bangsa Melayu yang terjerat dengan fahaman komunis yang akhirnya membawa kepada penderitaan yang tidak berpenghujung perlu dijadikan sempadan. Siti Aishah Abdul Wahab kononnya dijadikan hamba 30 tahun di Lamberth, London merupakan individu yang dikehendaki polis pada tahun 1970-an kerana aktiviti komunis menurut Ketua Polis Negara,

Mutakhir: Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan 2013

KUALA LUMPUR, 29 Nov 13 – Empat kumpulan Inovasi dari TUDM telah berjaya mendapat tempat dalam senarai pemenang Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan  2013 yang diadakan di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat