TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Nasional.. Show all posts
Showing posts with label Nasional.. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

Pengurusi PPBM bimbang kerajaan membuat terlalu banyak pinjaman?

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan dengan langkah kerajaan yang dakwanya membuat terlalu banyak pinjaman.

Menerusi tulisan terbaharu di  blognya, Mahathir mendakwa, kerajaan kini telah meminjam melebihi RM160 bilion ekoran kekangan kewangan negara ditambah dengan nilai Ringgit yang jatuh.

"Nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi," tulis Mahathir di blognya chedet.cc

Bekas Perdana Menteri itu berkata, walaupun tidak dapat dinafikan projek-projek mega diumumkan Najib menarik, namun yang tidak menariknya adalah kesan daripada pelaksanaan projek-projek berkenaan.

"Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun," katanya.

Mahathir mengulas mengenai tindakan Najib sebelum ini yang mengisytiharkan pinjaman sebanyak RM55 billion dari sebuah syarikat ketika lawatannya ke China.

Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi elektrik di Pantai Timur.

"Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak RM55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang RM55 billion ini.

"Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah RM55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini," katanya.

Dakwa mahathir lagi, China pastinya akan membawa masuk teknologi dan pekerja dari negara mereka.

"Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana," katanya.

Namun pada masa yang sama kata Mahathir, hutang sebanyak RM55 billion dengan faedah perlu dilunaskan oleh negara ini.

"Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada RM90 billion.

"Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri," katanya.

Malah kata Mahathir lagi, pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan dihantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

"Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?," katanya lagi.

Justeru kata Mahahir, soalan yang perlu dibangkitkan lagi, adakah sesudah siap perkhidmatan itu nanti, ianya akan menjadi pilihan rakyat di Pantai Timur jika mereka ada pilihan pengangkutan lain.

"Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.

"Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund," kataya.

Sunday, November 13, 2016

Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.

Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.

Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.

Tun Razak dari Pahang jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.

Najib Razak pewaris Genting

Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Profail:

Tan Sri
Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf

-Anak
-Rahah
-Suhaila
-Fakhriah
-Abu Rais

-Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)

-Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).

Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke-6 .

Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib

Umno dan Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia

Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah

Sumber lain ;
My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://manjongmari.blogspot.com/2012/06/tokwan.html

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://atsixty-zakriali.blogspot.com...dan-kisah.html/

UMNO dan kegiatan judi
http://www.tranungkite.net/v10/modul...rder=0&thold=0

Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html

NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG
http://www.bernama.com/

Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html

Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela
 
Kalu ada silap minta rakan rakan bagi fakta minta betulkan supaya semua kita tahu kebenaran cari kebenaran..pilih kebenaran.

Thursday, November 10, 2016

Donal Trump menang!!!

Donald Trump sudah menang dan akan ditabal sebagai Presiden sebuah negara kuasa besar dunia !

Apakah yang bakal beliau lakukan ?

1.Melarang semua Muslim memasuki negaranya.

2.Menghapuskan TPPA

3.Membina tembok di sempadan Amerika - Mexico

4.Membenar peguam negaranya Loretta lynch membuat sapina keatas saksi 1 MDB serta menangkap dan menahan orang yang terlibat dengan penipuan serta penggubahan wang haram milik rakyat Malaysia.Dan banyak lagi kejutan utk seluruh dunia.

Wednesday, November 2, 2016

KETUA SETIAUSAHA NEGARA TOLONG JAWAB KENAPA BUDAK PENGKHIANAT RIZA AZIZ BERADA DALAM PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA?!

Ketua setiausaha negara (ksn) tolong jawab kepada keseluruhan 30 juta rakyat malaysia kenapa budak pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanahair ini berada di atas pesawat khas kerajaan bersama rombongan perdana menteri paling korup ke negara china?!

Riza aziz yang telah mengkhianati rakyat dan negara malaysia tidak layak sama sekali untuk menjejak kakinya di atas pesawat khas milik kerajaan malaysia!!

Budak pengkhianat ini sudah pun dimaklumkan oleh jabatan peguam negara amerika syarikat bersekongkol dengan jho lo menyeleweng berbillion ringgit wang rakyat dari syarikat 1mdb!!

Saya nak tanya ketua setiausaha negara apakah jawatan riza aziz dalam kerajaan?! Apakah mungkin pengkhianat negara yang tiada kaitan langsung dengan kerajaan dibenarkan mengguna kemudahan kerajaan malaysia!!

Bagi saya ini juga adalah sebahagian daripada salahguna kuasa perdana menteri paling korup!! Anak tiri beliau adalah simbol kebencian serta kekecewaan rakyat malaysia yang menentang amalan rasuah serta penyelewengan!!

Dalam isu ini, ketua setiausaha negara sedang berhutang penjelasan kepada semua rakyat malaysia kerana amalan ini amat bercanggah dengan etika perkhidmatan awam mahupun kerajaan malaysia!!

Ketua setiausaha negara jangan ambil mudah dan isu ini!! Beliau mesti terang dan beri justifikasi kepada semua pembayar cukai kenapa perkara ini dibenarkan berlaku?!

Apakah mungkin penyangak pengkhianat negara dibenarkan mengguna kemudahan milik kerajaan malaysia?!

Dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Tuesday, October 25, 2016

Tuanku Sultan Johor perkenan mengunakan Wad DIRaja.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah dibuka dan digunakan untuk menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU)

Baginda bertitah " Tak pakai kan, pakai tidak mengapa saya kasi"

Begitulah ke perihatinan Baginda Sultan Johor terhadap rakyatnya.

Semoga Baginda Tuanku mendapat kerahmatan kemuliaan keselamatan dunia dan akhirat.

Sunday, October 23, 2016

SELAMAT HUT VAT 69 ke 47 !!!

LIVE UPDATE: HARI ULANG TAHUN UNIT 69 KOMANDO PDRM

Sejarah mencatatkan Komando 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara pasukan keselamatan Tanah Melayu yang berjaya menghalau keluar komunis dan ideologi sesatnya dari bertapak di negara tercinta ini.

Kalau kita sering nampak hebatnya individu luar dan pasukan keselamatan negar luar sahaja, jangan sesekali kita lupa betapa hebatnya lagi individu dan pasukan keselamatan dalam negara sendiri.

Hebatnya 69 Komando PDRM ini yang sentiasa relevan mencurah khidmat bakti mereka sejak dari zaman darurat sehingga kini. Tabik hormat buat perwira-perwira pertiwi!

#unit69komando
#vat69
#pdrm
#rmp
#polisdirajamalaysia
#royalmalaysiapolice
#policedanmasyarakatberpisahtiada

Wednesday, August 31, 2016

MERDEKA KU SEMAI BAKTI DEMI MU MALAYSIA.

BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA

Hari ini genap 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Daripada sebuah negara bekas tanah jajahan yang miskin, Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Untuk selama beberapa dekad, Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai model sebuah negara membangun yang aman, stabil dan maju.

Namun, kini Malaysia berhadapan dengan suatu bencana yang amat membimbangkan. Ekonomi negara sedang menuju krisis. Rakyat bergelut dengan masalah ekonomi yang kian meruncing. Harga barangan keperluan harian semakin mahal, kos sara hidup kian meningkat, harga rumah terlalu mahal, pekebun kecil menderitai kemiskinan kerana kejatuhan harga getah dan kelapa sawit, peniaga gulung tikar, pekerja hilang pekerjaan dan mata pencarian, orang muda tiada pekerjaan, ibubapa terbeban dengan kos pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, pelajar universiti tidak mendapat biasiswa kerana sumber kewangan kerajaan semakin terhad dan banyak lagi masalah lain yang dideritai oleh rakyat.

Tatkala rakyat sedang dihimpit oleh masalah kehidupan yang semakin rumit, khazanah negara tidak diurus dengan telus. Salah guna kuasa dan penyelewengan berleluasa. Aset dan wang negara dicuri dan dibelanja secara boros.

Malah, Perdana Menteri yang diamanahkan untuk menjaga khazanah negara dan membela kebajikan rakyat mencuri duit rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikitpun. Beliau dan konco-konconya hidup mewah sedang rakyat menanggung beban. Malah, institusi-institusi penting negara dicabul dan kuasa yang ada di tangannya digunakan dengan angkuh semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.

Apa yang berlaku di negara kita pada ketika ini bukanlah sesuatu yang didambakan oleh rakyat. Apa yang rakyat Malaysia mahu? Mereka mahu kenaikan harga barangan keperluan harian dibendung, pekerjaan dengan pendapatan yang mencukupi dan setimpal dengan kenaikan kos sara hidup, peluang-peluang pekerjaan baharu diwujudkan, tiada kutipan cukai yang membebankan, keselamatan diri dan keluarga terjamin, gejala rasuah diperangi habis-habisan, kemiskinan dihapuskan, kualiti pendidikan ditambah baik, kebebasan rakyat dipelihara, dan atas segalanya, mereka mahukan sebuah kerajaan yang jujur, amanah dan berintegriti.

Namun, apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan harapan rakyat. Ekonomi negara tidak diurus dengan baik, kebajikan rakyat tidak terbela dan kerajaan  dipimpin oleh seorang yang khianat dan pecah amanah. 

Saya bimbang negara kita lambat laun akan terjerumus ke dalam gaung kemusnahan dan kegagalan sekiranya keadaan ini berterusan. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal dengan khazanah negara dirompak dan segala institusi kerajaan tidak lagi dapat bertungsi dengan baik kerana dirosakkan oleh pemimpin yang hanya mahu menyelamatkan dirinya sahaja, bukan membela kebajikan rakyat dan memelihara kepentingan negara. Ini adalah satu bencana besar yang kita tidak pernah terfikir akan menimpa Malaysia.

Sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka dan cintakan negara, kita mahu Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara yang bermaruah dan dihormati oleh dunia. Justeru adalah menjadi hak dan kewajipan kita semua sebagai rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk bersatu hati mengharungi cabaran getir ini secara bersama dan bangkit menyelamatkan Malaysia, tanah air kita yang tercinta.

Marilah kita bersatu selamatkan Malaysia dan bina masa depan yang lebih baik untuk semua.

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-59.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Wednesday, July 27, 2016

Orang makan orang!!!

Nak kongsikan pandangan. Selagi rakyat tidak kelaparan. Selagi rakyat masih boleh bekerja makan gaji. Selagi majikan masih bayar gaji pekerja. Selagi kerajaan bayar gaji penjawat awam, selagi penjawat awam terima wang persaraannya. Malaysia Selamat.

Kalau semua keadaan diatas tidak berlaku. Lebih selamat pemimpin atasan duduk luar negara.

Kerana bila lapar babi pun boleh dimakan oleh orang Islam.

Sepekara lagi makanan ada duit tak ada. Duit ada makanan tak ada. Akan berlaku pulak orang makan orang.

Tuesday, May 31, 2016

DUNIA DAN RAKYAT MALAYSIA BERDEPAN DENGAN KEPIMPINAN MALAYSIA YANG SUDAH HILANG HARGA DIRI DAN BERKULIT MUKA TEBAL?

Kepimpinan Malaysia dan gejala 1MDB adalah ibarat sebuah pulau dipenuhi najis yang telah memalitkan najis kepada pulau-pulau yang lain.

Singapura, Switzerland, USA, dan banyak lagi negara lain sedang bertungkus-lumus ingin mempertahankan nama baik negara mereka dengan menyiasat institusi-institusi perbankan yang telah digunakan oleh penyangak wang haram. Yang terkini, Singapura sudah pun mula mendakwa salah seorang dalang yang terlibat dalam pemindahan berjuta-juta ringgit wang secara haram yang diambil dari 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Cawangan Bank BSI di Singapura telah pun dilucutkan lesen perbankan oleh Monetary Authority of Singapore (institusi Bank Negara mereka) dan diarahkan tutup. Bank BSI adalah bank yang berasal dari Switzerland dan ianya menjadi bank kegemaran penyangak-penyangak di 1MDB untuk menyalur dan menyimpan wang mereka.
Bukti-bukti kesalahan semuanya sudah ada, kerana itulah yang bersalah akan dibawa ke mahkamah. Pihak Switzerland juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan tertinggi Bank BSI akan didakwa dan Bank tersebut akan diambil alih dan dibubarkan dalam masa terdekat.

Dunia dan rakyat Malaysia ingin melihat najis ini dibersihkan, dan punca kepada gejala 1MDB ini dibicarakan dan dihukum. Baru lah kita rakyat Malaysia boleh meneruskan kehidupan dengan conscience yang clear, tanpa perasaan malu untuk berdepan dengan masyarakat dunia.

Akan tetapi, Najib Razak dan kuncu-kuncunya masih dibuai mimpi bahawa mereka itu tidak bersalah. Apakah nasib Malaysia begitu malang sekali hinggakan kita semua dikurniakan pemimpin bodoh dan berkulit tebal?

“If you are incompetent, you have to be honest; if you are crooked, you have to be clever” – petikan dari siri Yes, Prime Minister.

Jika anda adalah seorang ahli politik yang bodoh dan tidak cekap, anda mestilah berlaku jujur. Jika anda seorang penyangak, anda harus lebih pandai dari orang lain.

Tetapi di dalam kes para pemimpin Malaysia sekarang, mereka semua bukan sahaja nampak bodoh serta tidak cekap dan jujur, mereka juga berkelakuan seperti penyangak!

Laporan PAC dengan terang berkata bahawa terdapat lebih USD7 billion (RM28 billion) yang telah lesap dan tidak dapat disahkan ke mana perginya wang tersebut.

Rumusan duit yang hilang seperti yang dilapor oleh PAC

Tetapi Najib boleh dengan selamba sahaja bercakap hari ini bahawa tiada penyelewengan atau kecelaruan di dalam 1MDB. Adakah dia ini tiada unsur malu? Adakah dia bercakap tidak berdasarkan fakta, atau kerana tidak membaca dan memahami dengan jelas apa yang disampaikan di dalam Laporan PAC tersebut?
Adakah perdana menteri ini sudah tidak siuman?

Siakap senohong gelama ikan jenahak, bercakap bohong lama-lama jadi penyangak

Mana lagi dia hendak letakkan mukanya apabila anak kepada Raja Arab Saudi pada minggu lepas mengaku yang dia tidak tahu menahu pun pasal sedekah RM2.6 billion yang kononnya diberi kepada Najib. Takkan lah setelah sudah dekat setahun isu sedekah ini berlegar di mata dunia, putera Raja Arab ini masih tidak boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Apandi Ali pada bulan Januari lepas, iaitu wang berbillion itu disedekahkan oleh bapa saudaranya, Raja Arab Saudi yang sebelum ini?

Kesemua penjelasan dan alasan yang diberi oleh Najib dan kuncu-kuncunya rupa-rupanya adalah cerita tahyul semata-mata.

Syarikat IPIC pula dengan terang berkata bahawa 1MDB telah tidak membayar balik hutang berjumlah USD1 billion (lebih kurang RM3.5 billion) yang dipinjamkan pada bulan Jun 2015.

Di dalam perjanjian yang dimeterai pada 28 Mei 2015 itu, IPIC akan memberikan wang sebanyak USD1 billion untuk dibayar kepada pihak bank (Deustche Bank). Ini kerana 1MDB telah meminjam dari Deustche Bank sebanyak USD975 juta sejak bulan September 2014. 1MDB pula wajib membayar semula hutang kepada IPIC sebelum atau pada akhir tahun 2015. Gali lubang, kambus lubang.

Dalam masa yang sama perjanjian yang dimeterai itu juga ada menyebut bahawa 1MDB akan memberi aset berjumlah USD3.5 billion (RM14 billion) sebagai ganti bagi mengambilalih sukuk USD3.5 billion yang diambil di dalam tahun 2012. Pemindahan aset ini mesti berlaku sebelum 30 Jun 2016, bagi membolehkan IPIC mengambilalih sukuk tersebut.

Malangnya 1MDB tidak membayar hutang USD1 billion kepada IPIC dan mereka juga telah menjual kebanyakkan aset mereka (IPP Edra dan tanah di Bandar Malaysia) kepada syarikat-syarikat dari China.

Menjelang Disember 2015, IPIC merasakan mereka ditipu. Manakan tidak, aset yang sepatutnya diberi kepada mereka telah menjadi milik orang lain.

Perjanjian haru biru ini boleh terjadi kerana IPIC ketika itu samada terlalu mempercayai bahawa 1MDB ini suci bersih, atau IPIC itu sendiri masih diketuai oleh sahabat para penyangak yang turut bersubahat dalam skim cepat kaya ini.IPIC sempat mencium aktiviti jenayah mereka selama ini dan telah memecat mereka dari memburukkan lagi nama syarikat tersebut. Kini, IPIC terlekat dengan satu perjanjian yang tidak ditepati oleh Menteri Kewangan Malaysia. Hutang tidak dapat dikutip, aset yang dijanjikan pula telah dijual kepada orang lain.
Malu sungguh rakyat Malaysia kerana syarikat milik Kementerian Kewangan gagal untuk membayar hutang.

1MDB cuba membayar hutang kepada IPIC dengan menggunakan ‘units’ yang berada di dalam pegangan mereka di Bank BSI di Singapura. IPIC amat bernasib baik kerana mereka mempunyai otak dan tidak mahu menerima ‘units’ yang tidak bernilai itu.

Sebab itulah berlaku pertikaian antara IPIC dan 1MDB. IPIC bertindak membatalkan perjanjian tersebut kerana 1MDB tidak membayar balik pinjaman mereka menjelang 31 Disember 2015. Tetapi 1MDB dengan sombongnya berkata, oh ini masalah IPIC, bukan masalah kita! Sudahlah mengambil wang USD3.5 billion dari penerbitan sukuk, dan IPIC sudah sudi yang menjadi penjamin; sekarang 1MDB tidak mahu membayar hutang, tetapi mahu salahkan IPIC pula!
Ini ibarat seseorang mengambil pinjaman dari bank dan memujuk kawan untuk menjadi penjamin, kemudian dia tidak mahu membayar pinjaman itu dan apabila penjamin memarahinya, dia pula yang marahkan penjamin!

Adakah Najib dan orang-orang di dalam 1MDB sudah gila?

Dalam hal yang berkaitan, Najib pernah berkata di dalam Parlimen bahawa duit di dalam Bank Bsi itu adalah tunai, walau bagaimanapun, dia menukar cerita dengan mengatakan ianya bukan tunai, tetapi ‘paper asset’. Apakah itu paper asset, hanya Tuhan dan Jho Low sahaja yang tahu.

Tanyalah Najib dan barisan menteri kabinet yang lain apakah itu ‘units’ atau ‘paper asset’? Tidak ada seorang pun boleh menjawab dengan jujur dan tepat. Ini kerana mereka semua sudah terkena penyakit RM2.6 billion. Penyakit ini amat berbahaya. Seseorang lulusan universiti Oxford pun akan menjadi bebal akibatnya.

Otak ahli-ahli kabinet sudah tidak boleh berfungsi hinggakan kelakuan mereka cuma terhad untuk mengeluarkan kata-kata yang bodoh, atau terhad untuk menggunting riben di sesebuah acara, ataupun sekadar menjadi hos di acara anugerah sukan, ataupun setakat berlari di dalam marathon sahaja. Sedikit pun tidak berani untuk bercakap mengenai 1MDB secara kompeten dan berilmiah.

Badan penyiasat seluruh dunia sudah memberi bukti yang kukuh, bahkan Ketua Audit Negara juga mengatakan  laporan audit 1MDB yang dilakukannya sudah cukup untuk dimulakan siasatan lanjut yang oleh pihak polis dan Peguam Negara, tetapi menteri-menteri kabinet masih terlopong mulut seperti beruk hisap ganja; bercakap perihal perkara-perkara yang tidak masuk akal. Peguam Negara juga tidak usah cakaplah, dia masih bekerja keras untuk nampak seperti sedang bekerja keras.

Salleh Keruak baru-baru ini dengan angkuhnya meminta Wall Street Journal memberikan bukti atau memberitahu apakah sumber kepada semua fakta yang telah disiarkan, kerana Salleh mengesyaki ianya semua adalah sekadar fitnah.

Agak pelik bagi seorang menteri yang sepatutnya menjaga media, dia tidak tahu mengenai etika kewartawanan. Tiada wartawan di dalam dunia akan mendedahkan sumber rahsianya. Jika didedahkan, mereka akan hilang kredibiliti dan tiada sesiapa pun yang akan berani menampilkan kepincangan atau salah laku kerajaan jika media dengan sewenang-wenangnya mendedahkan dan menikam belakang sumber tersebut.

Amat pelik juga untuk seseorang menteri hal ehwal media yang tidak tahu membaca suratkhabar selain dari suratkhabar milik Parti Najib. Sana-sini di keliling dunia, orang-orang yang berkaitan 1MDB sedang didakwa dengan bukti yang kukuh, Salleh Keruak masih bercakap seperti orang hilang pedoman, terpekik terlolong meminta bukti tang mana 1MDB itu bersalah.

Ingatlah, sepandai-pandai tupai melompat, sekurang-kurangnya tupai itu nampak lebih pandai dari Najib dan para menterinya yang sedang terloncat-loncat tak tentu arah. Pasti jatuh jua akhirnya.

Lebih baik letak jawatan sekarang, kerana tiada apa yang elegan dan terhormat jika dipaksa meletak jawatan oleh pihak berkuasa kelak.

Nota.

" Menyokong pemimpin yang memikul bangkai gajah, tidak boleh di tutup dengan permaidani merah "

#selamatkanmalaysia
#bestquotfromTMJ
#silafikir2kan
#beranikeranabenar

Monday, May 30, 2016

Terkam : Tun Dr Mahathir!!! Jepun jemput sebagai penasihat dalam program ekonomi Jepun.

Mengapa Jepun menjemput Tun Dr Mahathir sebagai penasihat utama dalam program ekonomi Jepun ? bukankah Tun Dr Mahathir mereka kata sudah nyanyok ???

Adakah Jepun tidak tahu yang Ketua Negara Malaysia tidak suka dengan Tun Dr Mahathir ??

Mengapa sebelum ini negara Asia seperti di Korea, Indonesia, Kazakhstan dan lain-lain  telah beri penghormatan besar terhadap seorg bekas pemimpin Islam yang berbangsa Melayu.

Sekiranya negara Russia  buat macam ini macam mana ?? Silap-silap hancur kuasa yahudi dan US dalam penguasaan ekonomi dan minyak sedunia ????

APAKAH MENEGUR TIDAK MEMBANTU PRESIDEN?

1. Disebabkan kelantangan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan masalah dalaman negara yang dihadapi oleh rakyat dan kerajaan kerana beliau mempunyai pendirian tersendiri berani menyatakan perkara yang sebenar apa yang berlaku dalam sistem pemerintahan kerajaan sekarang ditokok tambah lagi isu-isu yang berlegar masalah ekonomi ,pendapatan rakyat di bandar mahupun di luar bandar sudah mengecil , harga barang meningkat naik ,kejatuhan nilai ringgit Malaysia ,hasil pengeluaran negara tak semolek dahulu ,harga minyak jatuh menurun

2.Bukan tu saja malahan isu-isu yang berbangkit dan skandal sering di kaitkan presiden parti Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak menjadi beban buat umno malahan kesan lebih berat pada kerajaan kerana sumber dana pendapatan negara makin menurun menjadi amat luar biasa dari sebelumnya , walau pun digugurkan dari kabinet dalam rombakan kabinet yang lepas semasa menjawat jawatan timbalan perdana bukan bermakna diam terus sebaliknya mencari jalan penyelesian.

3.Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi timbalan perdana menteri beliau membantu perdana menteri memberi pendapat dan pandangan pada perdana menteri bukan tu saja menegur dan menasihat mane yang tak betul ketika Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak secara berdepan dalam mentadbir urus negara tapi kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan bukankah itu menghalang tugas timbalan presiden parti membantu presiden parti

3.Menjadi satu kesalahan sekiranya ada beberapa perkara ditegur oleh beliau yang melibatkan intergriti, bukankah itu satu tugas timbalan perdana menteri membantu perdana menteri disebabkan amanat yang diamanahkan oleh beliau sebagai orang nombor 2 dalam kerajaan, kebanyakkan tugas-tugas yang diberi mampu beliau selesaikan.

4.Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan segaja membocorkan maklumat rahsia kerajaan pada umum sedangkan setiap perkara yang berbangkit datangnya dari pihak pembangkang padahal dengan sengaja presiden parti membuka pekong sendiri bila beliau silap memberi kenyataan bukan tu sahaja kelemahan presiden parti menepis dan menanangi isu-isu yang dikait oleh diri beliau selama beliau jadi perdana menteri jadi tak hairan lah corak serangan politik kali ini berbentuk individu bukan pada kerajaan parti memerintah sampailah pembangkang mendedahkan pada umum amat memalukan bila setiap kenyataan yang di keluarkan presiden parti hampir semuanya mencurigakan yang menghairankan kenapa presiden parti tidak berani bercakap benar pada rakyat dengan ape yang berlaku mendapat bala akhirnya punca pergolakkan kemelut dalaman politik akibat silap percaturan presiden parti sendiri konflik umno pun berlaku

5. Kedengaran suara anak-anak kecil menyalak seperti Nasri , ismail sabri ,sharizat dan ku nan mengatakan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membantu presiden parti mengikut pelembagaan parti umno .Apakah menjadi satu kesalahan jika timbalan presiden parti tidak membantu presiden parti sedangkan setiap keputusan yang dibuat Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang selama ini tidak merujuk timbalan presiden parti hinggakan umno kini sarat pelbagai masalah dalam usia nya 70 tahun . Kerana kelantangan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersuara bagi mempertahankan umno dari jatuh tersungkur ketanah kerana apa , dan ini juga satu tugasan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang yang bertanggungjawap ,tidak sanggup melihat umno tumbang dalam pilihan raya akan datang , pergorbanan besar dilakukan beliau kerana bangsanya tapi disalah ertikan bagi suara anak kecil .

6. Sudahlah digugurkan dari kabinet kerana membantu perdana menteri kini digantungkan pulak jawatan sebagai timbalan presiden parti sebab membantu presiden parti , jadi satu soalan yang saya nak tujukan buat pemimpin tertinggi umno habis siapa lagi yang boleh menyelesaikan masalah yang dibelenggu umno selama ini atau nak dibiarkan sahaja dalam benak fikiran saya kalau umno tumbang pilihan raya kali ini boleh ke pemimpin tertinggi umno bertanggung jawab dengan apa yang pernah dilakukan sekarang ini jadi sanggup pemimpin tertinggi umno tanggung risiko, yang bestnya mengantungkan jawatan timbalan presiden umno tanpa buat siasatan ,sebaliknya majlis tertinggi buat keputusan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin mengantungkan jawatan beliau tanpa mengikut saluran yang ditetapkan dalam perlembagaan umno jadi keputusan yang dibuat majlis tertinggi umno , adakah mengikut saluran yang betul mengikut garis-garis panduan ditetapkan dalam pelembagaan parti sebaliknya menambahkan keperitan merumitkan lagi buat umno atau satu helah untuk tidak ada kan pemilihan pau kali ini

7.Sebagai seorang ahli umno biasa cuma Naib ketua pemuda merangkap penerangan pemuda cawangan , ini bukan soal team A atau team B ,ini bukan soal melawan arus ,yang saya pertikaikan adalah intergeriti seorang pemimpin ,jadi dengan iklas hati saya mempertahankan pemimpin yang berani menyatakan kebenaran , dengan ini berani saya mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang benar memahami masalah rakyat ,walaupun saya didesak supaya menyokong presiden parti ,Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak , saya mempunyai perinsip dan pendirian hingga sekarang ini saya tidak boleh menyokong presiden parti ini umum ,kerana saya tak pandang kedudukan , kekayaan ,harta ,pangkat darjat melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin yang saya pandang kebijaksanaan pemimpin itu merajui negara tanpa membebankan rakyat dan parti jadi dengan berani dan siap sedia menerima segala bentuk acaman kedudukkan jawatan saya dalam parti walau pun cuma cawangan.

8.Setelah berfikir panjang dengan ini saya mencabar presiden parti menyelesaikan kes wang derma 2.6 billion,1mdb, src international ke mahkamah sama ada kebenaran beliau salah atau tidak bersalah hanya hakim saja yang layak menentukan kedudukkan presiden parti bukan nya peguam negara yang menentukan kes tersebut .

9.Ini kerana bagi mengembalikan keyakinan rakyat pada parti umno dan pengundi sekali ,Tapi Peguam Negara arahkan tutup kes sebenarnya menimbulkan keadaan mencurigakan menjadi tanda tanya buat seluruh rakyat Malaysia . sebagai seorang islam walaupun jahlir pada agama kerana tak semua amalan saya lakukan dan saya masih lagi berpegang pada hadith dan sunnah .Dalam dunia politik saya tidak lepas dari di fitnah,saya juga pernah dituduh menolak agama sebenarnya saya tak ingin mencampur adutkan politik dengan agama kerana saya seorang manusia yang lemah tidak lepas dari dosa disegajakan dan tidak disegajakan

10.Merujuk pada Nabi Muhammad saw pernah berpesan jangan ikut pemimpin yang tidak mengatakan kebenaran sebaliknya berbohong yang boleh mengakibatkan sesebuah kerajaan tu tumbang jadi nak ke kita jadi seperti dahulu kala hikayat sejarah telah tercatit beratus kerajaan yang dibina akhirnya rebah menyembah bumi dari tanah yang segulung kini tinggal sekakang kalau yang ni pun tak boleh dijaga kemana lagi kita .

#beranikeranabenar

Thursday, May 26, 2016

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TELAH MENERIMA PENGIKTIRAFAN YANG TINGGI APABILA MENERIMA JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN 'WORLD FOOTBALL SUMMIT 2016'

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor telah menerima jemputan untuk menghadiri persidangan antarabangsa 'World Football Summit 2016' bagi membincangkan perkara-perkara mengenai industri bolasepak yang akan diadakan di Madrid, Sepanyol pada 27hb dan 28hb Oktober 2016. Seminar tersebut disertai oleh kelab-kelab utama gergasi bolasepak serata dunia seperti Juventus, Real Madrid, Barcelona CF, Bayern Munich, Manchester United, AC Milan dan lain-lain lagi. Ini satu sejarah dan penghormatan terhadap kelab Johor Darul Ta'zim  menerima jemputan, berjumpa dan berbincang mengenai industri bolasepak bersama-sama kelab ternama dunia.

Berikut adalah antara isi kandungan surat jemputan tersebut:

"Sebagai Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, ia merupakan satu penghormatan besar buat kami sekiranya anda dapat menyertai kami semasa sidang 'World Football Summit 2016' kerana kami yakin kehadiran anda pasti akan meningkatkan lagi kualiti acara kami dan membantu pembangunan bola sepak di Malaysia dan Asia."

-----

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR RECEIVES HIGHEST RECOGNITION BY GETTING INVITED TO ATTEND WORLD FOOTBALL SUMMIT 2016

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, has been invited to attend the World Football Summit 2016 to discuss matters related to the football in Madrid, Spain on October 27th & 28th 2016. The conference will also be attended by football giants around the world such as Juventus, Real Madrid, Barcelona CF, Bayern Munich, Manchester United, AC Milan and many more. It is historic and a huge honour for Johor Darul Ta'zim FC to be invited, meet and discuss football matters with world-famous clubs.

Here's an excerpt from the invitation letter:

"As the Owner of Johor Darul Ta'zim Football Club (FC), we would consider it a great honor if you could join us during the World Football Summit 2016 as we are certain your presence will enhance the quality of our event and help football development in both Malaysia and Asia."

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Thursday, May 19, 2016

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN JASA: MAHATHIR ATAU NAJIB YANG MENIPU?

TUDUHAN JASA: Mahathir berbohong apabila mendakwa Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara”, sedangkan 1MDB hanya sebuah syarikat pelaburan strategik kerajaan yang diberi modal sebanyak RM1 juta sahaja.

JAWAPAN: Samada namanya Dana Kekayaan Negara atau syarikat pelaburan strategik negara tidak penting kerana kedua-duanya salah. 1MDB bukan Dana Kekayaan Negara tetapi sepertimana yang disebut oleh Tun Mahathir ia adalah Dana Hutang Negara yang kini mencecah RM53 bilion. 1MDB juga bukan syarikat pelaburan strategik negara kerana pelaburan 1MDB tidak dibuat secara strategik dan tidak mendatangkan apa-apa keutungan kepada syarikat. Sebaliknya, 1MDB mengalami masalah aliran tunai yang teruk sehinggakan terpaksa berhutang untuk membayar faedah ke atas hutang sedia ada. Ibaratnya, gali lubang untuk kambus lubang. Ini termasuk RM950 juta kredit tersedia daripada kerajaan yang telah habis diguna oleh 1MDB.

TUDUHAN JASA: Mahathir cuba memutar belit fakta berkaitan nilai hutang RM42 bilion. Jika sebelum ini Mahathir menipu dengan menuduh RM42 bilion ini lesap, sekarang baru Mahathir mahu mengakui bahawa RM42 bilion TIDAK lesap sebaliknya hanya merupakan pinjaman.

JAWAPAN: Jika RM42 bilion yang dipinjam daripada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara tidak lesap, masakan 1MDB gagal mematuhi arahan Bank Negara supaya memulangkan semula pelaburan sebanyak RM7.7 bilion yang dibuat tidak mengikut ketetapan BNM. 1MDB juga gagal mendapatkan semula USD700 juta (RM2.8 bilion) yang dibayar kepada Good Star Ltd, iaitu sebuah syarikat milik kawan baik Najib iaitu Jho Low yang tiada kaitan langsung dengan syarikat usahasama Petrosaudi. Peguam Negara Switzerland dalam laporan siasatannya juga mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya USD4 bilion (RM16.1 bilion) wang 1MDB telah lesap. Ini tidak termasuk pelaburan 1MDB dalam pembelian aset tenaga dan hartanah yang tidak mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang syarikat. Aset-aset tenaga dan tanah ini kemudiannya terpaksa dijual atau dicagar untuk membayar hutang, atau dalam bahasa mudahnya LESAP.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila mendakwa pelaburan yang dibuat 1MDB "semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun".

JAWAPAN: Bukan setakat rugi, tetapi LESAP.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila menyatakan "wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dimana wang ini berada", sedangkan penyata kewangan diaudit dan laporan PAC mengesahkan butiran-butiran setiap transaksi yang dilakukan oleh 1MDB.

JAWAPAN: Laporan PAC sendiri menyebut banyak keputusan pelaburan 1MDB yang dibuat tanpa mengikut arahan Lembaga Pengarah syarikat dan bayaran dibuat kepada syarikat yang tiada kaitan dengan usahasama. Malah, pertikaian dengan IPIC juga timbul apabila sejumlah USD 3.5 bilion yang sepatutnya dibayar kepada IPIC tetapi dibayar kepada Aabar BVI yang tiada kaitan dengan IPIC. Tiada laporan yang mengesahkan ke mana perginya wang USD3.5 bilion ini, samada telah dikembalikan kepada 1MDB atau dipindahkan kepada IPIC. Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya USD7 bilion lagi wang 1MDB yang tidak dapat dikesan. Mahathir tidak menipu, yang menipu ialah 1MDB.

TUDUHAN JASA: Mahathir cuba memfitnah dengan mengaitkan wang sebanyak RM 2.6 billion dalam akaun persendirian Najib dengan 1MDB sedangkan SPRM telah mengesahkan pada 3 dan 5 Ogos 2015, bahawa duit ini bukan dari 1MDB tetapi dari seorang penderma dari Timur Tengah.

JAWAPAN:

Bukan Tun Mahathir seorang sahaja yang mengaitkan 'derma' RM2.6 bilion kepada Najib dengan 1MDB tetapi para penyiasat antarabangsa dari 5 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Switzerland, UK, Singapura dan Hong Kong. Siasatan di semua negara ini masih berjalan dan agak malang sekiranya JASA telah membuat kesimpulan bahawa derma RM2.6 bilion adalah daripada penderma Timur Tengah hanya berdasarkan kenyataan SPRM. SPRM sendiri dalam kenyataannya menyebut bahawa siasatan masih dijalankan.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila menyatakan Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak USD7 billion dalam pengurusan 1MDB, sedangkan Pendakwa Raya Switzerland bercakap mengenai kemungkinan 1MDB menjadi mangsa kelemahan pentadbiran dan salah laku dalam IPIC, bukan mendakwa berlaku korupsi oleh 1MDB.

JAWAPAN: Fakta dalam tuduhan JASA ini pun salah. Pendakwaraya Switzerland Micheal Lueber menyebut sebanyak USD 4 bilion telah dilesapkan (misappropriated) daripada 1MDB. Definisi "misappropriate" mengikut kamus Merriam-Webster ialah "(of a person) dishonestly or unfairly take (something, especially money, belonging to another) for one's own use. Mungkin pegawai JASA perlu rujuk Kamus Dewan apa maksud LESAP jika tidak faham Bahasa Inggeris.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila mengaitkan tangkapan seorang pegawai bank di negara itu dengan salahlaku 1MDB.

JAWAPAN: Tun Mahathir tidak menipu. Media di seluruh dunia melaporkan tangkapan dan pendakwaan ke atas Yak Yew Chee seorang pegawai Bank BSI di Singapura adalah berkaitan dengan siasatan pihak berkuasa negara itu mengenai transaksi 1MDB. Nampak sangat pegawai JASA tak baca berita antarabangsa.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu lagi apabila mengatakan "Malaysia dipandang hina dan Menteri Kewangannya didakwa sebagai Menteri Kewangan yang terburuk di Asia" sedangkan laporan itu hanya melibatkan 12 negara dari 48 buah negara Asia. Tidak benar untuk melabelkan kedudukan ke-12 dari 48 negara sebagai "yang paling buruk".

JAWAPAN: Alahai. Nasib baik kajian dibuat ke atas 12 negara sahaja. Kalau melibatkan 48 buah negara kemungkinan besar Menteri Kewangan Malaysia iaitu Najib jatuh di tangga ke-48.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila menyebut "laporan oleh PAC mencatit penipuan besar berlaku dalam 1MDB dan diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy" sedangkan Arul tidak pernah sama sekali mengakui ada berlaku penipuan dalam 1MDB.

JAWAPAN:

Ini kenyataan yang dibuat oleh Arul Kanda dalam The Edge Financial Weekly. Baca dan fahamilah sendiri.

State-owned fund 1MDB president Arul Kanda Kandasamy has reiterated the possibilities of "massive fraud" and “collaboration from our side” over the US$3.5 billion worth of payments made to the 'fake' Aabar BVI. "What we cannot discount is there could actually be fraud... a massive fraud... and maybe there was collaboration from our side," Arul Kanda reportedly told The Edge Financial Weekly in a cover story interview.

TUDUHAN JASA: Mahathir juga menipu apabila menyatakan "jika ahli atau pemimpin UMNO menyoal berkenaan 1MDB, mereka akan dipecat", sedangkan sehingga kini tiada pemecatan terhadap pemimpin dan ahli yang mempersoalkan tentang 1MDB, termasuk terhadap Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Khairuddin dan Shafie Apdal.

JAWAPAN: Muhyiddin dan Shafie telah dipecat daripada kabinet. Mukhriz telah dilucutkan jawatan MB Kedah. Malah Muhyiddin telah digantung daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Muhyiddin dan Mukhriz berkemungkinan akan dipecat daripada parti. Semuanya gara-gara menegur Najib dalam isu penyelewengan 1MDB.

SIAPA YANG MENIPU SEBENARNYA?

Yang MENIPU ialah NAJIB.

Tubuh syarikat milik kerajaan dengan modal RM 1 juta tapi berhutang RM42 bilion. RM2.6 bilion dijumpai dalam akaun sendiri dan yang selebihnya lesap. Bila 1MDB tak mampu nak bayar hutang piutangnya, maka tetpaksalah kerajaan yang membayar, iaitu dengan menggunakan duit cukai yang dikutip daripada rakyat. Memang tujuannya dari awal
lagi ialah untuk menipu rakyat.

Dulu buat kenyataan di Parlimen kononnya USD 1 bilion wang 1MDB telah dibawa pulang dan berada dalam akaun bank di Singapura. Bila pihak Monetary Authority Singapore menafikan terdapat USD1 bilion tunai wang 1MDB dalam akaun bank di Singapura, Najib tukar cerita kononnya yang disimpan di sana ialah unit. Unit apa ke bendanya tak diberitahu pula. Tipu lagi!

Kata nak saman Wall Street Journal pada hari Selasa kerana memfitnah Najib. Dah berapa puluh hari Selasa tak saman-saman lagi. Mungkin nak tunggu hari Selasa yang ke 2.6 bilion kot 😂😂😂.

Yang menipu sebenarnya ialah NAJIB bukan TUN MAHATHIR.

Tuesday, April 19, 2016

WATERGATE MALAYSIA : WSJ DICALONKAN UNTUK KATEGORI LAPORAN ANTARABANGSA BAGI HADIAH PULITZER!!! #1MDB.

Siri artikel terbitan The Wall Street Journal mengenai skandal kewangan yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan negara 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi Hadiah Pulitzer.

"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.

Menurut laman web rasmi Hadiah Pulitzer, WSJ mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.

Mereka diberikan kredit bagi hasil kerja-kerja yang digambarkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan amalan rasuah di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia".

Antara lain, artikel yang dikemukakan bertajuk "Malaysia Leader's Accounts Probed" (2 Julai), "Leader Faces Fire Over Fund" (15 Oktober), dan "The Money Network of Malaysian Politics" (28 Disember).

Najib dan penyokongnya dari parti pemerintah BN berulang kali menuduh WSJ menjaja tuduhan palsu dan diperkudakan oleh mereka yang mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan kerajaan.

Akhbar itu bagaimanapun, terus berdiri teguh dengan laporannya sehingga hari ini dan menyokong supaya Najib memfailkan saman fitnah terhadap sebarang laporan yang didakwa palsu.

Anugerah Hadiah Pulitzer disampaikan kepada pemenang pada hari Isnin.

Lembaga Hadiah Pulitzer menganugerahkan Alissa Rubin dari The New York Times sebagai pemenang kategori laporan antarabangsa untuk kerjanya di Afghanistan pada 2015.

Sunday, April 17, 2016

Soalan " KENAPA " Persoalan yang perlu " RESPON " Merungkai kenapa masaalah ini boleh berlaku?

Team Respect My PM, mohon respon.

1. Kenapa Januari lalu, menteri luar Arab Saudi (menteri yang sama kini) respon, tiada derma & jika ada ianya adalah pelaburan ? Dan kenapa kini bercanggah & tiba² mengakui ?

2. Kenapa setelah sekian lama, nama DS Najib busuk & nama negara busuk, baru hari ini tampil buat pengakuan ? Atau sebab terlalu lama menulis & menghafal skrip ?

3. Kenapa DS Najib & kerajaan Malaysia tidak menyaman pihak yang bertanggungjawab membawa & menyebar 'fitnah' ini ?

4. Kemana guna / sebahagian wang yang didermakan ? Digunakan untuk apa ? & apa manfaat kepada rakyat ?

5. Kenapa wang sebanyak itu dimasukkan kedalam akaun seorang penjawat awam & dalam jumlah yang infiniti banyak tanpa apa² tindakkan undang² ?

6. Kenapa pada awal pendedahkan 'skandal' ini, DS Najib & kerajaan Malaysia menafikan bahawa wang itu masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri ?

7. Dan terakhir, kenapa isu & skandal ini sangat berbelit² ? Kenapa banyak percanggahan & Banyak sangat jalan cerita ? Kenapa ?

TSMY : Membidas Isu Azalina mengumumkan bahawa Lapuran Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang melepaskan Perdana Menteri dari salah laku. Walaupun dokumen itu memperlihatkan sebaliknya?

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas Datuk Seri Azalina Othman Said di kawasan menteri di jabatan perdana menteri itu sendiri iaiti Pengerang.

Beliau membawa isu Azalina mengumumkan bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang melepaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rzak dari segala salah laku walaupun dokumen itu memperlihatkan sebaliknya.

Laporan itu, katanya, mengenengahkan Perdana Menteri sebagai bertanggungjawab dalam meluluskan urusniaga syarikat tersebut dan berbilion ringgit yang lenyap begitu sahaja.

"Ia menunjukkan banyak salah laku.

"Bagaimana seorang perdana menteri, di samping menteri yang sepatutnya menjaga hal perundangan, apa nama dia, Azalina - berkata tiada salah laku, apakah beliau boleh baca?" kata beliau semasa ceramah kepada ahli-ahli akar umbi Umno di Pengerang, Johor hari ini.

Muhyiddin juga mengingatkan Azalina bahawa beliaulah orang yang mencipta platform politik untuk Ahli Parlimen Pengerang itu.

"Ketika saya menjadi menteri besar (Johor), Azalina tiada disitu.

"Apabila dia menjadi Ketua Puteri Umno sebab saya galakkan dia. Saya tubuhkan Puteri Umno dan perlembagaan parti dipinda.

"Namun beliau telah terlupa. Melayu mudah lupa, termasuk ketua cawangan anda," katanya.

Bercanggah dengan kenyataan kerajaan, Muhyiddin berkata, laporan PAC menemukan sekurang-kurangnya RM28 bilion atau AS$7 bilion dana 1MDB telah lenyap dan menggesa orang ramai membaca laporan itu sendiri.

"Siapa meluluskan transaksi tersebut? Najib telah meluluskan semua transaksi itu," jelasnya.

Beliau turut menimbulkan bahawa PAC menemui, tidak seperti syarikat biasa, semua urusan utama 1MDB telah diluluskan oleh pengerusi lembaga penasihat syarikat, iaitu Najib.

"Ini RM28 bilion tidak boleh melayang meninggalkan negara tanpa kelulusan Najib.

"Jadi, kemana duit itu telah pergi? Bolehkah beliau menjelaskan?" katanya.

Saturday, April 16, 2016

IMPIAN GHAIB PART 2 : KERETAPI.

IMPIAN GHAIB - PART 2 : KERETAPI (ulisan Sahabat Shahpaskal)

1. Berikut beberapa perihal yang membabitkan perlaksanaan pembangunan sperti mana dimaklumkan.

2. Diberitahu fasa pembangunannya terbahagi kepada beberapa peringkat seperti kelaziman suatu projek besar.Yang membezakan hanyalah soal pembiayaan, pemilihan teknologi dan juga tenaga kerja.


3. Diberitahu semua pembiayaan akan dibuat secara dalaman oleh satu Yayasan yang khusus, mungkin atas nama Yayasan SAS sendiri sempena nama beliau.

4. Impian beliau, Keretapi Tanah Melayu (KTM) diberi tanggungjawab sebagai pengurus projek dan juga operatornya kelak. Manakala itu, Jabatan Kerjaraya (JKR) pula diambil sebagai sparing-partner dalam aspek pembinaan awam, tidak seperti sekarang di mana KTM dan JKR hanyalah pemerhati bisu.

5. Bab kewangan pula, semua keputusan kewangan mestilah dikelolakan sepenuhnya oleh pihak Yayasan melalui satu task-force khas pelbagai disiplin. Ini bagi mengelakkan sebarang salah-laku dan kecuaian dalam hal-hal tender.

7. Beliau nak tenaga-kerja Bumiputera tempatan mestilah diutamakan. Beliau tak nak orang-orang luar seperti pekerja dari Bangladesh, India atau seumpamanya melainkan pekerja dari Indonesia. Bab Indonesia ni unik sikit sebab serumpun, lagipun ada sesuatu yang isimewa.

8. Bab pekerja Indonesia ni. SAS dan HSH nak jaringan keretapi baru dibina di Sumatera. Makanya pekerja yang bekerja di negara kita akan dihantar pulang untuk mengendali kerja-kerja di sana kelak. Mungkin kerja di sana agak lewat sedikit dari sini. So, tak timbullah soal pekerja Indonesia ni tak nak balik macam kes geng Bangla.

9. Beliau nak tenaga kerja tempatan ni diambil dari lepasan sekolah dan juga pusat kemahiran vokasional. Mereka ni dilatih khusus untuk kerja-kerja berkaitan pembangunan keretapi dan diberi elaun belajar tak kurang Seribu Ringgit sebulan.

10.Beliau nak gaji permulaan lepasan sekolah yang dilatih ni dibayar gaji permulaan tak kurang RM2,500 sebulan. Ada juga diberitahu skala gaji permulaan untuk lepasan Diploma (RM3,500) dan Ijazah pertama (RM5,000).

11.Saya ada bertanya pasal gaji ni, SAS cakap dia nak cucu-cicitnya nanti bergaji lumayan dan menjadi tanda-aras (bench-mark) bagi majikan lain. Lagi pun SAS bagi tahu yang duit-duit ni adalah harta pusaka nenk-moyang bangsa Melayu, biarlah cicit2nya merasa..

12.Dalam pada itu, SAS juga bagi tahu dia tak ada kompromi langsung dengan sebarang penyelewengan. Mengular atau songlap, pekerja tu mesti dibuang saja.. Setelah siap semua pembinaan, SAS nak kalau boleh semua yang terlibat dalam pembinaan diserap sebagai pekerja tetap operasi  dan diberi kemudahan istimewa.

KEMUDAHAN SOKONGAN

13.SAS nak semua kawasan berhampiran setesen keretapi dibangunkan kompleks perumahan di mana separuh diperuntukkan kepada kakitangan keretapi. Separuh lagi disewa-pajak kepada orang luar. Masjid mestilah bangunan terhampir dengan setesen.

14.Harga rumahnya mestilah hanya harga kos dan fee pengurusan, tak ada faedah pinjaman. Senang cerita, tak payah pinjam2 dengan bank, cuma bayar sewa bulan dan cukup tempoh (misalnya 15 tahun), rumah dapat. Diskaun lagi tu.. Dan rumah mestilah selesa, paling kurang 3 bilik dengan satu stor.

15.Bab sewa-pajak ni, details nya pun ada.. Nanti diceritakan kemudian.. Kesimpulannya SAS nak rakyatnya selesa hidup dan terselindung dari terbeban dengan kenaikan kos melampau-lampau.


16.SAS sebenarnya nak rakyatnya boleh duduk jauh dari bandar dan membentuk satu komuniti ekonomi sendiri. Nak ke bandar hanya perlu naik keretapi dengan tambang teramat minimum dan kaedahnya sebijik macam kat Jepun.

17.Selebihnya tunggulah bila nak dimulakan projek ini nantia. Dan banding2lah dengan apa yang tertulis kat sini sejauh mana ketepatannya...

JAWAPAN SAYA TENTANG CAMANA SAYA BERSEMBANG DDENGAN GHAIB.

18.Saya rasa terpanggil nak jelaskan hal ini. Tak cerita, nanti tertanya-tanya pulak. Bukanlah niat nak membesar2kan, cuma sedikit pencerahan. Terlebih dulu dipohon maaf kalau ada terselit
bab negatif tu yaa.

19.Saya biasa didatangi oleh ghaib2 dari usia belasan tahun lagi dan pendedahan demi pendedahan menyebabkan saya terbiasa dengan keadaan ekstrem ni. Mula2 masa dulu tu secara mimpi dan kemudian secara nyata.

20.Malah masa kecil pun saya pernah ‘meninggal’ dan dah nak diusung ke kubur untuk ditanam sebelum tiba-tiba ‘hidup’ kembali.. Saya percaya kalau berserah secara total kepada Allah SWT, pasti dilindungi-Nya.. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang.

21.Saya mengikuti aliran tasawuf ni dah lama, dah lebih dua Dekad. Sebelum tu, saya dah ikut tabligh, Arqam, tarekat2, jemaah2 usrah dan macam-macam lagi. Tapi semua tu hanyalah untuk mendewasakan diri saya dengan pelbagai cabangan aliran.

22.Bab bersembang dengan ghaib ni. Saya cuma berkongsilah cerita asasnya saja. Yang detail tu, takyah laa.. Harap janganlah dicontohkan kepada saya, cukuplah ambil contoh umum yakni bukan saya. Karang terperasan lak.. Lagi pun nak jadi wali ni, anak pompuan saya masih kecil.. Anak2 jantan je
yang dah besar panjang..

23.Okey, mula-mula kita kena ada asas ilmu agama yang mencukupi baik fekah mahu pun tauhid. Kena ada guru yang ‘benar’ dan diberi amalan tertentu. Dalam hal ni, nasab keturunan juga memainkan peranan.

24.Bab berjumpa orang ghaib ni, mereka banyak lapisan atau tingkatannya. Ada juga kalangan kita yang mampu menembusi lapisan biasa (wali-wali ghaib biasa) tetapi belum ada upaya menyingkap tabir seterusnya (wali ghaib utama macam wali qutub). Nak masuk alam mereka (alam roh), bila dah
dibenarkan, kita akan diajar takbir ghaib - yakni kunci ke alam berkenaan.

25.tahap awalan biasanya ghaib ni terpaksa tumpang jasad orang lain (macam sarung) tapi tu selalunya untuk orang awam yang tak berupaya memasuki alam mereka (alam roh). Saya percaya ramai dah tahu kaedah ni..

26.Bagi yang dah biasa, mereka (ghaib dan manusia hidup) boleh bersembang macam biasa seperti bersembang dengan kawan2 yang duduk secara berepan, ada air kopi kosong, teh kosong atau air suam, cuma suara perbualan saja halus, suara hatilah katakan.. Bahasa juga bahasa lama.. Orang ghaib ni
ada banyak keistimewaan, mereka boleh bercakap macam-macam bahasa tetapi dominannya bahasa melayu
klasik dan bahasa arab.

27.Bila ghaib ni datang, kalau kita tengah tidur (tidur kena ada wuduk weii...), mereka akan kejutkan kita dengan mencuit ibu jari kaki. Pastu bersembang ajelah.. Jasadnya ada kala wujud depan2. Siap boleh kita ambil pen dan buku nota untuk catatkan apa yang depa cakapkan. Selalunya kita dah tau
jam berapa mereka nak datang...

28.Ada juga datang time bawak kereta, maka sembanglah macam sembang dengan kawan sebelah. Ada juga diisyarat secara cuit telinga.  Ada masa duk berwirid kat masjid dan time kita minum kat mamak pun mereka boleh datang, asalkan lokasinya bersih. Tapi ni tertakluk jugak siapa manusia hidup yang ghaib ni datang jumpa..

29.Selalunya individu yang boleh bersembang cara ni, dia dah mampu untuk berjalan secara ghaib (perjalanan roh) yakni boleh jelajah ke mana saja. Yang lebih handal siap boleh ambil dan bawak barang lagi tu masa perjalanannya walhal jasadnya terlentang kaku macam tidur.

30.Benda gini macam tawasul juga. Tak digalakkan kalau kemampuan ilmu dan kefahaman belum sampai ke tahapnya. Nanti orang cakap kita sesat bangat. Sebab tu Dr Zakir Naik cakap tawasul ni haram. Saya setuju, ia haram bagi yang tak ada ilmu. Silap2 dibuatnya tawasul ni macam ngangkung
nombor ekor. Pastu ada yang ke kubur menyanyi-nyanyi macam kat youtube tu.. Tu semua rasanya tak menepati kaedah sebenar tawasul.

31.Kesimpulannya, tak payahlah kita sibuk2 dengan hal macam ni. Cukuplah sekadar tahu. Nanti ada pulak soalan budak tadika - macamana nak kenal itu jin, rijalulghaib atau iblis.. Cuba tanya butcher atau pemotong daging profesional, kalau diberi daging merah seketul, depa 100% mesti tahu itu daging apa. Hanya jauhari kenal maknikam.

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mahu pihak luar mencampuri urusan dalaman Malaysia.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mahu pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini dalam usahanya untuk ‘menyelamatkan Malaysia’.

“Saya tak minta campur tangan luar. Saya katakan bahawa semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum Pembinaan Negara Bangsa Melalui Pendidikan di Muzium Kesenian Islam di sini, Isnin.

Sehubungan itu Dr Mahathir berkata beliau akan terus bercakap kepada media asing mengenai pelbagai isu yang berlaku di negara ini.

“Saya akan beritahu media asing mengenainya,” katanya.

Sementara itu diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan, Dr Mahathir menganggap tindakan itu adalah perkara biasa.

“Dia siasat dah…dah dua kali siasat. Semua kawan-kawan saya pun dah kena siasat dah. Tak cukup siasat, Lembaga Hasil Dalam Negeri pun kacau mereka,” katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir dikritik banyak pihak kerana meminta campur tangan asing dalam urusan dalaman negara ini.

Dr Mahathir dalam wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, berkata bahawa harapan supaya Najib selaku Perdana Menteri berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

Monday, April 11, 2016

IMPIAN GHAIB PART 1: KERETAPI.

IMPIAN GHAIB - PART 1 : KERETAPI
(Oleh Sahabat Shahpaskal)

1. Kita tinggalkan pasal Wan-Emdibi, Proton dan setarafnya. Biarlah yang arif pasalnya dan yang punya poket tebal berbilion2 sahaja yang mampu selesaikannya.Insha Allah masih ada cahaya di hujung terowong sana..

2. Jom kita tinjau-tinjau beberapa impian kalangan ghaib terutama dari moyang2 kita iaitu Sultan Abdul Samad (SAS) selaku pemerintah ghaib Malaysia dan juga seorang lagi (Hj Sharif Hidayatullah, HSH) di Jawa yang merupakan Penghulu Ghaib se-Nusantatra. Sejauh manakah impian ini boleh dikotakan, biarlah Yang Esa menentukannya. Cuma lazimnya, mereka-mereka ni tak bercakap perkara yang mustahil lagi jauh digapai.

3. Kali ni kita cerita pasal keretapi. Sekurang-kurangnya benda ni dah dapat perhatian mereka, sama seperti jalinan landasan keretapi milik KTM yang siap di awal 1900 dahulu. Begitu juga Putrajaya. Sebenarnya Putrajaya tu juga sebahagian impian SAS yang mana ilhamnya diperturunkan kepada PM waktu itu (Tun M). Konsep serta corak dan susun atur binaannyalah yang diilhamkan Allah SWT ke minda pemimpin kita tu setelah golongan ini bermunajat.

4. Tu pasal juga bagi yang mempunyai kelebihan melihat alam depa ni, sebenarnya ada banyak rahsia kat Putrajaya tu. Umpamanya ada berlian biru sebesar bola pingpong berlegar kat Masjid Putra tu yang mana asalnya di Masjid Jamik dan kemudian kat Masjid Negara lalu kini di Putrajaya - Lambang Daulah. Saya dah jumpa beberapa orang berilmu yang tak pernah saya kenal sebelumnya membicarakan benda yang sama.

TERINGAT MASA-MASA KECIK.

5. Bab keretapi ni, ia banyak meninggalkan kenangan buat saya. Dari kecil saya membesar dengan keretapi. Sempatlah naik keretapi wap pakai arang-batu. Jalan sikit, mulalah terkentut pasal kena buang wap airnya kat tepi rodanya. Sesiapa yang berdiri kat tepi mesti kena sembur wap putih ni.. Berpeluhlah.

6. Selepas tu, guna enjin diesel dan kini ke era keretapi laju. Saya suka tengok sorang peminat tegar keretapi. Banyak informasi pasalnya kat blog beliau.
Sila lawatinya... (https://blogkaryait.wordpress.com/2011/05/26/cadangan-untuk-sistem-kereta-api-negara-kita-sekadar-cadangan-final/#comment-937

7. Masa sekolah menengah, saya berulang-alik naik keretapi. Pagi naiknya jam 5.45, sampai kat bandar (sekolah) jam 6.45 pagi. Tambangnya pakai kad tambang ikut penggal. Sepenggal RM50.00. Balik pulak jam 2.30 petang dan sampai sejam kemudian. Time tu tak ada aircond, semua pakai kipas je.

8. Paling best naik atas bumbung. Masa keretapi ambil selekoh.. Fuh...! Amazing betul.. Tapi bila enjinnya ‘press’ minyak, habis berjelaga muka dan baju kena asapnya.

9. Train pagi ni ramai penumpang yang menjadi peraih dan pemborong barang2 dari Gua Musang untuk ke Lipis dan Jerantut. Barang2 ni biasanya barang seludup dari Siam (Tumpat) seperti beras seludup, buah-buahan dari pakaian.

Bungkusan barang-barang ni diletaknya merata-rata kat bawah kerusi pasal nak elak kena bayar tambang barang. So, kalau buah2 seperti pauh, dalam gelap2 ni akan jadi rezeki kamilah. Selalunya kami tebuk bungkusnya dan ambil sedikit buah-buah tu untuk makan pagi. Ada juga kena tangkap dengan peraih2 ni tapi setel gitu2 je.. Kami kenal mengenal antara kami.

HARAPAN DARI GHOIB-GHOIB.

10.Berbalik kepada tajuk. Saya sering diaju oleh SAS akan harapannya dalam hal keretapi sebab dialah yang membiayai pembinaan landasan utama KTM dahulu dan British pula  adalah kontraktornya.  (Nota : Seperti saya ceritakan dulu, bayarannya berupa jongkong2 emas yang memang masih ada tertanam kat di tepi landasandi Klang,Selangor).

11.Memang pemikiran SAS ni agak futuristik. Contohnya, pada pertengahan tahun 2014 dulu beliau dah bagi tau, beliau nak tengok satu sistem keretapi maju dapat dibangunkan kat Malaysia ni. Beliau mintak biarlah menyamai keretapi laju kat Jepun ataupun di Eropah.

12.Beliau ada bagi perinciannya. Landasannya hendaklah banyak berbentuk laluan atas (overhead track), paling kurang 20 kaki (6.0 meter) dari aras tanah.

Katanya dia tak nak ganggu kehidupan rakyat di mana rakyat bebas lalu di bawahnya. Jajaran landasan pulak mudah diluruskan tanpa banyak potong bukit dan timbus menimbus. Malah katanya lagi, jika banjir besar terjadi, landasan ini masih boleh beroperasi dan boleh dibuat tempat berlindung. Tut tut... Akhir tahun 2014 tu memang ada jadi banjir besar...!

13.Katanya, dia suka sistem macam kat Jepun sebab di sana kerap dilanda gempa-bumi menyebabkan tahap keselamatannya tinggi. Kelajuannya hendaklah dalam 180-220 kmj. Dengan kelajuan ini, perjalanan dari mana-mana lokasi seperti ke ibu negara paling lama pun dalam 2 -3 jam sahaja.

14.SAS mintak lebar landasannya diubah dari yang ada sekarang (1.0 meter) kepada 1.4 meter supaya mampu menampung kelajuan lebih tinggi serta memungkinkan saiz koc lebih besar. Landasan standard (1.4 meter) ni dah pasti lebih stabil.

15.Jajaran baru pula adalah dari Putrajaya melalui pinggir Pantai Barat ke selatan (menyamai laluan cadangan keretapi laju KL -Singapura), laluan baru kedua pula bagi laluan K.Lumpur ke Pantai Timur (K.Lumpur - Nilai - Mentakab - Maran - Kuantan - K.T’ganu - Pasir Putih - K.Bahru).

16.SAS ada menyebut landasan sekarang (Perlis - Ipoh - Kuala Lumpur - Gemas - Johor Bahru) hanya perlu dinaik-taraf kepada lebar landasan 1.4 meter dan kosnya boleh diminimunkan. Landasan sedia-ada bagi jajaran Pantai Timur (Gemas - K.Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Tumpat) jugak dinaik-taraf serta diluruskan.

17.Saya diberi tahu oleh beliau (SAS) keseluruhan dalam 1,500 km dengan perbelanjaan (ketika tukaran USD-RM dalam 1.00 : 3.20) setiap km adalah RM 200 (juta). Keseluruhan tempoh pembinaan sekitar 7-8 tahun.

18.Sebagai tambahan, kesemua jaringan keretapi termasuk LRT, MRT dan lain-lainnya di Semenanjung ni diletakkan di bawah satu perbadanan asset di mana ia dipunyai oleh satu yayasan yang tidak meletakkan keuntungan sebagai objektif operasinya. Ia juga hendaklah bebas hutang.

19.SAS ada meletakkan had tambang. Tambangnya ada dua peringkat. Untuk warganegara, tambangnya jangan lebih dari 10 sen setiap km dengan kad pengenalan akan  bertindak sebagai kad tambang (macam kad isian-semula TnG kot...), bagi warga asing pulak, katanya terserahlah kepada pentadbir operasi.

TEROWONG SELAT MELAKA

20.HSH pula memberitahu beliau mahu dua tanah bersaudara ni (Sumatera dan Semenanjung Malaysia) hendaklah disambung secara fisikal menggunakan satu terowong dasar laut sama sebijik macam seperti di Selat Inggeris. Beliau (HSH) lebih kepada memberikan petunjuk manakala SAS pula memperincikannya.

21.Saya juga sempat bertanya SAS bagaimana pulak nak bawa kereta dan kenderaan penumpang lain. Dia menjawab, bukankah saya dah beberapa kali lalu terowong Selat Inggeris.. Kereta, bas dan kenderaan ringan lain di sana dibawa menaiki gerabak lalu ditarik oleh lokomotif melalui terowong.

22.Lalu beliau (SAS) menyuruh saya membuka video di internet (youtube) dan mintak saya lihatlah sendiri rakamannya. Nak jadi cerita, kebetulan masa tu saya di luar, lalu saya mintak sifu saya (Shahpaskal) kat ofis untuk buka youtube, tolong cari video yang dinyatakan... Nahh..! Tu dia.. Ada...! Nak tengok, bukalah tajuk Channel Tunnel.

23.Terowongnya disambungkan dengan rangkaian keretapi baru yang ke selatan tu di sempadan N.S - Melaka. Terowong ni timbul di Pulau Rupat (Dumai), Sumatera dan disambungkan ke tanah besar Sumatera menggunakan jambatan.

24.Di tanah besar Sumatera, ia disambung pula kepada jajaran keretapi (pembinaan baru) yang menghubungkan utara Sumatera melalui pinggir pantai timurnya langsung turun ke selatan dan berakhir di Selat Sunda.

25.Malah spesifikasi seperti panjang, lebar dan kedalaman terowong juga ada diceritakan. Ia juga termasuk kos anggaran serta jangkamasa pembinaan. Pendek kata, lengkaplah petunjuknya.  Kalau ada mana-mana kengkawan nak betah atau pertikai, silalah bertanya sendiri kepada individu ghaib terbabit. Lepas tu, meh citer kedapatan saudara2 kat sini.

26Insha Allah kita sambung cerita pasal impian mereka kat Part #2 nanti.... Bye.. Bye..

Cadangan untuk sistem kereta api negara kita, sekadar cadangan … final
Sebagaimana yang dijanjikan, artikel ini adalah gerabak terakhir (ke 23) dari tren (siri) masalah kereta api di negara kita. Adakah anda yakin suatu perubahan
positif akan berlaku dalam sistem peng…
blogkaryait.wordpress

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat