TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, September 24, 2016

1MDB:Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.

*PENJELASAN PENARIKAN BALIK SAMAN SECARA SUKARELA*

Respon segera Dato Salleh Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia memeranjatkan saya.

Ia menunjukkan saman kami untuk membawa pulang aset dan wang yang diselewengkan dari 1MDB meninggalkan kesan ke atas kerajaan.

Namun begitu, kenyataan bahawa saman kami ditolak adalah tidak tepat.

Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.

Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini.

Antara lain kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ termasuk Red Granite telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ untuk menghadkan pembekuan akaun dan pendapatan Red Granite kepada filem The Wolf of The Wall Street  dan Friends With Kids sahaja.

Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite dari filem lain adalah dilepaskan.

Friends With Kids adalah  pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang berasal dari 1MDB, seperti kenyataan dalam permohonan bersama itu.

Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam saman mereka.

Hakim  Mahkamah Central District of California, Western Division pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama itu.

Antaranya, hanya akaun dan pendapatan dari kedua filem itu yang dimasukkan ke dalam akaun khas sementara menunggu keputusan perbicaraan penuh.

Oleh itu, kenyataan Red Granite bahawa saman kami adalah fractious adalah tertolak.

Jika tidak, mengapa Red Granite memasukkan permohonan bersama dengan DOJ selepas DOJ memasukkan permohonan ex parte ke atas Red Granite sebelum itu.

Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.

Usaha ini sepatutnya DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.

Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara ini hilang begitu sahaja dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu sahaja.

Harapan itu adalah sia-sia.

Husam Musa
24 September 2016

TPPA perlu 18 pengubalan Perlembagaan negara Malaysia sebelum 2018 jika mahu menyertainya?

Hari ini saya masih suka untuk ingatkan pemimpin UMNO/BN.

TPPA jika mahu dilaksanakan jangan ubah Perlembagaan negara.

Tun M telah nasihatkan kalau tidak silap dalam persidangan meja bulat. Bulan Ogos 2013. TPPA tidak sesuai untuk negara kita Malaysia.

Tetapi nampaknya masih berdegil jugak. Contoh perlembagaan yang telah digubal sebelum tandatanggani TPPA adalah akhta pekerja dan undang-undang kesatuan.

Melapurkan 18 Perlembagaan perlu digubal sebelum di bawa ke Parlimen untuk menjadi anggota TPPA. Perkara ini perlu di selesaikan pada tahun 2018.

Bagi saya sebagai rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan Malaysia mengikut perjanjian TPPA. Ya dari segi Global kita perlukan peluang-peluang perniagaan yang lebih besar. Tetapi peluang negara untuk disaman oleh syarikat-syarikat gergasi dunia juga cerah.

Mengapa kita perlu mendedahkan negara kepada perkara-perkara seumpama itu?

Fikir-fikirlah kepada pemimpin-pemimpin atasan yang bakal mengubal Perlembagaan negara.

SATU LAGI MISI SELAMATKAN NEGARA UNTUK BARISAN RAKYAT ( BR )

Orang Melayu marahnya dalam senyum. Bicaranya menyusun kata!!!

Nasi lemak buah bidara
Di makan oleh anak Raja
Sayang emak sayang saudara
Masuk BERSATU memang sengaja

Sayang emak sayang saudara
Masuk BERSATU memang sengaja
Perjuangan BERSATU selamatkan negara
Ikhlas Amanah Bermaruah sahaja.

Perjuangan BERSATU selamatkan negara
Ikhlas Amanah Bermaruah sahaja.
Demi agama bangsa negara
Penyangak 1MDB masukkan penjara.

Demi agama bangsa negara
Penyangak 1MDB masukkan penjara
Pejuang BERSATU selamatkan negara
Selamatkan anak-cucu hidup sengsara.

AZB367/2409160049

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat